Adik-beradik - Bersama-sama kami mengorak langkah menuju ke rumah nenek yang telah uzur.
Seronok - Anak-anak sudah sampai rumah nenek tersebut kami yang tertinggal di belakang
Uzur- Menziarahi nenek yang uzur. Ini rumah dia tapi hari biasa dia tinggal bersama dengan anaknya di Johor Bahru. Sudah tidak mengenali aku dan kakak-kakak aku juga.
Kuih - Anak-anak tetap makan juga kuih di rumah nenek yang uzur tersebut. Mereka tidak dapat merasakan apa yang kita rasa.
Anak sulung - Kami berbaju merah ketika beraya di Pontian. Menikmati suasana kampung yang nyaman
Anak kedua - Selalu disangka dia anak sulung walau jarak 3 tahun dari kakaknya. Macam sudah sekolah menengah tetapi kalau ke taman permainan masih suka main buaian.
Adik - Anak ketiga dan bongsulah sebab sudah 8 tahun masih belum ada tanda akan punya adik lagi. Syukurlah ada tiga zuriat. Kelak bila besar, panjang umur dapatlah aku anak lelaki (Hehehe... berangan betul...)
Malam akhir - Malam itu dihabiskan semua mercun dan bunga api yang pakcik dia belikan kerana esoknya masing-masing sudah hendak balik. Tinggallah aku anak-beranak dengan bapak di kampung.
Perpisahan sementara - Sebelum masuk kereta sekali lagi snap gambar. Siti Nabihah sudah hendak kena register untuk ke UIA, Safia adiknya sambung belajar untuk menghadapi SPM dan Adam masih sekolah rendah lagi.Sepupu - Adik dengan sepupunya, Adam yang hendak bertolak balik ke Selayang.
~~ Bila balik dari kampung baru perasan banyak rentetan yang terjadi di Hari Raya tidak terakam dalam kamera. Ketupat-kuih-muih-makan-makan semuanya tidak ada dalam kamera aku. Itulah gara-gara asyik ke dapur masak-masak-masak, bila letih malam selepas tetamu balik mata terus terlena. Kamera lebih berada di tangan anak-anak saja ~~
59 comments:
Tgk kereta masing2 sudah tau nenek mendidik anak2nya dgn bagus skali!!! Besar dh anak2 Akak, insya Allah Ada rezki dpt Anak laki kan kak...
Assalamualaikum.
Teringat lagu yang dinyanyi semula oleh Arwah Sudirman iaitu Ayah dan Ibu.
Semoga jiwa anak-anak ini akan sentiasa hidup dan mengenang jasa ibu bapa. Semoga nenek juga ditambah rezeki, sihat dan terus dapat beribadah kepadaNya.
TQ
kalau balik kmpung,memang ramai warga emas yg tgh sakit...gambar mkn,ketupat rendang tu pun yana tk snap...terlupa lg pun takut nanti orang kat kmpg pelik asyik koje tgkap gambar je :D, yana raya kedua dh keluar dr daerah pontian...
3 anak dara yang cantik belaka..:)pontian tu kat mana?
Alhamdulillah, nenek itu tidak kesunyian di hari raya walaupun keadaannya agak uzur.
Merahnya Mak Ngah!
comel2 anak2 akak....
bagus la bwk ank2 ziarah umah nenek...xlupa akan org tua...
