Balik dari Singapore semalam tanpa mengenal letih adik tetap mahu menonton perlawanan bola sepak antara JDT dengan Pahang malam tadi. Adik pergi dengan Atok dan Mak Zah dari Jumaat lagi. Mama, papa dan Kak Meen tidak pergi sebab pagi Sabtu mama bekerja dan petangnya kami berbelanja di Aeon. Rata-rata pengunjung yang berbelanja ramai yang berbaju JDT. Masing-masing bersemangat menyokong dari jauh. Nampak meriah sungguh dengan warna-warni JDT.
![]() |
| Penyokong - Curi-curi gambar ketika berbaris menunggu Kak Meen membeli famous Amos mama captured gmbar keluarga kecil ini. Bapa, ibu dan anak semuanya bert-shirt JDT. Nampak cantik dimata kami sebab si baby comel sangat:) |
![]() |
| Kaca televisyen - Adik kata kenapa adik rasa banyak yang baju kuning dari merah walaupun dikatkan mereka bermain sepuluh orang berbanding JDT 11 orang.
Akhirnya betullah tekaan adik, bila sepakan penalti Mat Yo menghampakan adik. Hari ini adik kenalah bersekolah. Papa kena bekerja. Mama saja tidak kira JDT menang atau kalah. tetap bercuti hari ini. Kami sedih huhu... .
~~ Walaupun hampa tetapi kami tetap menyokong JDT pasukan negeri kami. Pada kami pasukan JDT sudah membuat yang terbaik~~
|



