Tuesday, November 16, 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010

Hari Jumaat yang lepas surat dari sekolah menjemput ibu-bapa anak-anak yang mendapat hadiah Anugerah Cemerlang 2010 untuk meraikannya pada 15-11-2010. “Adik dapat satu piala dengan sijil aje mama.” Itulah luahan kurang puas hati buah hati aku yang bongsu. Dari awal tahun hingga ujian bulanan terakhir dia tidak pernah jauh dari nombor satu hingga tiga. Sewaktu tadika tahun lepas pun dia meraih nombor satu dan menjadi wakil sekolah ke peringkat daerah Johor Bahru seluruh PASTI dalam peperiksaan antara Tadika Pasti. Tapi peperiksaan akhir tahun ini dia hanya dapat nombor 6. Aku tahu dia sedih (sebenarnya aku juga sedih campur kesihan). Hanya 3.3 % sahaja yang membezakan dia dengan murid yang dapat nombor satu. Walau semuanya A+ tapi nombor satu hingga tiga berpeluang naik pentas pada Hari Anugerah Cemerlang itulah impiannya. Mujur juga dia dapat hadiah matapelajaran terbaik Sains (100%). Tetapi hadiah ini hanya diberikan di dalam bilik darjah tidak pada Hari Anugerah Cemerlang.

Sewaktu kakaknya balik dari Hari Anugerah Cemerlang si adik bungkam. Aku memujuk kerana aku tahu betapa dia rasa kecewa dengan kegagalannya. Si kakak juga memujuk “Tak lama lagi dah nak Raya la dik. Jom kita buat kek”. Si adik menurut kakaknya ke hadapan computer masing-masing untuk membuat kek Hari Raya (kek ini boleh dilihat tapi tak boleh dimakan - game dalam google). Tidak sampai lima minit si adik sudah lupa apa yang disedihkan awalnya.

Anak-anak berkompang sewaktu perasmian majlis
Persembahan Choral speaking - Yasmien dan teman sekelasnya (5 Apukado)
Kumpulan mereka mendapat no. 3 peringkat Daerah Johor bahru.
Yasmien mengambil hadiah anugerah
Kenangan untuk melangkah ke tahun hadapan moga lebih cemerlang
Yasmien bersama-sama teman seperjuangan

Sijil dan piala adik - hadiah terbaik matapelajaran sains (100%)
Adik enggan bergambar kerana tidak dapat naik pentas - ambil gambar sijil dan pialanya saja he..he...
Adik posing nak pergi makan malam di Eden Garden, Stulang Laut (dah lupa dengan hadiah Anugerah Cemerlang)
Makan malam di Eden Garden Stulang Laut. Meraikan kejayaan anak-anak
(Dalam hati sentiasa berdoa semoga anak-anak sentiasa berjaya dunia & akhirat)

Aku mengambil kesempatan kepada teman blogger dan sesiapa jua yang singgah di TITISAN NURANI ini dengan ucapan selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Eidul-Adha.


29 comments:

sahromnasrudin said...

salam kak..restoren eden stulang laut tu mcm eden KLIA erk????

Kak Amy said...

salam...

salam adiladha kak , nak tanya tapi en.sahrom dah tanyakan dulu...

aby said...

salam k zakie,
pg td anak aby yg thn 5 tu pun masuk juge majlis penganugerahan juge. yg lucunye, mase aby hadir, tengok program utk thn 5, lambat lg. so aby kuar buat urusan keje sikit. bile datang balik tengok jee dah ambik hadiah dia .. tk dapat la nak rakam gambo dia mase ambik hadiah. cume bawak dia balik jer ... anugerah utk sek ugama ...

ummu said...

assalamualaikum kak
alhamdulillah,tahniah ya untuk anak.
A+ semua
anak saya kindergarden 2 juga
ni 1st time dia sekolah
tahun lepas dia tak sekolah
sebab dia nak jaga saya
augerah kecemerlangan akhir tahun lalu
anak saya tak dapat nombor 1-3.
dia tengok kakak sepupunya yang sekelas
dengannya yang ambil hadiah terbaik.
tengok dia sedih juga
saya cuba pujuk dia.
salam aidil adha juga untuk akak ya
saya minta maaf lamabat mengunjungi blog akak
memandangkan persiapan aidil adha..

Kakzakie Purvit said...

W/salam sahrom,

Kakak tak tahulah sama ke idak... yang pasti makanan sedap sebab anak-anak kakak suka makan di sini.

Kakzakie Purvit said...

W/salam Amy,

Datanglah JB nanti akak bawa Amy ke sini. Rasanya tak sama kot.

Kakzakie Purvit said...

W/salam aby,

Alahai Jee itulah kenapa tak bawa ummi. Aby tu mana boleh tunggu lama sikit. Kalau Ummi memang duduk dari awal sampai habis. Tapi tak apa tahun depan ada lagi. Yang penting hadiah dah bawa balik.

Aby... sekolah agama anak kakak anugerahnya biasa diberikan pada hari perlantikan PIBG. jadi tahun depan baru dapat.

Kakzakie Purvit said...

W/salam Ummu,

Samalah kita. Kakak pun tak jenguk langsung blog. Sebab cuti Aidil-Adha satu hari saja. Semua kakak2 dan abang tak dapat balik (mereka duduk jauh)dan kakak yang terdekat dgn bapak. Hubby kakak pula biasalah tukang sembelih lembu kena berada di Masjid dari pagi sampai petang. Kakak balik kampung dgn anak-anak je...

