Sedekah dan zakat berbeza antara jumlah dan nilai. Bersedekah tidak ada had dan nilai terpulang kepada empunya diri berapa yang ia mampu dan mahu. Tetapi zakat ada kiraan yang perlu diambil tahu. Begitu juga bentuk pemberian sedekah dan zakat. Kalau mahu bersedekah apa saja yang mahu diberikan kepada yang dia mahu berikan boleh saja tidak ada had. Namun zakat ada nilai tertentu dan had seperti duit dan makanan asasi. Tidak adalah zakat dengan panadol, nasi lemak atau sebagainya.
Memberi dan menerima - Gambar dari google |
Begitu juga dari segi masa. Kalau mahu bersedekah bila-bila pun boleh. Siang-malam-pagi-petang semua boleh. Setiap hari juga boleh tidak seperti zakat. Kalau zakat harta/binatang/tanaman kena ada kiraan jumlah dan masa (cukup haul). Begitu juga zakat fitrah dari awal ramadhan sehingga sebelum solat aidilfitri. Kalau dikeluarkan zakat fitrah selepas solat aidilfitri jadilah ianya sebagai sedekah.
~~ Kalau kita ada kelebihan bersedekahlah disamping jangan lupa untuk berzakat di atas kemampuan yang kita miliki.~~
32 comments:
nabi saw yang paling bnyk bersedekah..kita apa lagi..hehhe
Zakat fitrah ini mengingatkan saya suatu ketika dimana terasa amat kemeriahan rumah di kampung terutama di malam raya dengan kehadiran penduduk kampung datang untuk membayar zakat fitrah.
Kini semuanya kenangan manis yg tidak dapat di lupakan, terutama saat bersalaman dengan ayah untuk membayar zakat diri sendiri...
Assalammualaikum kak..zakat dan sedekah..matlamatnya sama untuk membantu dan membersihkan sebahagian harta yang kita miliki walau tidak banyak..kerana dalam setiap rezeki kita itu ada juga bahagian untuk insan lain..apa yang kita laburkan kini..pulangannya suatu saat kelak yang kita tidak terduga.. :)
**tidak pernah seseorang itu menjadi fakir kerana zakat dan sedekahnya..jom perbanyakkan sedekh..
Assalamu'alaikum kakzakie
Mudah-mudahan kita dapat tuntutan zakat apabila cukpu syarat, dan dibukakan hati untuk menjadi pemurah.
mudah2an kita semua dalam golongan org2 yg pemurah dalam bersedekah... in shaa allah..
Zakat tu ada kadar yg dietntukan dgn tujuan membersihkan harta kita, sedekah pula niat kita sendiri utknsedekahkan harta ikut keikhlasan kita. Niat pun berbeza. Sudah pasti ganjaran juga berbeza. Kalau tak kuar zakat, kita dapat dosa. Klau tak bersedekah, kita tak dapat pahala. Wallahua'lam
zakat dan sedekah adalah dua perkara yang berbezakan kakak? elok perbanyakkan sedekah di bulan ramadhan ni dan diteruskan di bulan-bulan yang lain juga..
Peringatan utk semua. Kita jgn lupa dlm gj dan pendapatan kita tu ada hak org lain jg sebenarnya. Moga kita sentiasa rajin bersedekah dan tunaikan zakat pada sesiapa yg mampu dan memenuhi syarat berzakat.. :)
Alhamdulillah, Nisah suke entri sedekah & zakat kakak ni...
>> doakan kami suami isteri supaya terus menghulurkan sedekah & zakat kepada mereka yg memerlukan .. InsyaAllah. berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan ..
Sedekah dan zakat satu perkongsian rezeki yang sangat cantik dalam Islam, ia dapat membantu yang memerlukan disamping menyuburkan rezeki si pemberi. InsyaAllah moga kita sama2 istiqomah menunaikan suruhan Allah dan RasulNya.
