Friday, March 11, 2011

Duit Tabungan

Bila dividen KWSP diumumkan ramai (termasuklah aku) yang mencongak-congak berapa banyak tabungan untuk hari tua yang boleh dinikmati nanti. Sepanjang aku bekerja dan menabung ada sekali aku mengeluarkannya untuk melangsaikan hutang bank buat rumah ke dua. Lega rasanya bila hutang sudah tidak membeban kepala. Bekerja di syarikat swasta kenalah menabung lebih kerana kami tiada wang pencen selepas bersara.

Setiap bulan wang tabungan mesti diambil kira apatah lagi anak-anak masih meniti alam persekolahan dan panjang lagi perjalanan yang hendak dilalui. Selalu aku menasihati anak-anak belajar menabung. Dari kecil aku sudah sediakan tabung setiap seorang. Bila ada sesiapa saja memberi walau seringgit-dua wang mereka tidak pernah aku gunakan. Bila masa sesuai aku masukkan ke dalam akaun bank masing-masing. Untuk pengetahuan teman semua, anak-anak aku tidak pernah tahu berapa banyak wang simpanan mereka. Ada kebimbangan sifat suka bercerita pada kawan itu yang kami rahsiakan. Biarpun yang sulung punya pendapatan bulanan sewaktu usianya 9-12 tahun kerana rakaman rancangan "Mari Mengaji" di radio Johor FM, kami tidak pernah memberitahu berapa jumlah terkumpul. Pernah mereka bertanya tetapi kami katakan duit digunakan untuk perbelanjaan pergi Mekah, melancung dan sebagainya.

Semalam aku terperasan duit tabung adik yang seringgit-seringgit nampak berkurangan. Bila ditanya pantas dia menjawab. Dia tidak pandai berbohong malah tidak tahu itu satu kesalahan pada kami.

"Adik beli manila card, gunting dan pencil colour. Cantik mama tak macam pensil colour yang mama beli kat Badan Book Store"

"Kenapa adik tak minta izin mama atau papa dulu?"

"Kakak kata itu kan duit kita, boleh guna kalau nak beli apa-apa. Tak boleh ke mama?"

"Lain kali kalau adik hendak beli apa aje mesti beritahu mama atau papa dulu."

Akur tunduk mengerti . Betapa aku culas memberitahu apa yang sepatutnya dibuat pada duit tabung yang dia ada. Oleh kerana marah aku biarkan papanya yang menasihati. Jelas ada kalanya aku tidak terlintas kesalahan itu berpunca dari aku sendiri sebagai penjaga kerana tidak menerangkan bahawa duit itu adalah untuk simpanan bukan untuknya berbelanja sesuka hati. Aku juga tidak suka kalau anak bermewah menggunakan duit bukan pada perkara yang penting. Kalau mahu membeli sesuatu minta saja duit pada kami penjaganya. Anak aku belum tahu membezakan mana satu yang penting atau sebaliknya. Tindakan aku semua ini juga mungkin kerana aku dilahirkan dari keluarga yang susah.



Happy Bear - Inilah tabung kepunyaannya yang dibeli di Air Hitam suatu masa dulu.



68 comments:

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Dah banyak duit nanti boleh beli buku "A Doctor In The House"?

nurkass said...

alhamdulillah..
patut dijadikan contoh cara kak zakie tu..

Anonymous said...

bagusnya cara kak zakie ni..syukurlah dapat anak2 yg tak melawan ckp.. :)

sekadar satu coretan said...

same la jugak..saye pun suruh anak2 menabung...

kami sekeluarga main kutu lagi..tapi sikit jer la..seminggu sorang rm5...suke dia org tu semua dpt duit bile tibe giliran masing2..

Anonymous said...

klu ada tabungan tu..bila terdesak buleh juga digunakan

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Memang berat tanggungjawab yang kita pikul. Kadang kala timbul rasa tak nak anak susah macam kita dulu. Tapi takut silap langkah. Tak tahu le kak. Risau sgt anak saya yang darjah 1 tu pun dah pandai demand.

Kakcik Seroja said...

Anak2 kakcik juga ada tabungan mereka. Tapi, mereka akan gunakan duit yang terkumpul untuk beli apa yang mereka suka selepas meminta izin. Kakcik selalu ingatkan, walaupun itu tabung mereka tapi duit tetap mak dan ayah yang beri. :)

Unknown said...

baguslah cara macam ni...boleh dipraktikkan

terokai seni said...

sama le tu... duit tabung dok susut juga ntah menda dibelinya. lepas kena amaran baru le dorang tak amik. memang nak kena ajo menabung lagi pon masa depan rasanya pendidikan dah takde yang free dan semakin tinggi belanjanya

Penjejak Mimpi said...

