Wednesday, March 25, 2015

Asam pedas Batu Pahat

Asam pedas dan keluarga kami tidak boleh dipisahkan. Jika balik ke Batu Pahat tidak lengkap rasanya jika tidak singgah di kedai makan ini. Selain menikmati mee bandung udang yang besar-besar, di sini juga ada asam pedas istimewa.  Mahu ditepek gambar banyak pun kurang berpuas hati sebab aku sendiri tidak dapat melihatnya.

Pokok Sena - Kedai makan ini selain asam pedas ada juga menyediakan lauk-pauk nasi padang. Nasi beryani di sini juga sedap setanding dengan nasi beryani Mohd Shah yang dijual di depan Southern Specialist Hospital.
Sudah bertahun-tahun keadaan kedai makan ini begini. Mungkin menanti generasi akan datang dalam keluarga tersebut untuk membangunkan kepada kedai yang lebih canggih dan istimewa setanding masakannya yang sedap. Sebagai pelanggan pastilah aku mendoakan moga perniagaan mereka bertambah maju tidak static selamanya begini.


~~ Kena juga menyusun sebaris-dua ayat sebab gambar tidak boleh kelihatan.~~

54 comments:

Kakcik Seroja said...

Kakcik rasa ganbar tak nampak kalau muatnaik melalui telefon kot... Tapi kakcik nampak gambar kat atas tu...

Zaza Abdul Latif said...

Assalamualaikum Kak Zakie.. rindu saya kat akak.. :)
cerita asam pedas ni.. baru je nak feeling2 telan ailio tengok gambar asam pedas.. skali tak ada.. hehehe.. kalau sedao pasti akan datang lagi ye Kak :)

Hudalatip said...

Akak saya rindu akak menulis tau, jangan stop..Hakikatnya kitaorang nampak semua gambar dan apa yang akak tulis tu...

Unknown said...

saya peminat asam pedas ayam.. tu kalau akak tunjuk mee udang sama2 lah kita telan ailio sambil mengadap skrin.. hehehe

lelamaisara said...

baru minggu lepas makan disini...senang2 boleh la kita makan bersama disini..heheh

Yaya Azura said...

asam pedas.. yaya suka sangat kak.
tp asam pedas johor macam mana rasa tak tau la..
gambar tu yaya nampak ;)

Nieyla Nadia said...

nieyl suka makan asam pedas...sedappp..:)

NM03 said...

kot2 sesat disana, boleh la try carik pokok sena ni...

Kamsiah yusoff said...

tambar jelas kelihatan kak ..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Asam pedas kegemaran kami sekeluarga kakzakie... kalau kami ke Batu Pahat boleh juga singgah kedai makan pokok sena ni.. tapi tak tau lah bila ehe :)

Saya dah terbayang gambar asam pedas dalam mangkuk yg kakzakie akan tayangkan tapi tak ada..

Rupa-rupanya kakzakie masih tak nampak lagi gambar nya ye.. saya pulak nampak gambar tu dengan jelas sekali kak...

paridah said...

SEDAPNYA ASAM PEDAS BATU PAHAT TENTU BERBEZA DGN ASAM PEDAS MELAKA...GAMBARNYA JELAS JER.

Kayu Manis said...

assalamualaikum kak..rindunya...

rugilah kak klu tak pandai mkn asam pedas...kan
mmg kegemaranku juga kak...

aizamia3 said...

Assalamualaikum kak,
Moga akak dan keluarga sihat selalu hendakNYA..
Saya pun dah jarang BW sekarang.. sejak dak Adik masuk hospital hujung bulan lepas.. banyak kerja nak kena uruskan.

Asam pedas memang favourite saya.. sedapnya...

Sweet red cherry said...

wana suka makan asam pedas..walaupun x berapa tahan makan pedas tapi layan juga.. :)

Acik Erna said...

kedai ni kat mana kakzakie..nanti bula 4 nak pi kat adik acik nak cari..
camana alamat kedai ni kakzakie

HeNRieTTa JoSe said...

dah lamer xmerasa asam pedas original...
last ke johor thun 2010 merasa di tangkak....

Ujie Othman said...

wah..kat area mana kak? lebih specific..

last week balik BP, mkn asam pedas kat kedai baru (area bandar). Pun sedap!

iryantyismail said...

batu pahat kat area mana ni kak....gambar jelas kak...yan guna hp...

Akak Kembang said...

entah bilalah agaknya nak sampai ke batu pahat ni...hehehehe

Dr K said...

ok, tq Kak Zakie..
saya dah save kan nama kedai ni..
akan terjah andai saya turun BP...hihihih

Eye_nee said...

Kak..kalau dari Parit Raja..jauh tak kedai makan ni...nnt kalau saya pergi ziarah anak di UTHM tu boleh lah cari kedai POKOK SENA ni..

Falsya said...

pasnie kalau tersesat kat batu pahat, boleh la try..

Akupenghibur.com said...

orang johor masak asam pedas memang sedap !!

Jom Vote blog acik bagi msmw

saniahibrahim said...

hmmm....sedapnya asam pedas

Shahrul Yusof said...

