Semalam anak-anak tidak ada tuisyen. Selepas solat Zuhor masing-masing sudah sibuk bertanya padaku apa persiapan untuk juadah berbuka puasa. Aku sebenarnya tidak ada apa-apa idea lagi hendak masak apa. Tanya pada papa mereka tak kisah. Kalau susah beli saja. "Mama penat, nak rehat sesekali, bulan puasa ni biar mama terus tadarus. Mana tahu mama boleh khatam 3 kali tahun ni." Itu kata papa mereka. Dalam hati aku boleh juga mana tahu aku boleh khatam lebih 2 kali. Syyyyy..... sebenarnya memang itu target aku tahun ini.
"Tak ape mama. Kita orang tahu buat kuih macam masa kenduri arwah nenek tempoh hari?" Yasmien bersuara memberi pendapat. Si adik apa lagi melompat gembira. "Adik tolong kakak ye." Wah!! macam hebat benar bunyinya. (Dalam hati kalau betul la anak aku boleh buat alangkah seronoknya. Ini hendak ke bilik sendiri pun masih perlu berteman inikan pula hendak mengadun kuih). Sebenarnya anak-anak ku tidak pernah pun memasak. Mereka masih terlalu mentah. Hendak mengacau adunan pun belum tentu jadi, inikan pula hendak membuat kuih. Setelah menyudahkan ayat terakhir ku tutup Al-Quran dan berpaling senyum sinis ke arah dua orang anak yang sedari tadi sibuk mengganggu bacaan tadarus ku. "Kuih apa tu? Mama nak tahu. Kalau macam ni mama boleh rileks hari ini tak perlu masak, papa tak perlu pergi bazar". Aku berkata sinis. Si kakak menerangkan kuihnya hanya menggunakan tepung beras dengan santan saja. Dia nampak nenek-nenek di kampung buat. Kemudian dia pun mula memberi penerangan kepadaku yang mana tepung beras itu dicampur sedikit tepung gandum, campur santan, garam dan langkah-langkah seterusnya. Aku akur dan terbayang kuih yang dinyatakan tersebut itu. Aku tahu kuih apa yang dimaksudkan itu.
Pendikkan cerita akhirnya semua siap untuk di kukus. Gembira macam lagak seorang chef. Menunggu kukusan masak. Set masa 40 minit. Bila bunyi saja "ting" dari mesin pengukus masing-masing terjerit. "Ha.... kak dah masak!" Si adik gembira memanggil si kakak. Takut dengan wap panas. Aku keluarkan tray dari dalam pengukus dan letak di atas meja. "Kak.... macamana atasnya? Kan ada daging, telur entah apa-apa lagi atasnya". Mudah si kakak menjawab "Ala..... itu kakak tak nampak nenek-nenek tu buat macamana. Sebab masa itu kan kita tengok Pak Usu masak air mata kucing. Alih-alih dah ada macam-macam atasnya. Mama buatlah...." Akhirnya aku juga yang menyudahkan kuih yang kononnya mereka yang buat. Siap tabur semua hirisan telur goreng, bawang goreng, daun sup, hirisan daging burger dan lain-lainnya mereka melonjak gembira (Tak ada cili kerana anak-anak ku tidak suka pedas). "Papa kuih kita orang dah siap". Gembira anak-anak ku tidak terhingga.
Berbuka hari itu sentuhan makanan kedua selepas kurma ialah kuih talam berlauk yang kononnya merekalah yang buat. He....he....he.... anak.... anak......
semalam telah berlalu
7 comments:
salam ramadhan....
teringin nk rasa kuih talam berlauk tu , mesti sedap agaknya..
Salam ramadan juga buat Ummi,
Tafattdhal jemputlah ke JB.... nanti kami buat special buat Ummi.
Syukran sudi ziarah....
salam kakzakie...
he he he , sape kakak sape adik pun tak tahu....
InsyaAllah ,bila berpeluang ke Johor nanti ,sampai ler tu ummi ke sana...coz suami ummi pun org Johor gak ,tp kat Labis jer ...
Salam Ummi,
Tak ada masalah yang penting silaturrahim. You are always welcome. Kakak di pejabat ni dari yang 20 tahun hingga ke 60 tahun semua panggil kakak. Coz I'm the only one Muslim in the company. Dalam keluarga pun bahasakan diri kakak.
Assallamualaikum kakzakie,
seronoknya tengok anak-anak nak masak....
riang , senyum..puas hati..
serupa juga ngan anak gadis mama nadz,
bila sampai rumah dari office..cepat2 dia datang ke dapur..dan akan terus kacau apa lauk yg ada kat atas dapur..
memang dia rajin terover di bulan Ramadan.
semua jenis kuih dia nak buat..
Ada satu hari tu, dia buat kuih cara berlauk, 2, 3 rumah jiran dia gi hantar..seronok abis..
anak-anak macam ni la..pengubat luka, pengarang jantung hati kita...
selamat berbuka kakzakie.
Salam mama nadz,
Semoga pengarang jantung kita beroleh kejayaan baik di dunia mahupun di akhirat.
huhu..
moga2 Allah kurniakan saya cahayamata perempuan.
teringin nak ada kawan kat dapur..
seronok tgk akak..
:)
Post a Comment