Wednesday, January 2, 2013

Sambil menyelam minum air

Biasa kami membuat passport di JB saja. Tetapi disebabkan bapak sudah tinggal dengan kami dapat informasi di Kukup lagi cepat prosesnya sebab tidak ramai orang. Mengikut cadangan bapak itulah kami membuat passport di Jabatan Imigresen Kukup dan sambil itu dapatlah kami singgah rumah kampung. 

Jabatan Imigresen - Inilah tempat yang kami tuju. Betul kata bapak tidak ramai yang membuat passport di sini. Dalam masa dua jam kami sudah dapat ke lima-limanya sekali. Kalau di JB pasti sehari suntuk dengan jumlah manusia padat tidak terkata.

Adik - Ini sementara menunggu passport siap adik posing di pekan Kukup yang agak cowboy ini.

Jeti - Dekat saja kalau mahu menjejakkan kaki ke Indonesia. Inilah terminal ferinya.

Cendol - Selesai mendapat passport kami menghantar si kakak balik asrama. Panas berdenting semalam membuat kami berhenti minum cendol durian+pulut. Kelihatan biasa tapi rasanya tidak tertanding. Sedap sangat. Bapak pun boleh habis semangkuk juga.
Passport - Siap semuanya. Kenapa enam? Satu bapak punya masih valid lagi tidak perlu renew dan kini dalam simpanan kami. Bapak buat 5 tahun terus.

Kena gunting - Passport lama telah kena gunting. Tinggal kenangan
~~ Setelah lebih sebulan memandu begitu lancar hari ini terasa lambat sebab kenderaan begitu banyak sekali. Hari pertama sekolah di hadapan sekolah adik pun sesak dengan kenderaan. Tanpa sedar sebab masih gelap dua tayar sebelah kiri keretaku terbelebus masuk lubang. ~~



89 comments:

inazamri said...

pagi yg sibuk hari ni kan kakak.Kakak lagi la sampai terbelebus tu.wah buat paspot ni nak kemana tu?

Unknown said...

sedap pekena cendul tu ye

Hudalatip said...

cendol tu menarik minat saya..:) nak g mana tu kak? siap buat passport baru lagi.

QasehnyaRania said...

as-salam akak:D

sedap cendol tu..
cepatnya ..
kalau buat dekat JB mmg lama pon
tayar masuk lobang..hrap ok2 aje yer ;D

selamat pagi :)

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakZakie

Kak pernah sekali ke Kukup, iaitu semasa tinggal di JB dulu..sekadar meninjau. Jadi nostalgia gitu bila tengok gambar terminal feri tu, sebab ada singgah ke situ jalan-jalan je..

bujal X said...

dalam imigresen tu ada sebiji mesin besar untuk ambil gambar pasport~kalau makcik nak tau saya la yang pasang mesin tu~he~~

Kakcik Seroja said...

Kakcik masih belum ada pasport lagi! :(

Mun said...

wahhh cendul durian+pulut...

dah lama xpekena....huhu

suri solehah said...

Bercuti kemana tu kak?....tengok cendol ingat satu gerai(motor je)kat banting dulu,,,sungguhpun jual ngan motor je tp cendulnya mmg sedap...selamat tahun baru kak....

Umm AA said...

salam kakak..
tahniah dah dpt 5 passport baru....cendol tuh nampak sedapnya...
1st day sekolah bukak kan mmg bz kan kak..

Mia Kassim said...

wah nak bercuti ke kak?.....cendol tu nampak sedap......

BERT said...

sakan la jalan2 nanti dah renew passport hihi

Suraya said...

adoi tayar dah belebus...erk, rim bengkok tak?

Suraya said...

ada g indon tak kak?

ayunidati said...

betul la.. pg yang bizi... panjang kereta berbaris... kesesakan laulintas...

Unknown said...

wahh..nak gi mana kak siap ngan passport bagai ni.. :D

Aisy Nasiha said...

Nak bawa bapak Dan anak2 ke mana tu kak? Semoga semuanya selamat ye....

ANIM said...

Kakzakie, pasport baru cover lembik sikitkan. Kakzakie nak buat unrah seeluarga ke, maklum la ni sibuk masing2 buat vusa unrah

Unknown said...

