Tuesday, July 31, 2012

Macam-macam cara mahu menggoda

Sila baca email yang aku terima pada hari ke 3 ramadhan lepas.

Salam...

Sebelum saya meneruskan email ini dengan segala hormatnya saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Puan Nor Ashikin Abdul Aziz, berasal dari Malaysia dan bekerja sebagai juru audit di bahagian audit HSBC Bank AS. Dengan segala hormatnya saya meminta anda agar menjaga isi kandungan e-mel ini sebagai amat sulit dan menghormati integritinya.

Saya ingin memberitahu anda informasi yang saya yakin akan menarik minat anda dan anda terdorong untuk membantu saya. Saya tahu anda pasti tertanya-tanya kenapa saya menghantar e-mel ini pada anda dan memilih anda. Saya memutuskan untuk menghubungi anda melalui e-mel kerana saya kesuntukan masa dan memerlukan bantuan anda sebagai rakan kongsi dalam menerima wang yang tiada pewaris berjumlah US $1.3 Juta dolar yang masih berada di dalam akaun dan tidak lagi aktif semenjak tahun 2002.

Dana tersebut akan dibahagi dengan nisbah 50/40, 40% untuk anda dan 50% untuk saya dan 10% untuk sebarang kos jika diperlukan dan dikeluarkan untuk melaksanakan urusan ini. Setelah segala urusan selesai ianya terpulang kepada anda untuk menggunakan wang tersebut untuk pelaburan, membeli hartanah atau membayar hutang. Walaupun jumlahnya tidak seberapa, saya harap anda sudi menerimanya. Saya memerlukan bantuan anda disini kerana pemegang akaun ini tidak mempunyai pewaris.

Saya mendapat tahu maklumat mengenai hal ini semasa melakukan audit dalaman. Saya telah cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai pewaris namun menemui jalan buntu kerana pemegang akaun ini tidak meninggalkan seorang pewaris pun. Saya tidak dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya memerlukan bantuan anda. Saya akan membantu anda untuk menjadi pewaris untuk wasiat tersebut dan anda membantu saya untuk menerima wang tersebut. Hal ini sangat penting kerana anda perlu membuat tuntutan tersebut dalam masa tiga minggu atau bank akan memindahkan wang ini sebagai wang tidak dituntut dan menjadi hak milik negara AS.

Saya akan berikan maklumat lanjut tentang apa yang anda perlu lakukan untuk urusan ini jika anda berminat dan saya percaya bahawa urusan ini akan berjalan lancar. Keikhlasan anda untuk melaksanakan urusan ini sangat saya hargai. Pastikan anda membalas e-mel ini melalui e-mel peribadi saya (ashikinabdulaziz@yahoo.com) saya akan segera membalas email anda.

Yang Ikhlas,

PUAN NOR ASHIKIN ABDUL AZIZ.
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maaflah Pn Nor Ashikin harta itu terlalu banyak buat saya. Puan ambillah semuanya atau mungkin kalau puan berasal dari Malaysia carilah adik-beradik puan sebagai warisnya. 

Semakin berpusu-pusu email seperti ini masuk ke inbox rakyat Malaysia sekarang. Musykil betulkah dia berbangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Masih adakah yang percaya.


~~ Terpaksa aku hentikan petikan beberapa nas berkaitan ganjaran berpuasa dari tarikh 1-10 ramadhan kerana baru aku dapati ianya tidak sohih. Oleh itu terpaksa aku padamkan demi kebaikan bersama walaupun tujuan adalah untuk kebaikan tetapi kenyataan amat meragukan. Ianya ada dinyatakan dalam majalan Al-Ustaz yang terbaru tulisan Ustaz Muhamad Noor- Sarjana Muda Usuluddin( Tafsir hadis) MA (Hadis)~~


77 comments:

Kakcik Seroja said...

Kakcik pun selalu terima emel macam tu. Kakcik tongsampahkan saja...

cheqna said...

hahaha
terima kasih banyak le puan nor ashikin ye...hahahahahaha
memang x layan r emel2 cam gini

Rina Rahamat said...

sy pon salu dpt emel cenggini kak..sy delete x bukak pon hehe..x kose nk layan..

ahmad humairi said...

Percaya sahajalah Kakzakie yang bahawa emel seperti itu memang tidak boleh dipercayai!

