Sejak sana-sini membicarakan soal GST anak-anak juga tidak ketinggalan untuk cakna sama untuk tahu apa itu GST. Pendedahan para guru mereka juga membuat anak-anak tambah celik. Sungguh mereka juga tahu bagaimana GST kelak menjadikan kewangan papa/mama mereka akan turut terjejas. Dua hari saja lagi semuanya akan bermula.
Makan malam akhir minggu lepas, sebelum Kak Reen balik ke kampusnya juga tidak kurang membawa kami sekeluarga berbincang tentang GST. Kalau sebelum ini telefon bimbit ditenung kerana instagram, whatsapp, facebook dan sebagainya, malam itu menjadi mesin kalkulator mengira berapa banyak GST dikenakan andai perbelanjaan melibatkan jumlah yang ada. Makan malam di Pizza Hut juga diambil kira jumlah cukai masakini yang dikenakan. Selalunya anak-anak tidak pernah pun mahu melihat bill yang ada.
Hidangan - Sebahagian hidangan yang kami sekeluarga nikmati bersama |
Jumlah - Dari jumlah RM152.60/-cukai keseluruahan adalah RM24.42/-. Harapan kita semua selepas GST dilancarkan kelak kita hanya dikenakan RM 9.16/- (dikira dari 6% jumlah RM152.60/-) |
Mengharap sekiranya GST dilancarkan service charges itu tidak ada lagi bagi menggantikan 6% GST saja. Jika benar ini yang dilakukan pastinya ianya lebih murah. Namun seperti apa yang papa anak-anak aku kata "kita tunggu dan lihat". Jangan pula anak-anak berfikiran bolehlah makan selalu di luar sebab harga lebih murah.
~~ Bila GST dijalankan katanya untuk kebaikan ekonomi negara, rakyat marhaen pula yang merasai tempias darinya. Sehinggakan berbagai-bagai abbreviation timbul dari perkataan GST ini. Tapi yang anak aku suka katanya - Government Said Thank you. ~~
45 comments:
Salam Kakzakie.. betullah tu, sepatutnya apabila ada GST ni barang turun harga.. kerana SST dimansuhkan tapi ada pihak yg pandai2 memanipulasi GST ni.. kita tunggu dan lihat ya.
Belum GST harga barang dinaikkan dulu. Bila GST nanti kononnya cukai tak banyak dikenakan... agaknyalah....
betul...tunggu dan lihat...
hahaha..first time dengan tang goverment said thank you tu..sweet sangat kedengaran kat telinga nie..hihihi
betul tu...banyak harga makanan dan barangan naik sebelum GST ni...tak tau dah nak cakap apa pasal ni...
mmg sepatunya begitulah..yg kita takutkan kerajaan gagal kawal org yg manipulasi perkataan gst tu sendiri sbb rata2 dari yg marhaen tadi tu tak tanam apa itu gst
*tak faham
Bagus tu... Dh rekodkan awal2 harga sebelum GST.... Barula blh nk compare kan...
sekarang pun dah terasa kak zakie..semua dah mahal..
semalam suami pi pasar beli kerang sekg dah 7.50..tapi dah dia suka kerang beli juga sikit..untuk kurangkan harga beli sikit tak sampai sekg
ya betul boleh kasi lagi gawat..
smlm pg giant semua pun brg penuh troly mcm nak kiamat jer...atau perintah berkurung mcm lah lps ni tak beli brg dah...
exp cina la...gelojoh segala...
beli sardin ayam brand klu seblum ni rm5 jer,smlm nor bli rm8 hengget....
GST belom dilancarkan..tapi sana sini barang melambung tinggi...arapa2 rakyat seperti kita tak diperbodohkan.
Mungkin ada pro dan kontranya GST ni, tapi kita kena tunggu dulu dan lihat sebelum banyak sangat buat komen, sebab belum nampak efeknya lagikan, samada menguntungkan atau merugikan rakyat
makin dipijak pijak dah hidup nie..
Salam...
Bunda setuju dengan memet lenggeng ...
Kita tunvgu dan lihat...
Belom apa2 lagi..semalam keluar tengok orang berpusu2. ..beli barang...termasuklah barang dapur...
Borong banyak2 sebelum GST katanya...takut beras naik...pampers naik...susu tepung naik...alatan gadget ...henfon..laptop semua
pun takut naik...beli cepat2...bersesak2...sanggup kelua simpanan kerana nak elak GST.. Ish...ish...ish... Kelakar pulak ...
baru je sabtu lepas training gst.. sbb compony kena gst jgak.. pningkatan harga jual mesin.. meningkat pada 50% dari yg asal 10%..
kakak..falsya kan bile kenang psl gst nie terus boleh wat jd marah tau..huwaaaaa..
sebenarnya ramai peniaga yang memanipulasi GST...
terutamanya restoren yang sebelum ni ada 2 taxes, 1 service change, 1 lagi gov tax..
disebabkan lepas GST, service charge automatiknya akan terhapus tapi peniaga ni pandai, dia dah naikkan harga sebelum GST mula untuk cover service charge...
p/s: saya komen ni atas pengalaman saya dengar orang atasan bercakap pasal macam mana nak jawab kalau customer komplen harga naik...
saya kerja part time kat restoren XXXXX... hehehe
rasanya service charges tu atas budi bicara kedai tu.. rasanya tak mansuh.. still.. kita tunggu dan lihat..
kikiki...jadi topik panas sekarang kak pasal gst ni, sama yg mcm cik boss saya cakap..."kite tunggu dan lihat" harap2 gst ni tak membebankan rakyat sudah la
harap GST ni tak mebebankan ...harga barang naik tapi gaji ditakuk lama ,bgimana nk teruskan khidupan yg selesa..terpaksa lah tunggu dan lihat saja.
