Tuesday, March 27, 2012

Bibik-bibik ku...

Maaf agak panjang N3 ini walau seboleh mungkin aku mengolah terpendik yang boleh.

Cerita mengambil pembantu rumah dari zaman anak pertama aku masih bayi sehingga kini dia sudah masuk 16 tahun cerita yang aku dengar lebih kurang sama. Apa yang membezakan pertama kali aku menggunakan pembantu rumah dulu gaji sebulan baru RM350. Bayaran kepada agen hingga selesai semuanya hanya empat ribu saja. Terakhir aku menggunakan perkhidmatan bibik dua tahun lepas bila adik masuk tahun satu dengan bayaran gaji baru RM550 sebulan dan bayaran kepada agen baru enam ribu. Bibik pertama aku tidak ada masalah langsung.

Sebelum bibik pertama balik kami sudah memohon untuk mendapat bibik baru. Waktu itu anak kedua dalam lingkungan setahun lebih. Bibik ini juga baik dan bekerja dengan kami tanpa banyak kerenah. Cuma dia suka tidur - tidak jadi maslah buat kami. Sebaik lepas makan malam biasanya dia suka menonton televisyen (waktu ini anak-anak belum bersekolah jadi menonton tv bagaikan rutin setiap malam buat bibik). Boleh dikatakan setiap tiga tahun sekali aku terpaksa mengambil bibik baru kerana permit diberi biasanya untuk tempoh 3 tahun. Boleh sambung permit hingga 5 tahun tetapi kena balik dulu ke Indonesia sebulan. Aku pula kalau bibik bercuti sebulan siapa mahu menjaga anak-anak. Oleh itu sebelum bibik ini balik aku akan pastikan bibik baru telah sampai dulu.

Mendapat bibik ke tiga hinggalah bibik yang keberapa entah aku mula mengalami masalah. Macam-macam hal terjadi. Aku cerita bibik yang membuat kami sekeluarga gempar. Baru 3 hari sudah merayap membawa anak aku keluar rumah mencari public telefon , walaupun di rumah aku tidak pernah menghalangnya untuk dia menggunakan telefon. Apa yang menjadi masalah pintu pagar dikunci tapi sliding door tidak dikunci, bila si kakak balik sekolah terpaksa memanjat pagar. Pagar rumah aku pula lebih tinggi dari kita kerana hampir mencecah awning. Sliding pula tidak di kunci. Bila masuk ke dalam rumah dicari kesemua bilik, bibik dan adiknya tidak ada mulalah si kakak menangis menelefon aku. Aku apa lagi sebab baru 3 hari, tanpa fikir panjang tutup komputer, kunci bilik terus balik dan telefon hubby kata bibik tidak ada di rumah dengan adik sekali. Bayangkan jantung aku bagaikan berhenti. Culik - takutnya aku. Hubby siap telefon kawan-kawan satu taman suruh tutup (perhatikan) semua jalan keluar-masuk taman perumahan kami.

Sebaik sampai rumah, bibik dan adik telah ada di rumah. Katanya dia sedang mencuci baju sebenarnya. Pembohongan ini langsung tidak boleh kami terima sebab si kakak kata dia sudah mencari diseluruh rumah sambil menjerit-jerit memanggil bibik, mana mungkin dia tidak mendengar. Kakak juga nampak bibik balik membuka pintu pagar sambil mendukung adik. Akhirnya penipuan tidak boleh disembunyikan lagi. Petang itu juga aku kemas semua baju dan hantar balik ke agen minta tukar.

Cerita lain bibik aku yang baru seminggu telah melarikan diri siap membawa baju-baju yang baru aku belikan (sebab waktu datang semua pakaian adalah singlet dan seluar pendik) periuk dan beberapa makanan segera seperti kicap, garam, maggi dan lain-lain. Aku rasa bibik ini sudah 'pasang kaki' untuk melarikan diri. Mujur waktu itu kakak aku berada di rumah. Adik masih di dalam buai. Aku masih bersyukur barangan lain tidak hilang dan terpaksa buat laporan polis kerana passport dia masih dalam simpanan kami. Batalkan visa dan permit satu kerja.

