Monday, November 29, 2010

Aku di KPJ

Mulanya jururawat mengarahkan aku buka semua pakaian dan dia memberikan aku baju belaus hijau, lengan pendik dan hanya bertali di belakang. Hubby mengusik aku "Kalau tak masuk bilik ni taklah dapat pakai seksi macam model" . Setokin dan serkop rambut dibenarkan tidak perlu dibuka. Kasut diletakkan di bawah katil. Suhu bilik yang sudah sejuk menambah kesejukan aku yang berbaju lengan pendik. Aku tutup tubuhku dengan selimut pink yang disediakan. Tangan kiri aku sudah dimasukkan jarum bagi memudahkan mengambil darah dan memasukkan ubat. Dag-dig-dug jantung aku berdegup. Aku tak benarkan hubby jauh-jauh. Masa itulah aku rasa tidak mahu ditinggalkan oleh hubby.

Selepas dimasukkan ubat bius aku tidak sedar apa yang telah doktor lakukan. Sebaik buka mata aku terpinga-pinga kerana aku sudah keluar dari bilik tadi. Kalau sebelum itu katil aku tidak ada langsir kini keliling katil aku sudah bertukar langsir kuning bercorak coklat muda. “Eh…. Macam sekejap je.” Hubby aku tersenyum kerana sebenarnya sudah setengah hari aku berada di dalam wad.

Pengalaman pertama aku dipengsankan oleh doktor membuat aku bertambah insaf . Alhamdulillah aku sudah boleh bertugas kembali ke pejabat seperti biasa. Terima kasih kepada Dr. Mohd. Ismail yang menjalankan rawatan juga pembantu jururawat yang kakak terlupa nama-nama mereka. Allah jua maha berkuasa untuk menghidupkan dan mematikan . Doa Iftitah yang aku baca saban waktu telah menyatakan segalanya.


Inilah signboard Dr. Mohd Ismail

Reception bilik Dr. Mohd Ismail

Semasa tunggu doktor datang selepas tukar baju, hubby masih boleh suruh aku posing lagi.

Sudah sedar dan tukar baju. Tapi muka masih macam ayam berak kapur. Jururawat buka jarum tempat masuk darah dan ubat. Sudah boleh sorong untuk balik rumah.



27 comments:

nadz said...

Assallamualaikum kakzakie,
mama nadz nak tahu juga..kenapa tu..sakit apa... dibius setengah hari camtu..
Semuga kakzakie sihat walafiat..

sahromnasrudin said...

SALAM KAK..saya doakan semoga akak cepat sembuh ya..semoga akak sentiasa dirahmati Allah SWT

kella said...

salam kak, kenapa eh sebenarnya sampai setengah hari di bius? Alhamdulillah..semua telah selamat, kalau difikirkan kita pun gerun je, dipengsankan buat seketika! ya Allah.. hidup mati ditangan Allah..

moga kakzakie sihat selalu hendaknya.. :)

aby said...

salam k zakie,
aby ni kontraktor hospital.
memang hari2 keje aby kt hspital,
harini kt hsp jerantut, esok kt hsp klang,
wktu2 hujan ni, hsp purtajaye cukup jage wad di raje nye, tk mau ade kebocoran ..
kerap masuk juge wad di raje,
wad bersalin jgn cerite la, memang selalu masuk .. kate org penang, dan mangli tengok pemandangan hospital ..
apepun harap k zakie sihat ..
biar dapat nulis blog lg ..

dr ismail tu,
dr ismail Thamby ke ... ha..ha..ha..

Kakzakie Purvit said...

W/salam Mama Nadz,

Ujian Allah buat kakak la mama. Memang tak sangka setengah hari kakak tak sedar. Tapi dlm bilik operation tak lama. Cuma tak sedarnya yg lama.

Terima kasih atas ingatan mama.

Kakzakie Purvit said...

W/slam sahrom,

Terima kasih atas doa itu. Sekarang dah ok cuma kena follow-up lagi pada 11-12-2010.

Kakzakie Purvit said...

W/salam kella,

Alhamdulillah kella segalanya dah selamat. Memang benar mati dan hidup kita atas kehendakNya juga.

Terima kasih atas doa itu. Moga kella pun sihat juga.

Kakzakie Purvit said...

W/slam aby,

Oh... kisah aby ni kontraktor hospital. Dah tak gerun la kalau lihat macam-macam pesakit kan. Kakak ni nak kena cucuk jarum pun ngeri. Tapi rasanya kalau wad bersalin tentu boleh lihat ragam bukan ibu yg mengandung saja. Tapi kerenah bapa yg menanti baby tu....

