Merenung gambar di atas sejenak
Sinar Raudah mencabar kewanitaan kita
walaupun rasa belum tentu enak
resepi diberi sebagai suka-suka
Mahu tahu apakah syaratnya
larikan jejari di http://www.sinarraudah.blogspot.com/ segera
tempoh diberi seminggu cuma
lambat sedikit tidak diterima
SIAKAP STIM ASAM PEDAS
Bahan-bahan mesti disediakan
kalau tidak macamana jadinya
lihatlah gambar di dalam pinggan
kira dan perhatikan apa bahan-bahannya
1 ekor ikan siakap (sederhana saja saiznya)
11 tangkai cili kering (buang biji, gunting dan kisar)
5 ulas bawang merah (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar - sedikit diguna untuk dilumur pada ikan)
1/2 labu bawang besar (mayang)
1 cm halia (kisar - sedikit dilumur pada ikan)
1/2 cawan air asam jawa (pekat sikit sebab ikan stim mengeluarkan air)
1 keping asam gelugor
1 kuntum bunga kantan (belah dua)
1 biji tomato (potong empat)
sedikit daun kesom
5 biji kacang bendi
garam dan perasa (kepada yang suka menggunakannya)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit minyak untuk menumis
Langkah kedua kena lihat juga
mana yang perlu dikisar kisarlah
mana yang tidak perlu kena cuci saja
aku tidak tanggung kalau tersalah
Lumurkan ikan dengan halia dan bawang putih kisar. Masukkan ikan ke dalam stimmer lebih kurang 10 minit. Sementara ikan dalam stimmer tuang minyak dalam kuali. Tumis cili, bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar. Biarkan tumisan nampak betul-betul masak baru masukkan bunga kantan, daun kesom, asam gelugor dan air asam jawa. Bila mendidih masukkan kacang bendi dan tomato. Masukkan garam dan perasa (jika suka). Renihkan sebentar jangan sampai kacang bendi dan tomato terlalu masak. Kemudian tuanglah ke atas ikan dalam stimmer. Stimmer set masa seminit-dua lagi. Bila stimmer sudah berbunyi "tingggg" masaklah sudah dan sedia untuk dimakan. Hidangan ini untuk aku berdua dengan hubby saja. Anak aku lebih suka stim halia tanpa cili. Tidak boleh tunjuk di sini kerana ia melanggar syarat Sinar Raudah.
Nampak seekor ikan siakap
10 minit berada dalam stimmer
bila ikan lembut tumisan pun siap
tuang bahan tumisan biar mesra rasanya
Siapa hendak bertandang ke Johor
aku masak buat resepi ini
walaupun anda tidak kecur
resepi dipapar gara-gara si Amy
71 comments:
assalamualaikum,
waaa...bersihnya dapur kakzakie!....suasana bersih yang membangkitkan selera juga....meleleh dibuatnya.
Assalamu'alaikum Kakzakie...
kecur airliur kakcik tengok gambar akhir tu. Hari ini kakcik masak tenggiri masak lemak cili api, cencaru sumbat sambal kelapa dan kangkung tumis air je...:)
Semoga Kakzakie berjaya memenangi peraduan yang dianjurkan oleh Amy itu.
Assalamualaikum Zakie,
Tiba-tiba makcik jadi lapar, dah lah belum makan.Terus keroncong perut tengok ikan stim tu.peberet tu.mesti sedapkan.
As'salammualaikum kak...
First amy nak ucapkan terima kasih coz sudi join contest sinar raudah.Penyertaan memenuhi syarat yang sinar raudah inginkan. Good luck kak.
p/s: amy tak pernah cuba masak macam nie, so lepas nie harus di cuba coz MIL fav sangat dengan asam pedas
wah.. main masak2 kita kakzakie...
nampak menyelerekan sangat. semuga berjaya..
salam kak..waduh..dah lah kita tak masak apa tuk tenga hari ni..tak penah cubalah lagi stem asam pedas ni,,meleleh kak..seb baik tak mengandung huhu
Salam.. Waduh sedapnya lauk tu... Nampak sungguh menyelerakan.. Nanti Nur copy paste resepi ye.. Minta halal ye Kak...
Goood luck utk kak Zakie.. Bersihnya dapur akak ni..
sedap kakzakie! menyelerakan. moga kakzakie beroleh kejayaan :)
tgk pic amat menyelerakan.. rase tentulah lebih lg..
gud luck ye kak.. :)
kak zakie moga berjaya..
nampak menyelerakan sangat
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf kerana LAMBAT berkunjung yerrr .. kerana ade masalah pada laptop aku..baru hantar repair lerr...
