Monday, February 16, 2015

Alam, serangga dan kehidupan kita

Hari Sabtu yang lepas merupakan hari larian sekolah adik dan aku perhatikan banyak sekolah di Johor Bahru berbuat yang sama. Oleh itu berjogginglah aku bersendirian. Tiba di taman sudah ramai teman walau bukan sebangsa tetapi kami sudah saling mengenali antara satu sama lain. Balik dari jogging hubby jemput untuk pergi bersarapan pagi dan selepas itu terus ke rumah sewa kami yang telah kosong hampir dua minggu. Mengambil peluang yang ada kami membersihkan kawasan luar rumah tersebut.

Buah mata kucing - Sementara mencantas apa yang patut, petiklah juga setangkai-dua untuk dinikmati.

Membakar - Semua daun-daun kering yang berguguran di sekeliling rumah kami bersihkan dan bakar.  Daun mangga, mata kucing, rambutan, pulasan dan jambu batu yang paling banyak berguguran.
Adik - Lebih kurang jam 11:00 pagi adik sudah memanggil untuk diambil. Juga terus ke sini untuk berehat. Bermain unggun api yang ada. Kalah dalam larian tersebut. Top 50 pun tidak dapat adik, tidak mengikut jejak mama-papa dulu yang merupakan pelari pecut di sekolah. Mungkin sebab mama dulu kecil kurang zat jadi ringan untuk berlari pecut.
"Rasulullah SAW melarang kita membunuh empat jenis binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung shurad" - hadith dari Ibnu Abbas ra. Dari sini jelas menunjukkan larangan membunuh binatang tersebut yang pasti ada hikmah yang tidak kita ketahui - Wallahu'alam.

Kasut jogging - Akhirnya setelah 3 tahun kasut murah mama menjadi arwah, kenalah kongsi sama dilonggokkan dipembakaran dedaun yang kering. Nasib baik tertanggal tapaknya ketika mengemas di sini. Kalau di padang jogging mahu sengsara mama dibuatnya. Pinjam selipar adik. Satu hal bila memakai selipar kena berperang dengan semut yang banyak. Masalahnya tidak boleh dibakar berdosa - terpaksalah mengelak mana yang mampu.
Bersih - Lebih kurang jam 12:00 tengahari baru selesai semuanya. Itu pun tidak sempurna lagi. Minggu depan kami akan ke sini lagi. Telah berbelas tahun rumah aku sewakan mungkin memerlukan satu pembaharuan. Anak-anak suka rumah ini sebab lebih besar dan mempunyai tanah yang luas maklumlah yang ini corner-lot tetapi aku lebih selesa tinggal di rumah kecil ku yang kami tinggal kini. Senang mahu mengemas.
Saban hari terpaksa menerima panggilan orang mahu menyewa sedangkan kami belum berhasrat mahu menyewakan kepada sesiapa lagi. Dari mana mereka mendapat nombor telefon kami pun tidak diketahui sebab kami tidak memberi notis paparan yang mengatakan rumah untuk disewa. Bagilah rumah itu berehat seketika. 

~~ Rumah menjadi keperluan dalam hidup tetapi harga yang ditawarkan kini kelihatan berganda-ganda mahalnya berbanding harga rumah-rumah yang kami beli dulu. ~~

50 comments:

paridah said...

assalam...wah sibuk membersihkan rumah ya...eloklah tu...harta milik kita wajar dijaga sebaiknya walau sedikit...berkasih syg sesama makhluk Allah mmg dituntut kerana mrk sentiasa berzikir bertasbih kpd penciptanya...subhanallah.

ariana said...

Salam kak..
Lama x singgah sini, baru nk start berblog balik ni..
Takpe lh adik x menang pun, yg penting semangat dia tu..
Mmg kadar sewa rmh amat tinggi dimana2 pun skrg..mmg kesian kpd yg blm memiliki rmh sendiri kan..

idzwa kamaruddin said...

seronok nyer ade tanah lapang mcm ni kak..puas rase nyer..

siti alfakhishah aman said...

buah mata kucing dekat rumah sewa akak dah buah ye.. rumah saya baru kua putik..

takpe adik bole cuba lagi.. hehehe

yup.. harga rumah tinggi melambong skrg.. nak letak sewa mahal pon pening..

salam singgah kak.. slmt pagi

Miz Eija said...