Dr. Mohd Ismail tu bukan Thambylah bapanya. Lihatkan gambar signboard tu. Marah nanti ayahnya.....Ha...ha...

Terima kasih aby.

ummu said...

assalamualaikum kak zakie
alhmadulillah akak dah sedar
dan sihat.setelah membaca entry akak ni,barulah saya tahu mengapa kakak jarang dah kelihatan di teratak maya yg wordpress saya tu.
entry akak ini mengingatkan
pengalaman saya dibius penuh
termasuk ketika jantung saya dikatakan terhenti.
saya rasa ingin tulis pengalaman itu di blog
tapi setiap kali saya buat cerita ttg pengalaman itu, ia cuma sekrat jalan
saya rasa saya tak pandai nak tulis
takut ada term dan istilah perubatan yang saya tulis salah.

terima kasih atas kesudian akak meninggalkan komen pada tulisan saya di wordpress saya berkenaan Jebak Puyuh,dan lain-lain.

jaga diri baik-baik ya kak.sekian,wassalam

Asnija said...

Salam Kak Zakie,
Alhamdulillah dah sihat. Jaga diri ye. Semoga di berikan kesihatan yang berpanjangan. Kalau ada bekalan ubat, rajin-rajin makan...

Ati Masrif said...

salam kak.

semoga kak cepat semboh

maaf tanya kak sakit apa

Kakzakie Purvit said...

W/salam Ummu,

Alhamdulillah masih boleh bernafas lagi. Perringatan dari Allah buat kakak sebenarnya. Insya-Allah boleh berblogging lagilah kita.

Terima kasih atas ingatan ummu.

Kakzakie Purvit said...

W/salam Asnija,

Terima kasih atas ingatan. Ubat memang ada dan kena ikutlah masa yg ditentukan.

Kakzakie Purvit said...

W/salam Ati,

Terima kasih doa Ati itu. Kalau boleh tak mahu jumpa doktor lagi. Ha...ha... takut and ngerilah.....

Kak Amy said...

salam kak..

amy doakan semoga akak cepat sembuh ya..

sonata anak kancil said...

semoga sudah sihat dan sentiasa sihat selalu...

Kakzakie Purvit said...

W/salam....

#Amy: Terima kasih doa itu. Dah sembuh pun...

#Cikgu sonata: Alhamdulillah dah sihat terima kasih atas ingatan. Penat balik jalan ye cikgu...

sekadar satu coretan said...

salam ziarah...
saye belum pernah kene bius lagi...
semoga cepat sihat ye...

terokai seni said...

moga cepat le sembuh

ibundo said...

aik!! kakzakie kenapa sampai masuk sepital dan kena operate. takde ribut topan pun alih2 citer masuk sepital je ni..
anyway, jaga diri dan kesihatan. mungkin sekarang dah sembuh...

Kakzakie Purvit said...

Salam,

#ainnoraini: jangan kata begitu "touch wood" kata org putih. tak mahulah. kakak dah sihat dah

#cemomoi: dah pun sembuh. terima kasih.

#kakpah: kat johor ni sekarang musim hujan dan sesekali ada juga ributnya cuma topan je tak de. itu yg kena pergi sepital. alhamdulillah memang dah sembuh...

Terima kasih semua.....

kella said...

kak zakie.. kita tag akak kat sini..

http://kellazule.blogspot.com/2010/12/tag-dari-lya.html

Kak Amy said...

As'salam...

Amy datang melawat akak , semoga akak cepat sembuh ye amy akan sentiasa doakan untuk akak..amin

Ati Masrif said...

salam kak.

dah sihat ke..

lama tak buat n3

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak..

Sakit apa kak?

ong ong kedek kedek said...

Salam ziarah kak,

Saye doakan semoga cepat sembuh yee :)

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumussalam,

# Amy : Alahai Amy tak de apa yg nak diperkatakan. Alhamdulillah kakak sihat. Terima kasih.

# Ati : Terima kasih. Dah sihat dah. N3 terhenti seketika. Hujung bulan biasalah kakak tak cukup tangan.Semuanya N3 buat company. Ha...ha.... macam-macam report bila hujung bulan dan hujung tahun pulak tu. Tungguuuuu....

# Ust. Razak : Penyakit nak datang tak dapat kita duga. Sedang diuji sejauh mana kakak kuat dgn ujian itu. Alhamdulillah sekarang dah sihat.

# Hasrul : Terima kasih doa tu.