Monday, November 1, 2010

Jerebu sudah tiada lagi

sekadar hiasan (petikan dari akhbar yang ada dalam yahoo)

Tercatat dalam surah An-Naml ayat 82: “Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi dikenali sebagai dabul-ardh yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami”.

Binatang ini dikatakan akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat. Nabi s.a.w bersabda “ Sesungguhnya tidak akan berlaku hari kiamat sehingga kamu akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda berikut: -

1. Gempa bumi di Timur
2. Gempa bumi di Barat
3. Gempa bumi di Jazirah
4. Asap
5. Dajjal
6. Nabi Isa turun ke bumi
7. Haiwan bumi – Dabul Ardh
8. Ya’juj dan Ma’juj
9. Matahari terbit dari arah barat
10. Api keluar dari jurang Aden akan mengiringi manusia

Telah banyak buku tafsir, ustaz-ustazah menerangkan akan hal yang sepuluh ini. Seolah-olah jika kita mengambil peperiksaan soalan berkaitan hal ini, masing-masing telah tahu akan jawapannya. Kalau kita renung dengan dalam apakah masih belum cukup apa yang telah diberitahu oleh mereka yang bijak pandai dalam agama dan ilmuwan agama. Hati terdetik berbagai jawapan.

Menyusuri kehidupan saban hari rasanya kalau perkara nombor satu hingga tiga seringkali terpapar di media-media massa. Kini pula di tempat kita sejak akhir-akhir ini udara yang digunakan untuk terus bernafas wujudnya warna-warna kelabu-putih. Apakah itu? Mist? Fog? Asap? Kabus? Kabut? Entah apa-apa lagi istilah yang dikatanya amat membahayakan kesihatan hingga kegiatan dihadkan. Tanpa sedar dulu masa aku zaman anak-anak tidak ada timbul perkataan ini. Yang ada kabus pagi kerana embun yang sejuk dan menyegarkan. Bila matahari timbul maka hilanglah ia.

Istilah JEREBU (bukan Jelebu di Negeri Sembilan. Itu bandar) masing-masing mengambil gambar untuk menunjukkan ianya bahaya. Aku terfikir-fikir apakah jerebu yang seringkali melanda itu sebenarnya asap seperti nombor 4 itu? Index pencemaran udara (IPU) kini semakin baik dan mulalah kita melupakan jerebu itu. Tapi adakah jerebu itu akan datang lagi dengan situasi yang lebih teruk lagi?

Fikir-fikirkanlah bersama…….

22 comments:

sahromnasrudin said...

salam kak..ape beza jerebu dgn jelebu? heheheheh...
semoga kita ambil pengajaran atas apa yg terjadi kan...

mama ju said...

Aslkm Zie

Terimakasih diatas ingatan. Elok kita renungkan.

ainhany said...

Salam kak Zakie,

Subhanallah
Kiamat makin dekat....sudahkah kita persiap diri.??.Terkadang istilah sains memonopoli bahasa Al Quran yang tersirat. Disitulah Akal memainkan peranan dan minda mncari jwaban. Sama2 kita berfikir dgn mata hati.Terima kasih perkongsian ini.

aby said...

salam k zakie,
jerebu di luar semua nampak,
jerebu d hati tiada yg tau ..
ha..ha..
jadi karam singh walia plak ..

alhamdullillah jerebu di johor dah reda ..
bolehla aktiviti mcm biase blk ..

bab kiamat tu ...
ia pasti datang
same2 la kite mempersiapkan diri seblm sampai waktunye

sonata anak kancil said...

dunia semakin panas !!!

KSPulau said...

Salam....
Semuanya utk menarik fikir kita terhadapnya. Lihat ke sudut dalamannya. Sama-samalah kita teruskan perjuangan selanjutnya.....

Werdah said...

Salam kakzie

Tanda-tanda kiamat telah bermula apabila Nabi Muhammad saw diutuskan, kemudian bertali-tali tandanya, hingga tiba saat seperti tasbih putus daripada untaiannya berakhirlah kita di tempat yang fana ini. Akan tiba pula saatnya di tempat perhitungan.. Mudah2an kita sentiasa muhasabah diri.

hentian said...

ataukah asap itu seperti asap gunung merapi?

Kakzakie Purvit said...

W/salam Sahrom,

Dekat Jelebu banyak lemang
Bila jerebu cuti memanjang

Terima kasih.

Kakzakie Purvit said...

W/salam Mama Ju,

Sama-samalah kita. Terima kasih

Kakzakie Purvit said...

W/salam Ain,

Sedangkan zaman rasulullah lagi sahabat baginda sudah menangis kerana takutnya kiamat yang kian hampir katanya. Apa lagi setalah 1431H kini.

Kakzakie Purvit said...

W/salam aby,

Jerebu dihati sendiri jua yang tahu.

Benar kiamat pasti akan datang. Rukun Iman tu....

Kakzakie Purvit said...

W/salam cikgu sonata,

Kegiatan manusia salah satu penyumbang kepanasan dunia kini....

Kakzakie Purvit said...

W/salam KSPulau,

Mengambil iktibar atas setiap yang berlaku agar lebih dekat kepadaNya.

Kakzakie Purvit said...

W/salam Kak Werdah,

Benar kata Kak Werdah tu. Oleh sebab itu rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya yang kiamat itu datang tanpa siapa yang tahu seperti juga baginda. Hanya tanda-tanda seperti diterangkan dalam Al-Quran sebagai panduan.

Kakzakie Purvit said...

Salam IM,

Wallahualam.... Allah juga yang maha mengetahui.

rezeki said...

salam kak

tanda2 kecil kiamat dan akhir zaman

janji Allah itu pasti

Kakzakie Purvit said...

Salm Pak Itam,

Amat ketara tanda2 itu dan benar sekali kerana Allah tidak pernah memungkiri janji.

ong ong kedek kedek said...

Salam ukhwah, dan salam kenal :)

Manusia ni bile Allah turunkan bala(penyakit/bencana) baru la nak insaf kan... lepas tu bile dah seronok wat mende2 x elok balik...
itulah manusia, sentiasa perlu diingatkan...bukan setakat Melayu je mudah lupe, memang manusia ni spesis makhluk pelupa

Kakzakie Purvit said...

W/salam Hasrul,

Terima kasih ziarah...

Semoga kita tidak tergolong dalam kelompok yang mudah lupa itu. Saling ingat-mengingatilah kita sebagai insan yang tidak maksum ini.

Abd Razak said...

Salam...

Semua itu merupakan rahmat Allah untuk kita, sebagaimana diterangkan-Nya: "Tidaklah suatu bencana menimpa di bumi dan [tidak pula] pada diri kalian melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum kami menciptakannya."

Allah kemudian menjelaskan alasan-Nya, "Supaya kamu tidak berduka atas apa yang luput dari kalian dan supaya kamu tidak terlalu gembira dengan apa yang diberikan-Nya kepada kamu." (Surah Al-Hadid (57): 22 & 23)

Kakzakie Purvit said...

W/salam ust. Razak,

Semoga kita melihat akan apa yang telah dinyatakan oleh Nya buat kita di muka bumi ini dan seterusnya insaf yang kita sebenarnya tiada daya melainkan atas kehendak Nya jua.

Terima kasih