Unknown said...

saya pun ada gak terima email gini kak.memang tak layan pun.mcmx2 cara org boleh menipu ni..bahaya kan...baik kita berhati-hati.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

alhamdulillah akak tak percaya.
pandai dia bagi email mcm ni.
nak kene kan org di bulan puasa ni..
semoga Allah bagi hidayat kat mereka2 tu.
pasai ganjaran juga.. terima kasih info tu. saya ada baca juga. Alhamdulillah.. semoga Allah bg kebaikan kepada kita semua..
dapat Pengampunan, Rahmat & kelepasan dari api neraka pun dah cukup besar utk kita sempena ramadhan ni. Selamat berpuasa akak & semua.

Acik Erna said...

salam kakzakie..acik pun ada mendapat email yang bercorak macam tu..tapi semua acik delete je..
alhamdulillah sekarang ni kita dah dapat tahu banyak hadis2 yang tak sohih kan kakzakie..

mama aleen said...

selalu gak dapat.. tapi delete.. mana la ada org baik hati nak bagi kita duit..

Darling Pya said...

acu pun selalu dapat emel2 mcm nie kak...abai kan je lah..tak kuasa nak layan

Hudalatip said...

saya pun selalu dapat kak, serupa macam orang2 lain yang komen, delete kan je semuanya..

Kamsiah yusoff said...

kat emel,kat inbox fb...berlambak2..tak baca,terus delete ja...

Kayu Manis said...

BELUM LAGI...

nazayiena said...

Nurul pun selalu juga dpt email mcm nie tp ignore je.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kalau betul.. dah ramai orang kaya raya kat Msia ni, kan Kak Zakie.. hihihi

Dkna Abza said...

dkna selalu abaikan emel macam nie :)

inazamri said...

nampak sgt email tu nak menipu org.macam la tak de sedara mara or adik beradik kaum kerabat yg dia nk kongsi duit tu.ingat rakyat malaysia semua bodoh kot.

ieja amieja said...

mcm2 ragam org ni..dlm bulan pose pun nak buat perkara2 mcm tu..mcm dah x de keje lain lak..

BERT said...

penah gak dapat.. tapi baca sikit je patu terus buang.. dah tau dah apa isinya.. menipu je diorg ni

Rosmawani♥ said...

Alamak?? Ros delete je.. Hahha

Dr K said...

mereka tak akan serik, dan akan sentiasa cari peluang...kita yg kena peka....malangnya kak, ramai yg masih lagi tertipu

HeNRieTTa JoSe said...

rietta ada jugak terima emel camgitu...tapi laen sket...dia kata dia perwaris,tapi sebab ac tuh kat mesia dia sukar nak urus, minta konon2 tumpang akaun kiter...pastu bg byk percent gak lew....macam2 penipuan sekarang....

amirah said...

memang penuh inbox dengan email2 spam camtu..ermmm...memang kalau dah namanya dunia tanpa sempadan semuanya boleh di hack.wlaupun personal acc kita sndr kan. orang skrng terlampau kreatif untuk jadi cepat kaya

Aien Not Alien said...

banyaknya $$$$ tapi tipu semuanya. memang tak boleh dipercayai langsung...macam2 sekarang ni.

Izwa Kamaruddin said...

biase izwa delete je e-mail mcm nie..

Suraya Baharun said...

tak yah dilayan emel2 cam gini..hehehe..dunia zaman skang banyak sangat penipuan..

-Sara- said...

xde keje dorg ni kan kak! huhu

kasihibu said...

email pekena orang lah tu kak

selamat menjalani ibadah puasa

Unknown said...

paling tak disangka ada lagi orang yang tertipu dengan benda macam ni kan.. dasar manusia tamak takde otak..hish..

Myra Jay said...

Myra pun selalu dapat email macam ni, macam2 nama dan cara diorang guna..

Harap takdak yang terpengaruh kan..

syiela said...

terima kasih je la hai puan ashikin.. saya banyak dapat email camni kak.. saya spamkan ia saja

Tie HT said...

salam kak,
emel ni selalu masuk dalam spam..terus delete..mcm2 manusia zaman skrg ni kak..

Munn Jaafar said...

ohhhh mende alah ni tak pernah lama dlm email...delete terus :)

Hanis MY said...

paling tak suka dpt emel tipu2 mcm ni, kalau ada yg tertipu tu mata duitan la kan huhu...

