Seronok juga melihat dan membaca buku yang dibekalkan kepada peserta. Angka-angka disebut secara singkat seperti satu jadi tu, dua jadi wa, tiga jadi ga, empat jadi pa, lima jadi ma, enam jadi na, tujuh jadi ja, lapan jadi ka, sembilan jadi lan dan seterusnya. Kependikan sebutan angka ini boleh jadi mainan. Contohnya jika 4412735512 bila disebut jadi pa pa tu wa ja ga ma ma tu wa. Balik dari kem pada hari pertama anak-anak aku ketawa menggayakan nombor-nombor yang disingkatkan itu.
Keratan Akhbar - Melalui keratan akhbar ini jugalah yang diperolehi anak dari sekolah lalu membawa dia ke kem tersebut. Salinan asal yang diperolehi sudah tidak jelas, ditambah pula kamera aku inilah dia perolehannya.
Buku - Inilah buku yang dibekalkan kepada peserta kem
SK Taman Bukit Kempas - Sehari sebelum mendaftar kami sudah menggoogle di mana lokasi sekolah ini. Jauh juga dari jalan utama.
Penjaga - Ramai penjaga beratur menunggu giliran mendaftar. Hari pertama kelas bermula jam 10:00 pagi disebabkan ramai yang datang dari jauh tidak dapat berjumpa lokasi sekolah. Ada yang datang dari luar negeri Johor dan menginap di hotel. Pasangan gambar di atas inilah yang membantu aku menumpangkan anak untuk ke sekolah tersebut kerana beliau bekerja di Celcom, Kempas dan ianya laluan beliau untuk ke tempat kerja. Anak beliau juga satu kelas dengan anak aku.
Gurau - Kami dapat mendaftar seawal jam 8:45 pagi lagi. Sementara menanti kelas, keadaan hujan lebat membuat adik dan kakak duduk di kantin sekolah ini sambil menikmati mee hoon yang mama goreng dan donut yang dibeli di Angsana malam sebelumnya.
Jom kita main-main macam anak-anak aku. 5537730437 cubalah cari apa dia bunyinya? Tiada hadiah diberikan, sekadar mencerna minda seketika........
54 comments:
erkk..
bukan ke mamagajajagasongpagaja..aha..cuba nasib jek ni..hehe..mcm timbul gajah pulak dah..adehh
apepun terisi masa anak2 dgn perkara berfaedahkan kak zakie..
bertuah budak2 sekarang nih...masa sy skolah dulu xde pulak kaedah mokhdar ni
saya ade pegi kursus ni kak, masa tu darjah 6, tahun 1993 (18 tahun lamanya hehehe)...saya ingat lagi la nak hafal 1-20 dlm kaedah mokhdar ni...seronok..tp yelah kursus ni just 2-3 hari tanpa berterusan, maklumlah waktu keluarga tak mampu.. Tp Alhamdulillah berjaya jugak membesar..TQ kpd emak n arwah ayah...
salam,
nak tanya, berkesan tak kaedah ni, teringin juga mencuba, anak saya yg ke 2 tak berminat dgn matematik, saya lak yg susah hati....
he~~mokhdar ni da laama gila~~time saya darjah 4 da ada~~masa tu dia bawak anak dia sebagai testimoni~memang terer anak dia~~haha~~
zaman dah semakin maju
macam2 kaedah pembelajaran ada sekrng ni....
ok ye mokhdar ni kak zakie...nak gak cube hantar anak2 saye tu...biar dia org berminat sikit belajar matematikkan...
nak try nie : mamagajajagasongpagaja
betul tak?
salam kakzakie...macam2 kekdah nak belajar sekarangkan...tinggal keluarkan duit je...akak pun prihatin ngan pembelajaran anak2
ok ke bengkel mokhdar ni ...mmg ads kemajuan ke
beruntung budak2 sekarang nie kan kak! aduh amy dah banyak kali ulang angka tu tapi masih x dapat tangkap apa2 lagi.adoi lemahnya minda ku
kosnya agak tinggi
saya pom ada hati gak nk anta anak saya kusus gini..tapi xjumpa..huhu
cepat blaja M3 ngan cara gini..
