Monday, September 12, 2011

Menjelang UPSR 2011

Menjelang UPSR 2011, kami ibu-bapa bersama dengan para guru sekolah menjalankan ikhtiar terakhir yang termampu dilakukan. Malam Jumaat itu kami bersama-sama menjalankan solat hajat dengan diimamkan oleh Ustaz Tramizi yang juga merupakan guru agama sekolah tersebut.

Para Ibu - Selepas solat maghrib kami bersama-sama membaca Yaasiin dan tahlil



Para bapa - Duduk di bahagian hadapan para bapa dan anak-anak lelaki.



Suapan kasih - Esoknya diadakan majlis bersarapan yang melibatkan semua pelajar yang akan menduduki UPSR bersama-sama ibu-bapa dan para guru. Aku tidak dapat hadir kerana Sabtu aku bekerja setengah hari. Papa saja yang pergi.


Yasmien - "Cuba papa rasa Mien pula suap untuk papa. Sedapkan....." Lihatkan gelagat mereka berdua ini.



Cikgu Fuziah - Suapan kasih seorang guru dan merupakan guru kelas Monitor, kelas Yasmien yang amat dikasihi. Nama guru ini selalu meniti di bibir kalangan muridnya menunjukkan betapa gigihnya dia mendidik anak-anak murid bagaikan anak sendiri. Bukan saja dikasihi anak aku bahkan oleh rata-rata anak muridnya dan kami ibu-bapa anak-anak sekolah ini.

Nurul Izzah - Teman Yasmein disuap oleh ayahnya Ustaz Kamarudin, Pengetua Maahad dan rakan kami duduk satu taman. Ibu Izzah juga tidak dapat hadir kerana ada kelas.


Muhd. Fikri - Teman sekelas juga di suap oleh ibunya Ustazah Hidayah yang juga teman aku sambil ayahnya imam taman surau perumahan kami, duduk di sebelahnya.