Ada juga bibik aku yang bila datang haid baunya bagaikan ada bangkai tikus mati dalam biliknya. Dia pula tidak boleh bekerja sepanjang datang bulan - bergolek atas katil, memang kesihan. Orangnya baik tapi kesihatannya tidak mengizinkan. Masuk bulan kedua bila dibawa ke klinik baru aku tahu sakit 'tumbong' bila datang bulan rahimnya bagaikan terkeluar dari alat sulitnya. Sebaik dia sihat aku kembalikan semula pada agen. Menangis-nangis dia kata dia sudah sayang dengan family aku tapi mengikut nasihat doktor penyakit ini merbahaya oleh itu dengan baik kami pujuk dia bila telah sembuh bolehkah kerja semula dengan kami.

Satu bibik pula sangat baik, pandai buat kerja, solat tidak perlu diingatkan. Tapi masuk tahun kedua untuk baharui permit keputusan fomema dia ada VDRL plus (biasanya diperolehi melalui jangkitan secara sex). Tidak terjangkau dek akal kami apa yang bibik buat sebelum dia datang ke Malaysia. Bagaimana dia boleh lepas medical check-up sebelum ini tidak kami ketahui. Tapi kami tidak sampai hati memberitahunya. Bimbang dia malu pun juga lalu kami katakan khidmatnya tidak diluluskan imigresen. Airmata lagi bila perpisahan terpaksa dilalui.

Banyak rentetan cerita bibik-bibik aku kalau mahu disenaraikan satu-persatu. Namun aku tetap berterima kasih kerana semua bibik yang bekerja dengan aku tidak adalah kes yang besar-besar. Kalau setakat terambil duit seringgit-dua itu kami sudah halalkan. Begitu juga kalau brooch/butang yang kecil-kecil itu mungkin dia suka lalu biasanya kami berikan saja walau sebenarnya kami ada belikan mana yang dia suka sewaktu pergi shopping bersama. Baik-buruk mereka dengan tangan itulah juga yang membantu dan meringankan bebanan keluarga kami selama mereka bersama. Apa yang penting anak aku semuanya tidak dipengapakan sepanjang ketiadaan orang dewasa di rumah. Bahkan ada juga yang masih membuat panggilan ke rumah setelah pulang ke negara asalnya.


~~Mendapat bantuan Mak Zah sekarang 100% lebih baik kerana dia ada pertalian darah. Kasih sayang kami tidak kemana. Moga kasih kami berkekalan sehingga ke akhir hayat. Selagi dia masih sendirian akan kami jaga dia disamping dia dapat menjaga anak aku kini.~~


83 comments:

Unknown said...

macam2 kerenah pembantu rumah ni ya kak. Yus takde pengalaman, ada masa bila penat sgt buat keje rumah ni nak juga kalau dpt pembantu sorang,hehe. Tp bila fikir semula, takpelah yus buat sendiri mana yg mampu.

@tune® said...

tapi tulah kan kak...kene bersyukur sbb ade orang leh jaga anak time kite keje...

part kerenah tu yg ngeriii sikit

Masya said...

memang panjang entry ni tekun saya baca tau... macam² ksah halnya bibik² ni kan.. tp gaji yg ditawarkan sekarang pun dah mcm melampau mengalahkan gaji kerani lpsan spm pulak...

Cikgu Ma said...

saya harap saya tak perlukan bibik...huhu

Izwa Kamaruddin said...

huhhu...meremang ulu roma bac ni kak!mcm-mcm ragam ade...takut menakutkan semua ade...tapi masih lagi ada yg baik kan.. :)

Hudalatip said...

Macam-macam kisah ye kak...mak saya dulu memang ada kisah dengan pembantu rumah ni, macam2 la tapi takdelah kes2 sampai sakit-sakit tu semua. Saya pun takde pembantu, mcam kak yus kata bila penat sangat teringin gak nak pembantu tapi setakat ni saya bersama2 ngan suami buat sama2 walaupun penatnya Tuhan je yang tau..

cheqna said...

macam2 kan kakak??

Nini D.. said...

macam2 kerenah manusia...Nini setakat nih blom lagi menggunakan khidmat bibik sbb Nini la "bibiknya"... :)

musang said...

alhamdulillah sy membesar dibwah jagaan ibu..jadi takada pengalaman dgn org yg bergelar bibik nih

azi said...

Kakzakie...
kakak, ralit sungguh saya membaca cerita akak ni...macam baca cerpen pulak....