- nanti nak dgr citer dlm blog ni ...'telah melahirkan seorang anak lelaki'...ameen...kami semua doakan...
seronok bila dah kumpul ramai-ramai... gembira ati nenek bila cucu dok keliling.
nengok sepupu-sepapat lak ramai yang dah berjaya dapat le menyuntik semangat orang lain untuk maju dalam pelajaran... moga semuanya berjaya kelak
alhamdulillah..semuanya berjaya kan, kak...sejuk perut ibu mengandung kan, kak..
tengok gambar akak..teringat mbah dan wak kat kampung..dulu ingat lagi..masa kita kanak2..depa la yang tukang masak dan paling sibuk..tapi bila dah besar2 ni..balik kg..semuanya dah terlantar..sakit..selalu sy ingt pada diri..satu hari adakah aku seprti mereka...semoga hari tua ku dipermudahkan dan tidak menyusahkan anak2 or cucu..;-)
ade hot stuff tak kak? kim salam
kalu balik kg, saya kompem akan jumpa ngan pakcik saya yg sorang ni.. kalu tak jumpa dia sure rasa ralat giler2...
moga diberi kesihatan yg baik
Kak,
Bila baca n tgk gamba2 tu, sy tetiba rs sayu...
Sy terlepas ry thn nie. Terlepas kemeriahan menziarahi rumah sedara...
=(
salam kak,
SELAMAT HARI RAYA
MAAF DZAHIR BATIN
-tak terlewat hendaknya ucap disampaikan..gambaran keluhuran seorang adik mhn kemaafan..Amin
- amboi ucu tenguk 3 anak dara ni...dah la merah2, anggun pulak tu..kemanalah tumpahnya kuahkan..hihi. Byk dapat duit raya?? mintak sikittt..
- Syukurlah meraikan raya ngn mengunjungi rumah nenek yg penuh kenangan ini. Bertuahlah nenek...masih besama dan lihat anak2nya..
- raya dah abih...pose enam dah sampai kemana???dokan ucu juga ye kak..
terima kasih
Assalamulaikum kak zakie,
banyak tempat ye kak zakie pegi. seronokkan ada saudara mara ramai. bertuahlah nenek tu dapat kunjungan dari kak zakie ngan anak-anak.
macam rombongan meminang ye! budak2 ler paling gembira di hari raya! :)
Alhamdulillah... sebuah keluarga yang berjaya.. suka queen tgk pic2 akak nie... mmg betulla anak yg no 2 nmpk lg matang dr akaknya... hehehe
lawa baju anak no 2 tu
assalamualaikum akak.
selamat hari raya. maaf zahir bati.
comel anak2 akak pakai hijab semuanya. ;)
anak akak no 2 tu memang nampak lagi matured dari kakak. maybe sebab speck dia kot. :) tapi sumenya sweet.
samalah saya kak.. tak amik pun gambar makanan.. di pagi raya sibuk uruskan anak2... bab makanan anak2 buah yang amik turn untuk menghidang.
Sama rupanya kita ya Kak...Ada 3 Puteri..dan buat saya rasa cuak pulak nak memanggil kakak..Anak kita yg sulung hampir sebaya...mungkin kah kita lahir thn yg sama?...
masa ni la kan kak kita nak menziarah sedara mara yang mana tak duduk lagi kat kampung. mmg betul pun, raya ni adalah hari kita mengeratkan lagi talian persaudaraan
waaa
kat pontian ye
heee..dulu ngaji kat UTM...
selalu gak pi pontian
hee
neriahnye aye
heee
camat ari ayeeee!
maseh sudi mai page sy yeee
dah follow sini juge!
alhamdulilah saya juga berkesempatan melawat atuk yg sakit di kg
eh, anak bongsu kakak tu sebaya dgn anak bongsu saya si akim :D
masa balik kampung itu hari ada beberapa tempat (rumah saudara) yang dah lama saya berhajat di hati nak beraya tapi x sempat di sebabkan kekangan masa. mungkin tahun depan sekiranya masih panjang umur
tok prince pon dah xberapa nak nampak penglihatan die..semakin kabur mayb sbb usia kot..
Itu yg penting sebenarnya, kita terapkan dalam minda anak anak erti sebenar sambutan Aidilfitri...bukan duit raya, bukan baju raya yang utama..
Salam k.zakie....
rasanye dah lama tak jenguk entry akak....