Cikgu Halijah - Guru comel ini juga amat dikasihi Yasmien. Boleh berkongsi makan dengan anak murid. Jangan dingka guru comel ini masih solo, sebab dia telah dipunyai dan mempunyai seorang puteri. Saiz badan sama dengan Yasmien.




~~~ Terasa rugi kerana aku tidak dapat bersama-sama menyaksikan majlis bersarapan pagi pada Sabtu itu kerana kekangan kerja. Namun aku sudah berjanji sepanjang 3 hari UPSR itu aku akan turut bersama-sama Yasmien berada di sekolah untuk melakukan apa yang boleh aku bantu. Hari ini di pejabat aku cuba membereskan apa yang perlu dulu. Semoga perjuangan esok berjalan lancar hendaknya.~~~





77 comments:

Khairul Onggon said...

Assalamualaikum kak.. Program motivasi utk para pelajar ni mmg menarik je saya tengok siap anak dan ibu ayah menunjukkan kasih sayang masing2 siap suap makan lagi yg mana jarang atau susah nak tgk zaman ni ada wat mcmtu lagi.. Selamat hari raya aidil fitri kak.. Maaf zahir dan batin.. :)

NM02 said...

naper ai tetiber sebak baca dan tgk gambar2 dalam n3 ni

gud luck pada mien dan semua pelajar yg akan menduduki peperiksaan ini.

moga mien dan pelajar2 lain memperolehi kejayaan

Unknown said...

semoga berjaya... Anak buah saya pun ada yg bakal menduduki UPSR tahun ini.. :)

Unknown said...

semoga berjaya dalam UPSR buat Yasmien dan semua kawan-kawannya..

Anamarza said...

good luck untuk anak akak...

Hudalatip said...

good luck untuk anak akak..semoga berjaya dalam UPSR esok..

miloaiskurangmanis said...

good luck buat Mien...
moga berjaya ye...

faraherda.razalan said...

Kepada Yasmien,

Selamat menempuh UPSR. Akak sampaikan pesanan sy pd die...

"Gagal bukan bererti kalah ...Cemerlang jgn disangka menang"

Good Luck sayang!

WuMing said...

Semoga berjaya dalam UPSR.

Sejak dari 29 sampai lah semalam(ahad) saya sangat sibuk, Pasal kerja.... Selesai pasal kerja pasal peribadi pula....

Dah 2 minggu tak masuk ofis kat Penang..

Kerja banyak... Tapi... layan Blog dulu sat.....He..he..he..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kak..

kami doakan semoga beliau dapat menjawab dengan tenang dan betul terhadap semua soalan itu kelak nanti..insyaAllah

Sharifah Nadzarah said...

assalam kak..
good luck utk anak akak...
kami semua doakan kejayaan yasmien juga semua yg menduduki UPSR tahun ni...

ahmad humairi said...

Baca yasin ketika anak sedang berada di dewan peperiksaan juga....mudah-mudahan beroleh kejayaan cemerlang.

::NureeN:: said...

gd luck yer dik.. doa akak dr jauh :)

Unknown said...

mesranya makan bersuap-suap kan

aanie said...

nampak mcm sekolah yg penyayang...semoga yasmien dpt jawab soalan tu dgn baik....

Dr K said...

Good luck Yasmien!!!

Sarah Syazwani said...

semoga mendapat keputusan yg cemerlang..mesti debar2 kan

kurus said...

sama2 kita doakan yg terbaik buat budak2 nie kan kak ..
saya x der anak yg nak UPSR tapi debar tuuu hari2 saya rasa sbb anak saya cuti masa pelajar tahun 6 periksa ...

ibuintan said...

hebatnya.. macam2 usaha pihak sekolah dan ibubapa demi kejayaan setiap anak-anak


moga Yasmen berjaya dengan cemerlangnya

Acik Erna said...

kakzakie..semoga yasmien berjaya dengan cemerlang

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga mereka yang menduduki ujian UPSR esok dipermudahkan Allah SWT dan mendapat kejayaan yang cemerlang..

aamalinaazman said...

huuuuuuuu
selamat ber UPSR adik2 =]

ORLANDO AHMAD said...

cikgu2 yang berstatus makwe2 takde ke kak? kalo ade teringin gak saye nak merasa disuap

dwatyKNY said...

nampak seronok jer... siap bersuap2 lagi....

norh said...

semoga berjaya untuk Yasmien dan rakan2..
first time tengok aktiviti bersuapan ni :)

ajumohit said...

alahai so sweet, suke tgk adegan suap2an itu, tgk anak akak, sejuk perut ibunya mengandung, baik je budaknya, gud luck dear!!!

Anonymous said...

selamat berperang minda didewan peperiksaan buat anak kakak :)

gud luck

ainhany said...

salam kak zakei,

selamat menghadapi UPSR anakanda yasmin, mudahan dapat buat yang terbaik dan mncipta rekod kejayaaan..

ucu turut mndoakan kejayaan mu.