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masingkan...yang penting bibik tu jaga anak-anak kakak dengan baik...

kurus said...

aduhh kak
macam2 kisah bibik akak ..
seram sejuk nak2 baca kisah yg bawak adik kuar utk telefon , duk bayangkan kalau dia bawak budak tuu lari .. ya allahhhhh moga dijauhkan ..
hurmmm bila baca2 kisah akak dan bibik , no wonder skrg nie nak bayar bibik terlalu mahal .. sampai cecah 700 .. aduhhh bila di fikir2kan , wajarkah semua ini ..??

mama ju said...

Salam KZ

Macam2 pengalaman org ada bibik. Mama tak pernah ada bibik.Mama berhenti kerja masa anak kecik2 lagi.Tulah pengorbanankan.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

saya dah serik ambik bibik...terutama bibik dari indon...mereka ni macam2 hal..skang semua anak2 hantar taska & tadika..puas hati..walaupun kekadang ader juger masalah tapi ok..daripada ssh hati anak2 ader ngan bibik...depan muker pijak semut pun tak mati tapi belakang kiter mcm2 diarang buat...

Unknown said...

Queen blm ada pengalaman dlm cerita bibik ni tp melalui pengalaman adik beradik yg lain Alhamdulillah semua bibik adalah baik tidak ada lg yg buat perangai mcm2...

Kakcik Seroja said...

Kakcik tak pernah guna khidmat pembantu. Tapi adik kakcik ada. Dalam beberapa orang bibiknya, hanya seorang sahaja yang sangat baik. Sayangnya dia kembali ke sana sebaik permitnya tamat untuk berkahwin. :(

Cho Zila said...

memang mcm2 yerk.. sayani memang tak pernahler der bibik.. tapi dari cerita kawan2 dan sedara2tu biasalah macam2 hal..t api memang der yang baik cam sedara sendiri still contact..
kawan saya ambik bibik tu dah 15 tahun .. baru tahunni dia kata nak balik dah tak nak balik sini sebab anak2 kawan saya dah besar... baguih.. buat kejepun ok...
tuler rezeki masing2kan...

faraherda.razalan said...

Isk...sy kesian dgn bibik Kakzakie yg ade sakit tumbong tu. Tak tergambar mcm mane sayunya hati die bile dipulangkan. Kesian sgt...

Hrp die redha dgn apa yg Allah berikan dugaan pdnya.

=(

MOKCIK AZWA said...

Aduhai..macam2 kisah bibik ya..azwa tak pernah ada bibik dari negara seberang.. tapi pernah ada pembantu rumah dari kalangan bangsa kita sendiri. Alhamdulillah, kakak pembantu rumah tersebut memang baik sangat orangnya dan masih sering berhubung dengan kami hingga sekarang walaupun dah tak kerja dgn azwa dah.

::NureeN:: said...

mcm2 pengalaman akak ngan bibik ya.. nureen x pernah ambik bibik & tak terfikir lg utk ambik bibik.. rasanya buat masa skrg masih belum diperlukan kot

miloaiskurangmanis said...

ramai jugak maid akak dulu2 ye...

iols tak ada maid
my kids - my MIL yang jaga

adarnadzmie said...

alahai dgr pasal citer bibik2 akak ni takut..mcm2 kes ada...nasib baik akak sekeluarga tak der perkara2 yang tak baik berlaku...;)

Rina Rahamat said...

susah juga ada maid ya..mcm-mcm masalah

Acik Erna said...

assalam kakzakie..banyak pengalaman kakzakie dengan bibik ye..acik tak pernah guna khidmat bibik..masa anak2 kecil,,jirang sekampung ditempat acik tinggal datang pagi balik petang...bila anak2 dan sekolah hantar mah jiran bil balik sekolah dan bila terpaksa bekerja shif buat gilirang..blind shif..jadi jaga sendiri..bila ayahyna kerja acik dirumah..bila acik kerja ayahnya dirumah..sampai la anak2 besar

Unknown said...

mmg mcm2 keranah pembantu rumah kan kak...w'pun lia x penah ada pengalaman tp sdra mara n kawan2 ramai yg b'kongsi cerita..paling takut mmg kes culik/bawa lari anak kita aduhai...mmg blh pengsan!!

mujurlah akak ada mak zah skrg...mmg senang klu sdra sndri yg menjaga anak2 kita....

penah ada pengalaman menjadi bby sitter masa tunggu SPM dulu... :)

Munn Jaafar said...

eh kak zakie, macam mana sakit tumbong tu? ngeri pulak sy, period bau busuk, rahim terkeluar dr kemaluan? eh, mcm mana tu? 1st time dgr ni

ariana said...

salam kak..patut lah hubby saya x nak sgt maid..banyak masalah nanti katanya..jd mau x mau..terpaksa lah buat sendiri semuanya..huhu
Banyak kisah jiran2 yg sy dengar..tp bukanlah tak de lansung yg baik2..cuma payah ..satu dalam seribu..

