Monday, October 25, 2010

"Ayahku Kahwin Lagi......"

Gerimis malam itu tidak mematahkan semangat anak-anak untuk menyediakan apa yang perlu untuk hari esok. Dari segala barang hantaran hinggalah segala keperluan segalanya diuruskan oleh anak-anak yang lapan orang dan cucu-cucu yang kegembiraan. Destinsai ke rumah bibik membawa seribu makna buat keluarga sarat dengan himpunan doa dan diiringi alunan zikir munajat beramai-ramai. Usai makan di rumah bibik seisi keluarga berkonvoi ke masjid untuk majlis akad-nikah.

Siap.... untuk diberikan kepada yang disayang

Hayunan langkah mengharap segala kebaikan

Termeterai sudah tanggungjawab sebagai suami

Ikhlas pemberian cincin tanda kasih tersemai

Ceria anak-cucu bersama atuk & nenek baru

Dalam rumah warisan itu
Tersimpan segalanya
Cerita dahulu masih segar dikotak fikiran
Keriuhan, kegirangan dan gelak-tawa
Telah lama ia membeku
Kesunyian membawanya menerawang jauh
Pelupuk mata redup sayup
Lebih tiga suku abad dimamah usia

Tanggal 16 Zulkaedah 1431H
Menggempar rumah warisan
Mencatat satu memori
Keriuhan, kegirangan dan gelak-tawa
Kembali bergema di setiap ruang

“Alhamdulillah….”
Rumah warisan itu akan ada teman bersuara
Dalam meniti usia senja
Kami rela bapak berdua
Berbicara tika kami tiada
Bermakmum dan berzikir bersama

“Assalamualaikum tok, assalamualaikum nek….”
Cucu warisan rumah itu
Pamit meninggalkannya seketika
Yang pastinya kita akan bertemu lagi

Selamat menjalani hidup berdua lagi bapak. Kami anak-anak hanya mendoakan semoga dengan perkahwinan ini dapat membahagiakan bapak dan bibik. Kami percaya ibadah dan hidup bapak tidak lagi kesunyian ketika ketiadaan kami. Tapi entah mengapa lagu "Ayahku kahwin lagi" yang dinyanyikan Abang Long selepas majlis sebagai gurauan masih terngiang-ngiang dicuping telinga membuat kami tersenyum.
Khas buat bapak & bibik: -
Jero tong ono ragi
Arek nggawe tape dhino ngesok
Wes wong loro sak iki
Men ngibadah he tambah khusyuk

28 comments:

ainhany said...

salam kak,

ALHAMDULILLAH dan selamat berbahagia buat ayah dan mak baru akak. Dah termaktub tulah jodoh mereka..muga berkekalan..amin

haha...baru ku tahu rupernya akk nie org jawa ek..ptutla bersurah sakan..:)
mekasih

aby said...

salam k zakie.
ape betul ke k zakie wong jowo,
klu gitu podo la karo aby ....

psl ayah ku kahwin lg ...

alhamdullillah, ade jodohnye ...
sekurang kurangnye ..
terase mude balik empunya badan tu ...

tahniah dari aby ...

Kakzakie Purvit said...

W/salam Ain,

Terima kasih doakan. Amin....Kami adik-beradik amat gembira kerana kini dia ada teman untuk berbicara ketika ketiadaaan kami di sisinya.

Kakzakie Purvit said...

W/salam aby,

Kesuwon seng akeh yo aby.

Bukan bernikah utk terasa muda balik; tetapi untuk meneruskan hidup yang keduanya sebelum ini sama-sama kesunyian/berseorangan. Lebih baik kami satukan merka.

Terima kasih.

rezeki said...

salam kak zakie

selamat pengantin baru buat ayahanda kakzakie

insyallah, selepas ini ayahanda tidak lagi berasa kesunyian krn ada teman berbicara

akak speaking jawa, haram sepatah saya tak paham hehehe

mama ju said...

Aslkm.

Pertama kali mama ke sini.Tahniah kerana mendapat ahli baru. Moga berbahagia semuanya.Amin.

Abd Razak said...

Salam kak zakie..

Semoga ayahanda kakak berbahagia hendaknya..

Mak Su said...

as salam kak, tgk tjk buatkan sy teringat kat anak buah sy, ayahnya br kawin lg slps kematian isteri... dan dia ada menyebut, ayahku kawin lagi... agak lucu tp dia bersedih juga katanya bila teringatkan arwah maknya, alhamdulillah pengganti juga adalah sebaik arwah maknya

sahromnasrudin said...

salam ziarah..tahniah byk2 kan..semoga ayah akak dan istrinya menikmati alam rumahtangga ini dengan selamat sejahtera dan dilimpahi rahmat Allah SWT

ibundo said...

alhamdulillah.. ada juga peneman.
Emak kakpah sudah tiga tahun pergi. Pernah juga menyuarakan supaya abah kawin lagi tapi kakpah dimarah balik. Sekarang abah tinggal dengan kakpah dan rumah di kampung tinggal begitu saja. Rumah yang banyak memori....
sedih juga..