3 dara pingitan tu rajin tak nolong di dapur...?
selamat hari raya..meriah sungguh ...
dah besar anak anak kakak yer... comel comel belaka
salam ziarah
wah..wah, ramainya mmg meriah
dah follow jom follow back
time ni la seronok dapat jumpa sedara mara..yng jauh kita dekat2 kan..yang muda ziarah yang tua..
mmm meriah kan kak..hihi
seronok dan meriah.. ;)
best bila dapat bersama sanak-saudara..
kakzakie..acik pun menunggu nak dapat anak perempuan..
Assalamualaikum...
Pasti seronok rasa hati nenek tu tengok anak cucunya datang ziarah dia..
yang tua dihormmati..yang muda disanjungi...
time raya camnilah..kita buat ziarah menziarah dan tunjuk pada anak2 kita sedara mara kitakan kak
seronok bila semua anak-anak berjaya...
aktiviti begini amat baik diterapkan pd anak2 ketika masih kecil..
meriah betul beraya beramai-ramai
raya yg meriah.. bestkan raya.. ;)
selamat hari raya kak..:)
Salam Kakzakie..
Kakak...time raya sajalah kita dapat meluangkan masa untuk menziarahi saudaramara kita yg.jauh dimatakan..
ramai2 kak beraya...seronok..bwk mereka beraya merata2 sgt bagus sbb nnt kalau tak asyik beraya dpn tv je.. (err mak izan selalu pesan camtu kat kami)
ramai anak dara akak ni rupanya.. semua dah besar panjang,cantik2 dan pndai bergaya dah masing2 =)
alhamdulillah panjang umur nenek ini..dapat dia melihat kejayaan anak2 n cucunya....dapat juga merasa kesenangan akhirnya sbb dulu pastinya dia b'ssh payah mencari rezeki utk memastikan anak2nya mendapat pendidikan yg s'pttnya....syukur..
sungguh lah kak....klu dah namanya raya ni mmg x sempat nak ambik2 gmbr sgt...masa byk dihabiskan di dapur memasak dr pagi smpi ke malam..kebetulan pula umah nenek lia kat kg mmg menjadi tumpuan adik2nya n anak2 sdra dtg m'ziarah...mmg x menang tangan nak mencapai kamera...
salam k zakie,
aby ada crita psl pontian sikit ..
mase tu thn 2009, aby bawa kwn aby (wong jowo johor) jumpa customer aby, pun wong jowo johor juga, konon nya aby nak jumpakan sbb sama jowo johor.
bile depa tu dijumpakan rupanya sama2 jowo Pontian,sembang punya sembang rupanya saudara sbb kedua dua kenal org2 tua masing2 dan kampung mereka pun berkekatan jer ..
akhirnya thn tu aby beraya sampai Pontian ziarah kedua dua umah wong jowo tu ...
cuma kelalen la nama kampong nya ..
kena tanya kwn aby nama kampong tu ..kot2 dekat dengan tempat k zakie ..
he..he..
kak zakie kami...
akak, amboi anak2 dara akak.....hehhehehe....sebenarnya ingat akak ade kat senai, boleh jugak singgah...huhuhu....tahun ni kami tak g raya kat pontian....apa2 pun kirim salam laa dekat kanak2 riang 3org tu ye, nnt acik yan dtg laa jumpa diorang bila2 kl ade masa....boleh main2 dgn muiz dan muaz....
Kita didik anak-anak lawat orang2 tua, saudara mara yang jarang jumpa, insyaAllah besok2 diaorang kenal saudara....
meriah kak..meriah sungguh raya kat kg, fida pun banyak benda tak terakam dlm kamera. Bizi sangat, Nak pegang kamera pn rasanya tak sempat..huhu
@ Ajumohit: Tuan asal rumah nenek itu dah tak ada lagi aju. Tapi kalau raya rumah ini di kunjungi lagi. Anak lelaki tunggu habis belajar dapatlah menantu lelaki. Hihi....