Syabas dan tahniah kepada pihak sekolah dgn agenda motivasi dan program disusun.. membuka satu laluan kejayaan.

wahida said...

semoga berjaya yasmein...

mesti boleh punya tu....

terokai seni said...

program suap menyuap tu nampaknya idea yang bagus juga, bole memberi kesedaran pada studen tentang harapan iba bapa dan guru pada dorang

insyaallah, moga berjaya dalam upsr kelak

atie said...

selamat menempuh UPSR yasmin

saniah said...

salaam kakzakie...selamat berjaya buat yasmeen...InsyaAllah berkat usaha dan doa dari parents..guru2 dan org2 sekeliling dia akan berjaya mendapat keputusan yg baik..jawap baik2 ya yasmeen..aunty doakan yg terbaik utk yasmeen..:)

SuriHanna said...

salam kakzakie..
Anak sulung Hanna pun akan menduduki UPSR esuk..
Hanna pulak yang berdebar debar...

fuad ansari said...

seronok tgk mak ayah bersungguh2 demi utk kejayaan anak2.. (",)

Afida Anuar said...

Semoga yasmein berjaya di dunia, dan akhirat..insyaAllah...

dan menjadi kebanggaan ayah dan ibu..

eelobor said...

ada beberapa orang anak buah gak yang ambik upsr tahun nie. semoga kejayaan untuk mereka semua

suri solehah said...

syahdu pulak rasa tengok anak&ayah bersuapan tu kak..moga anak akak cemerlang dalam upsr esok...budak2 yang nak exam..guru2 pun yang berlebih debarnya huhu

Ayu said...

Assalamualaikum kak zakie..

Alhamdulillah....ikhtiar yang terbaik selain usaha anak-anak dan seterusnya selps ni tawakal...
anak-anak nak periksa, pasti ibu bapa yang berdebar-debar dan measai kehangatannya...
ayu doakan anak kak zakie dipermudahkan Allah dalam menjawb sume paper UPSR...^^

Unknown said...

all the best utk anak dara kakzakie.
anak saudara ayu di usj pun bersama2 berjuang,..
moga berjaya

Aida Ali said...

All da best buat Yasmien

Unknown said...

semoga berjaya yasmien....insya'allah berkat usaha yasmien.tunjuk ajar guru2 n doa dr mama n papa yasmien akak memperoleh keputusan yg cemerlang...amin.

Zaitun said...

Kak Zai doakan semoga Yasmein berjaya dengan cemerlang.

s a r said...

assalamualaikum kak.

hmm, tak pernah pula tengok program macam ni demi kejayaan dan semangat anak2. macam best je.

Hello Hello said...

GUD LUCK KAT BUDAK2 AMIK UPSR...KALAU TAK DAPAT JAWAB,JANGAN LUPA SKODEN SEBELAH..KIFIKFKIF

Cikli said...

sekolah sekarang kreatif dan inovatif

Anonymous said...

Assalamualaikum Kakzakie,

Semoga Allah permudahkan segalanya bagi anak2 yang akan menduduki UPSR ni. Selamat berjaya untuk anak kakzakie khasnya dan anak-anak yang lain juga.

eija_sweetmama said...

bagusnya program dia..siap ada suapan kasih..

goodluck kpd anak akak yg akan menduduki UPSR hari ini..moga dpt jawap dgn tenang..:))

Maya Mayana said...

Good luck ye yasmien...do your best!

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamulaikum kak zakie


ooo yasmien UPSR tahun ni. semoga berjaya ye. mesra nya cikgu ngan anak murid. yasmien mesra ngan ayah. kak zakie mana?

Run Away said...

upsr hari ni kan...anak buah sy pu ambik upsr...tahun ni...;d..semuga diaowg berjaya...;d

L said...

kepada anak akak dan semua calon upsr semoga dapat menjawab soalan dgn tenang. amin..

jom bacer seket..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/beribadah-tp-xberakhlak.html

Afikah Aziz said...

gud luck utk yasmien :)

Prince Halilintar said...

slmt berjuang dan gud luck tuk yasmin =)

Cik Ecah said...

wish ank akak berjaya :)
doa ibu sentiasa mengiringi kan Amin...

Unknown said...

semoga anak akak mendapat keputusan yg cemerlang lg terbilang..:)

Afzainizam said...

Begitu lahhh seorang ibu tak henti-henti buat yang terbaik pada anaknya.... doa seorang ibu juga makbul..... Moga anak akak mendapat keputusan yang terbaik... Insya Allah



buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
tribunal tuntutan pengguna berkaitan kereta

missgee said...

Best of Luck Yasmien.. (^.^)

norhidana said...

salam rindu ye kak..

wah2 anak akak sama ngn adik bongsu dana,dia pun amik upsr gk...
sonok tgk yg sapan sambil disuap tu... pnh ksh syg...

apa pun gud luck utk yasmien..acik doakan yg terbaik

aby said...

salam k zakie ..
podo la ..
anak aby, Jee pun UPSR jugak ..