THANKS PADA AKA KERANA SINGGAH BLOG SAYA KOMEN PLAK TU....
UIHHHHHH SIAKAP TU MMG MUVELOUSSSSS MAsak kukus plak canggih alat tu....
steam ikan tu selalu main masuk ajerrr dalm periuk... tapi kali ni berlainan plak.... patut lerrr senang ajerrrr ikan pun tak yah potong2.... kan cantikkkk rupanyerrr.... mesti cuba punya.....
IM suka kari kepala ikan..
kak.....alahai sedapnya ikan steam tuuu...rasa terlapa laa pulak tetibe..hehhee...baklaaaa sekor kite nak rasa gak air tangan akak yang masak...mesti sedap banget ni...hehe
Hebat masakan kakak tu...
kak zakie..all the best..sure boleh menang nie...
oh yer..ayu baru beli beriuk stim..nak trylah resepimu
all the best..ambe tak gheti masok
apa kata next time ajak seksibani makan sama? kekeke...
wah akak..
siakap.. goreng garam kunyit pun sedap..
ni kan pula wat mcm ni..
fuh, terliur d buatnya..
Wa'alaikumsalam ahmad humairi,
Terima kasih cikgu. Ini perli ke? Kakak tunjuk periuk dan mangkuk mana boleh nampak dapur. :)
Wa'alaikumsalam kakcik,
Wah sedapnya membayang apa yang kakcik masak. Kakak kena stim dua jenis style satu untuk anak dan satu untuk mama dan papanya. Sayur petola, sambal belacan ulam kacang botol.
Cik Ina MDDC,
Kakak selalu tengok Cik Ina masak lagi berbagai. Ikan papa Firdaus tangkap besar-besar belaka.
Amy Syaquena,
Kakak suka masak stim dan bakar. Dgn cara ini dapatlah kurangkan sikit kolestrol kononnya. Hehehe....
kakpah,
Tiap hari kena main masak-masak tak ada org tangkap gambar. Kali ini ada cameraman kat dapur. :)
suri solehah,
Cubalah cara tradisi kakak ini. Kalau cara ini ikan texture lebih lembut tau suri. Banding kalau terus masuk dalam periuk sekali.
nba-Nur,
Alahai Nur, kakak tak kisah. Tak payah copy sebab bahannya ringkas saja. Org kerja dah biasa masak segera inilah cara terbaik.
Tang dapur bersih mana Nur nampak. Kakak tunjuk periuk dan mangkuk je kan... Heh.....
Mak Su,
Terima kasih Mak Su. Tuan punya penganjur kena test semua resepi baru dia tahu ikut selera dia atau tidak....
Penjejak Mimpi,
Kena tunjuk photos baru nampak jelas mana satu daun kesom, bunga kantan, bawang putih dsbnya.:)
ibuintan,
Terima kasih ibuintan. rasa belum tentu hehehe...
Afzainizam,
Malas nak potong masuk je seekor terus alam stimmer. Bayangkan kalau ikan seekor 5 kg. kena beli stimmer 5 kali ganda kalau nak stim tak nak potong. Hahaha.....
Insan Marhaen,
Anak kakak belum cukup matang lagi tak dibenarkan makan kepala ikan. Kepala ikan ini pun kami tak bagi dia makan. Ikan stim mereka kakak asing masak (stim halia)
Adinda Amy Sensei,
Sudah kakak pantunkah yg terakhir, kalau ada yg berkunjung kakak buatkan asam pedas stim ikan ini. Jemputlah aidnda amy.:)
ckLah,
Alahai cikgu, terima kasih. Janji tak mentah sudah.
Citarasa Rinduan,
Malu dgn Ayu. Org ada Citarasa Rinduan nak banding kakak yg tak expert ni ye. Ayu punya stimmer mesti besar sebab guna kat restaurant.
IMAHSHAH,
Cikgu kena cari dulu org sebelah dan lepas tu kena belajarlah memasak. Belajar dulu masakan org dlm pantang. Hehehe.....
Seksi Bani,
tak de maslah SB you are welcome. Sure kakak masak 2 ekor buat SB.
toyolkiut,
Ehem...ehem.... cubalah resepi kakak ini. toyol makan ikan ke? takut kakak. :) :).....
Saya pandai makan jer....hehehe
Senarai produk positif DNA babi akan diumumkan
Miecyber,
Kalau macam itu lepas makan tolong cuci pinggan jadilah. Macam anak kakak. Hehehe....
