Tuesday, October 20, 2015

Cemburu, dicemburui dan mencemburui

Masa mencemburi kita atau kita yang cemburu dengan masa. Masing-masing mempunyai jawapannya. Buat aku ada kalanya aku yang cemburu bilamana melihat anak dan papanya bercuti sedangkan aku pula bekerja. Tetapi hari Sabtu lepas aku dapat merasakan yang masa mencemburui aku bila mana terasa cepat benar masa berlalu sedangkan kami merasa bagaikan baru sebentar masuk ke dalam mall sudah kena segera balik. Kami keluar rumah selepas solat zuhor dan belum jam dua petang kami sudah menjejaki shopping complex itu. Kehendak adik minta mama menghantar dia dan temannya ke Aeon untuk menonton wayang. Dua kawan adik dihantar papa mereka ke rumah kami. Mudah untuk aku membawa semua anak dara.

Anak-anak - Walaupun yang dua bukan anak aku tapi mereka sudah mesra dengan aku. Memanggil aku juga mama seperti adik juga. Apa yang adik makan dia ikut makan. Begitu juga adik sudah mesra dengan keluarga temannya ini. Ibu-ibu mereka juga percaya jika anak-anak berada di rumah kami. Begitu juga jika adik di rumah mereka. Ada dua lagi kawan adik yang tidak dapat ikut sama iaitu Elyana dan Balqis.  Bersama kami Sabtu itu Nazura dan Nazreena. 
Selepas membelikan tiket buat mereka bertiga dan memandangkan masa untuk masuk panggung lewat lagi aku ajak mereka makan dulu bersama. Anehnya semua anak-anak mahu makan sushi. Mama tua ini kenalah ikutkan mereka walau hanya separuh biji sushi sahaja yang masuk dalam perut mama, itupun dek kerana beberapa kali Kak Meen asyik menyua ke mulut mama. Selepas mereka bertiga masuk panggung barulah aku bergerak mencari keperluan Kak Meen pula. Niat asal aku dan Kak Meen mahu terus balik rumah dahulu dan datang semula menjemput selepas habis tayangan tetapi tidak jadi. Sebaik keluar dari Watson, mata kami terhenti melihat Polo membuat offer sehingga ada yang 70%.  Membelilah aku beberapa helai baju buat anak-anak. Belilah juga untuk hubby sehelai kemeja-T dan untuk aku sepasang kasut.

Kak Meen - Tengok sampai tidak sedar mama mengambil gambarnya. Baju wanita Voir pun ada juga. Kak Meen membeli juga untuk adik. Mama jadi tukang bayar sajalah sebab papa tidak ada. Papa busy dengan site projek melihat pekerjanya memasang pintu dan wiring di Kluang.
Penat juga kaki tua ini melangkah mengikut langkah anak remaja. Dahaga yang mamanya rasa tetapi masuk cafe bukan saja air yang dipesan bahkan siap dengan makanan. Mama yang belum makan lagi tentulah ada yang mahu dipesan. Setiap main course dibeli dapat satu pilihan lain dengan harga 50% diskaun. Cafe ini baru dibuka. Biasalah anak pantang nampak tempat baru mesti mahu mencuba dan masuklah kami ke dalam.


Dating - Sesekali dating dengan mama berdua saja. Jarang kami keluar berdua begini. Biasa mesti sekeluarga.

Salad chicken - Ini mama punya. Dalam kata tidak lapar habis juga kami makan berdua

Honey chicken - Inilah yang 50% dipilih Kak Meen.
Pasti hari Sabtu lepas masa yang mencemburui kami kerana sepetang itu penuh masa digunakan untuk kami bersama. Sesekali biar masa yang cemburu kerana sudah selalu aku mencemburui masa.

~~ Benarlah anak-anak itu salah satu amanah buat kita. Kena susunatur sebaik-baiknya agar amanah memberi kebaikan bukan sebaliknya.~~


38 comments:

Bunda_nora said...

Yang penting interaksi sesama anak beranak itu yang kita mahu...tak kiralah dimana... mesti ada rasa kelainannya keluar sekeluarga dan keluar berdua saja kan..

Nooriah Abdullah said...

kaknoor pun selalu keluar berdua dgn anak, memang ada kelainan sebab kalau keluar berdua dgn anak mesti banyak hala tuju daripada keluar semua nya dgn family kan kakzakie

aby said...

salam kz..
wes jeneng ngay wong wedok .
angger weroh ono offer mesti di leboni ..
podo la koyo bojoh ku ..
hihi ..
opopun .. orak opo cemburu seng apik2 di benerkay asal usah cemburu seng orak2.

