Friday, October 1, 2010

Studio Khas Meningkat Stamina

Baca akhbar hari ini ada berita baik untuk bakal jemaah haji. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari Fakulti Sains dan Kejuruteraan Bioperubatan telah memperkenalkan studio khas untuk bakal jemaah haji meningkatkan stamina kecergasan.

Mengikut cerita studio itu mempunyai kelengkapan alat treadmill senaman, 3d video yang memaparkan cara mengerjakan haji. Tidak ketinggalan diberikan kaunseling cara pemakanan sesuai sewaktu berada di tanah suci tersebut.

Sesungguhnya kemajuan membantu kita dalam banyak hal terutamanya ketika melakukan ibadah yang banyak menggunakan tenaga seperti ibadah haji.


Terkenang sewaktu saei dari sofa-marwah ulang alik 7 kali kalau tidak ada stamina lenguh juga kaki. Ada yang berhenti rehat minum air zam-zam, ada yang urut kaki malah ada yang pengsan. Kesihan kan......






Apa lagi perjalanan dari Mina ke tempat melontar jamrah. Pergi-balik lebih kurang 7km. Untuk kita yang muda (perasan muda..... sebenarnaya hati yang muda) memang tidak rasa apa. Cuba bayangkan mereka yang sudah berusia dan tidak pernah melakukan senaman. Buat yang biasa dengan beriadah walau 70 tahun pun tidak ada masalah. Tapi yang tidak peranah beriadah, kaki / betis pasti lenguh.... Hendak cari bilik air masa di dalam terowong manalah ada. Semua ini menagih kekuatan stamina.


Yang ni pula berebut cari bas hendak balik Mekah. Jemaah Malaysia ramai yang buat Nafar Thani. Kalau yang buat Nafar Awal kena usaha sendiri untuk balik (dari Mina ke Mekah). Jadi stamina kena ada. Pak-Mak Arab sana besar kita majoritinya bawah ketiak dia kenalah cergas dan mesti kena pandai selit-selit gitu... Basnya pula suka-suka break sebab kejar masa kena tiba di Mekah sebelum maghrib.




Lihat mereka ada yang sanggup duduk di atas van macam ini. Dengan pakaian ihram lagi masih boleh memanjat van. Mereka ini tidak kisah walau ada mata memandang. Kalau rasa takut ternampak apa yang tidak sepatutnya dia hanya tutup dengan telapak tangan saja...... sengih dan buat selamba.




Merafak sujud memohon

pengabdian sekujur tubuh
pasrah ketentuanNya
setelah puas memohon
amalan diterima
Ameen... ya-rob...

4 comments:

ainhany said...

salam kak zakie,

Salam ziarah dan kunjungan balas.

Usha UTM dipuji dan alu2kan. Betapa bertuahnya org2 di sekitarnya dan amiklah kesempatan.Muga2 jejak bakal haji lebih cekal.

Semakin dekat jemaah mau berangkat, semakin saya mncemburui mereka..ingin d katakan,bawakan diri nie bersama,
ingin ditatap itulah kiblat kita
dulu kini dan selamanya

( catatan akak mnggamit rindu pada MH..indahnya pengalamank dan perkongisian kak..teruslah mngajak dan doakan ain juga myusul). Amin

Kakzakie Purvit said...

W/salam Ain,

Terima kasih mengunjungi teratak tak seberapa ini.

Semua berkeinginan dan terus akan merindui tempat suci itu kan. Apa-apa pun sebelum pergi kena selalu beriadah supaya sihat mental dan fizikal.

boxhousestudio said...

salam ziarah dari BHS buat akak...

Kakzakie Purvit said...

Salam BHS,

Terima kasih la.... akak pun ada ziarah BHS tang lagu Y-Taiba tu. Anak la yang paling suka sekali.