Bagus cara akak tu. Ajar anak menabung sejak kecik. Nanti bile da besar dan ade pendapatan sendiri insya allah pandai manage financial matters. Berjimat cermat dan belanja berhemah... :)

eelobor said...

Insya Allah, saya juga akan terapkan nilai2 sebegini untuk didikan anak saya nanti

Kak Amy said...

Bagusnya cara akak mendidik anak2.. satu perkara yang harus di contohi..

AuntieYan said...

Salam Kakzakie,

Alhamdulillah, itulah yang sepatutnya diterapkan pada anak-anak.Auntie pulak, setiap duit yang anak-anak dapat ditabungkan jugak, hanya 10% saja dibenarkan buat belanja. Yang lain-lain tu digunakan untuk keperluan belajar.:-)

Unknown said...

selamat tengahari kakakku

amalan yang baik..ayu nak didik umai pulak.
terima kasih kongsi pengalaman yer kak

PS: wah....nampak kepingan hijau besor dalam tabung anak kakak tu

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam ahmad humairi,

Nak beli buku guna duit mama/papa. Duit mereka sebab org bagi sepatutunya masuk bank. Sekarang dah pecah tembelang dia dah guna rupanya.....

Kakzakie Purvit said...

nurkass,

masa kakak kecik dulu mana ada tabung. semua duit dapat utk pakai hari itu juga. tak boleh nak tabung tak ada duit lebih sikit pun...

Kakzakie Purvit said...

makdara TERDiva,

Mana berani nak lawan tengok mata mama dia dah terjegil. Hehehe....

Kakzakie Purvit said...

ainnoraini,

Biarlah mereka tahu bukan mudah nak dapat wang. Bagus juga cara ain tu.....

Kakzakie Purvit said...

redza,

Buat masa ini kakak belum pernah keluarkan duit anak-anak. Hanya setahun sekali kena keluarkan pada bulan ramadhan utk tujuan zakat (cukup haul).

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Kak Sam,

Membesarkan anak zaman ini tak sma masa kita dulu. Dulu kita bawa RM 0.70/- amatlah kenyang tapi sekarang bawa RM 4/- tak berbaki.

Kakzakie Purvit said...

Kakcik,

Anak kakcik dah boleh membezakan baik-buruk. Ini gunting dah ada, pencil colour dah ada pun nak beli hanya kerana warna guntingnya lain dan kotak colournya cantik pada matanya itu yg dia pergi membeli.

Kakzakie Purvit said...

Ila,

Buat yg kita boleh Ila....

Kakzakie Purvit said...

cemomoi,

Memikirkan pembelajaran mereka memang takut tambah terpaksa bersaing dgn cha ya nun alif yg rata-rata anak lord.

Mutiara Bernilai said...

salam tengahari Kakzakie,

baik anak Kakzakie ye,biasa budak2 dia akan mintak parent yang belikan..

bagus kalau kecik2 dah di didik dgn menabung :)

Kakzakie Purvit said...

Penjejak Mimpi,

Anak kakak lahir saja selepas majlis aqiqah kami buatkan saving a/c. Duit yg org bagi masa confinement semua kakak masuk ke a/c dia. So start itulah walau 10 sen wang anak kami memang tak usik.

Kakzakie Purvit said...

eelobor,

Buat dari sekarang eelobor. Kalau ada org bagi padanya jangan guna. Masuk A/c dia. Percayalah kalau setahun mungkin sekadar 1K. Tapi kalau usianya 10 tahun at least dah ada 10K. Nanti selepas SPM 18K dah lepas untuknya belajar.

Kakzakie Purvit said...

Amy Syaquena,

Kelak bila dah ada si comel bolehlah ikut. Jangan guna duit anak yg org bagi. Lahir saja suruh Amirul buat A/C dia (bawa surat beranak). Lepas confinement biasanya banyak dapat duit org hadiah boleh terus masuk a/c dia.

miloaiskurangmanis said...

bagus sungguh cara kakzakie ni...
dan anak2 kakzakie sungguh mendengar kata... alhamdulillah...

Kakzakie Purvit said...

AuntieYan,

Betul auntieyan. Tapi kakak memang tak bagi anak guna langsung. Kalau mereka hendak beli apa saja kakak/hubby akan bagi duit. Yang kecik ni satu pulak dah pecah tradisi pandai korek tabung dah....

Kakzakie Purvit said...

Citarasa Rinduan,

Semua duit mereka ada pakcik/makcik,atuk/nenek, sepupu dan ntah siapa-siapa je bagi. Yg RM50/- dia tak pandai guna agaknya itu yg ditinggal. Tapi yg RM 1/- menipis itu yg kakak perasan. Itu pun sebab nak tukar duit kecik nak buat duit belanja sekolah baru pecah tembelang.

