Tuesday, February 5, 2013

Melihat mereka yang hebat

Malam Ahad kami ke Mydin. Geram bila melihat laci tempat aku menyimpan setokin dari sehari ke sehari semakin susut. Setiap kali balik ke asrama mesti setokin mama mereka akan menjadi sasaran. Akibatnya yang tinggal setokin yang longgar belaka. Jadi sementara menemankan  bapak yang mahu membeli jubah, tali pinggang dan sebagainya aku pun mengambil peluang membeli setokin dan sarung lengan. Keluar dari Mydin singgah di sebelah bangunan banyak warung-warung yang menjual berbagai aneka pilihan makanan.

Beehoon sup - Atuk dan en hubby makan ini
Sate - Bapak suka sate dia lembut tapi sebab sudah makan beehoon sup sate ini dibungkus saja dan dibawa balik

Nasi goreng cina - Adik suka nasi goreng cina ini siap dengan sup. Pandai tuan empunya sebab kekurangan kakitangan semua makanan yang tidak berkuah menggunakan kertas minyak ini kemudian dimasukkan ke dalam bakul rotan begini.
Kwee-teow goreng - Aku punya pun sama menggunakan kertas dan masuk di dalam bakul rotan. Disamping dapat mencari jalan mengurangkan kos sabun dan tenaga pekerja mencuci pinggan menggunakan bakul ini kelihatan unik pula.
Makanan di atas kami lihat mereka ambil dari warung yang berbeza. Nasi goreng cina dan kweeteow dari tempat yang sama. Tapi kelihatan mereka sangat sepakat. Warung buat air hanya buat air saja. Pandai mereka bekerjasama. Order kalau tempat dia tidak ada dia order dari warung temannya. Itu yang kelihatan sangat baik kerjasama yang ditunjukkan.

~~ Melihat pelanggan yang datang tidak putus-putus dan kesibukan pekerjanya dapat aku bayangkan pendapatan mereka aku jangka boleh mencecah 5 angka besar pada setiap warung walaupun sekadar  menjual di tepi bangunan.~~


104 comments:

Hudalatip said...

Memang bagus letak makanan cam gitu je jimat tenaga nak basuh kan...unik dan kreatif pun yea gak

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

jimat kos dan tenagakan?

Umialya said...

ylh kak, boleh guna idea ni kat umah, hihihi

Aisy Nasiha said...

bestnya makan tu..
kat warung depan mayydin tu mesti makin meriah, pernah juga saya makan kat situ beberapa tahun dulu..

Amie said...

Bagusnya pakat-pakat begitu, untung sama dirasa,pelanggan pun selesa... yang dipesan semua ada!

Irfa said...

sepakat membawa berkat :)
bagus gitu..takde dengki2

sihat kak?

ainhany said...

salam kak,

amboi...ceria dan telioqnya bila tenguk menu pilihan ni...
sedap jugak pekena bihun sup....
tapi nak cari yg sedap dan menenuhi citarasa yg susah..betul tak?

Fiza Rahman said...

APa yg penting...kerjasama...hehehe...

Terliur tgk makanan2 tu kak. Biasalah, pantang tgk kan...suma nampak sedap ^_^.

Izwa Kamaruddin said...

agagagagaa...satay!!!

MOKCIK AZWA said...

idea yang kreatif dan tidak memenatkan tangan membasuh hehe..

eh enaknya nasi goreng cina..

Munn Jaafar said...

mcm ni la bgus..tak berebut customer. sy rimas kalau masuk kt tmpt mknan pastu kena serbu dgn pelayan2 suh duduk kat meja diorg...pening..nak je kuar balik...huhu

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tauke sate tu kawan saya tau!!

musang said...

sedapnya bihun sup tuu...

amirah said...

kalau tak rebut2 tarik tangan kita pergi kedai dia memang ok. kalau tak serba salah nak makan mana. selalunya terus x jadi mkn kak...huhu

aizamia3 said...

unik dan kreatif selain dapat jimatkan tenaga pekerja dan air.. ;)

sepakat membawa muafakat..

Kayu Manis said...

suka semua lauk2 di atas kak..laparlah pulak ni..

zulaikha megat said...

sama mcm saya...tercari cari sarung tangan kat rumah tak berjumpa bila melawat anak kat asrama tgk bagus jer kat tangan dia...

sedap makanan kat atas tu kak..

