Thursday, July 7, 2011

Mari berbalas pantun

Bloggers sekelian marilah dengari
Ku canang berita dengan santun
Wahai Tuan Al-Lavendari
Kakzakie datang membalas pantun



Komensen menjual: -


Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?



Titisan Nurani membeli: -
Sungguh indah lagu langgam
Lagu mendayu sedap didengari
Gading bertuah sudah digenggam
Tanduk khazanah dalam almari


Komensen menjual:-

Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?



Titisan Nurani membeli:-
Larut mimpi dibuai lagu
Membara terkesan hati gerhana
Memang dikesali hanyutnya perahu
Angkara dilerai insan durjana




Komensen menjual: -

Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?


Titisan Nurani membeli: -
Sejengkal mimpi dibuai lena
Tamat lagu tanpa disedari
Si bakal isteri mestilah sempurna
“Experiment’ sendu yang kesana-kemari



*****************
************
*******
***
*
Titisan Nurani belum puas berpantun khas untuk teman blogger semua: -



Hang Tuah termasyhur di Melaka
Pusaranya tiada di Sri Menanti
Pantun, gurindam dan seloka
Sesungguhnya amat aku minati

Sarang rendah milik tempua
Menganyam ia buatan sendiri
Apa lagi kawan blogger semua
Balaslah pantun
Tuan Al-Lavendari



108 comments:

Dr K said...

tak terjangkau saya nak berpantun ni kak..hehehe

Kakcik Seroja said...

Pasti Kanda AL dah mula pening kepala menerima balasan yang hebat2 belaka. Kakcik suka pantun2 Kakzakie ni. :)

Kakzakie Purvit said...

Daddy Ziyyad,

Doc sesekali cubalah mesti dapat rasakan seninya bila berpantun:)....

nurkass said...

wahhhh..
cantik bunga2 pantun kak zakie tu..
mmg berbakat..kata2 pun menarik..

Kakzakie Purvit said...

kakcik,

Kanda AL tu bukan sebarangn org kakcik. Dia ada cara tersendiri dlm penilaiannya. Kakak pula suka bahasa kakcik:)

Kakzakie Purvit said...

nurkass,

Kenapa tak Kass ikut sekali membalas pantun itu. Cubalah dik...

al-lavendari said...

TERIMA KASIH BANYAK ATAS KESEDIAAN MENGAMBIL BAHAGIAN. SAYA TAHU BUKAN HADIAH YANG JADI IDAMAN TETAPI KECINTAAN KEPADA PANTUN MELAYU MENJADI DORONGAN.

BETUL KATA KACKCIK TU, SAYA SUDAH MULA PENING KEPALA DI CAMPUR PULA DENGAN SAKIT BELAKANG.

Unknown said...

baca pantun kakcik dan kakzakie, dua2 sama hebat, memang berbakat dalam berpantun...

Macam ni confirm malaslah nak masuk contest pakngah kali ni, sbb saya mmg takde bakat berpantun...hehe

kasihibu said...

memang indah bahasa kakzakie

dwatyKNY said...

indah sungguh pantun dijual...
lagi indah pantun dibeli...
saya datng nak ajak kak z berbual...
terlupa yg kita tak pernah bersua walaupun sekali...

hehehehe... ok tak???

gadisBunga™ said...

walaupun pantun akak hebat, saya tetap nak cuba nasib juga.

tapi jgn risau, peluang tetap di tangan akak. sebab pantun saya jenis mengarut2. heheh~

fuad ansari said...

serbuk kunyit dikatakan kari
ingin disalut si ikan keli
bukan tak ingin dibuat isteri
duit dah habis pergi berjoli

serbuk kunyit dikatakan kari
ingin disalut si ikan sepat
bukan tak ingin dibuat isteri
apa yang mintak semua dah dapat

serbuk kunyit dikatakan kari
ingin disalut si ikan kembung
bukan tak ingin dibuat isteri
duit hantaran tinggi melambung

(",)

Noor Fatin said...

aduh saya xpandai la berpantun ni. kering idea. hehhe. :)

Kakzakie Purvit said...

al-lavendari,

Harp ramailah yg turut serta. Kakak lagi suka kalau yg turut serta anak-anak muda kita kan tuan:)

toyolkiut said...

semai padi tumbuh nya lalang,
bendang kontang pesawah bermuram,
pantun hebat bukan kepalang,
tersusun indah makna tersulam..

syabas kak!

