Wednesday, June 29, 2011

Janji sudah ditunaikan

Setelah lebih 16 tahun aku tidak menjejakkan kaki di panggung wayang hari itu sekali lagi kaki aku telah menjejakkan kaki ke panggung wayang hanya kerana menunaikan janji. Janji kalau dapat keputusan peperiksaan yang baik sebagaiman target telah menepati sasaran. Balik kampung Batu Pahat hari itu kami singgah di Pacific Mall dipanggil juga Batu Pahat Mall. Rasa janggal juga sebab terlalu lama tidak pergi. Sama ada teman semua percaya atau tidak itulah kali pertama aku membawa anak-anak ke panggung kerana mereka tidak pernah tahu bagaimana yang dikatakan panggung wayang. Kesian anak mama....
Perkarangan BP Mall - Tiba di sana kenalah bawa Abang Cik (anak saudara hubby - berdiri belakang Yasmien) sebab kami tidak tahu di mana kedudukan panggung tersebut. Mak Zah mereka tidak pernah ketinggalan turut ikut sama.

Urut badan - Sementara menanti masa tayangan hubby duduk mengurut badan di kerusi urut. Anak dara yang dua ini mana boleh lihat papa dia relax. Konon mahu mengurut papa dia sebagaimna kalau mama dia buat facial muka. Habis juga 5 ringgit kerana hendak sedapkan badan dan berurut lama sikit itulah jadinya. Kalau tidak silap aku bayaran dikenakan seringgit untuk tempoh 3 minit. Nasib baik anak-anak punya urutan tidak dikenakan bayaran.

Miasara - Budak mongel inilah yang sangat-sangat disukai keluarga kami. Tapi masa ini belum ditayangkan lagi. Kami menonton KL Gangster. Entahlah penilaian masing-masing sebab aku kurang berminat dan tidak pandai membuat penilaian.

Tiket - Jumlah keseluruhan RM 64/-untuk kami semua. Adik bergaya dengan tiket-tiket tersebut. Maklumlah tidak pernah nampak pun tiket wayang.


Gembira - Sebelum masuk panggung masing-masing sudah teruja mahu masuk kerana kami tiba cepat. Mereka berdua ini dikenakan harga kanak-kanak sebab bawah 12 tahun.


Tayangan serentak - Waktu ini cerita 3,2,1 Cinta pun ada ditayangkan. Tapi aku bimbang cerita ada babak yang tidak sepatutnya, maklumlah cerita cinta lalu biarlah aku pilih yang lasak kerana aku tahu anak aku tidak pandai bergusti. Oleh sebab itulah kami pilih KL Gangster, arahan anak Yusuf Haslam.
Silent mode- Gara-gara silent mode telefon berbunyi tidak disedari ditambah suasana dalam panggung yang bingit. Uhhh.... tak sanggup aku.

Play Station - Keluar panggung masuk pula tempat permainan kanak-kanak. Wah.... adik apa lagi sebaik pakai gelang pelekat masuk bermain hingga berpeluh-peluh walau di dalam bilik berhawa-dingin

Permainan - Macam-macam alat permainan ada. Kapal jet, kapal terbang, replika binatang semuanya ada untuk mereka bermain. Kelihatan di belakang terdapat juga tempat untuk bermain lompat-lompat, slides dan sebagainya semuanya menjadi tarikan.


Rumah kecil - Adik kata ini rumah repunzel yang berambut panjang. Membayangkan dia macam repunzel seperti yang dikisahkan dalam buku cerita dia.



Oleh kerana belum bersolat zuhor lagi, jam 1:45 kami tinggalkan BP Mall dan belum pun jam 2:00 petang kami telah tiba di rumah kampung. Pendedahan pertama kali ke panggung buat anak-anak amat melegakan kerana janji telah tertunai. Itupun terasa kurang kerana yang sulung tidak dapat ikut lantaran ia berada di asrama. Untuk pergi lagi bagaikan tidak sanggup. Lain kali kalau hendak pergi biarlah mereka pergi bersama-sama sepupu-sepupu mereka. Aku sebenarnya kurang berminat kerana kalau boleh hari cuti aku mahu baring-baring saja.