Malinda said...

seronok kan kak sekali sekala keluar dating dgn anak2...tapi tu la macam yg akak cakap kite ni cepat beno penat kalau di bawak jalan mengukur mall...saya pon camtu gak tak abis lagi jalan pusing mall kaki dah sengal semacam tapi lepas kene pujuk dgn anak2 saya seretkan jugak kaki tu siap suh diorang buat perjanjian "malam nanti mesti urut kaki ibu"...hehehe

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu kak kekadang dapat keluar bersama anak-anak memang terasa keseronokkannya...mas pun kalau keluar mesti bersama anak2 senang cerita sekeluarga berjimba sekali...anak2 perempuan ni mmg kena dijaga sebaik2nya...

Falsya said...

Kakak..suke sgt tgk relation kakak anak beranak satu family..semoga falsya dgn anak2 pun mcm kakak jugak bile dieorg dh besar nnt..insyaAllah..amin..

idzwa kamaruddin said...

Alhamdulillah kak..tak sabar izwa nak dating dgn anak-anak nanti. Semoga Allah SWT panjangkan usia kita dapat tengok anak2 membesar. aamiin~

Kayu Manis said...

Perempuan dgn perempuan jln best....nor sesekali jln2 dgn dibhn azhan...mcm adik beradik jer....jadi muda blik le ..biasa en somi nk ikut...dia tk brapa bg , lain klu ada azhn...baru berapa langkah dh cll...asyik call jer....bila nk balik...bila nk balikk..hihi

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

baca tajuk ingatkan siapalah yang cemburu buta pulak ni... hihihi.

Zee Suhaini said...

masa sangat cepat berlalu kak..kita yang kena kejar..
kak reen jer takde ni..
ralit kak meen soping.. sesekali tanpa papa bukannya selalu..

norhidana miswan said...

seronok lah kak... sehariah berjln2 ngn anak2 dara tuh... heheheh anak2 dara akak tu suke makan sushi ek... naper akak tak amik tempura yg bergoreng2 je... boleh la jgk nk di telan kalu tak biasa yg sushi or ikan mentah...

nmpak menyelerakan jgk salad ayam tuh sbb nampak ayam nya banyak

adarnadzmie said...

seronoknya kak.. keluar bersama anak dara yg sudah besar panjang... umpama kawan2 kak zakie dgn anak.. hahaa...
saya yg pastinya lambat lg nak berjalan2 berdua-duaan dgn anak dara saya tu kak... hehe

betapa cepat masa berlalu yg begitu mencumburui kita....

saniah ibrahim said...

Sya hari ahad haritu kakzakie masa betul2 cemburu kan kami apa taknya seharian ulangalik di jalann saja itu pun tak cukup masa....
Sya dgn ank sulong adalh sesekali berdating ber 2 tapi dgn ank ppuan tak pernah sbb driver pasti jdi pengiring(ayahnya atau si abang)

Macy Humaira said...

Bila dah besar, baru sepenuhnya merasai dan hargai layanan orang tua.
Yelah, masa kecil, semuanya rasa kita dipersalah.

Semoga, Allah kurniakan maCy rezeki amanah anak. aamin :)

webctfatimah said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie.... Seronok dapat dating dengan anak-anak ni kak. Macam-macam karenah yang kita lihat terutama bila dah besar ni. Saya tak lalu makan sushi tu kak, tapi semua anak saya menyukainya. Kalau salad tu saya suka sangat. Selera kita sama kak... selera orang tua begitulah ya. Salam Maal Hijrah 1437 dari Sarikei, Sarawak.

Rapunzel Cikilolo said...

dulu masa remaja dan bujang selalu jugak dating dengan mak dan kakak-kakak tapi dah bekerja dan berkahwin rasanya dah tak pernah lansung.

masa tu memang rasa bahagia tak banyak benda nak fikir pun. bukan macam sekarang ni, semuanya macam susah dan payah tapi takpa. ujian Allah.

PeRdU cINta said...

Akak dating dengan anak anak ye...wah bestnya...betul la kak..kita biasa berlawan dengan masa..bila kita manfaatkan hari itu,, masa seakan pantas saja berlalunya..cuba kita berlalai..lalai..Allah..tidak sabar rasanya hendak mengejar waktu..

