Musim orang mengadakan majlis perkahwinan sempena cuti sekolah kian berakhir. Kalau emak-bapak pengantin dan pasangan pengantin banyak mendapat hadiah tidak kurang juga aku yang masih jauh untuk mengadakan majlis seumpama itu. Hanya hadiahnya saja berbeza dari hadiah majlis perkahwinan.
Semenjak aku membenarkan syarikat yang ada jalinan dengan syarikat tempat aku bertugas mengambil bayaran (payment) dalam minggu ini, saban hari aku menerima banyak habuan. Bila datang untuk mengambil cek pasti ada saja buah tangan berupa diari dan kalendar. Ada juga yang membawa planner, key-chain, payung, alat pembuka surat dan frame. Hadiah sebegini kebanyakannya dari syarikat insuran, bank, corporat, pembekal, agensi pelancungan dan sebagainya. Musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Aku terima semuanya dengan hati berbunga gembira .
Apabila pemberian melebihi keperluan, aku agih-agihkan kepada yang mahu. Memo sudah aku edarkan kepada sesiapa yang perlu atau mahukan diari dan kalendar dipersilakan datang ke bilik aku kerana aku hanya memerlukan satu saja diari dan kalender untuk satu tahun walau jumlah harinya beratus-ratus hari. Manakala key-chain dan topi menjadi milik anak aku. Payung ada masuk kereta aku, ada yang aku bagi kepada pakcik guard dan lebihnya aku tidak tahu kemana sebab aku letak di atas meja security. Alat pembuka surat dan frame menjadi hak milik aku. Apa yang pasti koleksi topi dan key-chain anak aku bertambah lagi.
Ada satu hadiah yang menggelikan hati tapi tetap aku
terima juga apabila Director kepada syarikat security
guard menghadiahkan aku sepasang sari impot dari India.
Akan aku ubah-suai menjadi abaya. Kena beli kain lapiknya dulu.
29 comments:
Banyak tu kakak. Cantik2 pula tu....nk satu!!!
ckLah dpt kalendar kuda dari kedai buku anak2 saja.
:)
bestnya dapat macam-macam
adatlah tu...hihi
nak satu kalendar gak ..boleh tak ^_^
cantiknya..meriah meja kat pejabat kan hehehehe
Salam ckLah@xiiinam,
Bapak kakak suka kalendar kuda sebab semua cuti ada dipaparkan. Lagipun dia akan tulis kalendar jawa ditepinya - pon, kliwon, paeng, wage, legi..... Aa... cikgu mesti hairan kan. He...he...
Salam Ati Masrif,
Kakak percaya Ati pun dapat banyak sekarang sebab dah musim sykt memberi kalendar dan diari.
Salam sahrom,
Bukan meriah atas meja lagi shah. Kakak siap susun dalam kotak computer papar letak bawah meja.
Salam Kak Zakie,
ALhamdulillah rezeki tu kak...kalau saya mmg memerlukan payung banyak..asyik beli payung aje...entah kenapa payung sangat cepat rosak di rumah saya (anak2 main lah tu...kebanyakannya lidi dia patah..)
masa zaman kemelesetan ekonomi dahulu..banyak syarikat dan bank tak ada buat semua cederahati tu .. susah betul nak dapat diary atau planner... ni tengah ok lah ni..
Alhamdulillah...
aslkm
kak zakie
ah nak satuuuu...mamam ada btk juga tapi tulah kalendar juda...
Kalau nak jumpa mak senang je...dari rengit //jln lagi masjid merlong..1/2 km lagi jumpa kg tu,depan ada kedai makan, nama apa tah,belakang rumah mak warn biru atapnya.Klu dah sampai rumah jana api maknanya d lepas le tu...mama pun ngin jumpa zakie.No mak 89435160.Jemput dtg kita panjang2kan silaturrahim.Amin.
mamaju
nak yang japanesse impression tu je
Betul tu - rezeki jangan ditolak! :)
W/salam nurazzah8,
Teringat belajar penjodoh bilangan untuk payung. Sekaki payung. Kenapa tak setangan payung ye?...