Assalamualaikum kakzakie.... best nya ada aset rumah hihi murah rezeki kakzakie :) bergotong royong hari minggu.. gudjob

Dhiera nadhirah said...

tak mengapa walaupun adik tak berjaya dapat top 50 tapi semangat untuk berdaya saing itu ada.

tengok buah mata kucing masak tu rasa teringin pulak tekak ni.

betul kak. setuju. harga rumah sekarang. tak terjangkau akal untuk membelinya. harganya sangat lah mahal nak dibandingkan dengan pendapatan yang diterima. kalau kongsi pendapatan suami isteri baru lah dapat beli sebiji rumah yang betul2 selesa.

Bbwana adienia said...

Cantik pemandangan sekitar..masih hijau lagi ..tenang..

lieyalatif said...

betul kate akak..sekolah anak2 lieya plak mingguni sibuk dgn rentas desa nye...tapi dok putrajaya ni desa celah mane kan...lari laa depan belakang umah org ekekeekekekek...

besar laman rumah tu kak...best...petang2 mmg pegang menyapu jek laa sapu daun kering hehehehehe

lieyalatif said...

betul kate akak..sekolah anak2 lieya plak mingguni sibuk dgn rentas desa nye...tapi dok putrajaya ni desa celah mane kan...lari laa depan belakang umah org ekekeekekekek...

besar laman rumah tu kak...best...petang2 mmg pegang menyapu jek laa sapu daun kering hehehehehe

hainom OKje said...

Adik sini baru minggu lepas merentas desanya kanda.....itu pun dah sebok nak cuti sekolah agama....eii geramnyaaa

Sekarang ni mmg laris sungguh rumah kosong , pantang kosong !! Nape kanda tak mau sewakan, alang alang dah ada org nak tu...

Kayu Manis said...

nikmat Allah bgi kekayaan dan kemewahan.
syukur alhamdulillah
masih ada yg tak ada rumah..duk bwh jambatn,kolong kotak..tepi2 jln merempat...sedihnya
alhamdulillah ada rumah tempat berteduhkan..

Acik Erna said...

tak pe adik..janji ada semangat untuk menyertainya

norhidana miswan said...

seronoknyer kak, tgk ada mcm2 pokok buah2... mata kucing tu yg best tuh, tak pyh ssh beli kalu dh berbuah puas mkn yg di tnm sendiri

comei lah slipar adik tu heheeh....

iryanty ahamad said...

tahun nie tak dapat makan mata kucing free..sebab pokonya tumbang hujung tahun lepas..huhuhu..
luas laman rumah akak..banyak juga nampaknya pokok yang ditanam.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Banyak juga pokok yg kakzakie tanam disitu ye... koner lot memang luas utk menanam tapi tu lah, nak mengemas pulak tak larat.. :)

nohas said...

zaman sekolah dulu memang seronok join merentas desa..saya dulu merentas desa dlm kebun kelapa sawit..kenangan..

harga rumah sekarang ni sangat mahal, beruntung mereka yg beli di lokasi2 strategik..berganda-ganda harganya.

Nur Inani said...

sekarang ni musim orang cari rumah ^^

Mia Kassim said...

Bestnya bila dapat rumah yg ada tanah lapang kak. Petang2 boleh bersantai atau beriadah dengan keluarga di situ. :D

CikSiti said...

SALAM KAK ZAKIE
wah alhamdulillah..mata kucing buah feveret mama saya..

teringat pulak masa kat kampung dulu..cuti sekolah pusing keliling rumah kutip pelepah kelapa yg luruh lepas tu bakar sekali dengan daun-daun mangga yang luruh kat depan rumah arwah nenek..nostalgia..

redza said...

saya ada juga tanam pokok mata kucing tp belum berbuah lagi

ummiross said...