@ Admin P@P: Wa'alaikumsalam cikgu Lai. Harap anak-anak kakak dapat melihat dgn hati juga sebagaimana yg diharapkan.
@ Maya Mayana: Kakak tak malu tapi memang tak ada masa dan lupa nak snap gambar tu Yana...
@ missbby: Kakak di Kg Baru, Penerok (berdepan dgn Kukup Golf Resort)
@ Kakcik: Nenek ini cicit dia pun dah ada anak. Maknanya ada oneng-oneng kan kakcik. Nenek ini bersih, putih dan lembut walau dah terlantar. Dia boleh mengesot tapi dah ada alzhemir selalu lupa. Anak-anak dia pakaikan pampers.
Merah - anak-anak yg pilih kakcik hihi..
@ Cik Ecah: Kami dah tak punya nenek sebab itu kakak bawa ziarah org sakit ini. Dulu nenek ini sahabat arwah emak kakak
@ Al: Hihi... Al kakak dah tak harap lagilah dan bibik pun dah tak ada lagi sekarang. Anak-anak dah pandai berdikari. Tapi kalau ada org bagi kakak nak...:)
@ cemomoi: Anak kebanyakannya semua dah lepas dan berjaya tinggal anak kakak dan anak adik-adik kakak saja yg masih merangkak mencari arah...
@ sahromnasrudin: Alhamdulillah moga anak-anak kakak boleh ikut jejek mereka juga
wahhh.. bestya konvoi ramai2..hhuhu
@ macam ku kata: Kakak pun harap moga hari tua kita tidak menyusahkan anak-anak
@ Orlando Ahmad: Nakal kamu ni. Hot mama adalah hihi...
@ NM02: Baguslah niez. Kena kunjung pada yg kita rasa perlu agar tidak ada yg ralat...
@ Mommy Fara: MF cuti tak lama ye. Tak apa tak semestinya raya berkunjungMF. Bila ada masa pun boleh ziarah...
@ ainhany: Wa'alaikumsalam ucu. Merah pilihan anak-anak. Dah besar walau usia masih kecik masih kena pantau juga ucu.... Puasa enam semua dah selesai khamis lepas cuma yg sulung sebab duduk asrama katanya minggu depan baru habis.
@ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam cik ina. Nenek ini sebenarnya sahabat arwah mak kakak itulah sebabnya kami adik-beradik pergi ke rumah dia.... Baik sangat orgnya.
@ Acik: Hahaha.... Kak Uda kakak pun kata macam itu tau acik....
@ Queen Teratai: Suasana kampung QT. Anak-anak kan suka sebab mana ada kereta lalu lalang. Bebas nak kemana dgn rumah tak berpagar....:)
@ pB: Semua baju anak-anak kakak pilihan mereka sendiri...
@ sar: Wa'alaikumsalam sar. Anak no. 2 tu dari 9 tahun dah rabun. Yg sulung pun sebenarnya berkacamata juga tapi boleh buka dan guna masa membaca. Yg no. 2 dah terpakas pakai sentiasa. Buka waktu mandi dan solat je...
@ Ratu Kebaya: Kakak rasa ramai yg macam kita juga RK. Bila dah ramai, sibuk mana ingat kamera lagi...:)
@ Eye_nee: Tak perlu risaulah eye_nee. Semua org panggil kakak dan kakak bahasakan diri dgn keluarga pun kakak tak tahu kenapa tapi memang dah dari kecik gitu.
@ asfaliza: Kakak suka jenguk sahabat arwah mak kakak yg masih hidup kerana ramai kalangan mereka sebenarnya juga telah tinggal di bandar dgn anak-anak. Balik masa raya saja...
@ aimie amalina: Seronok beraya di kg aimie. Kakak lama dah follow aimie. Kakak tak kisah kalau kakak suka blog itu walau dia tak follow pun tak apa tetap kakak baca juga N3 dia....