ni saya try eh:
ma ma ga ja ja ga song pa ga ja
hak 0 tu song ka..hehee
bertuahnya generasi sekarang kan..ada pelbagai teknik yang mereka pelajari..bagus itu
ati minat juga nk hantar anak
ke kursus atau motivasi tp
tak jumpa yg berkenan di hati lagi
macam2 kaedah sekarang ni..antara hendak dan tidak saja
ooo baru tau..asal masa sekolah dulu tak penah tau..ishhh
slm,tq sbb follow liza..now liza dah follow blk. :)
mak oi rege dia...... huhuhuhuhu
tambah tolak darab bahagi semua tu saye tau bila masuk darjah 6... hahhaha teruk kan saye
alamak... tak pas lg lah hehehe....
hrga dia agak mhl gk kak ek, tp kalu hasilnyer memberansangkan apa salahnyer berbaloi2...
banyak org yg mengikuti kaedah ni berjaya kak..hehhe
@ nurkass: Salahlah sayang... kakak lupa pula nak bagi short-cut utk kosong. Hehehe.... kelakar je bunyinya...
@ redza: Dulu selalu ada di kawasan sana saja redz. Sekarang dah mula ke selatan juga.
@ ajumohit: Kakak sekadar nak lihat ada ke tidak perbezaannya. Aju masih ingat mengira angka-angka itu ye...
@ Tiraihati: Kaka pun tak tahu lagi. Sekadar mencuba apa yg terdaya. Usaha dulu selagi boleh...
@ bujal x: A'ah masa dulu anak dia selalu dijadikan tetimoni.
@ My Little Diary: Selagi ada peluang yang boleh dan anak kita mahu rasanya tidak salah mencuba kan Rima...
@ ainnoraini: Entahlah ain... kakak cuba dulu. Dulu jarang ada di JB. Terlanjur dah sampai sini kakak cubalah...
@ Be Simple Beb: Kakak lupa nak bagi kosong jadi tak tepatlah sayang....
@ suri solehah: Bila anak kita berkehendak dan kita ada peluang rasanya tidak rugi kita mencuba suri.
@ Ila: Kena tunggulah dulu Ila. Tak tahu lagi.
@ Amy Syaquena: Biasalah Amy bila kehendak anak demi utk kebaikan mesti sebagai ibu tetap juga tak nak lepas peluang.
@ pB: Kos untuk sepanjang 1 minggu siap dengan makan sekali termasuk.
@ sarah-najwan: Alahai cikgu kakak lupa nak bagi short-form utk kosong. Kosong sepatutnya "o" bukan song.Hehehe...
@ sahromnasrudin: Terpulanglah diri masing-masing shah. Terlanjur dia hendak pergi kakak hantarlah.
@ Ati Masrif: Kakak dapat info baisanya dari pihak sekolah anak Ati. Bila ada brochure2 tu mereka bawa balik
@ ibuintan: Betul tu kakak pun kena tanya anak kalau betul dia hendak baru hantar. Sebab maklumlah seminggu lamanya dan cuti sekolah pulak tu...
@ chichi: Dah lama sebenarnya kaedah ini tapi jarang dapat peluang kami di JB nie.
@ Ummi Alesya Sofea: Terima kasih dari kakak juga
@ eelobor: Kos semuanya termasuk pembelajaran dan buku-buku yg dibekalkan beserta sarapan pagi, tengahari dan minum petang untuk tempoh seminggu Ee.
@ JARI YANG TERBARAI: Usah merendah diri sangat takut kena henyak terus tak boleh bangun hahaha.....
@ norhidana: Rasanay setimpal juga kot Dana sebab kos semuanya ditanggung pihak mereka.
@ cikceriacorner: Kakak harap anak kaak boleh menguasainya ccc. Berusahalah dulu...
assalamualaikum,
apapun juga kaedahnya, kalau kita sudah menguasainya menjadi senang...moga boleh menguasainya.
susah jugak tu. haha tapi terhibur la kan. sekurangnya tak boring dan memberi banyak manfaat ;D
Bergulung lidah kak Zai bila mencuba,orang lama hehe...
bertuahnya anak2 akak dapat join program mokhdar ni...lia selalu juga baca ttg keberkesanan sistem ni kat s/khabar n magazine...semoga anak2 kak zakie akan lebih cerdas slps ni...;)
5537730437 - ma ma ga ja ja ga o pa ga ja...
sekali baca mcm bunyi " mama gajah jaga opah gajah" heheheheeeee....(ntah btl ntah tidak nih....)
assalam kakzakie..rasa acik la dah lama jugak kaedah ni kan..dulu2 selalau keluar kat tv.
dr dl berminat nk belajar kaedah Mokhdar tp blm berkesempatan..
salam k zakie,
rm 650/ ...
mmmm ...
aby kena jual seekor kitten dulu baru boleh daftar gamaknya ..
pelaburan yg tinggi klu dapat membina ilmu anak kita adalah sesuatu yg baik.
aby blm pernah cuba lg ..
assalamualaikum kak :)
650 for seminggu hmm. boleh tahan gak tapi kalau ilmu yang diberi untuk kebaikan anak, alhamdulillah.
aduyai kak. tak tercerna pulak ni ha,.. huu
=ma ma ga ja ja ga sa pa ga ja
apakah kakzakie??
