Dendangan lagu Hari Raya yang berkumandang di radio kereta memberi semangat anak-anak untuk balik kampung di Batu Pahat pada hari itu. Seperti biasa destinasi yang menjadi perhentian seketika sebelum tiba di rumah kampung ialah tempat membeli kuih-muih-kerepak-asam dan berbagai lagi. Sasaran bukan saja untuk diberikan pada keluarga di kampung tetapi untuk di bawa balik ke Johor Bahru juga.
Persinggahan - Lihatlah kasut-selipar-capal di pintu utama Azhar Food Supplies. Hendak ambil gambar bahagian dalam terlalu ramai umat manusia - aku malu.
Air minuman - Bermacam jenis air minuman pun di jual selain kuih-kerepek-asam-kek dan sebagainya. Yasmien meninjau air untuk dibeli.
Azhar Food Supplies - Mendapatkan parking di bahagian dalam nyata amat terhad. Banyak kenderaan yang parkir di tepi jalan.

Siap - Tiga bungkus plastik ini hasil dari berhimpit-himpit dengan umat manusia di dalam tadi
Daging baru - Hubby singgah di sini membeli daging, tulang dan gear-box.
Ketupat - Tiba di kampung kakak ipar aku sedang menganyam ketupat. Aku pun kenalah singsing lengan untuk ke dapur terus sebab masa itu masih berpuasa lagi. Hidangan berbuka kena sediakan lagi. Gear box yang hubby beli aku buat sup.
Pagi Raya - Setelah usai tahlil sekeluarga, kami bersalam-salaman. Selalu bersalam tiada rasa syahdu. Adik semakin besar sudah ada rasa sayu ketika hendak bersalam dengan papa.
Luruh airmata - Jumpa mama adik sudah tidak tahan lagi. Dia mengongoi hingga mengundang airmata aku sama. Habis cair make-up aku kena airmata......
Isi balang kuih - Ini tugasan setiap pagi selepas bersalam-salaman.
Warna-warni - Semua balang kuih kena isi sebab rumah mertua aku sering menjadi tumpuan ramai sanak saudara yang datang berkunjung walau orang tua telah tiada lagi.
Berhari Haya - Selepas solat zuhor menginjak dekat maghrib baru kami balik semula. Lihatlah waktu sudah hampir maghrib dan muka masing-masing sudah letih.
Esoknya - Kereta pertama berlepas meninggalkan kampung. Kakak ipar aku hendak beraya di Terengganu rumah mertuanya pula..............................
~~ Memandangkan keluarga hubby tidak ramai anak-anak rumah besar itu tidaklah semeriah rumah kampung aku di Pontian yang sesak hingga semua bilik air tidak pernah kosong~~