Saya pernah sekali sampai Pekan Kukup. Memang pekan cowboy.. majoritinya orang cina.

Kamsiah yusoff said...

nak bercuti kemana ya..??

AtieYusof said...

Sedap nya cendol tu kak..
nak kemana ni??:)

Kayu Manis said...

pernah juga pg kukup..

Angah said...

ye benar, jalan kembali sesak..

aby said...

sib baik crita psl pssport, ngingatkan aby kena cek adatak lg brbaki 5 bulan. Psl arek ngono awal bulan ngarep

Suraya Baharun said...

salam kak, nak g bercuti ke??mesti best kan...tak sabar nak tau ni...

norhidana said...

dana pun penah bt pasport kt situ mmg kire lenggang lah kalu kite sampai awal...

bestnyer tgk cndol akak tuh

faraherda.razalan said...

Nak g mane kak?

azi said...

Salam..
kakak nak bercuti kemana ni ?...mesti seronokkan sebab bawa bapak bersama...
(bapak macam saya...buat pasport 5 tahun sekali sekali - bukan apa malas nak beratur salalu..:)


p/s tak pernah makan cendol durian..teringin betul nak rasa....nanti kalau saya pi sana..kakak bawakan saya ke situ ye...:)

Munn Jaafar said...

puas la kak zakie n family berjalan tahun ni! :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kakzakie. Nampak gaya macam nak melancong saja bunyinya, hehehe. Pasport sy lagi 6 bulan nak mati, maknanya kenalah ke Pej Imigresen. Dulu.. pakcik sy bertugas di sini, rumah quarters yang atas sekali sebelah kanan tu meninggalkan banyak sungguh kenangan masa kecil dulu.

Fazleyatul Aini said...

saya suka cendol jagung. nyamm

Fiza Rahman said...

Nak gi oberc ke kak ☺☺

Sedapnya cendol tu.

Unknown said...

Salam.
Moga gembira di th Baru dalm moga kita sentiasa dlm rahmat Allah.

Mama lalu je kukup tu masa nak ke tg Piai. Ada hati jugak nak ke Indon tu, murah jugakan RM 100 tambang pergi balik.

Unknown said...

wah.. awal2 dah renew passport ni sure nk berjalan sakan kan kak...

Anonymous said...

Kak ani pernah ke Kukup sekali beberapa tahun lalu, masa tu kak ani kerumah adik yang tinggak di Skudai.

Mungkin sekarang kukup dah banyak berubah.

Falsya said...

skang ni passport yg baru dh tukar kak nyeah..dh xde dh lambang2 kat dpn?..hurrmmmmm, sedap cendol tuh kan...kene plak minum tgh panas terik mmg soothing je tekak..;)

Mat Gebu said...

Selamat bercuti kak zakie sekeluarga...errrr.....boleh kan?

Unknown said...

salam akak..nk g mane tu???hehehe..memang btol kak, kalo buat kat JB memang sgt lame tau..

Ujie Othman said...

buat kat kukup mmg cpt & mudah. mak saya pun pegi sendiri je.

nak g umrah ramai2 ke?

aanie said...

nak bercuti ke mana tu kakak?

NM03 said...

pagi ni gigih kami kuar awal takut jalan sesak teruk kak...

musang said...

posing sakan adik..tengah jalan pon jadi

eira eixora said...

kakak nak g melancong mana?

Lily said...

bestnya kakzakie nk g bercuti:)

Nur-nba said...

Kak Zakie nak bercuti ke mana tu? Ke Singapore ke? Bestnya.... Hari ni memang jalan jem.. Mujur keluar awal sebab ramai ibu bapa yg menghantar anak2 darjah 1 di sek rendah sebelah..

haryati said...

nak bercuti ke kak? ke mang sj2 je...

Unknown said...

nak jenjalan ke mane kak..? renew pasport?

Dr K said...

Memang betul...ayah mak saya pun dari Skudai gi ke Kukup buat passport, cepat!

KakZakie nak gi mana tu? :)

Qhaifa Nur said...

