Tekun - Semua tekun mendengar butiran kata-kata cikgu Kasmah mereka
Sekali lagi - Cikgu ini pun sama juga
Selesai - Habis peperiksaan bagai tidak dapat di kawal kegembiraan mereka
Taklimat - Sebelum bersurai semua mendengar taklimat penerangan tentang borang kemasukan ke sekolah berasrama
Lega - Jelas terpancar kelegaan di muka masing-masing
Harapan - Borang kemasukan sekolah asrama berada dalam genggaman masing-masing
Bersurai - Selepas ini ada acara lawatan sambil belajar yang dianjurkan pihak sekolah untuk mereka pula.
Harapan cikgu - Insya-Allah segala usaha kita dimakbulkan Allah, terima apa sahaja apa yang akan diberikan olehNya kerana kita telah berusaha. Itu kata cikgu mereka
Cikgu Fuziah - Guru kesayangan mereka ini. Yasmien, Izzah, Fathia, Aida, Alia dan Najwa masih mahu berbincang sesuatu dengan cikgu kesayangan sebelum balik.
~~ Menjadi harapan setelah segala usaha di curah kenalah redha apa juga keputusan yang diperolehi. Tambah berdebar-debar bila ada yang mengatakan pelajaran Mathematic ada soalan bocor dan mungkin peperiksaan akan diulang untuk matapelajaran ini membuat jiwa aku kacau. Harap-harap tidaklah terjadi hendaknya. ~~
Para Ibu - Selepas solat maghrib kami bersama-sama membaca Yaasiin dan tahlil
Suapan kasih - Esoknya diadakan majlis bersarapan yang melibatkan semua pelajar yang akan menduduki UPSR bersama-sama ibu-bapa dan para guru. Aku tidak dapat hadir kerana Sabtu aku bekerja setengah hari. Papa saja yang pergi.
Yasmien - "Cuba papa rasa Mien pula suap untuk papa. Sedapkan....." Lihatkan gelagat mereka berdua ini.