Salam Kak Zakie...

Ummi singgah berkunjung hari ni. Memang betul Kak Zakie, rumah harganya melambung2 hari ni, kesian generasi akan datang, tentu sukar memiliki rumah.

Kak zakie..xtaulah kenapa, ummi tak dapat lihat gambar kat blog kak zakie ni, kat blog ummi pun sama.

Mar Mansor said...

saya aad selisih dengan budak sekolah pada ari khamis minggu lepas rasanya

Falsya said...

kakak..nak buah mata kucinggggg...feverettttt falsyaaa..

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...mmg seronok kalau rumah kita ada halaman yg luaskan...mcm2 boleh buat...:)

Rai OurKizuna said...

alamak..saya letak racun semut kat laman rumah sbb bebudak ni main habis kena gigit..saya pun kena.. so kami tabur racun semut..masih ada sebahagian yang tinggal.. tapi kat dalam rumah dah takde..

Nurulhuda Abdul Latip said...

Akak besarnya taman rumah ni, seronoknya siap ada laman..Rumah saya sekarang takde laman saya terus tile kan semua hehe...Memang betul tu kak harga rumah sekarang bukan main lagi mahal..

Puan Kutu said...

Mmg seronok ada kawasan rumah laman besar macam ni..tapi rumah kecik pun best, asal selesa n paling penting bak kata kak zakie senang nak mengemas..aset rumah tak rugi beli.makin hari making jadi harga

TukangKebun said...

Murah rezeki lebat sungguh buah mata kucing tu.
Dalam Al-Quran pun ada surah semut dan lebah kan.
Cuma kekadang agak kekeliruan sebab kalau dalam bahasa semut tu ants yang kecil-kecil.
Manakala kerengga pun jenis ants juga.
Tapi orang suka bakar sarang kerengga.
Kalau dekat KBB ni yang banyak sarang kerengga itulah paling lumayan buahnya.

Kalau Diana jogging dengan KakZakie jauh kut ketinggalan di belakang...lama tak jogging tak dapat nak catch up pace dengan Kak Zakie hehehe...

Bunda a.k.a KN said...

Banyak jugak pokok buahan...lepaslah untuk makan sekeluarga...tak payah nak beli lagi...

uncle gedek said...

Oh? uncle baru tahu Rasulullah SAW melarang kita membunuh semut.... TQ!

ANIM said...

harga rumah sekarang menakutkan utk orang makan gaji macam saya, sampai pencen pun susah nak beli. takut melihat harganya berbanding dahulu.

nur anis said...

seronoknya rumah ada tanah...tenang je tengok pokok-pokok, dedaun..hijau je..duduk kl ni, saya mampu duduk rumah atas rumah je...

Fiza Rahman said...

Kak...buah mata kucing tu. Bestnya dpt makan fresh². Feveret tu ☺

Mekasih atas perkongsian kak. Kat umah tu banyak semut. Pernah juga baca pasal tak boleh bunuh semut ni. Ada doanya.

Saniah Ahmad said...

kakzakie bestnya duk di corner lot,, ada pokok buahan plak tu,, petang2 duk santai bawah pokok,,, tiap minggu mesti kena bersihkan laman sebab rumah dikelilingi daun kering :-),,,

suka suka said...

K Mar pun angkat tangan la kalau jogging... lutut dah tak boleh bawa berlari... rumah arwah pun akak tak mahu sewakan... rehatkan dulu ... maintain je kat luar ..

Bin Muhammad said...

Penuh aktiviti akak dihujung minggu... Saya pula, tiap2 hujung minggu gotong royong. Bila ada aktiviti ni terasa penuh dan seronok pula menanti hujung minggu...

Nor Azimah said...

salam sayang kzakie.

saya setuju, harga rumah sekarang, masya Allah..melambung, dulu kat area rumah saya ni, 10 tahun lepas kami beli baru 100k lebih sikit, sekarang boleh dijual dengan 350k, aduhai...anak2 kita nanti macamanalah nak beli rumah. Teringat tuan rumah tadika saya dulu, mamak berduit, sanggup beli rumah utk setiap anak dia, berduit bolehla kan..

eMMe said...