semoga dipemudahkan depa semua menghadapi UPSR ....

Ati Masrif said...

salam kak zakie,

bari sempat nk online lepas
lama bercoti

bagus sekolah anak kak zakie ni
alangkah bagusnya kalau sekolah
anak ati pun mcm gini

semoga anak kak zakie berjaya
mendapat keputusan yg cemerlang ..amin!

Diana @ BKKC said...

baguslah kak sekolah buat program sebegini..saling suap menyuap.

Unknown said...

takpe lah kak, tak dpt sarap yg pnting doa akak sntiasa mengiringi anak...

semoga dia berjaya dgn cemrlang..

Zana Adieyza said...

semoga Yasmien berjaya dengan cemerlang hendaknya..

Unknown said...

Salam sahabat
Selamat maju jaya buat puteri Kakzakie ya

Terima kasih berkongsi kisah dan gambar yang menarik

Umi

Rina Rahamat said...

wah siap ada acara makan suap-suap..kalau sy dulu misti malu nk buat gitu dgn mak ayah hik hik..

moga yasmien berjaya dlm UPSR ya :)

aizamia3 said...

bagus diadakan macam ni.. mampu memotivasikan murid2 dalam mendapatkan kejayaan yang cemerlang..

moga berjaya buat semua yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ni.. ;)

azi said...

Semoga anak kakak akan dapat kejayaan yg cemerlang....

ieja amieja said...

all the best wat yasmien..
mana2 pun sama rutinnyer..wat solat hajat,baca yassin n tahlil utk para pelajar yg bakal amek peksa..sy sndr x sempat pun g wat solat hajat kat sklh..arina awal2 lg dah tdo..ayahnyer jer la yg dpt turut serta.sama2 kita doakan yg terbaik untuk ank2 kita

ieja amieja said...
This comment has been removed by the author.
ckLah @xiiinam said...

InsyaAllah....5A! Amin....

Unknown said...

mudah2an anak2 yg dididik dgn penuh rasa kasih syg oleh guru2 mereka akan berjaya dgn cemerlang..insyallah

AjeyyKhalid said...

Assalamualaikum .. lama sungguh Ajeyy tidak berblog .. update pun dah lama .. blogwalking blog sahabat2 pun dah lama x buat ..

hehe, jom baca dan komen 2 entry latest dari Ajeyy :

http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/09/diari-hari-raya-aidilfitri-2011.html


http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/09/nikon-get-together-at-kota-bharu.html


have a nice day gengs :))

No Lan said...

sedo tak sedo nak amik peksa dah yasmien ni kak..No doakan semoga yasmien dapat keputusan yg cemerlang...insyALLAH...

lieynanilaz said...

seronok kan suap2 makan ngan anak2..good luck semua..anak buah saya pun ada yg amik UPSR juga...:)

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih buat semua yang memberikan komen atas N3 ini. Kakak tidak berblog sepanjang minggu ini kerana selain ke sekolah, kami sekeluarga sambung beraya lagi setelah hampir 2 minggu kami berpuasa. Terima kasih buat: -

wa kahirul onggon,NM02 Queen Teratai, Yus, anarmarza, missbby, miloais,mommy fara, Wuming, sahromnasrudin, sharifah nadzarah, ahmad humairi, nureen, Ila, aanie, Daddy Ziyyad, ssarah syazwani, ieda, ibuintan, Acik Erna, Abd. Razak, aimie amalina, ahmad orlando, dwaty, norh, ajumohit, makdara TERdiva, ainhany, wahida, cemomoi, atie, saniah, SuriHanna, fuad ansari, Afida Anuar, wanita2u, eelobor, suri solehah, Ayu, Citarasa Rinduan, Aida Ali, Mamamya, Zaitun, sar, bloghok, cikli, kunang-kunang, sweetmama, Maya Mayana, CIk Ina DDC, Run Away, L, Afika Aziz, Prince Halilintar, Cik Ecah, Papa Mifz, Afzainizam, missgee, norhidana, aby, ati masrif, Diana@bilakukatacinta, mamaNoriz, Zana Adieza, Umihoney, Rina Avail@Cik Betty, aizamia3, azi, iejamieja, ckLah, nyanyisunyi, AjiRawk, Norhafiza dan lienalinaz.

Sungguh terima kasih tidak terhingga dan Yasmien sebenarnya telah membaca segala komen N3 ini malam tadi.... Terima kasih sekali lagi dari kakak dan Yasmien juga.

eelobor said...

sebab itu selepas berdoa kepada kedua ibu-bapa, saya juga menyelitkan doa kepada semua guru2 yang pernah memberi tunjuk ajar kepada saya atas ilmu yang di berikan. sesungguhnya jasa pengorbanan seorang guru sangat mulia

~izan~ said...

salam kak,lama izan tak dtg sini..tak sempat..

adik izan pun sama UPSR..tp skrg dah tarik nafas lega..hehe...

biasanya bila anak exam,ibulah paling risau dan berdebar. serba tak kena jadinya bila tiba harinya..nanti turn izan smpai jugak nanti =)