Semoga dgn amalan bersedekah dan zakat kita d jauhkan dari sifat2 kikir
yang penting ikhlas dan tak mengingkit :)
sedekah dan zakat..amalan mulia...dpt mmbantu mereka2 yg memerlukan...
Salam,
Selamat menjalani ibadah puasa. Muga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik!
~insan marhaen~
Assalamualaikum K.Zakie...
sedekah dan zakat... membersihkan harta dan diri...
harap diri tidak terleka...
Kadang2 leka utk mengeluarkan zakat simpanan
harapnye lepas ni eda rajin la bg sedekah.. kadang ati ni seje je pikir yang bukan2.. =(
Assalam kak selamat menjalani ibadah puasa =)
betul tu sedekah ni bukan hanya dengan wang ringgit..bagi2 kuih utk berbukapun sedekah gak kan kak zakie
Berzakat mensucikan harta dan jiwa — slogan Zakat Selangor.
pada yang berkemampuan lebih tuh bolehla bersedekah mana yang mampu , janji ikhlas...
jom kita bersedekah :)
Tangan yang menghulur lebih baik dari tangan yang menerima...
sedekah tu blh buat bila - bila masa melalui pelbagai btk . zakat fitrah hanya pada ramadhan . zakat harta serta lainnya , tak semua yang ingat nak bayar ... maka ingatlah , ada hak org lain dlm harta kita ... jadi berzakatlah ...
Sebagai umat Islam kita pasti mengetahui bahawa tidak semua hak yg kita ada adalah milik kita. Agihkanlah walau sedikit kepada yang berhak.
Terima kasih kakak ucapkan kepada semua yg memberikan komen:-
man, Bin Muhammad (kakak dulu pun sebaik kerja ada pendapatan sendiri waktu nak membayar zakat salam bapak utk bayarkan) , PeRdU cINta (betullah tak semua yg ada milik kita), Werdah (Insya-Allah kak werdah), ismaliana sulaiman, ANIM (betullah itu Anim), Mizz Aiza (kalau ada peluang buatlah kan Aiza), Penjejak Mimpi (betul), Nisah Idham (sama-sama kita memohon padaNya Nisah), ummiross (Begitulah indahnya Islam mahu kita saling membantu), aby, syuk shusuke, Asyifa Mustaffa, insan marhaen, cikguNae, eda_ej (moga ramadhan kali ini menjadi pemula eda), YATZAKIE, Puan Kutu (ye betul apa saja pemberian yg bermakna itu adalah sedekah), azieazah (cantik slogan itu), Papa Mifz (betul tu), boni kacak, BUNDA a.k.a KN (kalau boleh kita nak jadi yg menghulur kan KN)dan harumankasehvee (sama-sama kita beringat).
Kepada semua terima kasih sekali lagi. Moga ramadhan ini lebih bermakna buat kita semua.
Terima kasih Kak atas peringatan..
InsyaAllah perbanyakkan sedekah:)
Salam K.Zakie..
Terima kasih atas penerangan..
cma sekarang dah mula suka bersedekah..
mmg ternyata, sedekah ade mukjiatnye sendiri..
tapi zakat, blm pernah..coz hubby yg bayar.. :)
a'aa betoi tu kak.. mcm bulan puasa ni, eloklah kita bersedekah.. contohnya kalau kita masak maknan byk ke.. sedekahlah dkt jiran2 sikit...
Terima kasih kerana mengingatkan kanda....
betul tu kak ,sekarang ne kat opis ita AJK agama buat wakaf pulak...best juga lah untuk saham akhirat....
sama2lah kita !
InsyaAllah kak, semakin Allah memberikan rezeki tidak salah dihulurkan pada yg memerlukan, betul x?
bersedekah dlm apa jua bentuk pun.. bkn wang ringgit semata.. berkongsi juadah pun kira sedekah jugak kan kak.. =)
Post a Comment