Puan Kutu said...

kreatif..dpt kurangkan kos n dpt kurangkan tenaga kerja..pandai tauke kedai nie.hehe..

Unknown said...

hehe barang yg selalu hilang kat rumah mama- brooch dan stokin, jadi kalau beli byk2--hehe lepas tu hilang lagi...

MAMA pun ada jumpa pekedai yg bekerjasama ni, siap tolong2 angkat lagi.Ada 1/2 pekedai kerusi pun tak boleh share. macam2kan?

Unknown said...

hehe barang yg selalu hilang kat rumah mama- brooch dan stokin, jadi kalau beli byk2--hehe lepas tu hilang lagi...

MAMA pun ada jumpa pekedai yg bekerjasama ni, siap tolong2 angkat lagi.Ada 1/2 pekedai kerusi pun tak boleh share. macam2kan?

are_lin@yu said...

terliur tgk mcm sedap ;)

JunAina said...

Sepakat macam tukan bagus. Sama2 cari rezeki. Aina pernah makan di Melaka tapi tak ingat mungkin pekan Alor Gajah kot. Kedai sebelah2 tak bertegur sapa. Kita oder sampai kesudah tak hantar2. Last2 kena tengking dengan suami Aina free je.

Unknown said...

aduhai.. tetiba lak lapar... :P

Umm AA said...

Bagus jugak idea mrk berniaga sepakat tu kan kak..dptlah berkongsi pelanggan..taklah selfish sangat..makanan yg dihaodangkan pun kelihatan sangat menyelerakan

Suraya Baharun said...

dap nye kwee-teow goreng tu kak ...

Ratu Hatiku said...

hihihi sama saiz ngan mamanya jadi stokin mamanyalah yg jadi mangsa ya kakak :D
Wah..sedapnya ns grg cina tu...

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Dulu dua orang cucu kak selalu nyanyi lagu wonderpet tu.. apa yg penting kerjasama..hehe

Semua makanan ini membuat kak terliur..

aDisH.sHidA said...

nasi grg cina dan ktw tu nampak sedap je....nyumnyum..


waaaaaaaaaaah jimat dan memudahkan keja mcm nie...xperlu basuh2...dulu pernah makan kat wong solo alor star..nasi ayam penyet nya di alas dengan daun pisang..so pinggan xperlu basuh..hehe

intanfirdaus247 said...

Salam kak..selamat pagi..manusia ni bila bersepakat nampak sangat kuat dan hebat kan…bukan setakat peniaga yang sepakat ini saja, malah tukang sapu sampah pekerja2 binaan semuanya hebat ..kalau tiada mereka susah juga kan..jadi apa juga pekerjaan kita mesti pandang mereka dengan rasa bangga..kerja yg halal le ..kekekekek..kan kak

Unknown said...

Jeles la kakzakie pergi Mydin, sabah mana ada. Beli stok stokin satu bundle, senang bila habis.

SITI NOARIZAH ARIS said...

Makanan kat tempat macam ni jauh lebih sedap dari restoran mahal2..:)

SITI NOARIZAH ARIS said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

bagus berniaga macam ni.. kena la saling bantu membantu..baru tambah maju..kalau masing masing nak dengki je..sama sama rugi..

makchaq said...

Bagusnya bila berniaga bersepakat.. selalunya saling dengki mendengki..
Itu agaknya murah rezeki depa dan ramai pelanggan datang..

Cikgu Ma said...

wah...sate..dh lama x makan...

hari ni entry kita pasal makanan ^_^

wahida said...

sedapnya sate kak...balik ni nak carik sate la...


mcm ni la bagus kan kak, kerjasama antara peniaga tu kan bagus...selalu dgr kat berita, sesama peniaga pun boleh gaduh...huhu...

ahmad humairi said...

sehebat manapun mereka (peniaga makanan tu...), hebat lagi orang yang sabar kehilangan setokin-setokinnya....

miss yatie said...

bestnya satay...nak jugakkk..

Nory Zoulkefle said...

dah lama tak pegi mydin...huhu

yan's cottage said...

semuanya nampak sedap2lah kak....