Kayu Manis said...

pening juga ye ke..

baik2 org luar ni..ada muslihat,kena berhati2.

saya tak sanggup nak tingalkan anak dkt sapa2 pun.

"tak payah berkerja",suami kata.

Eye_nee said...

pjg mana pun N3 yg akk tulis saya akan baca satu persatu ayatnya...

Saya tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah...hanya mendengar cerita dari kwn2 saja...

Unknown said...

ejak uruskan Cr, ayu akan ada 5-8 bibik.. mmg pelbagai ragam, hanya Allah y tahu sakit dan geramnya bila bibik yang diharapkan berbeza..

tumpang gembira bila kak ada mak zah.. selain melibatkan hubungan akrab, kepercayaan kita pun pasti tak berpaling tadah.. kan

Diana @ BKKC said...

kalau ada sesiapa yg n ak guna bibik..boleh rujuk kakzakie.. Banyak benau pengalaman akak.. kita tak pernah guna bibik..so, tak tahu mcmana..tp banyak jugak dengar cerita2 kurang enak pasal mereka. yg tak bestnya, bila kena dera,,heboh satu dunia.. tp bila bibik 2 tu yg 'mendera' majikan..takde pulak org nak buat liputan

AriF FaZDiLaH said...

bibik oh bibik..

ieja amieja said...

assalam kak..
citer pasal bibik ni mmg mcm2 ragam dorang ..ada yg baik ada yg baik ada juga yg buat salah laku belakang majikan..pengalaman adk ipar yg silih berganti tukar pembantu mcm akk jg.,,sblm tu peel elok je bila majikan dah percaya sgt kat dia blh lak dia bwk org lelaki msk umah...kwn sy plk bibik dia baik sgt tp bila hbs contrak dia x nak smbg la plk..ssh skrg ni nak cari pembantu umah yg betul2 jujur..lbh2 lg org luar kan..

eelobor said...

tengah2 isu sekarang, entri sebegini sebenarnya sangat2 bagus. walaupun saya belum mampu & tak bekeperluan sangat untuk memiliki bibik, tapi dalam sejarah keluarga kami pun ada juga pengalaman sebegini....

Anonymous said...

Akak pulak, masa anak no 1-3 hantar rumah orang. Anak2 tu sayang mak chik tu hingga sekarang.

Anak no.4 - 5 (beza 7 tahun dari anak no. 3) hantar nurseri.

Sehingga sekarang akak hanya guna part time maid yang datang kemas rumah dan balik.

Hanis Azla said...

mcm2 kisah ye kak.. saya tak pernah ada bibik.. tp cerita2 teman2 juga jiran2.. tak kurang sama juga seperti cerita akak.. jdnya saya seperti melalui pengalaman yg sama..

Cik Ina Do Do Cheng said...

dengar cite kak zakie , menakutkan gak guna pembantu rumah warga asing ni, tapi Alhamdulillah anak-anak kak zakie semua selamat ditangan dorang. cik ina tak de pengalaman guna pembantu rumah, masa anak -anak cik kecik pengasuh tempatan yang jaga dorang .

Kazman / Sue said...

mak aikkk... dari satu bibik ke satu bibik yeee... dari yg bawak anak keluar sampailah kes cabut lari...

tapi kekadang memang kita yang kena suaikan diri dengan keadaan...

semoga ceria selalu seisi keluarga...

nabilah_2908 said...

bnyk juga ye pengalaman akak bersama bibik..

mujur lah anak2 akak baik saja.

sy pernh dgr cerita dari rakan sekerja yg bibik dia bagi makan benda2 kotor.. dapat tahu pun bila dia pergi berubat secara islam bila badan dia mula sakit2..lemah..rumah terasa panas...

ini la manusia kan..rambut sama hitam..hati lain2.. :)

Puan Kutu said...