Kakzakie Purvit said...

~Yus~,

Mana boleh kata begitu Yus. Kita sekadar meriahkan saja. Kakak memang suka blog Komensen tu. Maklum org berpengalaman...

Ok yus... kali ini cuba berpantun.

Kakzakie Purvit said...

sayang-sayangibu,

Terima aksih sya... masuklah gelanggang Komensan sya:)

Kakzakie Purvit said...

dwaty,

Berbalas kata sudah selalu
sekadar melalui N3 dibaca
dwaty buat oklah begitu
ha... apa lagi marilah mencuba:)

Kakzakie Purvit said...

gadisBunga,

Alahai dik, kakak sekadar memeriahkan saja. GB suka benar merendahkan diri. Sesekali tak apa dik jgn merendah asal jangan hingga kena pijak.

Kakzakie Purvit said...

fuad ansari,

Rumah dipacak telah roboh
mana tidak tiada tiang
Amboi cikgu cantik sungguh
mengapa tak masuk gelanggang

Kakzakie Purvit said...

NOOR FATIN,

Masih ada masa dik... kakak suka kalau blogger macam fatin turut serta. Tunjukkan anak muda pun hebat

azi said...

Salam Akak..
Akak..bab pantun dan bahasa puitis ni , memang serah kat akak le...saya harap mudah-mudahan akak akan menang ye..

* Kak zakie pandai berpantun
Pantun dijual kepada Al-Lavendari
Saya tahu,bkn hadiah jadi Taruhan
Cintakan warisan tersemat dihati*

he.he..akak saya tak pandai :)

Kakzakie Purvit said...

toyolkiut,

Belalang melompat di atas padang
mati terpijak budak sekolah
serlahkan bakat TK di gelanggang
sesekali mesti tak salah

Jomlah TK...:)

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam azi,

Askar berderet satu platun
senapang terselit kemas di pinggang
bukan tak pandai berpantun
tunjukkan dulu bakat di gelanggang

Tak kisah azi cubalah...

Maya Mayana said...

good luck la k.zakie,pantun akak pn best..kalau yana jd AL tentu pening nk pilih pemenang :)

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Tahniah Kakzakie,
Rangkap yang mantap.

AL memang pening sebab tak tahu nak letak tanduknya, sampai hanyut dek kerana mengusung 'bakal isteri' ke sana ke mari...hehe....jangan marah AL...usik mengusik bawa bahagia. Kita rakan blogger pasti tolong jawabkan....ya kan kakzakie?

Anonymous said...

hebatlah kakak :)
ada chance menang nih

kalau saya pantun merapu bolehla..

ajumohit said...

Pergi ke kedai membeli kaya,
Kaya di beli si anak nyonya,
Pantun gurindam warisan budaya,
generasi muda harus mengekalkannya..
.ok kak?? Hehe

My Little Diary said...

bestnya berbalas pantun
teringat segmen yang pernah saya buat dulu... hehe

Kakzakie Purvit said...

Maya Mayana,

Yana mehlah sama-sama kita rancakkan suasana. Seronok kan:)

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam ahmad humairi,

Alahai cikgu, Tuan Hamzah tu bukan calang-calang orangnya. Kalau macam kakak ni dia dah tahu mana kelemahannya.... Sekali lalu saja dia baca...

Kakzakie Purvit said...

makdara TERdiva,

Jangan merendah diri MDT. Cubalah dulu soal hadiah tolak tepi. Kita bergembira berpantun :)

Kakzakie Purvit said...

ajumohit,

ayam, itik dan angsa
duduk dalam reban yang sama
generasi muda menjana bangsa
punah jika tiada kasihnya

Ok aju cantik....:)

Kakzakie Purvit said...

My Little Diary,

Mengimbau nostalgia Rima. Kakak pun turut serta masa tu kan. Kakak memang suka berpantun. Jomlah rima...:)

terpatrisinarabadi said...

