![]() |
| Bahan digunakan - Cream cheese 250g pukul dgn susu pekat setengah tin, biskut satu paket, satu cawan nestum dan sedikit gula warna-warni pemikat mata anak-anak. Susu segar satu botol tidak ada dalam gambar pula (aku guna Dutch Lady milk yang dalam botol tutup biru) |
![]() |
| Langkah mudah - Celup biskut dalam susu segar, susun dalam tray. Sapu dgn cream cheese yang dipukul dengan susu pekat tadi, taburkan nestum. Buat selapis demi selapis sehingga anggarkan cream cheese+susu tadi ada baki agak banyak sedikit untuk lapisan paling atas. Lapisan atas sekali kena tebal sikit cream cheese+susu tadi. Tabur dengan nestum dan gula warna-warni. Tidak ada gula warna-warni pun tidak mengapa tetapi aku buat begini untuk memikat anak-anak yang mengaji bagi nampak serinya. Masukkan dalam peti sejuk. |
![]() |
| Sedia - Setelah lebih kurang 5-6 jam akan beginilah jadinya. Perhatian buat semua bahawa kek ini amat tinggi kolesterolnya. Untuk anak-anak yang lincah pergerakan tidak menjadi masalah. |
~~ Mudah di buat dan sedap buat tekak anak-anak. ~~



