Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya 1431H/2010

Sebelum syawal menjelang..........................


Sentuhan biskut terakhir untuk dijamu kepada tetamu di Hari Raya ini. Biskut Askrim. Mudah sebab lepas bakar celup bahagian hujung dengan coklat, tabur dengan colour coklat rice, masuk dalam peti sejuk. Siap....




Bila coklat tak habis jangan buang. Ada chef lain boleh gunakan. Nah.... ini dia biskut merrie dicelup dengan coklat kemudian letak coklat button beraneka warna. Biskut marrie ini aku nak buat kek asam manis. Tapi 7 keping dah jadi korban. Dia kata sedap. Sebab masa berbuka dia terus makan biskut ini.


Ha.... ini dia chef yang dimaksudkan itu. Anak mama ini kalau pasal kacau mama di dapur memang no. wahid. Mula kata sedap tapi sekeping saja yang masuk mulutnya. Lebihnya masuk mulut anak jiran sebelah rumah (introduced that she's the chef.....)




Ramadhan menapak ke penghujung
puas membaring munajat dihamparan mubarak
mengelus keyakinan dipengakhirannya
membasahi bibir dengan zikrullah
qiam yang panjang saban malam
sujud merapak sembah
memohon munajat ke destinasi


Syawal mengerling
menakluk masa mengganti giliran
menghulur sejuta kemeriahan
kemenangan dicapai
aku..... di Titisan Nurani
menghulur sepenuh keikhlasan



"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN"

10 comments:

nadz said...

Assallamualaikum Kakzakie,

comel-comel biskut tu.
chef kecil pun comel....

Seronok kan bila kueh yang kita buat menjadi dan nampak elok..mama tak buat apa pun biskut..putri dua orang tu aja yang mereka cipta..dah besar2.

mama nadz balut ketupat palas je untuk hari raya..
selamat Hari raya.

Kakzakie said...

Walalaikumsalam Mama,

Itulah untungnya mama dah puas mendidik putri hingga besar. Sekarang mama dah rilex; mesti mereka yang sibuk buat semuanya. Kakak kena buat sendiri. Lamanya nak tunggu anak membesar....

Di Johor jarang ada ketupat palas. Kakak pun tak tahu macam mana nak buat.Huhuhu....

Asnija said...

Salam KakZakie,
Terima kasih datang bertandang ke blog saya. Semoga kita dapat sering bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan.

Selamat Hari Raya.

Wassalam.

ina said...

Salam ta'aruf,

Saya dtg bertandang melalui blog datin Asnija.
Jemputlah ke rumah saya.

Ummi Humaira said...

salam kakzakie....


nampak mcm sedap jer biskut aiskrim tu , nk oder boleh??? ummi bab buat biskut ni dapat no akhir ler

Kakzakie said...

Salam Nija,

Sebenarnya sering dah ziarah cuma tiada butiran kata dititip. Alhamdulillah.....

Kakzakie said...

Salam ina,

Insya-allah akan bertandang walau tidak diundang. Sering menyusur halaman sesiap saja walau tiada jejak diberi.

Kakzakie said...

Salam Ummi,

Tafatdhal Ummi. Untuk makan di rumah sendiri adalah.... tapi kalau nak order tu, belum sampai ketahap tu lagi... tunggu bila dah pencen. Tapi lama lagi tau he...he...

Temuk said...

Assalamu'alaikum
Mohon izin singgah & terima kasih mampir ke blog saya. Adakah 'Kak' dalam 'Kakzakie' bermaksud elder sister? Jika ya, izinkan saya panggil Zakie saja sebab saya pasti saya jauh lebih tua... sebab dah bersara. Seronok lihat makanan bercoklat tu. Kanak-kanak memang sukakannya.

Kakzakie said...

W/salam cikgu,

Suka tengok orchid tu yang menyebabkan menitip kata.

Panggil je kakak but dosen't mean I'am elder sister. Tapi entah kenapa membahasakan diri kakak pada emak-ayah, pakcik-maksik, even dlm office kakak, driver yang dah berusia 60 tahun pun call me kakzakie. Hehehe. Biar cepat matang....