MANA 1 CLOROX, MANA 1 CUKA
DAH CUCI BAJU, LEPAS TU NAK SIDAI
SUNGGUHPUN SAYA DTG DARI MELAKA
PANTUN2 NI, SAYA TAK BERAPA PANDAI .. :)

Ati Masrif said...

salam kak zakie sayang,

bab2 ni mmg akak hebat
ati ni tak reti langsung :)

Anonymous said...

terer gak akak berpantun...cuba bersajak pulak kak

munna said...

terasa mcm tgk siaran langsung majlis berbalas pantun kat tv lah kak zakie

NM02 said...

tahniah dapat botol air dari bujal encem... *__*

Unknown said...

assalamualaikum

baru ada kesempatan ayu nak ziarah blog kawan2..
bila masuk sini.. di hidangkan dengan balasan pantun yang sangat indah..

perasaan ayu terus ditusuk dgn kata2 yang kak susun itu
tahniah kak.

fuad ansari said...

sebagai menjawab pantun kak zakie.. (",)

anak muda masuk gelanggang

ibuintan said...

tahniah kakzakie...indah pantunnya moga berjaya

ainhany said...

salam kak zakie,

Kuning itu warna diraja
Indah terletak buat mahkota
awat pulak dok saja
mai la buka fakta


maaf ye kak, ucu pun tak tau berbahasa....hihii

Cik SHiNJU said...

Assalam...

Terer kakzakie berpantun...
ade chance menang lagi ni.. :)

Yun x bape reti pantun2 ni..tp minat tu ada..

AzwanRamli said...

fuh!!! x mampu nk jawab..haha

Amie said...

selamat malam kak zakie, macam pesta pantun pulak ni....amie mara ke dalam gelanggang ye:

hendak daun diberi daun,
dalam daun ada bidara,
hendak pantun diberi pantun,
dalam pantun ada bicara.

norh said...

cantiknya bahasa...
saya ni fail lah bab berbahasa yang indah2 ni..

Afida Anuar said...

Wahhh kak zakie, terrer la kak zakie berpantun... fida tak pandai kak bab2 pantun ni...pantun merapu je pandai la... hik~

eelobor said...

sangat suka baca pantun, tapi tak pandai la pulak nak berpantun bagai. salah satu suka baca pantun kakcik

Anonymous said...

Aslmkm.
Terlebih dulu, maaf ya. Berganti hari baru la Kak G dapat berkunjung.
Kak G tak dapat masuk blog rakan2; terus sistem beri warning & auto revert.
Rupanya anak Kak tinggikan tahap sekuriti sebelum dia travel. Jadi, sudah la amat sensitif.

:)
Kak G turut senyum bersama
Pantun dilentuk bak jari jemala
Tapi Kak G tak boleh pula lama
Nak kunjungi rakan lain pula.

Granny Hani said...

Dua tiga kucing berlari
Saya tak berapa reti.

Kakzakie Purvit said...

ikatankasihku,

Puas sudah dia menuba
Berkolek muara dalam perahu
Mengapa ikatakankasihku tak mencuba
belum cuba belum tahu :)

Kakzakie Purvit said...

Ati Masrif sayang,

Sesekali main berbalas pantun
seronok mengimbau zaman sekolah Ati:)

Kakzakie Purvit said...

redza,

Dulu masa kakak belajar salah satu cara mencari wang saku dengan bersajak dan mencipta cerpen hantar mana-mana majalah redz.... Sekarang dah ada kerja cukuplah:)

Kakzakie Purvit said...

munna,

Sesekali kita berbalas-pantun. Kanda AL yg menjadi penajanya. Hehehe....

Kakzakie Purvit said...

NM02,

Kakak pun tak sangka niezza. Rezeki dari bujal x. Alhamdulillah:)

Kakzakie Purvit said...

Citarasa Rinduan,

Kakak faham kesibukan melanda org business macam Ayu. Tak kisah.

Jom Ayu kita meriahkan majlis berpantun Kanda AL....

Kakzakie Purvit said...

Fuad ansari,

Hebat cikgu
itu yg akak tunggu

kakak dah masuk dan baca
indah tidak terkata

Kakzakie Purvit said...

ibuintan,

Alahai ibuintan mengapa tidak turut serta. Cikgu-cikgu hebat mestinya:)

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam ainhany,

Siap menanam letak di bucu
Tanamlah juga pokok lada
Jangan takut masuk gelanggang Ucu
Tunjuk pada anak murid yg ada

Kakzakie Purvit said...