Hanis Azla said...

salam kak zakie..

bila anak2 dah sama saiz ni mmg banyak brg mama yang menyusut kan.. saya pun selalu seronok tgk peniaga yang bersatu hati macam tu.. semoga mereka terus maju dan dimurahkan rezeki hendaknya..

kay_are said...

sedapnye tengok gambar makanan tu.. hmm.. memang bagus r kalau ade kerjasama macam tu kan.. same2 berniaga, same2 cari rezeki.. =)

AtieYusof said...

Sedap2 nampak makanan tu Kak..
bagus bila para peniaga tu saling membantu.. tak perlu lah nak dengki klu satu2 gerai tu ramai pelanggan..erm, org meniaga ni mmg untung kan Kak..:)

mummyrinazone beauty said...

semua lauk pauk di atas mmg mengujakan.lapar lak rasa

azi said...

Kakzakie..
memang susah nak dapat semangat kerjasama macam tu...ada setengah kedia, kalau kita tak order semua makanan kat tempat depa, depa tak bagi tempat duduk....

p/s semua makanan tu saya paling suka keoyteow goreng, memang kegemaran saya...:)

Falsya said...

sedapnye bihun sup ngan KT tuh kak..terliur dh falsya

Unknown said...

kak, saya kalau ke mydin memang rambang mata, rasa macam semua nak beli, ada masa rasa macam barang kat mydin ni berbaloi juga murahnya..

Unknown said...

bekerjasama macam tu, rezeki secupak boleh jadi segantang kan kak zakie.

Sedap nampak kuew teow goreng akak tu, feveret saya tu...:)

Mia Kassim said...

Sedapnya tengok makanan tu, terutamanya kuew teow goreng tu....

PeRdU cINta said...

jimat dan ringkas kan macam tu..yang penting rasa makanan tu sedap dan kebersihannya dijaga..

Cho Zila said...

hmmmm memang boleh diterima gak dek akal gak yerk ideani... baguih gak tu...

LiYa HaNiF :: said...

bila hidup saling bekerjasama insyaallah allah akan permudahkan rezeki kita..

faraherda.razalan said...

Mmg kreatiflah kak. Jimat tenaga, jimat kos. Boleh jdk contoh la klu mcm ni....

Unknown said...

Di sebalik kejayaan diorang terselit seribu cerita yang kita tak tahu akak..masing2 pernah alami keperitan utk capai apa yang dia ada sekarang..:)

Dr K said...

betul tu kakzakie...yg meniaga tepi jalan ni yg selalunya untung besar..kos menjalankan bisnes kecik...income mahsyuk :)

kurus said...

org melayu nie kalau berniaga bagus2 betul .. tapi kalau tiba dia berdengki tuu sampai buat2 kan kak huhuh

OKje said...

Nampak sedap kuey Teaw ngan nasi goreng cina tu KZ...

Tulah seronok bila tengok orang meniaga makan yang ramai pelanggannya ... macam untung jekan KZ...srasa teringin pulak nak meniaga... tapi bila tengok peniaga yang tiada pelanggan ....seram pulak nak mencuba.... huhu

Mun said...

jimat tenaga pekerja di situ... :)

Acik Erna said...

assalam kakzakie..acik pernah jugak pi kedai yang macam ni...sepakat..kita order apa saja boleh dan dia orang akan orderkan pulak diwarung yang ada amaknan yang kita nak

Acik Erna said...

assalam kakzakie..acik pernah jugak pi kedai yang macam ni...sepakat..kita order apa saja boleh dan dia orang akan orderkan pulak diwarung yang ada amaknan yang kita nak

-Sara- said...

kak, dorg meniaga cmtu lagi byk dr kita yg keje makan gaji ni kan kak..rzki masing2 kn kak..

norhidana said...

kadang2 makanan kt gerai lg sedap dr restoren 5bintang kak, sikap bekerjasama, muafakat tu yg jd kan gerai tu lebih menarik agaknyer... bgs betul cara tokey kedai tuh... tak perlu cuci pinggan bile guna kertas minyak tp ttp ada style letak dlm bakul...

Unknown said...

best makan tempat mcm ni kan..sy lebih selesa makan tempat mcm ni..lebih mudah buat oder..

ajumohit said...

sedapnya kak, melihat menu2 tu buat saya terliur, emm untung kalau pandai masak biasanya kakau masakan sedap mmg ramai pelanggan yg berpusu

Unknown said...

kalau semua peniaga kita sepakat mcm ni mmg sangat bagus kan kak.. mmg ada sesetengah tempat berniaga makanan amalkan komsep mcm ni kak.. dan yg pastinya mmg tempat tu akan meriah dan ramai org yg dtg makan..

