Monday, November 29, 2010

Aku di KPJ

Mulanya jururawat mengarahkan aku buka semua pakaian dan dia memberikan aku baju belaus hijau, lengan pendik dan hanya bertali di belakang. Hubby mengusik aku "Kalau tak masuk bilik ni taklah dapat pakai seksi macam model" . Setokin dan serkop rambut dibenarkan tidak perlu dibuka. Kasut diletakkan di bawah katil. Suhu bilik yang sudah sejuk menambah kesejukan aku yang berbaju lengan pendik. Aku tutup tubuhku dengan selimut pink yang disediakan. Tangan kiri aku sudah dimasukkan jarum bagi memudahkan mengambil darah dan memasukkan ubat. Dag-dig-dug jantung aku berdegup. Aku tak benarkan hubby jauh-jauh. Masa itulah aku rasa tidak mahu ditinggalkan oleh hubby.

Selepas dimasukkan ubat bius aku tidak sedar apa yang telah doktor lakukan. Sebaik buka mata aku terpinga-pinga kerana aku sudah keluar dari bilik tadi. Kalau sebelum itu katil aku tidak ada langsir kini keliling katil aku sudah bertukar langsir kuning bercorak coklat muda. “Eh…. Macam sekejap je.” Hubby aku tersenyum kerana sebenarnya sudah setengah hari aku berada di dalam wad.

Pengalaman pertama aku dipengsankan oleh doktor membuat aku bertambah insaf . Alhamdulillah aku sudah boleh bertugas kembali ke pejabat seperti biasa. Terima kasih kepada Dr. Mohd. Ismail yang menjalankan rawatan juga pembantu jururawat yang kakak terlupa nama-nama mereka. Allah jua maha berkuasa untuk menghidupkan dan mematikan . Doa Iftitah yang aku baca saban waktu telah menyatakan segalanya.


Inilah signboard Dr. Mohd Ismail

Reception bilik Dr. Mohd Ismail

Semasa tunggu doktor datang selepas tukar baju, hubby masih boleh suruh aku posing lagi.

Sudah sedar dan tukar baju. Tapi muka masih macam ayam berak kapur. Jururawat buka jarum tempat masuk darah dan ubat. Sudah boleh sorong untuk balik rumah.



Thursday, November 25, 2010

Marah


Tiada siapa yang suka kena marah. Siapa pula yang suka marah? Ada orang cepat marah. Kenapa cepat marah?
Lihatlah gambar dari En. google tu dengan mata mencerlang dan bibir menjueh tiada siapa suka.
Sifat amarah ini merupakan satu penyakit kalau tidak diubati.
Ada yang berubat hingga bertemu dengan pakar psikiatri atau kaunselor untuk mendapatkan nasihat.
Kalau sewaktu marah kita berada dalam keadaan berdiri, cuba duduk.
Kalau sedang duduk kena baring.
Masih tidak berupaya menahan marah ambillah wudhuk atau air sembahyang.
Berzikir, berwirid atau membaca ayat-ayat suci bagi menghilangkan rasa marah itu.
Beristighfar dan bacalah doa melembutkan hati "Allah Humma Allif Baina Qulubina".
Minum air agar lega dari kemarahan itu.
Pasti marah yang membuak itu akan reda akhirnya. Cubalah........
Bila amarah itu datang
ia merobek perasaan
melempias kepuasan sendiri
melerai simpulan kasih sayang
kepuasan naluri sendiri tertunai
mencanai kebencian sesama insan
ada airmata dalam amarah itu
tidak tuntas dengan kemaafan
sehingga hujung waktu
syaitan-iblis berpesta
merai sebuah kejayaan
insan amarah tersesat
sebagai teman
Na'uzubillah Himinzalik....




(sekadar renungan saja)