Dulu payung mahal sekarang dah murah tu yang dok jadikan cenderahati syarikat.
W/salam mama ju,
Minggu lepas balik jalan ikut jalan lama menyusur Bt. Pahat ke Pontian. Lalu kg mama ju. Singgah Rengit tempat jualan perabut murah beli kipas angin murah RM 30/- aje.
Salam buat emak...
Salam cemomoi,
Kalau dekatlah memang kakak bagi. Tapi kat sana pun sama banyak juga.
Salam kakcik,
Lebih rezeki boleh bagi org lain kan kakcik....
Assallamualaikum kakzakie,
Rezekinya di hujung tahun..
Macam mana..boleh hadiahkan kalendar satu kat mama..mama tak ada langsung kalendar tahun ni..hanya kalendar kuda saja..adoi
Hujung ni tak pun berkunjung ke kedai cat..selalunya adalah cina tu bagi..sibuk..so nk intai-intai kak zakie punya lah...hiihih
W/salam mama nadz,
Boleh mama no problem. Nanti kakak jenguk dulu rumah mama.
samala kita - ntah sape2 la yang letak kelender - pen - pensil...macam2 cop ! tadi dapat diari prudential - cantik....boleh guna buat nota
salam.
saya juga pengumpul topi dan keychain selain mug. saya pernah buat entri tentangnya baru2 ini spt alamat di bawah.
http://al-lavendari.blogspot.com/2010/11/daku-suka-mengumpul.html
salam kak zakie..
wah.. alhamdulillah.. rezeki tu.. hmmm..
:)
sedip pulok kita tak dapat satu hapa pun lagi..
kompeni pula dah hentikan pemberian tu tahun ni.. huhuhu...
wow.. murah rezki tu. cantik2 pulak. Kalau dekat boleh gak mintak sikit hehe..
Salam sahabat,
#sonata anak kancil: bila dah banyak kena agihkan cikgu sebab tahun 2012 akan ada lagi yg bagi
#al-lavendari:kakak ada baca N3 itu. buat kakak yg rajin kumpul anak-anak kakak.
#kella: sykt kakak memang tak print pun. tapi mendapat habuan dari sykt yg ada hubungan dgn kami.
#kakpah: yelah kakpah, kalau dekat boleh juga bagi..
Macam artis pulak akak ni dapat hadiah banyak2... bak satu he3
url anda dah dimasukkan ke bloglist 2011 IM. muga sukses!
Salam REPUBLIK N9,
Tak terlintas nak jadi artis. He..he...
Mereka bagi kerana business relationship bukan apa. Mereka pun ambil kesempatan promo sykt mereka sebenarnya. Nak bagi jauh sangat...
Salam Insan Marhaen,
Terima kasih. Moga 2011 memberi kebaikan kita semua.
nak satu kak kalendar hehehhee
slm jom vote bby kiter,, arini last day http://www.mayaqarmyla.net/2010/12/jom-vote-adik-dhuwa-haziq.html
salam kak zakie...
saye baru jer dpt kalender & dairy dri tempat kerja..ni yg bersemangat nk menyambut tahun & azam baru ni...
tapi saye lagi suke kalender kuda...
salam tahun baru kak zakie...
semoga ceria dan bahagia selalu.. mudah2an amal kita lebih baik dr tahun lepas...ameen
Salam sahabat,
#Yan: kalaulah dekat sahabat semua rasanya nak saja kakak layangkan setiap seorg satu.
#ainnoraini: dapat banyak pun kita tetap guna satu saja... selamat tahun baru juga buat ain
#Ummi Humaira: doa kakak juga moga kebahagiaan sentiasa bersama-sama kita... terus meniti di jalan yg mendapat keredhaan Allah hendaknya.
Post a Comment