Anonymous said...

dah lama dah SB tak menabung... sejak tabung buluh SB rosak dimakan serangga.. kekkeke...

Pia said...

"kak..saya dulu pakai tabung buluh jer..panjang....boleh boh duit byk..tp tak pernah penuh..hehehe..Bagus la akak buat mcm tu,saya pun pastikan ank2 ada tabung masing2...Dan kalau nk beli brg..pun diorng usahakan kumpul duit sendiri..kami tak kan layan semua kehendak sewenang-wenangnya,biar diorng tau mcmana susah nya nk cari duit.."

toyolkiut said...

TK x keje mkn gaji, jd bab2 mnabung ni slalunya TK terabai jg..
konon thun ni x mau miss simpan, tp bln ni TK lum mnabung lg..
bgus cr akak tu, beringat dan mndidik dr awal..

bujal X said...

uih~~ada not 50~~nak korek~~haha~

kasihibu said...

kak,
sya pun sangat bertuah dapat enpakwe yang beringgat pasal menabung
uSia anak seminggu dah ada akaun tabung haji
setiap sen duit yg diorang dapat di masuk dalam akaun tu
dan kami pun tak pernah tunjuk buku akaun dan diorang pun tak tahu jumlah simpanan untuk masa depan mereka

Kakzakie Purvit said...

Seksi Bani,

Eh.... dah besar panjang kena menabung dlm bank nak cari pasangan. Jangan lupa sekarang nak dapat pasangan pun mahal adik SB. Hehehe....

Kakzakie Purvit said...

Piasara,

Anak kakak kalau nak beli kakak/hubby guna duit kami. Jadi apa juga yg dia hendak duit dari kami. Duit mereka memang kakak tak kacau.

Kakzakie Purvit said...

toyolkiut,

Sekadar mendidik anak-anak TK. Terima kasih.

Kakzakie Purvit said...

bujak x,

Itu pun org bagi. Ada juga yg papa dia tukar sebab nak duit kecik dari tabung dia.

Kakzakie Purvit said...

sayangsayang ibu,

Samalah kita. Tak boleh bagitahu sebab mereka masih belum tahu takut tercerita kat org.

Dr K said...

akhlak yang baik, seperti menabung ni kena di ajar sejak kecil lagi..kan kak?

saya baru nak bina family..harapnya Allah permudahkan segalanya, hinggalah kami tua & anak2 besar panjang nanti..

lalink7 said...

bgusnye cara akak niee..nanti kalau saya jadi mak saya akan buat spt ape yang akak buat...

saya pun dulu kecik2 idup susahh..

PESONA said...

Assalamualaikum Hjh,

Alhamdullilah dividen EPF telah di creditkan ke dalam akaun EPF pekerja.....sama le bagi yang bekerja swasta inilah simpanan selepas bersara....tak ada PENCEN...

Tabung yang Hjh belikan tu clear nampak simpanan didalamnya.....saya belikan yang berkunci untuk anak yg bungsu agar dia pandai menabung pantang dapat duit terus cari tabungnya.....anak kuncinya ibunya yang simpan...

Unknown said...

alhamdulillah kak..anak2 kat umah ni lia dah ajar menabung sejak umur 2 tahun...setakat ni adalah 3-4 kali dah bank-in duit tabung....

skrg setiap kali dapat duit dari atok/nenek/wan masing2 akan ckp "balik nnti masuk tabung tau mama.." suka lia dgr bila anak2 dah mula faham....:)

Maiyah said...

assalam..
mmg elok ngajar anak menabung ni, sama le sy kalo anak nk beli pape kumpul sndri duit hehe

ong ong kedek kedek said...

salam kak,

sejak kecik mak ajar saye menabung, mak belikan saye tabung bentuk kacang tanah, ade je duit lebih mak masukkan dalam tabung tu, tapi semua duit syiling, mak jugak ajar saye menabung sendiri, akak tau, bila saye darjah 6, duit syiling tu jumlahnyer seribu ringgit!

aby said...

salam k zakie,
baru td aby gi BSN, tanya kt depa psl goodies utk Kelab Penabung Muda, 6 bulan dah masuk tp kad dan majalah2 kt sampai lg .. kira marah la juga aby kt depa tu ..
psl menabung utk budak2 tu, memang aby amalkan.
setidak tidaknya klu depa 18 thn nanti kita buatkan lesen kete guna duit tabungan depa ( duit kita juga kan)
dan anak aby yg kedua tu dah terkena ..
buat lesen guna tabungan ...

si para para said...

masa ni lah masa yang terbaik untuk mendidik..