107 comments:

nurkass said...

salam kak zakie lalink..:)
samalah..kass kalau hari cuti lebih suka duduk rumah..lagi best kan..

tapi sesekali bawa anak2 tgk wayang apa salahnya..seronok diorang tu..dah tunai janji..hehe

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum Kakzakie...

Pasti anak2 itu sangat teruja kan?

Kakcik menonton dengan anak2 hari itu cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, itu pun sebab mereka beriya2 sangat mengajak. Padahal lepas tu beli DVD, tengok sampai jemu. :)

Rina Rahamat said...

br minggu lalu sy ke Pacific Mall..mkn di Kenny Rogers kat situ tp x sedap..ayamnya mentah..

sesekali tgk wayang seronok tp anak sy skang bayi mmg x betahlah tgk wayang..layan astro first lg ngancam kak..blh sambil baring-baring dan..tido hahaha..esok tgk semula..

My Little Diary said...

first time masuk panggung pasti dorang suke,
silap2 mintak repeat lain kali...
hehehe

ibundo said...

seronok bila tengok anak2 seronok...
kpah ada gak pergi sesekali bila anak2 bawak. ni pun dah dua tahun tak jenguk..

suri solehah said...

anak2 saya bukan boleh bawak kesana havoc semacam huhu..pastu duk ulang ajak.mcm lah sema citer sesuai ngan dia.tak larat nak layan

bujal X said...

apa perasaan lepas tengok wayang selepas 16 tahun?he~~

ibuintan said...

demi janji kan.. saya pun baru beberapa bulan lepas jejak kan kaki ke panggung sebab yg sama juga... janji memenuhi keinginan anak2 untuk menonton wayang

rasa canggung dan lain macam pulak

sarah-najwan said...

bestkan kak tgk wayang slps sekian lama..hehehe

saya hari tu tgk kung fu panda 2..mmg best...

matahati-aishahazhar said...

kak, saya pun dah jarang ke pangung sekarang ni.. anak2 kecik lagikan.. nanti diorang dah besar baru senang sikit nak bawa.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Tiket wayang tuh...leh simpan lam album buat koleksi kenang-kenangan peribadi.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Liyana Zahim said...

Heheh.. Skali skali takpe mahal.. Huhuhu.. 16 taun? Lame beno ye akk? Hikhikhik.. =)

Anonymous said...

Kakzakie,

Pertamanya, Maaf akak yang delet tu.

Assalamualaikum Kakzakie,

Kak Ani tak terperanjat anak2 kakzakie tak pernah ke panggung wayang, sebab anak-anak kak ani pun sama.

Semenjak kecil sehinggalah mereka dah besar, kami tak pernah bawa mereka ke panggung wayang.

Tak besar panjang dan bekeluarga ni terpulanglah kepada fikiran mereka sendiri.

Dari risik2, saya tahu mereka semua pernah ke panggung wayang. Termasuklah cucu2 tu bila bila cuti sekolah.

Efa Nur said...

assalamualaikum kakzakie :)

bestnya tengok family akk berhibur :)
efa pun dah lama tak tengok wayang..huhu

NM02 said...

wah... berjimba sakan ye... sonok laaa...

Unknown said...

begitulah klu dah b'janji dgn anak2....bila dah mencapai apa yg diminta haruslah menunaikan janji yg dah di buat....

lia n suami tgh mengatur masa utk bawa damya ke genting highland sbb kakak t'ingin nak main salji kat snow world.....:) babanya yg b'janji....mahu atau tidak kene lah tunaikan....x elok kecewakan harapan anak2 kan kak....

Izwa Kamaruddin said...

amboiiii gumbira nyerrr...:)

saniah said...

salam kak...16thn?? memang la lama sgt2..hehe sebenarnya tk rugi pun kalau tk masuk panggung ni kan..skrg beli dvd/cd blh tgk kat rmh dgn selesa..:)

Cik SHiNJU said...

Assalamualaikum...

