Wednesday, July 28, 2010

Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban telah mengundur pergi
lumrah putaran alam
meninggalkan kita
saban hari yang belum pasti lagi
bertemu lagikah di tahun akan datang?

Sehari-hari
mencari rezeki
beramal
tanpa henti.....
entah bila akan berakhir

Ya-Allah Ya-Rahman Ya-Rahim
berkatilah hambamu ini......
berilah keredhaanMu
bersempena Nisfu Syaaban ini
ku merapak sembah
memohon rahmat dan hidayahMu
luaskanlah rezeki
tubuh yang sihat
moga dapat aku meneruskan
tanggungjawab yang diberi
sebagai hamba
di alam sementara ini

Amin.......
Ya-robbal 'alamiin......


3 comments:

JHaZ KiTaRo said...

salam ukhwah.. blog hopping.. kalau rajin nak baca pengalaman saya mengembara di 45 BUAH NEGARA, jemput2 singgah blog saye.. :)

Kakzakie Purvit said...

Salam JHaz,

Insya-Allah.....terima kasih.

Hidayah said...

:)

there...tiga puisi..

errmm..

sah lah ...

akak mmg minat puisi yek..?

:)