Kakzakie, pasport dah siap..jauh nak pergi nih....
sekarang percutian tanpa kita rancang, tahu2 nak berangkat je...

fuad ansari said...

nak pi mana kak zakie? untunglah kecik2 dah ada passport.. sy dah tua bangka baru nak ada passport..(",)

are_lin@yu said...

wahh kak nk g bercuti ke mana ni..hiih

zulaikha megat said...

tiba tiba teringin nak makan cendol..

nak bercuti kemana ni kak zakie

Unknown said...

akak nak ke mn tu..xpenah lg wt passport nih..huhu

mama maman aka yana said...

nak jejalan mana kakzakie.. hehehe

Myra Jay said...

Alhamdulillah selesai urusan passpeort..

Myra tak pernah ada passsport seniri, yg ada group itupun sekali je ;D

ajumohit said...

banyak nak komen ni kak, wah renew passport nak
makan angin ye? emmphhh cendol tu wat saya ngences, then dah tiba masa tukar tayar kak, take care ;)

makchaq said...

Memang hari ni dah start jam.. dah lama rilex je memandu..
Teruk ke termasuk lobang tu?

Ramai yang kata buat paspot sekarang senang berbanding dulu.. Baca kat s/khabar fee dah turun sekarang, betul ke?

Rinna said...

Sedapnya cendol pulut..

Bagus laa kan dpt buat passport dengan cepat.. senang laa tak payah tunggu lama2.. :)

Aziela said...

Saya dengar, nak ke Indonesia dari Jeti kukup tu sangat mudah dan dekat. Yang penting, saya dah jejakkan kaki ke Tg Piai...hehehehehhe

Anonymous said...

nak pergi bercuti ea kak zaki.. ke menyambut baik belanjawan 2013? hehe..

sy jugak yg masih xde passport lagi.. =)

saly said...

wah bestnya cendol pulut durian..terliur lah.lama tk pekena cendol ni..mmm

nazayiena said...

Kakzakie nak pegi bercuti obersea ke nie,bestnya.

ibuintan said...

bawak bapak gi umrah ke kakzakie?

senang hati kan bapak duk skali ngan kakzakie...

Jna marcello said...

kak zakie Na mcm da lambat nak wishhh hpy new year tp tetap nak wish jugak taw AGAIN
"selamat tahun baru ;))

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

cendol tu nampak sedap kak..
wat passport nk g mana kak eheeee

Qashmere said...

Tengok gambar passport lama kene gunting tu teringat passport saya.. Passport tu banyak kenangan tu..mcm2 tempat pergi dengan dot dot dot... uhuk2

Unknown said...

PM sampai la nih tidak mempunyai passport...huhu

Unknown said...

singgah jenguk kak zie. :)

Nik said...

sedapnya cendol tu.mkn panas2 ni mmg best la

RIZZNA said...

cendol kat tepi pantai bwh pokok own glamour jugak kakzakie.

btul lah kan. pg tadi hujan pulak tu. nasib baik sekolah ana CiM ada hentian berbumbung masa nk turunkn ank2

Puan Kutu said...

sedapnya cendol..peberet FIL n en suami..mana pegi je mesti berhenti pekena cendol dulu klu jumpa..:)

Dkna Abza said...

yang digunting pon tetap boleh simpan :)

Ruse Sulaiman said...

Nak ke mana buat pasport kak?

Acik Erna said...

assalam kakzakie..cendol tu yang buatkan acik terliur..
acik pun keluar awal ari ni..kalau tidak 7.30 baru nak keluar rumah

citarasa rinduan said...

jgn tarik tali..
mai habaq... nk kemana?..

nk ikuttt

ummiross said...

Sedapnya cendol tu KakZakie. Nak kemana Kakzakie, renew passport tu.

gadisBunga™ said...

tayar kete akak ok ke?

rupanya macam tu pekan kukup ye? saya dok berangan nak pegi tak pegi pegi.

sedangkan pegi umah akak pun dah berangan hari-hari, tapi tak pegi pegi jugak. pencil case adik ni saya kene bagi cepat!

kurus said...

wahhh kakak ....
nak ke mana ... ieda nak ikutttt
bawa atiyg lukeee .... huhuh aci !... ;))

love kakak !

intanfirdaus247 said...

wah kak zakie..nak pi mana tu? habaq la ..hehe

mama aini said...

assalam KZ..ehem dah siap 6 passport..hepi holiday KZ..

