Petang 24 Disember 2010 membawa langkah kami sekeluarga ke destinasi yang telah dirancang oleh tiga anak dara aku. Mereka telah tahu doktor telah membenarkan aku bergerak agak lasak. Alasan akhir tahun bahaya untuk mandi pantai membuka minda mereka mencari tempat yang membolehkan mereka bermain dengan air. Selepas Asar kami bertolak dan bermalam di Kampung Peserai, Batu Pahat rumah tinggalan allahyarham ibu-bapa mertuaku a.k.a ibu-bapa hubby. Lebih kurang jam 9:45 pagi, 25 Disember 2010 kami telah tiba di Wet World.
Beratur - Di sini tiket dibeli dengan harga jauh lebih murah di A'Famosa, Sunway Lagoon dan Bukit Gambang Resort. Sistem pakai gelang pelekat sama saja.
Slide - Adik paling suka tempat ini. Air sekadar paras lutut kita sahaja. (Sebenarnya ada tempat-tempat lain yang tidak dapat kami rakamkan - camera jenis non-waterproof)
Berendam - Masa sudah hendak pulang kerana azan solat zuhor berkumandang kedengaran hingga ke kawasan permainan ini, dia masih belum puas hendak berendam lagi.
Asam pedas - Anak-anak makan nasi baryani aku makan nasi putih dengan asam pedas dan telur dadar saja.
Bilik Persalinan - Beratur jika hendak menukar pakaian. Kami telah bersiap di rumah. Cuma selepas siap hendak pulang kami kena beratur juga hendak mandi.
Siap - Semua sudah bersedia untuk memulakan berbasah-basahan dengan air
Berenang - Papa memang juara berenang dulu sewaktu bekerja di Sofitel Hotel. Kami naik tube ini sebab tidak tahu berenang. Tidak bahaya seperti namanya juga - "Lazy River" sangat malas arus airnya bergerak.Slide - Adik paling suka tempat ini. Air sekadar paras lutut kita sahaja. (Sebenarnya ada tempat-tempat lain yang tidak dapat kami rakamkan - camera jenis non-waterproof)
Berendam - Masa sudah hendak pulang kerana azan solat zuhor berkumandang kedengaran hingga ke kawasan permainan ini, dia masih belum puas hendak berendam lagi.
Dinasour - Banyak replika dinasour seperti ini. Adik tidak mahu bergambar sama. Takut dinasour hidup agaknya Ha..ha...ha.... (sebenarnya dia sudah menggigil sejuk)
Makan tenghari - Selepas solat Zuhor di Masjid Bukit Pasir kami makan di Restoran Ahmad Shah (hadapan Hospital Pakar Putera). Lihat tinggal tulang dan sisa. Nasi tak habis, kerana banyak sangat. Tidak mahu membazir kami bungkus bawa balik.Sambil itu anak ke dua berpantun;
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu, besenang-senang kemudian
"Kena terbalikkan pantun ini ya kak" itu katanya kepada kakak sulung. "Kenapa kak?" Adik bertanya. "Sebab kita bergembira dulu, lepas mandi kita rasa sakit." Itu jawapan kakaknya. "Adik tak rasa sakit pun. Adik rasa nak pergi lagi. Lain kali kita pergi pagi-pagi sampai puas." Tukas adik pantas. Aku biarkan saja mereka mengulas pantun tersebut sambil si papa bertanya" Siapa yang kata sakit esok tak boleh berjalan lagi kena rehat". Mendengar kata si papa semua terjerit kata tak penat. Sebab esok ada destinasi lain pula. Mengejar masa sebelum cuti sekolah berakhir dan mama mereka sudah sembuh sepenuhnya.
Hari berikutnya aku tidak berhak paparkan di blog
kerana anak-anak sudah booking masuk dalam fb mereka
33 comments:
wah!!!meriahnya..seronok tgk suasana happening cenggini kan
Assallamualaikum,
seronoknya mereka bergumbira..berenang bermain air..
Bila badan sihat hati pun senang..anak-anak lagilah ceria..
Mama Nadz ni nak kemana ..water park jauh..tapi kat sini ada air terjun, kat gunung..ke situ saja saban hujung minggu..berkelah, dan anak-anak bujang boleh juga mandi-mandi gitu..
w/salam kakzakie..
salam...
leh tak ummi booking nk join sama, he he he
anak2 pasti gumbira kaaaan...
W/salam Sahrom,
Masa main tak rasa penat. Malam rasalah penatnya...