Puan Wawa said...

kak, retire awal.. baru dpt jalan2 sokmo ngan anak2 n hubby.. hehe

Amanda Suria said...

satu kepuasan kan kak bila ada bonding time ngan anak- anak...macam SA..seminggu sekali kadang kadang 2 mingu sekali baru dpt jumpa anak...entah bila la nak ada complete family dn tgok anak membesar depan mata...

paridah said...

MASA BERKUALITI BERSAMA ANAK2 PERLU DIPENUHI DGN ACARA SEBAIKNYA YANG MENGGEMBIRAKAN IBU N ANAK2NYA...SEKARANGLAH MASANYA UTK ALAMI SAAT INDAH ITU KERNA MASA CPT BERLALU N ANAK2 KECIL BAKAL DEWASA

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Bila dapat berjalan2 bersama anak2 memang menyeronokan..
Tentu mereka gembira kan kak barangan yg dikehendaki berada dlm gengaman..
Kakak nabilah ada juga berhasrat nak tengok wayang tapi abahnya tak kasi. Kesian juga saya tengok.. ingatkan satu hari nak dating berdua dgn kakak nabilah utk tengok wayang.. mungkin abahnya akan izinkan kalau pergi dgn saya..

aTieYusof Family said...

kualiti time dengan anak2 amat penting kan kak..
sesekali dpt berdating dgn anak pun best.. :)

❤Kamsiah❤ said...

alhamdulillah kak zakie..padat dgn aktiviti yg mengeratkan ikatan kekeluargaan hingga dicemburui masa...

Acik Erna said...

Acik ni kakzakie..yg rajin meneman cuma hero bongsu..abang2 tak mau dah.tak de anak dara..macam tu la kakzakie

Acik Erna said...

Acik ni kakzakie..yg rajin meneman cuma hero bongsu..abang2 tak mau dah.tak de anak dara..macam tu la kakzakie

Mrs Little Voice said...

ALin pun jarang keluar dengan anak2...selalu mesti ada babah dorang sebab banker kami tu...hehehehe...

Daddy Ziyyad said...

Gunakan setiap saat, detik itu utk anak anak..utk ahli keluarga kita...kan kak...kita tak tahu siapa pergi dulu..

Salad chicken tu mmg sesuai amat utk biat menu diet...hihih

nohas said...

wal asr..demi masa..quality time bersama keluarga...kesian akak, kena paksa makan sushi..hihi..anak2..

aiman mania said...

Bagus..bagus..teman anak anak pergi sana sini....kalau dgn mak sediri,anak2 anak akn lebih rasa selamat...sabarlah akak...hehehhee.....anak nak meningkat dewasa nih macam macam dia nak try..makn sushi la...apa la..hehhehehehee......good parenting!moga jd inspirasi kpd mak2 kat luar sana (Y)

nhhas said...

Ok sy cemburu dgn makanan tu. Hihi

NEKCIK said...

nekcik dah puas dari anak sulung dulu...hantar ambik..hantar balik kawan kawan anak...sekarang melayan sikecik ni pulak..hantar tngok wayang dengan kawan kawanya..balik tunggu. ..semuga Allah panjangkn umur dan sihatkan kita semua untuk dapat melayani anak anak amiin

iryanty ahamad said...

asalamualaikum kak..singgah jup rumah akak...

dah lama tak menikmati masa berdua dengan mak...

Ako Si AiN said...

Besznyaa dapat kluar sesama kan.
Kejap je rasa .

eelobor said...

hehehe...saya pun cemburu ngan gambar makanan itu. hahahaha

Etuza Etuza said...

hehehe tak apa nampak juga gambar makanan..usah cemburu buta dah lah kan...) kita gurau2 ja ya

hainom OKje said...

Kanda....dinda tgh makan pisang ni hihi...
Ni ha dinda cemburu sangat dgn kanda ni....tang makanan tu mcm sedap jer. Takut lepas ni terpaksa kena cari benda serupa tu jugak hihi....

Kak Meen tak mau pulak join dara sunti tu kanda...

Mummydearie said...

Sesekali dapat keluar dengan anak-anak pun seronok jugakan kak walaupun kalau boleh nak keluar sekeluarga, lagi best. Saya ni nasib baik dua-dua anak lelaki. Kalau tidak, setakat sebaya Abang tu saya dah ajak teman shopping ^_^

Blogger said...

Searching for the Best Dating Site? Create an account to find your perfect match.