Sportingnye akak...
best dorg dpt tgk movie ngn family..
KL Gangster pecah panggung tuuu..
Tp yun x tgk pun lg..
Tggu member donlod jer..heheh

Anonymous said...

sy tahun ni belum masuk pggung lgi hehe

ucubakery said...

salam k.zakie..Ucu tiap2 bulan tengok wayang..tapi x pi panggung la...(astro first...ajelah..)

norhidana said...

heheheh lama btl akak tak tgk wayang ek... akhinyer setelah bertahun menengok wayanag balik ek kak
seronok tgk dua beradik tu hehehe..

dana pun dh tgk cite tuh, kire ok lah sbb ada diselitkan jugak pengajaran...

kella said...

seronoknya keluar jalan jalan bersama keluarga.. takpe kak zakie.. mereka tak biasa tngok wayang pun ok.. bagus tu... sekali sekala.. jarang jarang ok ler...
kita sendiri pun dah lama sangat tak tengok wayang ngan 'pakwe' kita tu.. jalan jalan cari makan lagi best!
hehe..

lagi satu, nak ucapkan terima kasih gak sebab kak zakie sudi ngundi untuk kita!!! terharu dibuatnya! tima kasih kak.. nanti free2 esok leh undi lagi ya!! thansk so much for your support! kalau tak keberatan add la kita di facebook itu! =)

sekadar satu coretan said...

sesakali pegi tengok wayang seronok jugakan...seronok betul anak2 akak tu yee...
anak2 saye tu kalau tengok selalunye citer kartun jer...ade jugak sekali tengok citer seram...takut la pulak..

ajumohit said...

wah tertunai sudah janji anak2..seronoknya tengok anak2 gembira kan kak...

Acik Erna said...

kakzakie..acik pun dah lama sangat tak masuk panggung..tak berapa suka sebab kuat sangat bunyi dia..

Unknown said...

akak org batu pahat ke. wah macam sekampung la kita ni. cuma saya tak pernah tgk wayang kat bp mall. biasa pegi summit jek

LiFe KaMi said...

lama sungguh tu tak tgk wayang, kami bru dua hari lepas tgk wayang semenjak 2 tahun lebih tak tgk, sama le tgk KL gangster juga.. aktiviti riadah bersama family tersayang..:)

emarieys said...

ema pun dah lama tak tgk wayang dgn anak..yg first dan last masa tayangan upin ipin dulu..

maya amir said...

aah kak..i slalu wish panggung tu senyap..cume dengar bunyi film tu jek..heheheh.. sbb i tak suka bunyi mekak2 tapi ade hati nak tgk movie..camne tu..hehehe..lagik satu i tak suke tempat sesak2 ramai org gitu.. kalau nak gi tgk movie, mesti cite yg betul2 berbaloi..mcm nur kasih..hehehe

Kakzakie Purvit said...

@ Nurkass: Baring-baring masa cuti best ye Kass. Tapi inilah dah terjanji pergilah bawa mereka.


@ Kakcik: Kalau HKL balik rumah kakak ada beli vcd. Tonton di rumah sajalah anak-anak kakak...

Kakzakie Purvit said...

@ Rina AVAIL: Kakak semakin kurang menonton tv pun sama. Dah terbiasa. Ada juga sesekali kalau anak pasang VCD dalam bilik adalah tonton sama.


@ My Little Diary: Betul rima, mereka dah kata hujung bulan cerita Miasara berlakon dah digazetkan dlm panggung. Itu yg dia kata nak pergi lagi. Mama jawab tak janji:)

Kakzakie Purvit said...

@ ibundo: Kalau kakpah pergi anak-anak dah berdikari. Kakak kes bimbang dia asyik menagih nak pergi selalu


@ suri solehah: Tak boleh lah kan suri. Kakak kurang minat bawa tempat begini. Lagi-lagi bila ada pasangan muda yg sedang asyik kakak kurang senang, bimbang mata anak kakak yg tajam nie...

Kakzakie Purvit said...

@ sarah-najwan: Jujur kakak cikgu dah kurang minat dan tak exited walau dah 16 tahun tak pergi. Tapi itulah dah terjanji...


@ ratu kebaya: Betul lah RK. Kot nanti dlm panggung anak yg buat wayang:)

Kakzakie Purvit said...

