
Saturday, September 10, 2011
Hari Raya 1432H di Johor Bahru

Friday, September 9, 2011
Hari Raya 1432H di Pontian
Adik-beradik - Bersama-sama kami mengorak langkah menuju ke rumah nenek yang telah uzur.
Seronok - Anak-anak sudah sampai rumah nenek tersebut kami yang tertinggal di belakang
Uzur- Menziarahi nenek yang uzur. Ini rumah dia tapi hari biasa dia tinggal bersama dengan anaknya di Johor Bahru. Sudah tidak mengenali aku dan kakak-kakak aku juga.
Kuih - Anak-anak tetap makan juga kuih di rumah nenek yang uzur tersebut. Mereka tidak dapat merasakan apa yang kita rasa.
Anak sulung - Kami berbaju merah ketika beraya di Pontian. Menikmati suasana kampung yang nyaman
Anak kedua - Selalu disangka dia anak sulung walau jarak 3 tahun dari kakaknya. Macam sudah sekolah menengah tetapi kalau ke taman permainan masih suka main buaian.
Adik - Anak ketiga dan bongsulah sebab sudah 8 tahun masih belum ada tanda akan punya adik lagi. Syukurlah ada tiga zuriat. Kelak bila besar, panjang umur dapatlah aku anak lelaki (Hehehe... berangan betul...)
Malam akhir - Malam itu dihabiskan semua mercun dan bunga api yang pakcik dia belikan kerana esoknya masing-masing sudah hendak balik. Tinggallah aku anak-beranak dengan bapak di kampung.
Perpisahan sementara - Sebelum masuk kereta sekali lagi snap gambar. Siti Nabihah sudah hendak kena register untuk ke UIA, Safia adiknya sambung belajar untuk menghadapi SPM dan Adam masih sekolah rendah lagi.
Sepupu - Adik dengan sepupunya, Adam yang hendak bertolak balik ke Selayang.
~~ Bila balik dari kampung baru perasan banyak rentetan yang terjadi di Hari Raya tidak terakam dalam kamera. Ketupat-kuih-muih-makan-makan semuanya tidak ada dalam kamera aku. Itulah gara-gara asyik ke dapur masak-masak-masak, bila letih malam selepas tetamu balik mata terus terlena. Kamera lebih berada di tangan anak-anak saja ~~



