corak lakaran yang sama kembali semula
bangun tidur, kejut papa, kakak dan adik
mandi, solat subuh, sarapan (selalu tidak buat), pergi kerja (anak angkut sekali untuk ke sekolah)
di pejabat, selepas dhuha - zup-zap-zup-zap buat kerja, zuhor, sambung kerja, sudah asar
turun, masuk kereta balik jalan jem
sampai rumah, buka peti ais, keluarkan apa yang hendak di masak
selesai mandi, masak, makan, maghrib, ajar mengaji
hantar anak tusyen (balik tuisyen papa ambil), isyak,
duduk baca buku (selalunya buku pandang mama - walau dalam keaadaan duduk mata mama boleh terpejam) temankan anak
anak salam, sayang-sayang sikit, anak pergi tidur
kemas meja, masuk bilik air, pergi dapur ambil air masak, telan supplement
tidur...zzzzzz

~~ Perjalanan harian sama tidak ada bezanya. Corak kain batik lagi cantik.~~