@ bujal x: Kakak tak exitedlah bujal. Rasa pekak adalah sebab cerita ganaskan. Cuma terperjanjat tiket berganda-ganda mahal!!


@ ibuintan: Betul ibuintan kakak rasa canggung. Panggung pun cantik semacam je. Tak macam dulu lagi. Tiket pun amboi mak mahalnya.

Kakzakie Purvit said...

@ ahmad humairi: Wa'alaikumsalam. Memang benar cikgu anak kakak simpan dalam koleksi sticker dia. Kelakar bunyinya kan...


@ Liyana Zahim: Sejak kakak mengandung anak pertama itulah LZ. Masa itu wayang cerita Hani Mohsen. Lupalah kakak tajuknya. Itulah filem last kakak tonton di panggung.

Kakzakie Purvit said...

@ Kunang-kunang: Wa'alaikumsalam. Kakak sebenarnya dah terjanji bila kawan-kawan mereka menonton cerita nur kasih. Kakak pun janji lain kalilah lepas periksa kalau dapat no. 1 hingga 3 bolehlah kita pergi. Itulah Kak Ani dah terjanji. Kalau tak asyik kena tagih..


@ efa nur: Nak kata terhibur tak de sangat kakak nie sayang. Kakak kurang minat sebenarnya menonton. Cuma anak-anak memang terlalu gembira...

Kakzakie Purvit said...

@ NM02: Anak-anak kakak yg berjimba. Suak sangat....


@ Mamamya: Benar Lia. Kakak sekarang tak nak terperangkap lagi. Kalau kakak janji kakak kena pastikan yg kakak rasa tak berat buat kakak.

Anak-anak Lia mesti dah tunggu nak Ke GH kan...

Kakzakie Purvit said...

@ mrs edy: Itulah suka benar bila dah dapat. Nama pun anak...


@ saniah: Aah... dah 16 tahun sejak kakak mengandung anak pertama lagi terus tak pergi. Selalu kakak belikan VCD saja..

Kakzakie Purvit said...

@ Cik Shinju: Wa'alaikumsalam Yun. Kakak rasa tak payah pergilah Yun. Download aja betul itu yg senang. Boleh tengok sambil baring-baring lagi:)...


@ redza: Tak payahlah redz. Tak lama mesti masuk tv. Kakak selalu ada persepsi begitu... tak pun boleh beli vcd

Kakzakie Purvit said...

@ Ucu Faridah: Kakak astro pun tak pasang ucu. Anak kakak kalau nak tengok kakak belikan vcd saja.


@ norhidana: Kakak bukan pilih cerita masa tu. Yg penting dapat bagi mereka lihat situasi panggung wayang sebab tak pernah pergi. Tak ada niat nak pilih cerita lagi sebab masa tu cuma ada 2 pilihan.:)

Mak Su said...

gitulah org berkeluarga kan... sekali berjalan hah, tengok billnya.... adoi....

have fun kak :)

Kakzakie Purvit said...

@ kella: Kesian jug bila kawan-kawan cerita tentang wayang anak kakak tak tahu itulah bawa sekali ini bagi tahukan kella...


@ ainnoraini: Kalau ada katun masa tu mesti kakak pilih katun ain. Tapi tak ada kenalah tonton cerita ganas macam nak gila Hehee...

Kakzakie Purvit said...

@ ajumohit: Anak-anak memang seronok. Tapi kakak dgn papa mereka rasa nak pecah gegendang telinga. Sampai telefon vibrate tak sedar. Bunyi memang dimatikan..


@ Acik Erna: Samalah kita acik. Kakak bukan saja bunyi tapi kena duduk lama macam dalam plane pulak....

s a r said...

assalamualaikum kak.

wah, satu family tengok wayang. gud la. biar lagi terkawal anak2 bila dengan family. :)

Kakzakie Purvit said...

@ asfaliza: Hubby kakak org Batu Pahat, itu kg dia. Kami balik kg tengok ayam-itik-angsa yg dia bela. Serampang dua mata sambil tunai janji kat anak-anak...


