Mulanya jururawat mengarahkan aku buka semua pakaian dan dia memberikan aku baju belaus hijau, lengan pendik dan hanya bertali di belakang. Hubby mengusik aku "Kalau tak masuk bilik ni taklah dapat pakai seksi macam model" . Setokin dan serkop rambut dibenarkan tidak perlu dibuka. Kasut diletakkan di bawah katil. Suhu bilik yang sudah sejuk menambah kesejukan aku yang berbaju lengan pendik. Aku tutup tubuhku dengan selimut pink yang disediakan. Tangan kiri aku sudah dimasukkan jarum bagi memudahkan mengambil darah dan memasukkan ubat. Dag-dig-dug jantung aku berdegup. Aku tak benarkan hubby jauh-jauh. Masa itulah aku rasa tidak mahu ditinggalkan oleh hubby. Selepas dimasukkan ubat bius aku tidak sedar apa yang telah doktor lakukan. Sebaik buka mata aku terpinga-pinga kerana aku sudah keluar dari bilik tadi. Kalau sebelum itu katil aku tidak ada langsir kini keliling katil aku sudah bertukar langsir kuning bercorak coklat muda. “Eh…. Macam sekejap je.” Hubby aku tersenyum kerana sebenarnya sudah setengah hari aku berada di dalam wad.
Pengalaman pertama aku dipengsankan oleh doktor membuat aku bertambah insaf . Alhamdulillah aku sudah boleh bertugas kembali ke pejabat seperti biasa. Terima kasih kepada Dr. Mohd. Ismail yang menjalankan rawatan juga pembantu jururawat yang kakak terlupa nama-nama mereka. Allah jua maha berkuasa untuk menghidupkan dan mematikan . Doa Iftitah yang aku baca saban waktu telah menyatakan segalanya.
 Inilah signboard Dr. Mohd Ismail 
Reception bilik Dr. Mohd Ismail
Semasa tunggu doktor datang selepas tukar baju, hubby masih boleh suruh aku posing lagi.
Sudah sedar dan tukar baju. Tapi muka masih macam ayam berak kapur. Jururawat buka jarum tempat masuk darah dan ubat. Sudah boleh sorong untuk balik rumah.











