Sedang minum petang tadi tergerak membuka halaman. Ha...ha... dah kena kena tag oleh Kakpah Aulad Jannah. Nak wat camana? Kini lakukanlah juga seikhlas yang boleh.
1. gambar kesukaan anda?
2. adakah anda rasa anda HOT?
Hot sangat sebab aircond hanya satu saja aircond yang berfungsi dengan baik
3. cerita pasal gambar
Semua berebut nak ambil dan dukung masa Hari Raya tempohhari tapi dia tak kenal lalu melalak.. Bila dah berhenti melalak snap gambar yang sedang comot tu........
4. bila kali terakhir makan pizza
Minggu lepas dengan anak-anak.
5. lagu terakhir anda dengar
Dari Johor FM oleh Maher zain tapi tak tahu tajuknya apa?
6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
sedang melayan anak belajar. Tak lama lagi exam nie. Kenalah belajar sama
7. selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
Anak panggil mama, keluarga panggil kakak, dalam office ada yang panggil kakak mem (wow…. Hebat kan) . Ada juga yang panggil Yang.
8. tag lagi 8 orang
1. Hjh. Zainab binti Hj Abdullah
2. Ummi Humairah
3. Boxhousestudio
4. Mama Nadz
5. Werdah
6. Pak Itam
7. Manzlie
8. Hj. Arshad
9. siapakah orang no. 1 kepada anda
Teman blogger yang amat kakak hormati dan sanjungi. Setiap entry pasti kakak ikuti walau tidak meninggalkan jejak. Sejuk mata memandang wajahnya walau sekadar melalui alam maya
10. kata sesuatu mengenai org no. 5
Terima kasih menjadi tetamu baru dalam blog kakak yang tidak seberapa ini.
11. no. 3 ada hubungan dengan siapa?
Boxhousestudio mempunyai kaitan dengan banyak nama yang disenarai di atas kerana saling mengenali melalui blog PDKM (Pengalaman di Kota Mekah) kepunyaan no.7
12. bagaimana pula dgn no. 4
Mama Nadz ini seorang guru yang amat berdedikasi. Berada nun di utara semenanjung. Sangat kreatif malah boleh menghasilkan lukisan yang boleh diframekan lagi. Sangat cantik…..
13. pesanan kpd org no. 6
Banyak benar masakan yang terpapar tanpa resepi. Titipkan setiap masakan itu dengan resepinya sekali ya Pak Itam@ Rezeki. Kebanyakan gambar paparan sangat mengujakan. Seeeedap sangat........
14. kata-kata cinta utk no. 2
Ummi, kakak berdoa semoga kita sentiasa dicintai oleh keluarga kita dan menemuiNya dalam keredhaan yang berkekalan
15. adakah no. 7 dan 8 punya persamaan
Mereka berasal dari Malaysia tapi kini menetap di Makkah bumi anbia.
16. berikan 5 yg anda tahu tentang org yang men-tag anda
Kak Pah pemunya Tadika Aulad. Seorang insan yang dilahirkan sebagai wanita gigih. Mempunyai anak dan cucu yang montel. Paparan heading blognya adalah cucunya yang montel itu. Dibawah setiap N3 pasti ada sign Aulad Jannah. Ada 2 blog lain resepi ibunda dan kakpah's corner.
17. persamaan antara kambing dengan lembu
Usah dibanding saiz badannya. Tapi cuba lihat bulunya sama kan….. Juga sama-sama binatang ciptaan Allah untuk dijadikan Qurban dan Aqiqah. ..
8. GAY or LESS?
Kakak kalau nak herdik anak kata hey. Dan.... kalau pay kakak tahulah dan selalunya memanglah nak pay less rather than to pay more. But always asked the children to pay more attention.
DAH HABIS SOALAN......