Saturday, November 1, 2014

Matahari pagi menyambut awal November

Maha berkuasa Allah dijadikan bumi ini berputaran tanpa mengenal erti lelah. Detik 24 jam yang berputaran tidak pernah culas. Setiap hari akan dijadikan siang dan malam. Semenjak musim hujan ini aku dapat merasakan mentari pagi cepat memunculkan diri. Sewaktu perjalanan ke pejabat sudah cerah dengan silauan gagah sang mentari pagi. Solat dhuha juga menjadi semakin awal. Sekarang jam 6:52 petang sudah masuk waktu untuk berbuka puasa bagi daerah Johor Bahru.

Jumaat semalam - Keadaan lebuhraya Kempas - Pasir Gudang di waktu pagi dengan simbahan sinar mentari. Keadaan agak sibuk tetapi masih lancar sebab pekerja swasta macam aku masih ramai yang bekerja
Sabtu hari ini - Lengang. Ramai yang tidak bekerja dan berada di rumah pada hari ini, tapi aku sudah meredah pagi yang cerah untuk menuju ke pejabat. Sekadar menjenguk pejabat sekejap. Rasanya 2-3 jam lagi aku akan balik.
 
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

Maksudnya : Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang,matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.”[Al-Anbiya' : 33]


29 comments:

Kayu Manis said...

yelah kak rasa mcm belum pernah seawal ni..kat sini pkul 7 dh masuk maghrib...masa tu anak2 baru sampai rmh..nanti suama masa kan kak,3 hari bumi bergelap..masa tu pintu taubat tertutup..Ya Allah takutnya kak..

nohas said...

Salam pagi Sabtu, Subhanallah, pertukaran malam dan siang adalah tanda2 kekuasaan Allah..

selamat bekerja, kak..

FarahFerraDotCom said...

Cantik sinaran pagi akak..selamat bekerja yer..

aizamia3 said...

Selamat menjalankan tugas buat akak..
Juga selamat berehat dihujung minggu..

saniahibrahim said...

ialah kakzakie....budak2 sini sek men tiba rumah kul 7.30 maghrib dah lama masuk waktu..
pagi kul 7 mentari dah meninggi skg ni.
slamat jlnkn tugas kakzakie...

Kamsiah yusoff said...

alhamdulillah...masih diberi kesempatan menkmati indahnya alam milikNYA..

Nor Azimah Ali said...

Alhamdulillah, hari ni cerah, moga tk hujan hari ni, byk keje nk buat dh dekat2 nk cuti ni, apa pun hujan, panas semua tu lumrah alam yg tk mampu kita tolak.

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam singgah sabtu Kak...Diana seawal jam6.30am dah waktu kerja Kak tapi balik awal iaitu jam4.00pm...hehe...matahari seawal pagi memang sangat cantik sinarannya...

Mar Mansor said...

arini cuaca agak suram walaupun sang mentari muncul di pagi hari..

Blog Santai said...

salam sabtu KZ...Alhamdulillah..kita semua diberi Allah kesempatan untuk menikmati cahaya sang mentari kat luar sana...

Umialya said...

Sypn sama, walau cuti g pej gak, byk keja blum siap..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Selamat bekerja Kakak. Cantik sinaran matahari yang kakak ambil tu. Hebat Allah SWT buat semua ni.

Sura Mohd said...

Selamat berhujung minggu kak..:)

intanfirdaus247 said...

Salam kak...lama sungguh intan x mai jengah blog kak zakie..harap kak zakie sihat walafiat hendaknya..selamat berhujung minggu ya kak

Zaitun said...

Kat tempat kak zai buat masa ini susah nak nampak matahari kalau ada pun waktu pagi sekejap aje,hari2 hujan.
Waktu maghrib kat sini pukul 7 pm .

asyifamustaffa said...

Selamat berhujung minggu kak...

sud@is said...

semoga matahari terus bersinar dihari mendatang, cantik pic sunrise tu kak zakie

nadia rashid said...

Betul la kak...masuk waktu awal sangat kadang terkejar2...sangat cepat waktu sekarang ni...

Tie HT said...

bila renung pergantian malam dan siang
terdetik, bilakah saat nafas terhenti?
wallahualam, moga dalam rahmatNya selalu

nurbijen said...

Selamat bekerja di hujung minggu....
Awalnya maghrib....

Lynn Huraiza said...

lynn baru start kerja hari ni kak...kalau jdt menang esok baru kerja agaknya...hihihi...

@na said...

pic tu ambik masa driving ke kak? Cantik!

Nastyna said...

TEangn jer drive keadaan macam ni kan. rindu la Malaysia.

amirah said...

aah kan kak...dah makin awal...subuh skrng ni melaka 5.38 lebih kurang..

cantik kereta akak ada bunga la... : )

Mummydearie said...

Sekejap aje masa berlalu. Dah masuk bulan November kembali. Sekarang ni memang terasa pantas aje masa berlalu. Di KL, pukul 7 malam dah masuk Maghrib. Tak sempat nak masak untuk makan malam sekarang ni. Kalau masak pun makan kena lewat sikitlah selepas Maghrib.

OKje said...

Kesiannya kanda.....
Tak pelahkan kanda demi sebuah tanggungjawab.....nak buat macam mana, kerja pun kerjalah....huhu

kakrose said...

shah alam pun kul 7 dah masuk maghrib.elok juga senja2 kita dah berada dlm rumah ready utk solat..

QasehnyaRania said...

kl dalm jm 7 dh maghrib..
rindunya highway kempas pasir gudang..

Gee Lion said...

puasa memang best kak zakie. dapat berbuka awal.. tapi jenuh pulak nak bangun awal sebab subuh pun masuk awak.. huhu.. takpe, pahala pahala.. hehe..