Aslmkm.
Hmmm, tentu best bagi yang suka.
Selamat berjaya ya.
Anak & suami Kak G langsung tak minat asam pedas. Mereka suka jenis goreng & sambal jer ... favorite - 3 rasa;
Kalau steam pula, selalu masak ikan kerapu atau bawal tambak. Best sekali tentulah ikan jelawat/tengadak.
Selera insan tak sama kan? :)
Nyamanlah ikan siakap tu.. memang kesukaan saya. Antara 2 masak "stim" atau "3 rasa".. aduh..
Wa'alaikumsalam DDrfauziah,
Oh yer ke Kak G. Kalau org Johor majoriti suka masak asam pedas. Sebab dah macam tradisi agaknya.
Mohamad,
Kalau suka nyaman tapi kalau tak suka dan lain ceritanya cikgu.
"sedap..sedap..kecur air liur ni...tapi saya kalu masak siakap selalu masam manis jer,kdg2 steam juga.."
Piasara,
Macam-macam cara memasak. Kita olah dia kenalah dia ikut cara kita ye tak? :)
uii sedapnya
dah tengah lapar ni
tgok makann pulak..
iskk
SALAM KAK ZAKIE
SELAMAT BERJAYA HEHE
SAYA TAK PERNAH BUAT LAGI RESEPI NI...NAK TRY NANTI
memang sedap tu...
ati tak pernah masak ikan stim ni
apa beza kalau stim dulu dgn msk sekali
dgn kuah ye kak?
betui2 tak tau ni..nk gak belajar :)
salam tuan runah..
wah amat menyelerekan :)
masak asam pedas baisa mmg sllu buat tapi utk mencuba yg kukus bersama ikan yang berbeza blum pernh mencuba lagi kak hee..
satu resepi yang menarik :)
p/s:jemputlah ke blog saya :)tq
assalamualaikum kakzakie..
sy tak tgk lauk akak tp sy tgk dapur akak..bersih la..berkilat..mesti akak nie pembersih orgnya kan...:-)
Puteri,
Puteri belum sarapan ye. Nanti tengahari cuba cari lauk ini. :)
Kamsiah,
Oh... ye ke? Cubalah kot lebih enak.
Ati masrif,
Ikan kalau stim texturenya lebih soft berbanding kalau kita terus masak sekali. Itu yg kakak dapat rasakan. Sebenarnya teman ofis kakak kebanyakannya org bukan Melayu jadi mereka masak apa pun stim baru tuang kuah/tumisan. Masak nasi pun mereka stim.
surihati_ku,
Cubalah style ini mana tahu akan dapat nikmati perbezaannya.
Akan kakak jenguk selepas ini.
Wa'alaikumussalam sahrom,
Kenapalah puji macam tu sekali. Semua wanita sama aje....
As salam akak..
MasyaAllah bersihnyaa umah dapur rumah akak...hehehe...kalau dah dapur pun bersih makanan mesti la sdap..hehehe..
teringin nak rasa air tangan mak2 orang nie..hhehheeh
assalamualaikum
beshnya masak2 kan...
teringin nak makan akak masak =) ~
adeh, terliur
salam kak zakie..
amboi..pantun tu yg mahal..hehe
ape pun gud luck pd kak zakie..
IM kekadang singgah restoran tomyam kalau nak makan macam ni. kopaklah jugalah poket...
alamak...sedapnye...tak pernah masak mcm tu lg...
selalunye cmpak bahan2 nye terus...pastu stim...
agak terliur tgk...nk cuba kak...hehehe
lalink7,
Pak-pak org tak teringin ke Husna. Nanti dah makan air tangan pak-pak org baru tahu hm...:)
Wa'alaikumussalam manje,
Dtg Johor bagitahu kakak mana tahu boleh jumpa.:)
REPUBLIK N9,
Kesian dia. Carilah kat warung-warung banyak adik boleh dapat....
nurkass,
Thanks a lot nurkass. It's just for fun:)
Insan Marhaen,
Kakak amat faham situasi IM, tapi IM pun boleh buat simple sangat nie....
KURE-KURE COMEL,
Cubalah mana tahu KKC suka cara kakak ini....
akak, nampak sedap tuh. kalau dapat merasa sendiri lagi bertambah sedap tuh. hihihi
Resipi asam pedah yang sedap.. Moga berjaya yer Kakzakie.. :)
eelobor,
Meh datang bawa org rumah dan anak nanti kakak masak 2-3 ekor.:)
Rinna,
Terima kasih rinna.
Post a Comment