Qhaifa Nur said...

padahal dah beli 3 pasang sorang stokin sekolah untuk anak...baru 2 bulan sekolah hilang entah kemana...

manalah taukeh gerai ni tak untung Kakzakie..dahlah jual murah, sedap..sure ramai yang makan...

Ibu Lala said...

sedapnye kak. terliur tgk makanan ni sume. tak lunch lagi ni..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sedapnya akak. mesti berselera bila makan makanan ni.

Ujie Othman said...

mcm sama lak kita, saya pun g mydin ahad lps sbb nak cari stokin. dah longgar2 sume.

mknn tu menggamit betullah kak..

NM03 said...

huwaaa... tgh lapar ni, semua benda nampak sedap dan semua benda nak rasa!!!

Unknown said...

Salam singgah. 1st time singgah blogwalking kt sini. nice blog entry :)

jemput singgah blog saya juga..

http://semuasihatselalu.blogspot.com

Hana said...

suka tengok kalau warung2 macam tu. kerjasama

Anonymous said...

sesekali makan diluiar ni best juga ye kak.. satay tu nampak sedap !

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam kak zakie..
hihih..mcm cma la kaedahnye..selalu hilangkan setokin mak! alih2 ajak mak g beli setokin dia semula..hihih..

bagus kedai mkn tu.. jimat segalanya2..tp yg penting bersih & sdap kan.. :)

Aziela said...

Mereka bersepakat, tiada cemburu dan iri hati, sama2 menaikkan business. Maknanya dalam social life pun mereka begitu. Ciri2 orang yang berjaya.

Saya tak berapa suka nasi goreng cina sebab x pedas. Tapi, nasi goreng cina akak nie nampak sedap la pulak...

Unknown said...

kalau pelanggan tak putus2 macam tu, bermakna income dorang memang superb :)

apdm said...

salam,

biasanya peniaga kecil kecilan begini incomenya lebih tingig, kalau di jerteh ni, pernah tengok , ada yang pakai banglo 3 tingkat. padahal jual tepi jalan je. kata orang rezeki berkat..

mmg jimat kos, tak payah upah pekerja basuh pingan, kertas pun murah je harganya.

aby said...

Salam kz,
Stokin molor jer yg tinggal, aby plak klu yg hilang dr dapur adalah tin2 sardin. D ngowo balik anak sulong

Unknown said...

PM ada kenalan yang hanya berniaga mee goreng sehari minimum dia boleh dapat 1k kak...hebat kan...jika lokasi strategik dan servis bagus, pasti banyak repeat customer...

Nastyna said...

ini yang kita mau. kerjasama dan bukan dengki mendenggi. hehheee sedapnyer sedapnyer.

Rinna said...

bila sepakat gini.. sgt bagus.. dan byk laa variety makanan kan.. sama2 cari rezeki.. bila dah maju dpt ler byk ongkosnyaa.. :)

Unknown said...

wow..semuanya sedap2..lapar perut tengok gambar..hehe..:-)

Abam Kie said...

masakan di gerai memang sedap cuma kita pastikan kebersihan dlm penyediaan mknnan itu. sy pun selalu mkn di luar aje sbb malas n x sempat nak masak...

ANIM said...

Bila bekerjasama, badan jadi kuat, duit makin lebat...yeeeee...wonderpet..
Heee...kakzakie, kalau berkongsi rezeki, bukan makin rugi...tambah untung ada. Kalau kat SP, masih ada nilai2 begitu. Contoh kita cari barang kat kedai A, dah habis stok atau tak jual, dia boleh rekomen kedai B pulak...
Kalau bandar besar, tak taulah pulak..

P/s kak ada anak perempuan bolehlah tuding jari kat anak, heee...saya ni 2 Abdul, tak dapat nak share tapi salah sendiri. Susut dan asyik beli baru sebab tak cukup pasangan. Yg pelik, masa membasuh dan menyidai ada, bila melipat..tak au mana menyorok

ewanthology said...

fav saya sate tu

Maria Menado~ said...

tapi kak kan... gambar akak tu nampak betul2 sedap. hehe..

rohayu osman said...

bagus cm tue... bekerjasama...

ummiross said...