@__@
Assalamualaikum Kakzakie...
Yun pun tingin nk belajar kaedah Mokhdar ni..Kat selangor ni ramai gak org dewasa yg join...
Dulu pengasas Mokhdar ni penah dtg skolah yun...
@ ahamd humairi: Wa'alaikumsalam cikgu.Baru belajar belum tahu lagi. Kakak pun kena baca buku itu dulu utk memberi tunjuk-ajar.
@ NOOR FATIN: Kakak tengok macam seronok Fatin. Anak pun suka itu yg penting
@ Zaitun: Kakak pun sama juga Kak Zai. Bila nak buat kena lihat buku panduan. Susuah uga nak ingat.
@ Mamamya: Hahaha.....exactly correct!! itulah jadinya. Jadi bila baca macam kelakar kan bunyinya Lia...
@ Acik Erna: Kaedah ini dah hampir 20 tahun kakak rasa tapi anak kakak belum berpeluang kerana selalu hanya di kawasan KL. Kali ini dia turun JB.
@ Hamizah: Kadang-kadang memang begitu Mizah. Kita bagi anak-anaklah Mizah. Bila dia belajar kita ikut belajar secara tak langsung
@ aby: Apa yg kita bagi semuanya memang pelaburan. Kena redha samada pelaburan menguntungkan atau tidak. Sebagai ibu-bapa kita buat yg termampu. Tapi ini utk tempoh seminggulah aby.
@ sar: Wa'alaikumsalam sar. Silap sikitlah sayang.... kosong kena jagi "o". Hehehe....
Cik Shinju,
Wah.... bagusnya Yun. Kalau dapat pengasasnya yg dtg lagi bagus kan. Dekat tempat kakak baru kali ini anak kakak dapt join. Kakak rasa baru kali ini dia turun JB. Tapi org dari Selangor, Melaka, Pahang dan N9 pun ada dtg tau...
macam2 kaedah sekarang ni..Kalau yg cerdas minda tu kaedah mana pun cepat jer dapat..
akak,,
mutiara pun tengah mengkaji tentang kaedah mkhdar ni,, mengkaji dengan fMRI, nak tengk perkembangan 0tak,,
^___^
suka bila anak anak baru balik dari kem... aura dia dia lain...
wah..mcm2 kaedah skrg ni cuma tgk kemampuan ibubapa je....tapi klu mampu mmg berguna utk anak2
Assalamualaikum kak zakie,
maaf lambat jengah kat sini.penat sangat. untung budak sekarang banyak keadah pembelajaran dan motivasi. siapkan duit je. kak zakie rajin ye layan anak-anak demi kejayaan mereka.
menarik kaedah ni..rasa macam nak daftarkan utk anak2 2 org tu
mesti dah kaye mokhdar niee..dari dulu masa sy darjah 1 pun ade kat skolah saya..skang dah 26 tahun masih ada lg..hebat2..
@ hani@debumelukut: betul lah cikgu. Kalau budak yg pandai apa cara pun mesti pandai
@ Mutiara Bernilai: Kakak tahu MB memang rajin utk belajar lagi.
@ gedek : Betul gedek. Baru balik ada perbezaannya yg +ve
@ Munna: Dulu kakak tak mampu utk ini semua kerana bapak kakak ramai anak dan tam mampu. Sekarang anak kita tak ramai mana bolehlah kan munna.
@ makdara TERdiva: Kalau di sana kaka rasa selalu ada peluang MDT. Tapi di JB ini susah nak dapat peluang ini.
@ lalink7: Memang telah lama Husz. Untung siapa yg rajin mengikuti memang mesti cerdik mathematic..
ayu belajar masa usia ayu 15 tahun,.., mmg seronok...
tapi skrang harganya mak datuk...
tak apalah.. janji budak2 cepat pandai...
Post a Comment