Azian Elias said...

laaa...ingatkan hanya org oversea je buat keje cam ne.. Ini ada org mesia gak.. haruuu..

mama maman aka yana said...

ada gak dpt.. senang2 dia nak kasi kita kann.. :)

menipu cara cerdik.. ek

Unknown said...

mcm2 org sekarang nak menipu kan kak.. lia pun selalu dapat email mcm ni tp x penah di endahkan pun...nampak benar ada keraguan kat situ.... tp yg peliknya ada juga yg terpedaya...

Unknown said...

selalu kalau cek email...saya padam jer...kalau dr org yg tak dikenali..

fieda said...

saya pun byk gak kak dapat email gini yg kelakarnya isi perut sume sama cuma nama jer lain..

Unknown said...

lini pun selalu dpt emel mcm nie....bila block emel tu..emel lain pulak yg muncul...

Ruse Sulaiman said...

Dpt juga Email mcm ni... delete terus ;)

Qhaifa Nur said...

pernah dapat juga, dah abaikan pun....
bahaya banyak penipuan Kakzakie......

zue said...

didalam dunia ni mana ada org nak bagi duit secara percuma...yg ada BR1M adalah...:) nmpak sgt penipu punya org.

Rinna said...

Pernah juga terima email seperti ini.. tapi ignore jer..laa.. susah nak percaya laa..

dwatyKNY said...

saya pun pernah terima kak... mula2 agak teruja... tapi tiba2 terpikir... betul ke ni??? last2 saya buang email tu... kalau betul pun... saya anggap bukan rezeki saya...

nabilah_2908 said...

saya pun biasa terima email macam ni.. selalunya masuk ruangan spam

sebenarnya ni semua kerja2 awang hitam (negro) yg ada kt malaysia ni..gunakan orang melayu terutama perempuan tuk jadi orang suruhan dia..sebarkan email2 mcm ni..ramai juga yang dah terkena..

moga kita2 semua tidak terpedaya dgn penipuan ni... :)

haryati said...

salam kakzakie! sy pun selalu dpt email camtu, naik bosan dah asik delete je...tak de keje lain ke diaorang tu...buat keje yg merepek2 ni.

KakNi said...

email mcm tu dah x larat terima dah. tengoklah lps ni dia org tu nak cuba cara mana pulak, cuma, doa saya, kita semua ni TAK terkena jer.

Ye ke x sohih? Takpelah kakzakie, yg penting nyer kita ikhlas dan tekun buat ibadah yang wajib (puasa) dan yg sunat (terawih dan lain2), bkn semata-mata nak kejo ganjaran tu.

gadisBunga™ said...

heheh. rajin sungguh penghantar email to buat karangan. kehkehkeh.

cikceriacorner said...

akak..saya pon ada terima email mcm tu..tp mcm xcaya la..kite pon xkenal dia...heheh

nur anis said...

setakat ni saya tak pernah dapat lagi..tapi kalau dapat pun, mungkin delete terus..

Eye_nee said...

Satu hari entah berapa lah email yg dihantar oleh ashikin ni yer...minta2lah tiada siapa yg percaya atau terkena dgn cerita karut komedia mcm ni...

bicara mak dara said...

tak blh percaya email mcm ni.. mak dara pun selalu dapat.. kelentong je ni

Zaitun said...

Salam kakzakie...kalau kak Zai tak baca habis terus delete.

PUTUBAMBU said...

kak...saya pun macam kakcik jugak..
bakulsampahkan jer emel2 bergini..

buat semak dlm inbox je kan..?

mama ju said...

Salam sejahtera KZ
Moga hari2 mendatang sentaisa bahgia di samping ank, suami dan kerja.

Kita pun tahu dosa kalau ambek duit tu...kalau betul adalah... tapi kenapa ada org percaya ek?

HeNRieTTa JoSe said...

Psss...best lew macam tu...rietta biasa pergi bank...tapi thn nie, ada sorg tu tolong kitorg semua tukar duet...paling best sebab duet baru...

Jahirah said...

mmg emel sampah....banyak email2 mcm ni sekarang.sape la yg dok dedahkan mklmt ke phk ketiga tataw la.

dya nasir said...

menipu je ni..xblh caye email cm tu..kalau dya terus delete,huhuh

kurus said...

ade je kak
adeeee manusia macam nie memang bersepah .. kita kena ingat aje ;)

emarieys said...

kebanykannya masuk kotak spam

mama aini said...

assalam KZ..banyak sgt email2 begini kebelakangan ini..thanks jelah cik puan nor ashikin..hikk2x..

Unknown said...

orang nak menipu nih pelbagai cara dorang buatkan...hmm..