Salmi said...

Belum pernah ke pekan kukup..
Buat passport Nak ke mana Kakzakie?

Unknown said...

wah....bestnya..kecik2 dah ada passport... den ni besau2 cenggini pun tak ada lagi passport.hahahaha

Kakzakie Purvit said...

Sebagai warga negeri Johor kakak rasa 90% mesti ada passport. Buat passport bukan bererti nak melancung. S'pore tu kan seberang tambak saja. Walau pergi sejam-dua pun kena guna passport.

Terima kasih pada semua yang memberikan komen:-

inazamri, Abah Khalisha, Nurulhuda, QasehnyaRania, Werdah, Bujal (oh ye ke? makcik guna kamera itulah bujal - anak dara comel yg jaga camera tu tau), kakcik Nur, CMA@CikMoonAdnan, Suri Soleheh, ummuaidan, Mia Kassim, Bert, Suraya (taka da planning nak ke Indon Su), Ayu Azmir, Rai Ourkizuna, Aisy Nasiha, Anim (sebab itu kami beli cover dia Anim), MyStoryPic, Kamsiah, Atie Yusof, Angah, aby, Suraya Baharun, norhidana, faraherda.razalan, azi (insya-allah bila tu azi nak ke sini?), Munnafendy, Seri Kandi Tanah Jauhar (masih ada lagilah Seri quaters ini), Lya Colours, Fiza Rahman, Juhariah Johari (rumah kampung kakak dekat tau kak ju dgn sini), Queen Teratal, Kuang-Kunang (bolehlah dtg lagi kak ani), Falsya, Mat Gebu, Cheq kaq, Ujie (kalau ada rezeki nak juga Ujie - doakan kita semua dapat ke sana mana tahu kan), aanie, NM03, redza, eira eixora, Leeza Eelza, Nur_nba (ok kakak tunggu bila Nur free), Haryatie Faizal, Riedffya ibrahim, Daddy Ziyyad (betul doc. sekarang kakak dah tahu), Qhaifa Nur, fuad ansari (kalau duduk Johor kecik-kecik pun kena ada sebab S'pore dekat sangat dgn kami), are_linayu, Zulaikha Megat, CikZanif, mama maman aka yana, Myra Jay, Aju Mohit (kereta kakak ini baru setahun beli Aju - sayang lagi - pagi tadi abang dah tengok dia kata ok lagi), MakChaq (warga emas aje dapat separuh harga makcahq - tunggulah pencen nanti dapat separuh harga hihi...), Rinna, Aziela, CikGee, mama_saly, Nazayiena, ibuintan, Jna Marcello, Waniey aka IbuQalief, Qashmere, Papa Mifz, Lin si Pipi Merah, nik ros, Cinta Misteri, Puan Kutu, Dkna Abza, Ummi Iman, Acik Erna, Citarasa Rinduan (ala s'pore tu kan dekat Ayu kita boleh pergi selalu meh ajak zalie dan umai sekali hihi...), Ummiross, gadisBunga (pagi tadi abang dah tengok ok kata dia - ahad ini adik ada rakaman di RTM - jom kita makan di Hutan Bandar), ieda, intanfirdaus457, mama aini, Nor Salmi dan boni kacak (kalau duduk JB kena ada dik sebab S'pore depan mata aje).

Buat semua terima kasih sekali lagi.

OKje said...

KZ nak gi mana ni? umrah ke?

emarieys said...

terliur pula tgk cendol tu

Anonymous said...

mula sibuk kembali bila sessi persekolahan bermula kan kak.. happy new year juga ye

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...sedapnya pekena cendol tu...:)

nabilah_2908 said...

ada rancangan nak ke luar negara ke kak..? :)

bab jalan..setuju sangat...sy nak keluar simpang tu pun dah payah...kena tunggu lama baru lepas, kalau time cuti sekolah..mudah je.. :)

Cik Rose said...

nampak sedap je cendol.. kalau cuaca panas lagilah menyelerakan kak..
eh tu pasport tu, akak nak ke mana?..