@ makdara TERdiva: Menziarahi yg sakit terlanjur kita bercuti kan MDT. Bimbang dia pergi tahun depan tak jumpa lagi... Boleh berbesanlah kita ye. hihi...
@ eelobor: Kalau ikutkan semua macam nak pergi kan ee tapi manalah cukup masa dgn cuti terhad.
@ Prince halilintar: Selalulah ziarah dia prince...
@ Daddy Ziyyad: Kita mampu memberitahu saja doc. Tapi kepala mereka tetap tahu rumah nenek ini ramai anak-cucu dia yg akan bagi duit raya. Susah juga nak tune anak-anak doc.
@ Ucu Faridah: Tolong makan adalah Cu. Tapi kadang ada minat juga dia nak membaking dah nama pun perempuan kan cu....
@ Tentang Kita: Meriah sebab berkumpul...:)
@ SuriHanna: Dah besar mana ada comel lagi Hanna.
@ Qhaifa Nur: Terima kasih sudi berkunjung. Kakak dah follow juga...
@ Norhafiza: Kalau tak raya susah nak jumpa kan No...
@ aizamia3: Masa inilah kita jalan bersama dgn keluarga
@ Acik Erna: Kita tunggu mereka habis belajar dah tu kita berbesan ye ack. Hahaha.....
@ Abd Razak: Wa'alaikumsalam Ustaz. Betul ustaz, dia senyum je. Cakap pun perlahan...
@ MamaEma: Itulah kami adik-beradik cuba luangkan masa bawa anak-anak tunjuk ini semua
@ aby: Cubalah tanya dengan dia aby mana ahu tetiba keluarga kakak pulak. Aby punya line engineering kan dan keluarga kakak ramai yg engineer tau. Hihi....
@ azian: Mula kakak memang nak balik hari raya ke empat sebab dah nak mula puasa 6 tapi kenangkan bapak sunyi sebab semua adik-beradik kakak dah balik itu yg kakak tinggal lagi di kg. Kesian juga dgn bapak. Kalau tak mesti kita boleh jumpa kat Senai kan...
@ Cik Pulau: Memang bestlah CP. Lagi-lagi anak-anak gembiranya bukan kepalang:)
@ Afida Anuar: Masa inilah kita saling imbas kembali masa dulu Fida. Kakak dulu tinggal di kg hingga tingkatan 3. Lepas itu baru keluar belajar hinggalah sekarang. Tapi balik selalu hingga kini
Kakak banyak masa di dapur Fida itulah kalau ada call kadang tak terjawab. Office call pun tak dengar sebab h/p dlm handbag di bilik. Kakak di dapur. Hihi...
seronoknyer bila berkumpul ramai2 cam tu kan... nenek mesti lg seronok...
setahun sekali rumah nenek meriah mesti bahagia..semua anak cucu balik ziarah neneknya... semuanya berkumpul sama sama..
cute..anak2 akak tau...;d...bagus tu yg tua jgn di lupakan...;d
assalamualaikum kak zakie :)
maaf terlambat ucapkan..
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN buat akk dan keluarga tersayang :)
semoga akk sekeluarga sentiasa di rahmati Allah :)
@ Pn. Sheila: Nenek walau seronok sekadar mampu senyum je...
@ Santri TPNI: Betul santri inilah masa terbaik utk kita berziarah
@ Run Away: Betul... kelak kita pun tua juga kan...
@ Efa Nur: Wa'alaikumsalam efa. Moga Hari Raya kali ini lebih bermakna buat efa...
wahh..best r ada anak yg berjaya.. kluarga saya ramai 10 org.. tapi 2 org je yg masuk u.. huwaa.. yg lain lingkup.
Saya pun beraya di pontian gak akak... area ke arah benut.... kampung parit tengah
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
tribunal tuntutan pengguna berkaitan kereta
Post a Comment