Buat pizza dgn spaghetti sendiri lah jawapnya.....
nampk nya kena pandai berjimat lah dan kena rajinkan diri memasaklah didapur sendiri kakzakie kan tak kena gst tapi brang pulak mahal kan,,,
belum GST pun harga dah naik...
klu GST nie x tau la kan...sabar je la...jom la kite bercucuk tanam..hihi
Takut banyak yang ambil kesempatan je nanti. Lain benda yang kena GST, benda lain pulak yang naik.
Salam,singgah sini sat...^-^. Sebenarnya service charge yg tertera kat bil tu adalah caj yg dikenakan oleh pihak restoran.bukan SST. Gov. Tax tu lah SST yg akan implement ke GST dgn kadar tax yg tetap sama mcm sekarang, 6%. Service charge tu pihak restoran caj utk byr servis pekerja diorg hidang mkn, buzzing table dll. tu sebenarnya.ramai peniaga yg cuba memanipulasi isu GST ni.pengguna mmg kna lbih berhati2.
salam...betul tu kak...harapnya gitu ler...
Kalau service charge takde mungkin lebih murah kak, tapi kita tunggu jelah nanti macamana, saya takut gst ada, service tax pun ada...Apapun redah je lah kak
ape yang zee tahu kak service charge 10% tu still ada plus plak lagi ngan 6%..maksudnya total harga plus 6%gst..dari situ baru mula kira 10% service charges plus lagi 6%gst..kiranya total 22%..ape yang zee baca la..but depends pada restoran..ada yang tak kenakan langsung 10% service charge tu..huhuuu
URUT DADA ISTIGHFAR SAJA...JIKA ALLAH MNGHENDAKINYA BERLAKU PASTI BERLAKU...
Kita tunggu dan lihat ya kakzakie mudah2an tidak membebankan rakyat
la ni macam dah pesta membeli gara2 GST.
saya pun bukan faham sangat. tapi taklah terikut sama sebab sebelum/selepas GST bajet shopping tak de, haha.
ramai juga kawan2 yg menempah perabot dan langsir sekarang dengan perjanjian "harga sebelum GST" tetapi boleh bayar lepas 1 April...
saya pun ambil sikap tunggu dan lihat
huhuu.. GST sudah dekat
Sana sini mmg tgh kecoh pasal GST ni kanda. Yg takutnya kalau harga makanan tu yg dinaikkan utk gantikan service tax tu .
Apa pun mmg kena tunggu dan lihatlah gayanya
Assalamualaikum kak..
Sebenarnya saya terlibat secara langsung dalam sesi taklimat oleh pihak Kastam serta Pusat Khidmat Dun di tempat saya berkenaan GST Apa yang boleh saya simpulkan hanyalah,
GST.. oh GST..Gasaklah kami semua rakyat marhaen) sampai.....
"Sardin, kicap, telur bla..bla kena GST, Lobster tak kena pulak...adoii
We wait and see. ..
kena rajin lebih turun kebun ni.
Terkejut tad dekat kedai runcit di kampung pun tiba-tiba dah standby computer nak kira gst punya pasal.
assalamualaikum kakzakie....sibuk skg ni pasal GST kn....pada yg kurang berkemampuan mmg terasa akan kenaikan GST ini...
menagis tengok harga barang lepas ni T.T
ramai sgt org manipulasi harga.. sampai bulanan taska pun nak kena naik kak
Wait n see kan kakzakie ;)
kalau ikutkan dgn gst (6%) barangan lebih murah sbb kononya ia menggangtikan sst 16%, tax semasa...
apa2 pun kita tunggu dan lihat bagaimana pelaksanaannya esok...
Saya pun ambil sikap tunggu dan lihat bagaimana perlaksanaannya nanti. Sepatutnya memang ada barang akan jadi murah bila SST dimansuhkan. Kita ni tak perasan selama ni membayar sampai 16%. Yang paling dibimbangi, takut ada peniaga yang ambil kesempatan. Tak register GST tapi kenakan caj 6%. Tak pun siap-siap naik harga sebelum kenakan lagi 6% GST. Malam ni nak tahu tentang harga minyak pulak. Esok bulan baru *_*
Ada orang kata, kalau restoran yang besar-besar, ingatkan dah buang service charge. Tapi still ada, so akan jadi 6% + 10%. takpe, tgk esok...
Sebenarnya,still ada lagi service tax 10% tu.kiranya GST cuma ganti Gov.Tax jer la.
Gst mmg sgt2 membebankan...x tau la apa nasib kita semua...kalau gaji makin naik x pe la jugak kan....apapun syukur sebab masih mampu..
kak.. GST kalau ikut paperwork.. sangat suci.. murni niatnya.. tapi manusis2 yang keparat.. gilakan dunia.. buatkan GST ni jadi huru hara..
Post a Comment