Anonymous said...

salam Kakzakie, KA sendiri tak terkira byk kali terima email2 seumpama ni semuanya nyer masuk tong sampah!

Si Matatajam said...

M dah lama terima email camtu...mmg hampeh..mcm2 nama dok menyamaq..macam cara depa nk kenakan org...

Nur-nba said...

Selalu juga terima emel seperti ni.. Terus delete je.. :)

Deru Ombak said...

As Salam kakak..

Harap2 jgn mudah tergoda dengan email2 sedemikian.

:)

fuad ansari said...

susah nak jumpa orang yg akan tiba2 mintak bantuan orang yg tak dikenali untuk perkara berkaitan penerimaan wang.... (",)

secara logiknya, kawan2 dia ramai, mintak tolong ajelah.. apa susah.. (",)

Kakzakie Purvit said...

Kalau email dari nama-nama asing setiap hari masuk dalam inbox kita kan tapi ini kali pertama kakak terima dari pengirim yg menggunakan nama Islam dan dilakukan pula di bulan ramadhan. Tapi benarlah kalau anak-anak kakak yg kecik pun tahu menilai hairannya masih ada yg terkena dan rata-rata yang seagama dengan kakak. Itu yg sedih.

Terima kasih pada semua yang memberikan komen N3 kakak ini:-

Kakcik, cheqna, Rina Avail, ahmad humairi, Nieza, Pokok Manggis DR, Acik Erna, mama aleen, Acu Sayang, Huda, Kamsiah, Knor, Nazayiena, Adylia Qarissa, Sari Yusa Ibrahim, inazamri, ieja amieja, Bert, Ros, Daddy Ziyyad, Henrietta Jose, amirah,Aien Alien, Mrs. Eady, Suraya Baharun, Sara, Kasihibu, Rai, Myra Jay, Syiela, Tihara, Munnafendy, Hanis MY, Azian elias, mama maman aka yana, Mamamya, izan mama mia, fieda, Tentang Kita, Ummi Iman, Qhaifa Nur, Rinna, Zue, Dwaty, nabila_2908 (kakak pun rasa macam tu),Haryati Faizal, KakNi (ChikNi),gadisBunga (mesti ada bangs kita yg membantu dia mengarang cerita ini), cikceriacorner, nur anis, Eye_nee, Adza Irdawati, Zaitun, Putu Bambu, Mama ju, Henrietta Jose (kakak sebab sorang je org Melayu di office so memang poket duit tu akan ke tangan kakak dulu), Aishah Jahirah, dyabunga, ieda, Mama Ema, mama aini, Papa Mifz, Kesuma Angsana, Matatajam, Nur_nba dan Deru Ombak.

Terima kasih sekali lagi pada semua dan rasanya kita sama-sama beringat dan mengingatkan pada yg terleka.

Yaya Azura said...

emel bukan kenalan yaya delete je..
tak sesenang itu org nak bg harta..

IntaNBerliaN said...

sy byk dpt emel camni tp terus je padam..

maya amir said...

kdg2 pelik setengah org yg dah buta dgn kesenangan dunia, email ni terang2 penipu..tapi masih tertipu..penuh kat paper cite2 mcm ni..

umiawadah said...

saya pernah dapat...kalau ikut logik..harta itu bukan milik kita...jadi mengapa kita perlu mengambil yang bukan hak kita...itu dah namanya merompak harta orang...biarkanlah mereka dengan harta-harta di dunia ni...tak perlu layan emel ni...sangat boring bila dapat emel yang saya rasa diterjemah dari BI...sebab isi kandungannya tetap sama...

Kella said...

saya selalu dapat gak kak!!! jhuhuuhu

Kazman / Sue said...

pelik kepada yg kena tipu sendikit seperti ini....

Hidayah said...

hurrmmm...biasa email jenis bahasa antarabangsa kan..?
first time dayah baca nih , ada orang kita pulak kan..
aiii...duani sekarang.. kena extra carefull kan kak..?
silap2 harta tak seberapa yg kita ada yg tergadai dek kerana tamak..

Kakzakie Purvit said...

Kakak memang tak percaya pun cuma yg sedih kenapalah ada bangsa kita yg sanggup bersekongkol menggunakan email address dia utk tujuan ini.

Terima kasih juga:-

Yaya azura, IntanBerlian, maya amir, ummiarissa, Kella, Kazman /Sue, dan Hidayah Bach.

Terima kasih sekali lagi:)

Unknown said...

e-mel cam nie jgn di layan..penipu je..:-)