macam 2 ragam pembantu rumah.takut baca ada jugak..sy jangan kata pembantu rumah, pengasuh pun macam 2 kerenah.ada yg siap pukul.masa tu aiman kecik lg tak tau nak cakap.asal nak pegi hantar kt rumah dia msti aiman nangis.sy syak ada benda tak kena.akhirnya terbongar gak.emm macam2 manusia nie kan..

semoga kasih mak zah terus tumpah dirumah akk..:)

terpatrisinarabadi said...

macam2 kes eh kak bibik2 ni...ada yg baik2 baik sgt, ada lak yang tak ok, teruk sgtlah pulak..apr2pon, sbgi manusia...klu dia silap, itu mmg kelemahan dari dia....redha je lah kan

Unknown said...

menarik cerita akak tentang bibik yang oernah bekerja dengan akak ni, mcm2 kerenah ye, jadi sekarang dh pakai pembantu rumah dari keluarga sendirila, memang bagus sebab dia tahu apa yg kita suka dan tak suka.

lieynanilaz said...

banyak pengalaman akak dengan maid2 dari indon ni...semuanya memberi pengajaran yg berbeza..

alhamdulillah ada saudara yang boleh membantu...sekurangnya pertalian darah ni takdelah risau sangat..

Pia said...

"tudia panjang nya citer akak..tapi habis juga saya baca nih...hehe..macam2 kisah kan,mcm2 kerenah bekas2 bibik akak ni.."

Aliesha Kirana said...

rasa ngeri pulak nak ambil khidmat bibik ble dgr mcm2 pengalaman akak. huhuhhuh.

fuad ansari said...

sy hanya pernah dijaga oleh bibik.. tapi belum pernah mengambil bibik..

nampaknya saya belum cukup dewasa juga masih kurang pengalaman hidup..

mahal jugak rupanya nak kena bayar kat agen.. patutlah kalau dalam bola sepak, agen pemain import juga, dibayar dengan agak mahal.. (eh, macam lari topik je.. ) (",)

-Sara- said...

issh kak, mcm2 ye cite psal bibik nii..klo kena yg baik tu mmg sedeh klo berpisah kan..

bestnya ada saudara sndiri leh jd pembantu kat umh kite kan..sara pn tgh2 nk cri org jd pmbantu umah ni..klo dpt sedara senang skit rasenye..

ajumohit said...

Mcm2 kisah tentang bibik ni ye kak, saya mmg takut nk gajikan bibik ni, mcm2 kisah yang Kita dgr skrg, cerita Akak nk lagi membuatkan saya takmo gune perkhidmatan diorg ni

amirah said...

macam2 cerita ye kak...betul2 byk pengalaman akak ni...saya rasa nk ambik maid skrng dh tk semudah dulu lg kut..syukur akak ada mak zah kan..

Hanis MY said...

macam2 kerenah ye bibik... akak hanis Ada srg bibik sangat baik tak tukar sampai skrg tapi dia pun dah makin tua tatau boleh keja sampai bila...

sal said...

macam2 cerita saya dengar drp kawan2 ttng pembantu rumah..masa ank kecik2 hubby tak mahu ambil pembantu..

Cik Jannah said...

macam2 karenah diorang nie. ramai gak bibik akak bertukar.

Anonymous said...

alhamdulilah kalau jmpe yg sesuai..kalau buat masalah parah jugak nak bayar agensi..sy dulu pun dijaga dgn pembantu yg kenal rapat..sekarang kalau balik kg ade jugak jmpe die..

aby said...

tk de pengalaman ada bibik,
tp mat bangla ada la ..
pernah ada 10 org ..
4 org kekal 13 thn ..

bibik2 nya enom2 atau wes tuo ..
aku angger ngolek,
arek seng enom enom ..
ben kuat sikit kerjo ne ..
he..he...

Nida said...

Dulu terfikir juga nak ambil bibik, tapi sejak dari kejadian bibik sepupu lari dari rumah terus kami batalkan niat.

mama maman aka yana said...

Takut bila baca pasal bibik2 nih.. lg2 tgk kerenah bibik adik ipar sy.. sy setakat nih takde niat nak ambik bibik lg.. minta2 dijauhkan la jika mmg terpaksa ambik bibik dan minta2 jauh dr yg bermasalah.

wahida said...

saya suka baca n3 pasal bibik mcm ni kak...walaupun saya takde pengalaman, tapi pernah berhajat nak amek bibik, cerita mcm ni lah buat saya berfikir byk kali sebelum amek bibik...

tak tahan nya baca bila bibik akak dtg bulan bau dia mcm tikus mati tu...kesian pulak kat dia...dia dah sihat ke kak...

dan sakit hatinyalah kalau dpt bibik kaki penipu..kesian kat kakak kena panjat pagar balik dari sekolah...geram saya baca ni kak...

