Musim orang mengadakan majlis perkahwinan sempena cuti sekolah kian berakhir. Kalau emak-bapak pengantin dan pasangan pengantin banyak mendapat hadiah tidak kurang juga aku yang masih jauh untuk mengadakan majlis seumpama itu. Hanya hadiahnya saja berbeza dari hadiah majlis perkahwinan. Semenjak aku membenarkan syarikat yang ada jalinan dengan syarikat tempat aku bertugas mengambil bayaran (payment) dalam minggu ini, saban hari aku menerima banyak habuan. Bila datang untuk mengambil cek pasti ada saja buah tangan berupa diari dan kalendar. Ada juga yang membawa planner, key-chain, payung, alat pembuka surat dan frame. Hadiah sebegini kebanyakannya dari syarikat insuran, bank, corporat, pembekal, agensi pelancungan dan sebagainya. Musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Aku terima semuanya dengan hati berbunga gembira .
Apabila pemberian melebihi keperluan, aku agih-agihkan kepada yang mahu. Memo sudah aku edarkan kepada sesiapa yang perlu atau mahukan diari dan kalendar dipersilakan datang ke bilik aku kerana aku hanya memerlukan satu saja diari dan kalender untuk satu tahun walau jumlah harinya beratus-ratus hari. Manakala key-chain dan topi menjadi milik anak aku. Payung ada masuk kereta aku, ada yang aku bagi kepada pakcik guard dan lebihnya aku tidak tahu kemana sebab aku letak di atas meja security. Alat pembuka surat dan frame menjadi hak milik aku. Apa yang pasti koleksi topi dan key-chain anak aku bertambah lagi.
Ada satu hadiah yang menggelikan hati tapi tetap aku
terima juga apabila Director kepada syarikat security
guard menghadiahkan aku sepasang sari impot dari India.
Akan aku ubah-suai menjadi abaya. Kena beli kain lapiknya dulu.
Petang 24 Disember 2010 membawa langkah kami sekeluarga ke destinasi yang telah dirancang oleh tiga anak dara aku. Mereka telah tahu doktor telah membenarkan aku bergerak agak lasak. Alasan akhir tahun bahaya untuk mandi pantai membuka minda mereka mencari tempat yang membolehkan mereka bermain dengan air. Selepas Asar kami bertolak dan bermalam di Kampung Peserai, Batu Pahat rumah tinggalan allahyarham ibu-bapa mertuaku a.k.a ibu-bapa hubby. Lebih kurang jam 9:45 pagi, 25 Disember 2010 kami telah tiba di Wet World. 
 Beratur - Di sini tiket dibeli dengan harga jauh lebih murah di A'Famosa, Sunway Lagoon dan Bukit Gambang Resort. Sistem pakai gelang pelekat sama saja.

 Berenang - Papa memang juara berenang dulu sewaktu bekerja di Sofitel Hotel. Kami naik tube ini sebab tidak tahu berenang. Tidak bahaya seperti namanya juga - "Lazy River" sangat malas arus airnya bergerak.
 Berendam - Masa sudah hendak pulang kerana azan solat zuhor berkumandang kedengaran hingga ke kawasan permainan ini, dia masih belum puas hendak berendam lagi.
Dinasour - Banyak replika dinasour seperti ini. Adik tidak mahu bergambar sama. Takut dinasour hidup agaknya Ha..ha...ha.... (sebenarnya dia sudah menggigil sejuk)
Makan tenghari - Selepas solat Zuhor di Masjid Bukit Pasir kami makan di Restoran Ahmad Shah (hadapan Hospital Pakar Putera). Lihat tinggal tulang dan sisa. Nasi tak habis, kerana banyak sangat. Tidak mahu membazir kami bungkus bawa balik.
Asam pedas - Anak-anak makan nasi baryani aku makan nasi putih dengan asam pedas dan telur dadar saja.
Semangkuk - Shark-fin soup menjadi menu utama keluarga bila makan di luar
Chicken Chop - Bila waiter ambil order boleh adik minta chicken-chop juga
 Siakap Steam Nyonya - Masak macam ini aku paling suka
 Semeja penuh - brokoli masak bawang putih, Udang goreng butter, Siakap Steam Nyonya, Ketam black-pepper , shark-fin sup makan dengan nasi putih. Adik makan chicken-chop.
Kakak & Adik - Dua orang kakak makan si adik merayap masuk tempat permainan 
 
pulak dia bertemu kawan di tempat permainan 
Selepas makan malam itu kami singah di Plaza Angsana dan terus menuju ke Badan Book Store. Apa lagi yang hendak dicari oleh anak-anak kalau bukan novel. Membaca novel memang semuanya rajin tidak perlu disuruh. Tetapi bila bab membaca buku pelajaran tidak sampai satu jam sudah bangun ke dapur buka peti ais, buka tudung saji atas meja, masuk bilik air, keluar masuk bilik entah apa yang dicari. Tidak seperti bila mereka membaca novel. Kalau memabaca novel lepas makan pun membaca, hendak tidur membaca, sementara menunggu iklan TV membaca, hingga tidur pun dengan novel. Kalaulah mereka membaca buku pelajaran seperti mana mereka membaca novel-novel itu alangkah baiknya. Cemburu melihat anak orang lain menelaah pelajaran seperti anak aku membaca novel. Alasan mereka cuti sekolah lagi.....



 

 


 
 
 
 