Nisfu Syaaban telah mengundur pergi
lumrah putaran alam
meninggalkan kita
saban hari yang belum pasti lagi
bertemu lagikah di tahun akan datang?
Sehari-hari
mencari rezeki
beramal
tanpa henti.....
entah bila akan berakhir
Ya-Allah Ya-Rahman Ya-Rahim
berkatilah hambamu ini......
berilah keredhaanMu
bersempena Nisfu Syaaban ini
ku merapak sembah
memohon rahmat dan hidayahMu
luaskanlah rezeki
tubuh yang sihat
moga dapat aku meneruskan
tanggungjawab yang diberi
sebagai hamba
di alam sementara ini
Amin.......
Ya-robbal 'alamiin......
Wednesday, July 28, 2010
Thursday, July 22, 2010
Buat Anak-Anak Mama
Sebenarnya mama tahu
anak-anak mama masih hijau
masih belum mengenal erti kesusahan
tidak jua mengenal erti kepayahan
apa lagi erti kehidupan
seperti yang telah mama lalui kini
ada kalanya membuat mama lelah
Anak-anak mama
selagi nyawa Allah pinjamkan
jadilah kita sebagai manusia
sentiasa di atas garis yang terlakar di kitabNya
usah diragui; apa lagi mengingkari
banyak yang tersurat dan tersirat
ada di hadapan mata
Lihatlah anak-anak mama
di sana ada kerakusan insan
di sana jua ada rintihan si kerdil
di mana-mana juga
ada suara kecil yang hilang
ditelan kebiadaban
ditelan kejumudan
sarat dengan keegoan
Ingatlah anak-anak mama
mama ini pinjaman di dunia saja.....
sementara ada hayat
dengarlah pesan mama
atur langkah kalian
di garisan dan landasan lurus
agar kehidupan bahagia
bukan di sini sahaja
tetapi........
di sana yang kekal selamanya
Buat anak-anak mama
Nurienne Izzati,
Yasmien Izyani dan
Syamien Syazwani
pesan ini tidak akan terhenti di sini
kerana langkah kalian masih panjang lagi
Tuesday, July 20, 2010
Akhirnya Begini
Entah mengapa
terdetik dalam kesibukan ini
jejari ini pantas menari
mengetik satu persatu
huruf-huruf
di dadamu
menjadi
ini.......
Akhirnya begini
yang entah bila
akan terisi lagi
butiran patah-patah kata
kerana
aku bukanlah seperti mereka
yang punya banyak waktu
biarpun 24 jam sama
diberi untuk semua
Namun keterujaan ini
aku luangkan waktu
yang mana jadi blog ini
akhirnya begini.....
terdetik dalam kesibukan ini
jejari ini pantas menari
mengetik satu persatu
huruf-huruf
di dadamu
menjadi
ini.......
Akhirnya begini
yang entah bila
akan terisi lagi
butiran patah-patah kata
kerana
aku bukanlah seperti mereka
yang punya banyak waktu
biarpun 24 jam sama
diberi untuk semua
Namun keterujaan ini
aku luangkan waktu
yang mana jadi blog ini
akhirnya begini.....
Subscribe to:
Posts (Atom)