Tuesday, March 31, 2015

Petua untuk para isteri

Mendapat whatsapp dari group keluarga kami petua sebagai isteri. Petua ini untuk menjaga kesihatan luar dan dalam diri. Bukan supplement berbayar. Tiada GST incurred. Segalanya boleh dilakukan sendiri. Mudah, cepat dan sangat bermakna. Hanya memerlukan sedikit masa dan keyakinan atas kemujaraban ayat tersebut dengan izin Allah.

Selepas solat Isya' ambil segelas air masak. Baca suroh Al-fatihah sekali. Kemudian baca pula Ayatul-Kursi juga sekali dan diikuti dengan membaca suroh Al-Waqi'ah dari ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Selesai pembacaan tiupkan ke dalam air tersebut. Niatlah di dalam hati bertujuan untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga. Ingat untuk kebahagiaan rumahtangga yang dibina bukan untuk tujuan lain.

Maksud suroh Al-Waqi'ah ayat 35-38: -
Sesungguhnya Kami telah ciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa - ayat 35
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh) - ayat 36
Yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya umurnya - ayat 37
Semuanya itu disediakan bagi puak kanan - ayat 38

Serampang dua mata, sambil membaca sebagai petua kebahagiaan dapat membaca ayat Al-Quran dari masa yang terluang. Apa tunggu lagi mahu sentiasa cantik dan bahagia amalkanlah:)

~~ Boleh saja senyum-senyum sendirian bila membaca entri ini.~~



40 comments:

lieyalatif said...

kata2 dari kalam Allah jugak yg mujarab tuk segala macam penyakti kan kak.....

terima kasih kerana share...moga masing2 dpt manfaat atas perkongsian akak....in sha Allah...

nazayiena said...

perkongsian yg bagus sekali,terima kasih kakzakie...Insya Allah nak amalkan.

*Lama x singgah sini.......

Kakcik Seroja said...

Dalam Al Quran banyak tersimpan banyak rahsia. Terpulang kepada kita untuk mencari dan mendapatkannya. Antara hendak dan tidak, kan? :)

saniahibrahim said...

.terimakasih kakzakie kerana share ,minta izin utk sya sebarkan juga pd anak2 buah yg baru jalani khidupn brkeluarga.

Fiza Rahman said...

Mekasih atas perkongsian bunda. Pernah juga kongsikan dalam blog dulu.

Farah Waheda Wahid said...

great piece of sharing kakzakie... :)... sangat-sangat berguna pada yang hidup berkeluarga...

Nory Zoulkefle said...

nice sharing,kak..
boleh amalkan..

cahayahidupku.blogspot.my said...

tersenyum juga Baca ayat terakhir..kebahagian Dan kecantikan. amalkan lah;)
memang dah perempuan suka cantik kan kak ;)

paridah said...

PETUA YG BAGUS.SGT NI ....AMALKAN DGN YAKIN HASILNYA INSYA ALLAH..

babYpose said...

wah baru saya duk tengok gambar dulu2 macam elok ja, tak perlu risau lagi, berhubung dengan Pencipta dengan berdoa kan:) thanks kak zakie ♥

Umm AA said...

salam tuk kakak, semoga kakak sekeluarga sentiasa sehat & happy
..asyik dok jd silent reader jer bila ade kesempatan..
senyum2 jugak bc entri nie..haaii nk kena amal jugak nie..:)

nohas said...

untuk awet muda..syukran berkongsi ilmu..

imm said...

hihi senyum2 lah..sambil telan supplement, sambil amalkan tips ni..usaha berganda katanya ☺

Zaitun said...

Semoga menjadi amalan, terima kasih kakzakie.

Aziela said...

Bukan susah pun sebenarnya kan kak... Nak atau tidak jer. Ayat tu pun, pendek2 jer.

iryantyismail said...

insyallah akan amalkan...trima kasih kak :-))

Falsya said...

insyaAllah kakak..tq kakak..;)

Bitt (double IS) said...

tersenyum saya baca...boleh buka surah tu nanti ;-)

Mummydearie said...

Salam kak,

Puas saya tengok kat sidebar saya takda pulak nampak blog akak berupdate. Rupa-rupanya permainan mata saya jerk... Banyak juga tak khatam entri dalam ni!

Ini yang buat saya sayang kat Kakzakie. Kongsi ilmu macam ni memanglah suka. Bukan setakat senyum jerk, dah tersengih tak ingat dunia. Malam ni juga nak amalkan!

@na said...

tumpang senyum sekaki la ka...hehehe

zmarl (ibu) said...

boleh cuba ni kak..heheee

Kayu Manis said...

Sblum ni bt kak..lps tu asyik lupa je..ni kak ingatkn blik..tq kak..tpi setiap mlm rutin bca al waqiah kak

ANIM said...

betullah kakzakie...
dulu rasa jarak usia masa kahwin 5 tahun dah kira jauh..
kahwin dengan orang lebih tua
la bila dah masuk 4 series, macam sebayalah pulak, huhu..
memang kena amalkan petua kakzakie...hihi

Siti Natrah said...

thanks kak....kena cuba ni..moga hubungan kami hingga akhir hayat hendaknya

Sham said...

ni nak kena tag org umah ni...hee3...

fatin said...

bagus ni.. abqori senantiasa... ;)

suri solehah said...

ayat allah banyak terkandung rahsia dan petua kan kak...lama tak singgah sini...

Unknown said...

thanks kakzakie insya allah...

Unknown said...

Bukan setakat takde gst je kak yg ni kompom takde bahan pengawet jugak....mekasih kak zakie inshaa Allah akan cuba buat nnti

Unknown said...

Bukan setakat takde gst je kak yg ni kompom takde bahan pengawet jugak....mekasih kak zakie inshaa Allah akan cuba buat nnti

abuikhwan said...

assalamualaikum kak,
terima kasih atas perkongsian. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada semua khususnya para isteri (insan hebat)...

Puan Kutu said...

says pun tersenyum sendiri. Apa lagi dengan ayat sentiasa dara tu.hehe..semoga bermanfaat!

eelobor said...

terima kasih atas perkongsian

Cik Ai said...

petua2 amalkan ayat2 mcm ni lg mujarab dr yg lain tu kak..Allah pun makbulkan =)

TukangKebun said...

Banyak menerima kasih bila baca posting KakZakie.

Permata Malap said...

al-hamdulillah.terima kasih atas perkongsiannya,kak.lepas ni boleh praktik sikit-sikit.moga ada hasilnya nanti.

OKje said...

Dinda dah pernah dengar petua ni kanda dulu dulu.... masa dapat bukan main lagi nak amalkan tapi lama kelamaan lupa....Tulah tu manusia mmg mudah lupa huhu

Suria Amanda said...

SA sedang menanti masa utk bergelar isteri semula. ..terima kak atas perkongsian ..

Fifi Nadhrah said...

boleh amalkan ni.. inshaAllah makin bahagia.. :)

Unknown said...

sangat bermanfaat sekali buku buku kaya gini...Obat Rematik