Cik Shinju,

Yun... bukan nak menang. Ikhlas kakak berkata kalau hadiah duit biasanya kakak tak ambil....

So.... cubalah kali ini Yun:)

Kakzakie Purvit said...

AzwanRamli,

Hmmm.... mana boleh kata begitu dik. Bila jejari menyentuh keboard pasti idea automtic keluar:)

sahromnasrudin said...

alamak kak..mati kutu sy nak jawab pantun....heheheh..kering idea la kite huhuhuhhh

Kakzakie Purvit said...

Amie,

Telah dihalang usah bersuara
Masih hendak berebut harta
Dalam pantun ada bicara
jomlah Amie turut serta

Kakzakie Purvit said...

norh,

Kakak pasti boleh cuma norh tidak mahu. Cubalah dulu norh...:)

Kakzakie Purvit said...

Afida Anuar,

Amboi adik kakak belum masuk gelanggang dah nak mengalah. Cuba dulu dik.... bukan utk menang, sekadar memeriahkan saja:)

Kakzakie Purvit said...

eelobor,

Sesekali berpantunlah ee....
Seronoklah kakak kali ini:)

Kakzakie Purvit said...

DDrfauziah,

Kakak rasa anak Kak G mahu jaga dari terus kena virus yg dtg tak tentu masa sekarang nie. Bagus juga:)

Kaduk sudah naik junjung
Jangan sampai naik kepala
Terima kasih sudi berkunjung
Jomlah berbalas pantun sekali-sekala

Kakzakie Purvit said...

hani@debumelukut,

Kalau dua kerat dah jadi
apa nak tunggu lagi

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamualaikum kak zakie



Semoga kejayaan tu milik kak zakie. Amin. Cik ina memang salute sapa yang pandai berbalas pantun ni. pantun yang cik ina tahu masa sekolah je pantun biasa-biasa tu.

suri solehah said...

baca kepuitisan bahasa orang memang teruja..tapi suri sangat gagal dalam bab ni huhu

uncle gedek said...

RAP pandai, tak?

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Cik Ina DDC,

Suka-sukalah Cik Ina. Kakak tahu sebenarnya Cik Ina boleh berpantun tapi saja tak nak buat. Baca N3 Cik Ina kakak tahu Cik Ina pandai sebenarnya....:)

Kakzakie Purvit said...

suri solehah,

Suri tak nak mencuba ke? Sesekali apa salahnya kan.

Zaitun said...

Bab2 pantun dan puisi ni kak Zai tak boleh nak masuk.

Kakzakie Purvit said...

gedek!

Kakak rasa kalau dgn gedek mesti boleh:)

ILA HonEyBuNNy said...

salam jumaat...

wah2...berpantun pula..datang membaca pantun...nak berpantun tak pandai..hehe

wahida said...

saya tak reti nak berpantun kak, pernah try buat, tapi asyik la tak menjadi...sayang jugak, sbb pantun warisan melayu...

Hanis MY said...

salam kak saya pun suka berpantun tapi nak buat pantun tu haish punya la lama hehe... kalau masuk pertandingan tu confirm kalah kalau untuk suka2 bolehlah... nanti boleh belajar dgn kak zakie... :)

husnalalink said...

wahh kak..kalau bab pantun nie mmg serah kat akak lah bab nie..hehehe

Kakzakie Purvit said...

Salam Jumaat Honeybunny,

Tak apa HB, mula membaca, lama-lama mencuba:)

Kakzakie Purvit said...

wahida,

Em... kakak pun sebenarnya pakai tiabi je wahida. Masa dah depan monitor mesti idea automatic keluar:)

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Hanis MY,

Cubalah buat pantun style Jepun
Biar Al-Lavendari pusing. Hehehe...
(Jangan marah Tuan Al-Lavendari)

Kakzakie Purvit said...

Zaitun,

Alahai Kak Zai sesaja nak meriahkan N3 teman sesama blogger. Best kakak suka pantun:)

Kakzakie Purvit said...

lalink7,

Kelak ada org nak pinang anak kakak guna pantun tak ye? (anak baru setahun jagung dah berangan) Hehehe....

sud@is said...

Pusaranya tiada di Sri Menanti
Ntah dimana tempat bersemadi
Sesungguhnya amat aku minati
pantun sajak dan juga puisi

azieazah said...