Soal kejayaan anak-anak masih kecil tidak boleh dianggap itu akan berjaya seterusnya kalau leka. Tambahan pula anak perempuan IQ tak sama budak lelaki. Budak lelaki lambat sikit pertumbuhannya banding dgn budak perempuan. Sebab itu biasanya budak lelaki kalau pandai masa kecil pasti besar akan lebih cemerlang. Berbanding anak perempuan walau cerdik masa kecil belum tentu pandai bila besar nanti. Itu yang kakak bimbang.

Sama-samalah kita didik anak kita apa yang termampu Ummu. Salam Aidil-Adha juga dari kakak.

Unknown said...

salam eidul adha kak zakie...

tahniah buat anak2 berjaya meraih hadiah tu..

waw seronoknya bila dirai dgn makan2 lg...

Werdah said...

Salam kakZakie

Tahniah buatmu dan anak-anak.. zaman kak werdah dah berlalu lama dalam meraikan anak-anak menerima anugerah.. kini anak dan cucu pula ambil giliran.. nostalgia sudah..

nadz said...

assallamualaikum kakzakie,
Tahniah jua buat adik..sebenarnya kejayaan itu dapat dinilai dari pelbagai sudut..tapi kanak- kanak ni semuanya serupa, kalau boleh naik ke atas pentas, itulah paling bahagia buat mereka..walhal terkadangnya hadiah yg diberi adalah beberapa alatan menulis!
macam kita juga kan kakzakie..kalau dapat naik ke pentas dapat nombor cabutan bertuah bukan main seronok lagi!
Selamat hari raya Aidil Adha buat kakzakie sekeluarga.

Kakzakie Purvit said...

W/salam Ummi,

Terima kasih ummi.

Selain meraikan mereka makan malam, sebenarnya kakak dapat escape tak perlu masak sebab penat dah seharian di sekolah. He...he...

Kakzakie Purvit said...

W/salam Kak Werdah,

Terima kasih kak. Beruntunglah kak Werdah dgn pengalaman yg lalu. Anak-anak pasti masih merujuk kepada ibu walau telah punya anak sendiri. Cucu pula biasanya akan lebih manja pada nenek dari ibu bila bertemu walau sesekali.

Kakzakie Purvit said...

W/salam Mama Nadz,

Itulah anak-anak kakak mama. Pada mereka hadiah yg diberi atas pentas lebih besar nikmatnya. Sebenarnya piala yg diterima lebih kurang sama cuma label saja yang berbeza. Lagi satu naik pentas nama disebut dari microphone.

P/s: kakak tak pernah dapat hadiah nombor cabutah bertuah.

Mak Su said...

jgn sedih2 lagi tau adik.. anggaplah ini sebagai cabaran utk tahun hadapan :D

kella said...

salam singgah singgah ke sini.. refera dari blog maksu nih.. :)

Kakzakie Purvit said...

Salam,

Mak Su : Sedih dia sekejap je. Bila hadiah dah masuk almari dah lupalah dia.

kella: Terima kasih ziarah. Moga berpanjangan...

Ati Masrif said...

salam kenal kak.

bestnya tempat tu..cuti sekolah ni kami nak kesana

kita flw akak yer.

Kakzakie Purvit said...

w/salam Ati,

Memang best sebab kedudukannya di tepi Lido beach. Boleh nampak neon di S'pore lagi. Anak dara kecik kakak memang suka ke sini. Free duty. Boleh beli coklat murah sikit. Branded hand-bag/kasut/baju pun banyak. Datanglah ati....

ckLah @xiiinam said...

Salam kakzakie;
Terima kasih sudi singgah di La Tahzan...


(Err....saya ada keluarga di Stulang Laut...biasa juga pergi. Jangan-jangan kenal!)

Kakzakie Purvit said...

Salam cikgu,

No wonder cikgu boleh speaking jawa.

Bila nak ke Stulang Laut tu bagitahu kakak. Mana tahu kita boleh jumpa dan kenal rupanya. Heh.... (3x)

mama ju said...

Aslkm zakie

Tahniah anak2 pandai2 belaka.
Mama ni org batu Pahat, ramai sedaramara kat jb.Ada fb tak..add mama juhariah johari..boleh borak2....

Kakzakie Purvit said...

W/salam mama ju,

Masih kecik lagilah mama belum boleh kata pandai. Tambahan pulak perempuan.

FB mm... ok la tu. Tapi kakak tak rajin sembang sebab selalu tak cukup masa.

Kamsiah yusoff said...

salam kenal utk tuan rumah

Kakzakie Purvit said...

W/salam,

Salam disambut dgn seribu rahmat dan kegembiraan. Moga ukhuwah perpanjangan.

ibundo said...

salam kakzakie,
kesian adik tak dapat naik pentas. cabaran untuk adik supaya lebih berusahalah tu..
tahniah ada anak2 yang cerdik.
anak kakpah tinggal sorang je yang masih bersekolah. tahun depan spm.

Kakzakie Purvit said...

Salam Kakpah,

Terima kasih kakpah.

Anak dah besar cuti sekolah ni mesti relax. Macam kakak bila cuti kena buat jadual mereka kalau tak alamat makan-tidur-game itulah kerja mereka.

mamawana said...

Salam kakzakie..

Pandai kakak pujuk adik yer....

Temuk said...

Salam KAKZAKIE

Alhamdulillah, dan tahniah, anak-anak cemerlang dlm pelajaran.

Teringat zaman kelang-kabut urus anak-anak sekolah, malah sampailah zaman mereka kahwin. Dah jadi Tok Wan & Tok Umi, urusan menjaga mereka ada juga lagi. Bentuknya saja yang lain. Sebab, kini para anak sudah beranak-anak! Tapi tetap 'anak' pada mata kita. Ceria selalu!