Darling Pya said...

takut pula acu baca cerita2 akak nie

Aien Not Alien said...

pengalaman kakak dengan bibik2 sebagai panduan pada pembaca...itulah kalau suamisteri bekerja sepenuh masa memang memerlukan pembantu untuk jaga anak2, kerja rumah semua...kalau dapat yang baik untunglah~

norhidana said...

mcm2 betul kerenah bibik yg akak dh jumpa yek...
dana nih mmg takde pengalaman lg sbb skrg nih ada adik yg tolong jaga aiyan, kadang adik tu nyer keje pun dh mcm bibik heheheh...

So Shy Lady (SSL) said...

mcm2 hal kan kak. yg ada pnyakit klamin tu serius mnakutkn! syukur dh ada mak zah

Aine Ainun said...

Mcm2 hal ye kak,
mmg bkan snang kita nak jumpa org baik, apatah lg pembantu rumah kan...

Kakzakie Purvit said...

Maaf kerana tempat kakak tidak ada electrik dan baru ini suasana kembali cerah. Terima kasih atas kesabaran membaca N3 kakak yg berjela ini:-

yus, @tune@, Masya, Cikgu Ma, Mrs. Eady, Huda, cheqna, Nini D, redza, azi, ieda, Mama Ju, Lizz Mummycute, Queen Teratai, Kakcik, Cho Zila, Pok Amai-Amai, Mokcik Azwa, Nureen , Miloais milo, adarnadzmie, Rina Avail, Acik Erna (kalau kerja shift boleh diadjust je acik), Mamamya, Munnafendy, ariana, cinnamon.com, Eye_nee, Citarasa Rinduan, diana @ bilakukatacinta, Arif Fazdilah, ieja amieja, eelobor, Kunang-Kunang, Hanis Azla, Cik Ina DDC, Kazman Sue, nabila_2908 (bibik kakak tak masak dik), Puan Kutu (dia pun macam bibik juga kiranya), ikatankasihku, Santri TPINI, Lieynanilaz, Pia, aliesha kinara, fuad ansari, sara, ajumohit, amirah, Hanis MY, sal, Cik Jannah, Tiramisu Fatiema, aby (seng milu kakak kabeh isek enom - seng no siji wahe tuo), Nida, mama maman aka Yana, Alisha Residenc, wahida (tak tahulah sebab lepas tu kami tak berhubung lagi), @cu sayang, Aien not alien, norhidana, So Shy Lady dan Aine Ainun.

Kalau diikut bila kali pertam kena macam serik tapi keadaan memaksa kakak guna dan berkat doa dan tawakkal alhamdulillah sekarang dah ada bantuan terbaik Allah berikan pada keluarga kakak

Terima kasih semuanya.

nazayiena said...

Rasanya kak Nurul pernah terbaca n3 akak pasal bibik sblm nie kan,Macam2 perangai bibik2 nie kan kak susah nak cari yg betul2 baik dan nak bekerja dgn ikhlas.......

duniaanita74.blogspot.com said...

best betul baca cite bibik-bibik akak ne...pengalaman tu kak..tq syer kat sini...susah nak cara yg betul-betul baik dan ikhlas ...nasib baik tak buat apa-apa kat anak-anak...

Unknown said...

kak, wlupn sy baru je nk mendirikan umah tangga .. tp sy punya angan2 dr kecik lg.hehehehee..
iaitu sy nk sgt ade sorang bibik wlupun ms tu sy msh sendiri jike belum kawen...
dan kpd tunang sy pun sy ade ckp, (ckp dlm nada gurau2 la) sy ckp 1 ari nnt sy nk ade bibik ...hahahaaa.. tu la cite2 dan sekerat dr impian sy nnt lps kawen klu dia bg .. heheheee.

OKje said...

Kakzakie....kalau nak cerita pasal bibik ni memang panjang dan best! sebab macam -macam cerita yg boleh dikongsikan...