KAK ZAKIE:
Memang hebatlah boleh berpantun begitu indah sekali. Kata orang, jika tak diasah bakatnya, manakan tahu hebat dan kreatifnya, kan?

Tahniah!

Bila Sunyi, AA BERSIHkan Rumah...

ucubakery said...

salam k.zakie...
bukan calang2 org yg bisa berpantun...ucu pandai pantun 2 kerat je..itupun ikut guna bahasa pasar je...
nak berguru boleh...

Kakzakie Purvit said...

SUD@IS,

Puan Midah pergi ke kota
tersesat jalan tercari-cari
Kalau sudah bagai dikata
belilah pantun Al-Lavedari :)

Kakzakie Purvit said...

azieazah,

AA sesekali mengasah bakat bila Tuan al-lavendari membuka gelanggang. AA tak nak join sama ke? Jom sesama kita meriahkan:)

Kakzakie Purvit said...

Ucu Faridah,

Eh.. eh... Ucu nak menguji kakak pula. Kakak tahu Ucu hebat berpantun namum taring tak nak tunjuk keluar. Malu kakak dengan Ucu....:)

terpatrisinarabadi said...

BAPAK LEMAN PERGI SCUBA
SCUBA DEKAT PULAU PUAKA
BUKAN DIRIKU TIDAK MAHU MENCUBA
NANTI PANTUN KU REKA, JADI JENAKA.. :)

Unknown said...

Petik gitar ada bunyinya,
Nyanyikan lagu untuk si dia,
Mahu mencuba takut rasanya,
Tengoklah nanti apa cerita..

apapun , pantun aka sangat bestt :)

ORLANDO AHMAD said...

Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus

pengikat kena gigit dek anai2

al-lavendari said...

wah meriah sekali di sini !

saya suka baca komen2 dan jawapan kakzakie. saya ingin ucapkan terima kasih kerana usaha kakzakie tolong mempromosikan kontes saya itu.

Kakzakie Purvit said...

ikatan kasihku,

Sesekali datang menyapa
belum dijentik sudah melenting
jenaka pun tidak mengapa
motif jawapan itu yang penting

Kakzakie Purvit said...

Ini Kisah Tia,

Utamakan makan buah tempatan
jangan lupa denan papaya
apa yg Tia hendak takutkan
di sana mana ada buaya :)

Kakzakie Purvit said...

JONY Al BUAYAK,

Hahaha..... kelakarlah Jony. Mesti jenis anai-anai pendengki.

Kakzakie Purvit said...

al-lavendari,

Meriah rumah kakak kali ini dengan idea tuan mahu kita berpantun.

Kakak suka juga bila komen yg datang dlm bentuk pantun. Best macam masa sekolah:)

aby said...

salam k zakie
dapat juga aby join..
meriah juga reply2 yg dibuat ..
tp aby tk pandai berpantun ..

sekadar,
iwak kotok iwak leleh,
moto ne ngantuk wetengnye ngeleh ..

hu..hu..

Unknown said...

saya bab2 nak menjual or membeli pantun nih mmg fail...hehe

IMANSHAH said...

Orang melayu memanjat kelapa
Untuk jualan di hujung tanjung
Khazanah Melayu tidak kulupa
Pasti bertahan tetap kujunjung

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam aby,

Bagus... kakak suka sangat.

iwak kotok iwak lele
managan karo sego sepiring
moto ngantok weteng ngeleh
lepas pantun turu ngiring:)

Kakzakie Purvit said...

Papa Mifz,

Huh... kena cuba juga. Kakak gerenti lepas ini mesti boleh. Come on try once....:)

Kakzakie Purvit said...

IMAHSHAH,

Janganlah curiga dan ragu
kalau cinta sudah membara
siapa tidak kenal cikgu
dj sekolah setiap acara

Acik Erna said...

kakzakie.acik memang tak pandai nak berpntuin pantun ni.
semoga kakzakie berjaya.

Kakzakie Purvit said...

Acik Erna,

Alahai acik... bukan soal nak menang Aci... kita suak-suka berpantun macam zaman sekolah dulu. Jomlah Acik...

Fasihah Supian said...

fuhhh hebat akak berpantun!!!!! boleh masuk pest pantun ni kak....