@ Life Kami: Mesti sejak mengandungkan Darwisy dan hingga kini baru pergi kan...

Kakzakie Purvit said...

@ Mamaema: Bila dah ada kemudahan vcd dan download kita malas nak ke panggung an ema.


@ maya amir: Entahlah maya, masing-masing punya pendapat tersendiri. Tapi buat kakak yg kurang minat macam-macam alasan kalau diajak pergi menonton. Kalau suka mesti tak ada masalah kan....

Kakzakie Purvit said...

@ Mak Su: Pergi dengan abang ipar dan anak dia, Mak Zah, anak kakak dua, kakak dan hubby. Nasib anak kakak dia charge separuh sebab bawah 12 tahun...


@ sar: Wa'alaikumsalam sar. Anak kakak selain sekolah dan kegiatan sekolah kemana-mana pun masih dengan kakak atau mak saudaranya lagi sar.

dwatyKNY said...

sekali sekala apa salahnya kak z... dorg pun perlukan hiburan tapi kena jaga juga... takut ketagih... hehehe

Anonymous said...

salam kak zakie..

tiket wayang yang nuffnang bagi pun saya tak tertengok lagi..

kalau kakak dekat, leh jugak ajak sekali :)

munna said...

tunggu yasmin besar sikit baru boleh tgk wayang sekeluarga....

Kak Amy said...

As'salam kak ,

Jelesnya la amy sejak kahwin sekali pun x pernah pijak kaki di panggung.kalau nak menonton filem terkini beli dvd ataupun download internet je..kat sini x de panggung wayang kak...huhuhu~

Noor Fatin said...

saya masa nak spm baru kenal apa itu panggung wayang. tu pn sbb kawan2 ajak. hehe skrg dah pandai la. siap bawak mama lagi pegi. abah je xnak. mama ok aje. hehe..

kl gangster pn xtengok lagi sbb pawagam kat sini jauh sgt dr rumah. tunggu vcd je la..

Puteri said...

mak aiih..
maheinya harga tiket tu??

Kakzakie Purvit said...

@ dwaty: Kakak tak kisah sebenarnya tapi anak kakak dah biasa keluar mesti nak ada mama-papa mereka atau cikgu dia. Kakak pulak jenis tak suka menonton. Itulah jadinya dwaty..


@ makdara TERdiva: Alahai MDT kakak pun sebenarnya tak suka menonton. Tapi kalau menonton dgn MDT nak juga eh...:)

Kakzakie Purvit said...

@ munna: Yelah Munna Yasmin masih kecik lagi. Tak lama bolehlah...


@ Amy Syaquena: Wa'alaukumsalam Amy. Oh ya lupa di sana tak ada panggung ye...Tak apa mesti ada baiknya...

Kakzakie Purvit said...

@ NOOR FATIN: Walau tak pergi panggung tapi banyak ceritanya mesti dah keluar di tv kan. Tak rugi pun Fatin.... senang download pun boleh buat.


@ puteri: Aah... puteri memang mahal. Kakak pun terkezut tau. 16 tahun dulu tiket tak samapi 5 ringgit sorang...

nadbaptist said...

janji harus ditepati, pasti anak2 kak zakie teruja kan...wah 16 thun jangkamasa yg pjg tuu..byk dah berubah kan..
sy ada gak lah bwk anak2 tp hanya tonton citer cartoon aje..

Pia said...

"wahh seronoklah bebudak tu kak..janji wajib kena tunaikan kan akak...samalah saya ni dah dekat 18 thn gak tak tgk wayang..masa muda dulu jgn ckplah..ank2 saya pun tak pernah jejak panggung wayang kecuali yg sulung tu..lps jugak dia,kesian pulak dok pujuk2 nk ikut kwn..last2 bagi jugak kebenaran..kalau boleh mana pergi pun lebih baik bersama keluarga.."

