Tuesday, July 3, 2012

Salah siapa?

Terjadinya ini pada hari Jumaat lepas

Ramaja penghantar surat dari courier service masuk ke pejabat tergesa-gesa sebab hujan lebat di luar. Dengan termengah-mengah dia berkata "kakak cepat sikit kak, lebat ni". Aku pun cop dan sign "ok..ok... hah siap"  kemudian ambil dokumen seperti biasa. Dalam minda aku mesti shipment dokumen yang aku nantikan. Ligat saja tangan aku membuka sampul. Apabila semua isi keluar terpandang semuanya anih belaka. Consignee bukan syarikat aku dan consignor pun tidak pernah aku kenal.

Habis sampul sudah aku koyak tanpa melihat slip di luar. Inilah gara-gara kalau membuat kerja kalut-mahu segera apa-apa pun boleh terjadi. Tidak boleh salahkan remaja tadi. Aku pun salah juga bila dia hulur dokumen minta cop dan tandatangan segera, aku pun buat cepat-cepat tanpa periksa. Mujur ianya milik syarikat berhampiran. Premis syarikat aku bekerja nombor 51, dokumen yang aku terima untuk premis nombor 57. Telefon kepada empunya dokumen minta dia datang untuk mengambilnya dari pejabat aku. Walau dia senyum waktu mengambilnya tapi dia merungut-rungut menyalahkan pihak remaja courier sebab hujan lebat waktu itu. "Maaflah salah saya pun salah juga sebab tak periksa betul-betul." Itu kata aku. "Biasalah madam, pernah terjadi pada saya juga. Terima kasih cepat beritahu sebab dokumen ini urgent sebab shipment dah sampai Pasir Gudang semalam."

~~ Walau cuba tidak mahu membuat silap tetapi ada kalanya silap tetap terjadi dalam hidup aku.~~

Monday, July 2, 2012

Sukan kali ke 11 sekolah adik

Melihat stamina anak-anak aku yang sulung saja sangatlah aktif hingga boleh mewakili sekolah. Boleh berlari, main bola, lompat jauh dan badminton. Anak kedua walau agak montel (dulu - sekarang sudah kurus) masih boleh juga berlari, main bola jaring dan badminton. Adik belum menunjukkan kebolehannya lagi. "Kalau kakak boleh adik pun mesti boleh". Itu kata papa untuk memberi semangat pada adik. Hari Sabtu yang baru lepas ini sekolah adik mengadakan sukan kali ke 11.

Perbarisan jam 8:30 pagi - Melibatkan panji-panji pembawa bendera suka tahunan, Pasukan Kuning, Merah, Hijau, Biru, Jingga, Pengakap, Puteri Islam, Kadet, Bulan Sabit Merah dan Tunas Puteri.
Pasukan Adik - Adik ahli pasukan Kuning
Bersama teman - Di padang menanti sebelum perbarisan bermula
Persembahan - Oleh kerana terdapat pertandingan perbarisan, pasukan Kuning membuat tarian di depan pentas utama sewaktu perbarisan. Kagum dengan kegigihan cikgu sekolah adik. Aku betul-betul tabik dengan cikgu-cikgu kini yang serba boleh.
Selesai perbarisan - Adik bersama kakak yang membawa sepanduk pasukan dan maskot pasukan Kuning.
Kepenatan - Datang jumpa mama dan papa terus duduk atas rumput. Dahaga dan lapar katanya.

~~Selesai sukan tidak adalah lagi cuti sekolah agama setiap Isnin dan Rabu kerana latihan sukan. Ustaz-ustazah sekolah agama bagaikan sudah maklum. Kulit anak-anak yang gelap dek panahan panas mentari pun akan beransur-ansur pulih.~~