Waalaikumsalam mama nadz,
Kedinginan air terjun sangat menyegarkan. Di sini air terjun Gunung Pulai dah musnah. Tapi Kota Tinggi masih ada lagi. Tapi agak jauh dari tempat tinggal kakak.
Betul kata mama yg penting anak-anak gembira....
W/salam Ummi Humaira,
Macam mana nak join asyik balik utara je... Sepatutnya balik la Johor pulak. Kulai (tempat saudara hubby ummi) tu dah tak jauh dari tempat kakak tau.
salam kakzakie,
wah! sesi main2 air dengan anak2 pulak....seronoknyer...
SALAM,
BETAPA SERONOKNYA DAPAT BERSAMA KELUARGA. TERUSKAN AKTIVITI KELUARGA SEBEGINI ! TERINGAT MASA DULU2. KETIKA ITU, ANAK KECIL2 LAGI. KE SANA KE MARI BERSAMA ANAK2 DAN ISTERI. TAPI SEKARANG INI, TINGGAL BERDUA. NAK BERGERAK JAUH TERPAKSA TUNGGU BALIK BERCUTI.
Nampak sangat kehepiannya!! Semalam anak-anak che mid nak mandi di wetworld shah alam.. tapi orang ramaiiii sangat.. keciwa sungguh!!
Comel-comelnya duyung...
:D
salam,
malam-malam mcm ni..tengok ais kacang ABC tu sedapnya..terliur lah..yummy2x
kat mana ni? pic 1 tu ingatkan mandi air panas kat linggi
W/salam Kak Hjh Nab,
Sementara cuti ni Kak. Kalau dah sekolah nanti tak ada peluang lagi.
W/salam LF,
Sebagai ibu-bapa hanya memenuhi ruang-ruang yg diberi bagi menggembirakan mereka selagi ada peluang sebelum mereka berdikari. Bila anak-anak dah besar mesti tinggal berdua kembali macam LF kata tu.
Salam Che Mid,
Kalau sudah nama pun anak-anak mana tahu susah. Mereka bermain air sungguh. Air termasuk mata, hidung dan tertelan air yg berklorin tu mereka tak kisah dah.
Salam ckLah@xiiinam,
Duyung tak pandai berenang....
W/salam nadz,
Alahai mama nadz, mula mereka kata dah sejuk tapi bila lepas solat Zuhor bila hendak order makan yang no. 2 tu nak ais kacang.
Salam cemomoi,
Ini di Wet World Water Park, Batu Pahat. Kampung hubby kakak. Permainan tak banyak macam di A'Famosa, Sunway Laggon atau Bukit Gambang Resort. Tapi bayaran juga terlalau murah tak sampai RM20/-.
main air ni mmg best!
tapi kita tak ada bj mandi..hihi
Salam Kak,
Waa seronoknya makan lepas penat bermand-manda hehe
Owh batu pahat pun dah ada wet world eks..baru tau hehe
bestnya kak happening je...
Salam Ati,
Anak-anak yag main lebih. Kakak/abang just temankan mereka. Takut juga terjadi sesuatu.
W/salam SiNoMoSa,
Eh... memang ada wet world di Bt. Pahat. Syima tak pernah ke BP ke? Datanglah nanti kita pergi sama.
Salam Amy,
Dah hilang letih jom kita berenang. Memang happening tau kalau dgn anak-anak ni.
anak2 mmg suka tempat mcm tu....saya biasa bawak anak2 ke bukit merah dan lost world of tambun...
Assalamualaikum...berziarah di sini.nice blog dgn
wet world yg menarik
Salam Kamsiah,
Mesti bukit merah dan lost world of tambun tu best. Tak pernah sampai sana lagi...
Waalaikumsalam sal,
Jemputlah selalu dan terima kasih...
Salam kakzakie,
Wet World ada di mana-mana di Malaysia kan? Di Melaka pun ada terbaru, di Air Kroh. Cuaca panas, sedap main dalam air lebih-lebih lagi bersama budak-budak. Kita pun jadi macam mereka.
tue yang buat amy cemburi tue kak, bile la amy akan merasa saat macam tue ye..
W/salam Kak Nora,
Wet World Air Kron tu besar berbanding di Bt. Pahat ni kecil aje. Sebenarnya anak-anak tak kira panas atau sejuk, dia tetap main juga. Mamanya kena ikut jaga keselamatn mereka.
Salam Amy,
Masa untuk Amy panjang lagi. Kena tunggu sicomel ada dulu. Kalau dah mula bertatih dah suka main air bermakna dah boleh pergi. Kakak tunggu masa tu bila agaknya? He...he...
habis berenang langsung makan hmmm nikmatnya....
Obat Rematik
Post a Comment