Kak Zakie, kalau rumah ade laman ni best kak, cam umah kak zakie ni, suke tanah lapang, pokok2 banyak..redup nye.. sejuk... leh lepak kat pangkin... mmg suke dgn suasana ni... sayangkan kalo nak disewakan kat org, kalo org tu jenis tak suke kemas2, n bersih2.. isk2... tak best la....

Mummydearie said...

Permintaan tinggi tu, kak sewakan ajelah. Betul tu kak, kalau rumah tak besar mana lebih senang nak mengemas tapi sempit sikitlah :)

Tamatnya kasut 'boxing' akak tu bukan bermakna aktiviti jogging pun kena tamatkan ya tak, kak? Dapatlah membeli kasut jogging baru nanti. Kalau suruh saya ni, laju je saya pergi kedai tapi suruh jogging tu, nanti-nantilah *_*

ummi aqilah (LM) said...

Salam kak zakie.. Bersihnya ......

Teruja adik tgk ada buah mata kucing!!

Kak zakie, skrg ni payah kot nk dpt rumah sewa tu yg ramai merisik walau x mai disewakan.

Wah kasut baru lah lepas ni ye kak? Warna apa jadi pilihan hari? Hehehe

Berkenaan teguran akak pasal
Maid tu insyaAllah adik usahakan secepat mungkin untuk tegur dia sebaik mungkin kak.

Kalau dah telekung pun takda.. Akak faham2 lah gaya hidupnya sebelum ni kan.. Solat disebelahnya sy dgr bacaan rukuknya betul. Bermakna mungkin dia tau solat cuma tidak lakukan. Ye lah dulu bosnya indon juga dan bos lelaki org putih yg selalu mabuk( walau dah islam).

Malam ni nk kena labur duit sket belikan pakaian yg sopan agar diri ni dan suami tak terus terpalit dosa. Terim kasih byk2 kak zakie ku sayang atas peringatan dan teguran. Moga Allah menggandakan rezeki akan sekelurga atas kebaikan akak.

Please .... Tunjuk ajar dan tegur adik ye kak, pertama kali ada maid sgt lah tak tau nk buat mcm mana .

Julia Johari said...

Seronok tgk kutip hasil buah mata kucing...kak zakie saya tetiba sedih bila kak zakie mention 4 jenis binatang yang dilarang kita bunuh...semut...Allah, julia beli ubat semut kak zakie...dh berapa byk semut mati dlm rumah ju... :(

Ibu Lala said...

X leh tgk gmbr la kak

hainom OKje said...

Patut pun dinda tak boleh tengok gamba ni...ingatkan tenet lembab...Rupanya masalah kita samalah kanda huhu

Amanina Mads said...

ohh.. pernah juga terjadi macam ni. hanya kerana google xboleh nk paparkan gambar. sabar ya akak

Kakcik Nur said...

Eh... kakcik tak nampak gambar... nampak macam papantanda 'dilarang masuk' je...

IbuNoey said...

Singgah sini,kak..aduh,rasa bersalah pula bila dapat tahu pasal semut ni..😢

Erm,biasanya orang suka tinggal ruman yang lebih luas.tapi akak suka rumah yang akak duduk skrg sbb senang nk kemas kan.make sense juga,kak.kalau rumah besar tapi tak kemas,tak best gak kan.

Rumah skrg mahal kan,kak.kena berjimat kalau nak beli rumah.

Jari Manis said...

ha'ah lah kak Entri ni x der gambar

Fifi Nadhrah said...

kak.. saya tak dapat tengok gambar..

QasehnyaRania said...

buah mata kucing adik saya tanam pon berbuah..
kalau di rumah arwah paks.edara lg merimbun buahnya..

kakak, sy xdpt tgk gambarnya.
semuanya jadi tanda seru.
ini ke masalahnya yg kakak khabarkan tu ?

Myra Jay said...

Ada yg cakap gambar hilang bila save somewhere then kita terdelete, jadi semua gambar hilng...