OKje pun sama jugak pernah menggunakan mereka sewaktu anak yg no 2 tu dalam setahun lebih sampailah anak yg bongsu 7 tahun.... rasanya adalah dalam 8-9 tahun..... bila fees dia dh semakin mahal, dh rasa mcm sayang pulak nak keluar duit...he..he.. tp mmg macam-macam kerenah...

zack mus said...

wah banyaknya pengalaman akak, last sekali ambik orang Melayu kita kan senang !!

NanyFadhly said...

Assalammualaikum...

1st time.singgah sini. Menarik cerita pasal maid akak ni. Pada sy rezeki masing2..macam akak cakap..ade org tengok2 kan anak kita pun dah syukur. Saya pun ada maid. 4 tahun berkhidmat dengan kami...Alhamdulillah semua ok..now dah balik Indonesia tapi kami masih berhubung. Harap sgt die nak.kerja semula dgn kami nanti.

CeqGu said...

anis pun tgh cari maid ni....payah sungguh nak dapat skrg ni....kak nanti cer ajar anis, apa perlu buat bila dah dapat maid...maksud anis,cam mana akak train maid ni....apa yg boleh dan jangan ?

Bee said...

masayallah macam2 juga ye , yg kita biasa tahu bibik buat perangai , ada juga yang ada penyakit tu ..

Unknown said...

berbagai cerita dan kisahnya...hanya daripada orang yang pernah berbibik je boleh dapat ni...saya ada juga bibik...tapi bukan pembantu rumah...saudara-saudara sebelah emak dan arwah bapak...tapi saya tak pernah pun panggil mereka bibik...tapi saya pula yang dipanggil bibik oleh anak-anak sepupu sebelah arwah bapak...hihi

ellynadyra said...

tu dia pengalaman yang cukup lama dengan maid kan akak....saya baru aje 5 tahun kak, kena skali dah takut huhuhuhu

miss cloudy said...

lahaiii mcm2 hal kan... yg lucu ada yg nak marah pon ada...sy pernah tgk drama kat airport, family cina yg menangis2 (anak&ibu) bila nak melepaskan maid indon dia naik airplane...mesti bagus maid tu

Syamimi Saad said...

macam-mcam karenah ye kak..makin takut dibuatnya..

Irfa said...

ada yg baik ada yang ambil kesempatan.tp bila tgk adik ipar yg ada je mslh dgn maid sy rasa kesian sgt..tp bab kain baju yg mcm x cukup kain tu sy gelak,mak mentua siap bagi kain baju pada maid baru adik ipar sbb dia dtg bawak baju t kecik dgn suar pendik je .adoi..x sesuai sgguh bukan keje umah cina

Unknown said...

Selagi ada maid nie.. memang never ending stories la.. dah berbelas maid Idah.. macam2 kisah dan perangai ada.. nanti onetime Idah pun nak buat entry tentang pembantu rumah indonesia nie.. :D

aizamia3 said...

Setakat ni saya tidak memerlukan pembantu rumah.. (saya tak suka orang asing berada dalam lingkungan keluarga sendiri untuk tempoh yang lama)..
Syukur anak-anak k.zakie tak diapa-apakan.. memang seriau bila berlaku sesuatu yang tak baik terhadap keluarga sendiri disebabkan pembantu rumah ni.. :(

AtieYusof said...

Baru terbaca kisah ni Kak..erm! macam2 karenah bibik kan.. tapi apapun syukur sbb anak akak tidak diapa2kan...terfikir juga nak buat N3 ttg ni..hehe

Mar Mansor said...

banyak betul pengalaman kak zakie bersama maid...semuanya boleh dijadikan pengajaran

Aina Adam said...

Alahmdulillah...
Rezeki akak dapat bibik2 yang x bermasalah sangat..
Allah akan membantu hambaNya yang membantu orang lain..
Mungkin akak x banyak kerenah jadi bibik pun mudah aje... hehe.. Untung akak...
Rumah mak saya pun banyak kali juga ada maid. Mmg beza maid yang dulu dan sekarang... Bukan dengan anak2 je nk kena pantau penggunaan teknologi, dengan bibik pun sama skrg ni. huhu..

Unknown said...

Cerita yang bagus.. teruskan..
Tumpang Iklan
Pejam Mata sayang..
Sakit sikit ni..tahan ya..
>>>Baca Sini Kalau Berani!<<<

Puan Eka said...

ralit baca akak punya entry tentang bibik.

dorsett pink said...

baru tahu akak ada bibik bilik baca entry ni...

btw, DVRL tu apa mende kak? sejenis virus ke?