Alhamdulillah, tiada perassan dengki dan dapat bekerjasama, berkat rezekinya.

azieazah said...

Kreatif sungguh!

ibuintan said...

dah byk jugak tmt makan yg buat camtu skarang ni, mereka saling bekerjasama... satu warung satu dua menu saja, servis pun cepat, kita pun taklah lama sangat dok menunggu

Cik Rose said...

bagus kalau ada sikp kerjasama macam tu.. kadang kadang sesetengah kedai, kalau kita order kat kedai dia, tapi kedai dia tak ada, terus je dia cakap tak ada.. huhu.. tak nak pun gi order kedai sebelah...

LYAfrina said...

ni y dikatakan sama bantu membantu dlm bisnes...

Cikli said...

Macam mana cerita stoking, tiba-tiba jadi gambar-gambar makanan yang melelehkan liuq ni kak. Ini kelebihan Kak Zakie.

Azian Elias said...

sepakat bwk berkat.

Unknown said...

Boleh tiru idea ni kalau malas basuh pinggan kt umah

Kakzakie Purvit said...

Bila etika berniaga ketnal dalam diri disamping ingin sama-sama memajukan bangsa dan agama tidak mustahil semakin banyak senario seperti N3 kakak ini akan terjadi.

Terima kasih kepada semua yg memberikan komen:-

Nurulhuda, Be Simple Beb, umialya, Aisy nasiha, Amie, Irfa, Ainhany, Fiza Rahman, Mrs Eady, Mokcik Azwa, Munnafendy, redza, amirah, Aimiza3, Knor, Zulaikha megat, Puan Kutu, Juhariah Johari, Zuliana Abuas, Are_linayu, JunAina, Ummuaidan, Suraya Baharun, Ratu Hatiku, Werdah, Adish.Shida, Intanfirdaus247, zana fahmi, ct norarizah, Rai Ourkizuna, makchaq, Cikgu Ma, Wahida, ahmad humairi, KY, Nory Zoulkefle, Yan's cottage, Hanis Azla, Kay_are, atie yusof, wan nurul hezrina, azi (samalah kita), Falsya, Fadilah Aziz, Yus, Mia Kassim, Perdu Cinta, Cho Zila, Liya Hanif, Faraherda.Razalan, Cheqkaq, Daddy Ziyyad, ieda immi, hainom OKje (macam kakak pun rasa begitu tau teringin nak berniaga tapi takut), CMA @ CikMoonAdnan, Acik Erna, Sara, norhidana, Mam Rey, Aju Mohit, Queen Teratal, Qhaifa Nur, Ibu Lala, Pokok Manggis DR, Ujie, NM03, lydzar DN, hana hadi, Kesuma Angsana,♥ Cmª shlemª ♥ Aziela, boni kakcak, Syira Qahirah, aby (angger molor wes orak penak dienggo), Papa Mifs, Nastyna, Rinna, Noor Liyana, Juk Din, Anim (ada cara tak mahu hilang masa angkat dari ampai terus jadikan satu Anim), the malay male, Maria Menado, Rohayu Osman, Ummiross, Azieazah, ibuintan, ros_reeza, Lyafrina, Cikli, Azian Elias dan Elly nadyra.

Buat semua bersama kita jadikan renungan. Sekali lagi kakak ucapkan terima kasih.

Mimie said...

sedapnye sate kak....dh lame xmkn

NanyFadhly said...

Assalammualaikum..

jalan2 singgah blok akak. Kalau sedap dan service pun bagus memang ramai pelanggan sebab kawan akan recommend kan?. :)

Nik said...

sedapnya semua mkanan. bagus kan cara tu.jimat gak . senanh tak yah susah2 basuh pinggan.

Unknown said...

makanan kalau dia masak sedap...kat celah lorong pun org pi...janji memikat selera.....

Ena's Stories said...

Sedap2 je makanan tu semua kak...

PiNkYCaT said...

kreatif2!hehe....

*jmput singgah ke blog sy juge ye;)

SumeSakan said...

Berniaga neh klu kena gaya dan mendpt butan memang untung besar...tu lah bestnya kalau dapat pluang nak plak dpt jnis yg kerjasama cam neh..kan?

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

a'a la bagus cara mcm tu...jimat itu penting hihi