Tak tau pulak yang asam pedas kat situ power. Selalu turun batu pahat, tak terfikir pulak nak cari kedai makan yang best. Lepak dengan member, balik-balik mamak. Balik-balik mamak. Sampai ada gerai makan yang best pun tak tau. Haha

norhidana said...

asam pedas dan org johor tak dpt dipisahkan kak....

fatin said...

lam famili saya pun wajib..asam pedas mesti ada..

mm.. beriyani gam johor mmg femes.. nyum2

Saniah said...

salam kakzakie,, selalunya kalau balik pontian memang singgah kat kedai asam pedas parit jawa,, kat muar ke batu pahat,, tak ingat sangat,, suami yang tahu kedai tu,, memang orang johor tak dapat dipisahkan dengan asam pedas ni hihi,,

Unknown said...

saya pun penggemar asam pedas kak..seminggu sekali mesti buat asam pedas..kat penang ni susah nak jumpa kedai makan jual asam pedas..banyak kedai nasik kandaq je kat sini..boring...;)

gambar kali ni saya boleh nampak dah,..

ANIM said...

alahai..nape baru post restoren ni, hihi. baru balik batu pahat cuti lalu. kami ni taunya nasi beriyani mat shah peserai dan asam pedas mak limah je kakzakie...
noted...hihi

Aziela said...

Aiyokkk....saya kena cuba ni. Entah kenapa, saya jadi mengada2. Nk makan asam pedas yang sedap jer pulak....

Kak, gambar jelas kak... Pernah x cuba update melalui komputer lain atau gadget lain?

Aziela said...

Aiyokkk....saya kena cuba ni. Entah kenapa, saya jadi mengada2. Nk makan asam pedas yang sedap jer pulak....

Kak, gambar jelas kak... Pernah x cuba update melalui komputer lain atau gadget lain?

Azian Elias said...

alahh kak.. lapoooo/

nohas said...

sedapnya...mee bandung, asam pedas..kena cari kt KL, nak turun ke BP, jauh le pulak..hihi..

Zaitun said...

Asam pedas masakkan kegemaran keluarga kak zai terutamanya asam pedas daging tetel.

eelobor said...

dulu saya tak reti makan pedas2 nih. maklumlah sejak dari kecil baik masakan atau minuman semua jenis manis2. bila dah merantau tempat orang baru reti masakan yang berlainan tempat. sekali dah kena asam pedas, terus jatuh cinta

PeRdU cINta said...

Bila PC balik Batu Pahat kami akan bawa keluarga menjamu sekera di Pokok Sena ni kak..rojak pun sedap kat kedai ni..

BinMuhammad said...

Ye lah... terasa macam tak puas jer entri ini tanpa gambar asam pedas tu!
Dah lama tak ke Batu pahat, kali terakhir tahun 1995 kot... Sekarang ni mesti dah banyak berubah.

memmetlenggeng said...

Saya pun suka asam pedas kak

Fiza Rahman said...

Feveret saya asam pedas tu kak.

Bunda_nora said...

Kalau dah sedap dan harga berpatutan tak kira kedai lama ke baru ke orang tetap datang jugak...

OKje said...

Dinda walau balik kampung mmg jarang singgah Batu Pahat ni. Nanti nak test jugaklah...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...sedapnya asam pedas ni lebih2 lg bawah pokok sena kn...:)

Ibu Lala said...

Asam pedas peberet saya tu kak. Nak sikit

Deanna Morni said...

rasa mcm dh lama xpekena asam pedas....sedapnyerrrrrr hihihihi

Cik Rose said...

Assalamualaikum kakak.. Kalau Ros balik Batu Pahat jumpa husband, selalu jugak singgah kedai ni makan Nasi Beryani dia. Tapi, asam pedas tak pernah cuba kat sini. Selalu gi kat bandar yang berdekatan dengan pejabat pos tu. ;)

Cik Rose said...

Assalamualaikum kakak.. Kalau Ros balik Batu Pahat jumpa husband, selalu jugak singgah kedai ni makan Nasi Beryani dia. Tapi, asam pedas tak pernah cuba kat sini. Selalu gi kat bandar yang berdekatan dengan pejabat pos tu. ;)

Unknown said...

seumur hidup belum pernah rasain makanan ntu...saya sedang mederita penyakit sendi dan sedang mengkonsumsi Obat Rematik apakah aman???

TukangKebun said...

Teringat dulu mama tukang kebun yang berbangsa Kadazan, pertama kali singgah Melaka rasa asam pedas. Dari situlah dia mula minat nak makan lauk ini.

Mummydearie said...

Ini port saya sekeluargalah, kak *_* Kalau balik BP memang singgah. Siap nak tapau nasi beryani bawa balik KL lagi. Dulu rajin ke kedai sedara mara suku sakat kami, beryani Mohd Shah tu tapi lepas tu berubah angin ke nasi beryani dekat dengan hospital BP kat Taman Soga.

Hai, bilalah terbuka hati nak balik BP ni! Rumah mak kat kampung dah penuh dengan keluarga hantu rasanya! Lama tak jenguk!

Permata Malap said...

kalau AyahMal ni,favret dia la asam pedas.IbuNoey tak berapa minat sangat.

Aina Adam said...

Betul kak. Asam pedas Batu Pahat memang sedap. Tapi feveret sy yang berdekatan Pos Ofis.. Kalau x silap Kedainya nama Generasi. Maaf la kalau silap. hehe.. Pokok sena ni belum pernah pergi lagi. Nnt kena ajak tunang cuba. hehe

Suria Amanda said...

SA suka asam pedas. ..tp lom pernah ada peluang mkn kat tempat yg betul2 best...

Fifi Nadhrah said...

tak pernah makan asam pedas dekat kedai..