Kakzakie Purvit said...

W/salam Pak Itam,

Terima kasih Pak Itam. Itulah harapan keluarga semua.

Bahasa ibunda tetap ku disanjung tinggi.....

Kakzakie Purvit said...

W/salam Mama Ju,

Kakak amat berbesar hati dengan kunjungan pertama ini. Terima kasih kerana doakan ayahanda kakak.

Kakzakie Purvit said...

W/salam Ust. Razak,

Terima kasih atas doa itu.

Kakzakie Purvit said...

W/salam Mak Su,

Emak kakak dah 19 tahun meninggal dunia. Bibik pula memang baru setahun. Tapi dia ini adik arwah emak. Jadi masa Hari Raya tempohari kami pakat-pakat jodohkan mereka. Jadi bapak kita bapa saudara mereka dan bibik emak saudara kami.

Kakzakie Purvit said...

W/salam sahrom,

Amin, Ya-robal'alamin.

Terima kasih kakak ucapkan.

Kakzakie Purvit said...

W/salam KakPah,

Dulu pernah abang (the only son) dah carikan jodoh untuknya (umur dah 51 tahun, belum pernah berkahwin)selepas 7 tahun emak kami meninggal, tapi dia menolak sama macam abah kakak tu. Tapi mungkin kali ini dia susah nak menolak sebab bibik ni adik arwah emak. Kami juga kata kalau tak mahu masing-masing kena duduk rumah anak. Akhirnya kerana tak mahu duduk dengan anak-anak mereka setuju. At least mereka ada teman bercakap. Kami bukan ugut tau. Ha...3x

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam za,

alhamdulillah...kini ayah tidak lagi kesunyian. orang tua tak mau duduk rumah anak2 :), so mereka lebih rela dikahwinkan!
semoga pasangan pengantin berbahagia hingga ke hujung nyawa.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

btw this is my e-mail.

zainab180553@yahoo.com

Kakzakie Purvit said...

W/salam Kak Hjh Nab,

Sebenarnya duduk rumah kampung lebih selesa bagi mereka. Sekeliling rumah boleh bergerak tanpa pagar yang mengurung pergerakan. Rumah anak-anak dalam pagar tak sama.

Anyway thanks a lot for the e-mail add. given.

mama ju said...

aslkm'

Mama selalu nampak zakie kat mana2. Moga ukwah terus terjalin. Zakie johor kat mana,mama dr batu Pahat.

Tahniah kerana menerima ahli baru.Bagus ada mak muda ni..kita boleh berkongsi menjaga ayah....dah tentulah tpt dia mencurah rasa.
Mama harap mama boleh berlapang dada dlm menjaga mereka. Tapi emak mama soranglah kat kampong..telefonlah pengganti diri.
ok jumpa lagi.

Kakzakie Purvit said...

W/salam mama ju,

Kakak asal dari Pontian macam Ayah Zain. Tapi tinggal di JB. Sebab kerja sini.

Kalau boleh nak mereka tinggal dgn kita kan... Tapi kalau tinggal dgn kita 2-3 hari dah nak balik.

Kak Amy said...

salam..

amy datang ziarah sini sambil follow , tahniah ye dapat ahli baru dalam kuarga...

sonata anak kancil said...

salam...tahniah dah dapat mak baru kak...bagus la...teruskan silaraturahim - dah saling kenal tak ade masalah...org2 veteran ni berkahwin untuk buat teman hidup - buat berbual2...sakit pening ade yang tolong tengok2 kan...tak gitu kan?

Kakzakie Purvit said...

W/salam Amy,

Terima kasih ziarah dan ucapan itu. Moga ukuhwah terjalin di maya ini.

Kakzakie Purvit said...

Salam Cikgu Sonata,

Betul tu cikgu. Mereka sebenarnya lebih kepada untuk berkawan. Ada teman bercakap dan makan. Tambahan keluarga ayahanda kakak semuanya di S'pore. Dia seorg di M'sia. Syukurlah kami sama-sama sepupu gembira dgn cara ini.

Temuk said...

Salam KAKZAKIE

Alhamdulillah, bibik wes dhadhi emak! Tambah rapatlah ikatan. Tahniah! Semoga keduanya sihat sejahtera & bahagia selalu.

Nggawe tape dhino ngesok
Tapene enak pulute ireng
Men ngibadah tambah khusuk
Mangan turu iso teneng.

Kakzakie Purvit said...

W/salam Cikgu,

Ya-Allah tak sangka cikgu pun boleh balas pantun kakak. Terima kasih atas doa itu.

dhino-dhino uthan wahe
orak metu wedik petir
angger wes ono konco ne
anak-putu orak kuatir

mamawana said...

Salam kakzakie

Tahniah dpt bonda baru, semoga bahagia semua.