Anonymous said...

salam...kak,

dari kecil dah diajar menabung..mesti akan menjadi amalan tatkala dewasa nanti..

ckLah @xiiinam said...

Bagus cara kakak melentur buluh...

Cikgu Nurin said...

MMg betul anak anak kena diajar berjimat..tapi mereka kena tau jugak, duit yang dijimatkan tu, duit mak ayah..:)

Adinda Amy Sensei said...

sikit-sikit lama2 jadi bukit kan kak..ehehe
moga akak sihat selalu ek..

kak....ada kad tuuu..amik ye..

Cik SHiNJU said...

Bagusnya cara akak..
Boleh dijadikan panduan ni..

Cik Ina Do Do Cheng said...

Betul tu kak zakie.kat rumah ni suami kita sedikan satu kotak kayu besar, ada duit syiling je terus masuk kan kedalam kotak tu. Firdaus suka simpan syiling dalam tu. yang geramnya di boleh ambik duit syiling dalam beg kita masuk dalam tu. asal duit syilig je, dia ingat duit dia. banyak gak dah tersimpan dalam tu. dah berapa kali pakai buat kegunaan beli barang dia.

Admin P@P said...

Assalamualaikum.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Moga selepas ini anak tersayang memahami tujuan menyimpan atau menabung, dan tidak sewenang-wenangnya mengorek tabung di kala memerlukannya.

TQ

Kakzakie Purvit said...

lalik7,

Baguslah husna.....
Insya-Allah ok....

Kakzakie Purvit said...

pesona,

Biar dia nampak jadi boleh bandingkan dengan kakak dia....

Kakzakie Purvit said...

mamamya,

Syukurlah Ila.... moga mereka belajar menabung dai sekarang...

Kakzakie Purvit said...

maiyah,

Betul gak tu maiyah....

Kakzakie Purvit said...

REPUBLIK N9,

Kakak percaya kalau jumlah itu boleh diperolehi kalau lama dan selalau simpan boelh dicapai jumlah tu....

Kakzakie Purvit said...

aby,

Baguslah aby... berkat kesabaran insya-allah ada ganjarannya.

Temuk said...

As-Salam KAKZAKIE
Bagusnya anak-anak mahu belajar menabung dari sekarang. Dah bekerja nanti tentulah mereka jadi lebih faham akan pentingnya menyimpan, sambil malahan, memperolehi keuntungan seperti melalui pemerolehan dividen dan seumpamanya.

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

mari menabung biar berakit dahulu ... bersakit dahulu besenang kemudian..... banyak faedah kalau melentur buluh dari rebungnya ni... dengar kata nanti dah besar payahhh nak simpan duit

Sham said...

hai seronok dapat anak2 yang senang mendengar cakap...

Puteri said...

dulu saya menabung jugak..
pastu asyik selalu kekurangan duit..
maka tabungan selalu kehabisan.
bila dah abis, mals nk menabung lagi..
smpai la skrg.. hehe

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum dan sejahtera buat teman semua. Bercuti dari berblogging selama 3 hari bersama anak dan keluarga sempena cuti sekolah: -

@ si para-para: benar apa yang kidatakan itu...

@ sekamar rindu: mengharap yang terbaik itulah harapan semua ibu-bapa

@ ckLah: Terima kasih cikgu.

@ Cikgu Nurin: Sebab dengar kata kakak dialah maka itu dia ingat dia boleh sesuka buka tabung beli apa yg dia suka. Sekarang dah tahu...

@ Adinda Amy Sensei: Bukit dah kena tarah :) Kad apa pulak he... nanti kakak pergi tengok.

@ Cik Sinju: Cari pasangan dan dapatkan sicomel dulu sayang... Hehehe...

@ Ci Ina MDDC: Biar macam Firdaus suka simpan dari korek. Kakak suka cara begitu sebab dia ambil simpan bukan utk lain. :)

@ Admin P@P: Itulah harapan kakak cikgu. Moga dia dah faham.

@ Temuk: Memandangkan perjalanan mereka masih jauh itulah cikgu tabungan kena buat dari sekarang. Tambahan kakak kerja swasta.

@ Afzainizam: Semoga rebung itu melentur seperti yg kakak kehendai sebelum menajdi buluh.

@ Sham: Alhamdulillah buat masa ini. Harap sampai besar.

@ puteri: Menabung masa kecik je puteri ni. Sekarang kena tabung dalam bank. Dapat duit simpan. Esok kahwin jangan guna duit mak-ayah je tau. Take the challange use your own money for your wedding. Hehehe...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..bagus cara akak nie..ada visi, arah dan tahu kemana wang itu harusi disimpan dan digunakan :-)

munna said...

munna pun nak ajar kakak meya menabung lah ... biar dia tahu bukan senang nak dapatkan duit tu...