Amie said...

assalam Kakzakie,
16 tahun.... baru masuk lagi, amie terakhir masuk cinema tahun 1989....mmmm...22 tahun kot... lamanya! anak2 amie pun teringin jugak nak rasa nonoton di panggung, sesekali kena layan jugak ye...

uncle gedek said...

next time tengok super 8 pulak

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy buat mudguard dari fibreglass

uihhhh aku pernah bawak satu family tengok wayang.... yang pastinyerrr aku suka tertidur masa tengok wayang... so bila habis diorang cakap rugi aku masuk wayang pasal duduk hanya nak tidor

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kita pun tumpang seronok bila anak-anak gembira..Lebih-lebih lagi anak dah besar-besar. Kalau kecik macam anak2 saya ni, takut boring aje si Adiq nanti... hehe

Afida Anuar said...

Kak Zakie, seronok tengok gelagat anak-anak seronok.... lepas ni boleh ajak tengok transformers 3 pulak..dah keluar ni kak zakie...

he he;)

Temuk said...

Wah, wah Kakzakie menonton wayang ya? Hebat juga wayang2 Melayu kita hari ini, kan? Termasuk saya fikir dari segi jalan cerita & fotografinya. Modal mengeluarkannya pun besar.

La ni saya lebih suka beli DVD kalau teringin nak lihat. Dah malas sangat nak ke panggung wayang. Angger ijek enom yo rak opo. Salam bahagia.

Hairun Azmi said...

Seronoknyer....

Mesin ATM Untuk Ikan Di Pulau Tioman

bersama kak Es said...

kakZakie ... bestnye gi ngan family. Kalau yg kapel2 mesti malu tgk kak zakie bersama family ttersayang.. blh jadi pengajaran tu...nak gi wayang bw semua family baru syoookkk

Unknown said...

Assalamualaikum kak zakie
rindu sangat2 nak singgah sini
syukur.. malam nie ada masa walau waktu sangat lewat..

kak.. lama nya ayu tak ke panggung. masa usia ayu 18-20 tahun adalah.. skrang dah 11 tahun ayu tinggalkan...

melihat aksi anak2 kak..
rasa tertarik tapi bila agaknya

Anonymous said...

Aslmkm.
Seronok untuk anak ke remaja.
Kita mungkin faktor usia ya?
Kak G last di panggung untuk Baik Punya Cilok pasal semua rekomen & anak beriya2 sangat. Sempat tidur sebelum dikejutkan anak!
Lepas anak beli CDs jer. Boleh tengok sambung2! :)

Zaitun said...

Kak Zai dari muda sampai sekarang suka tengok wayang tapi tak semua cerita kak Zai tengok.Sekarang kalau tengok pun lebih pada cerita yang sesuai untuk anak2.

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamualikum kak zakie


cik ina jeles, belm nengok lagi KL ganster. yuyi cakap cite dia best .daripada nengok cite cinta tu, baiklah tengok cite KL ganster tu kak zakie. ntahlah cik ina ngan anak tak minat sangat cite cinta cam tu.tak bagus tu perkembangan otak kot.ekekek. kalau cinta kelakar okey gak.

Kakzakie Purvit said...

@ anitaare: Sungguh Anita perubahan ketara sekali. Kerusi saja dah beza. Dulu kerusi biasa saja. Sekarang dah macam sofa rumah kita lagaknya


@ Piasara: Tuntutan itulah kena pergi. Mereka belum bernai pergi sendiri. So kenalah kakak temankan mereka Pia...

Kakzakie Purvit said...

@ Amie: Kakak last masuk masa mengandung anak sulung dan kini dia dah 15 tahun so maknanya memang dah 16 tahunlah tak pergi panggung. Minggu lepas pergi pecah rekod 16 tahun tu. Hehehe..


@ gedek: super 8!! Entahlah gedek belum ada dlm permintaan:)

Penjejak Mimpi said...

Sy mmg suke gi panggung wayang. Tp tak bape suke cite2 cam KL Gangster tu. Cite cinta melayu pon tolak jugak. Tp cite hantu OK. :)

Kakzakie Purvit said...

@ Afzainizam: Samalah macam hubby kakak dia sekejap-sekejap terlena. Tapi sebab bising tak boleh juga macam di rumah


@ azrina0307: Kakak rasa kalau Adiq tonton dia pun tak boring juga sebab ceritanya agak lasak. Kakak saja tak ada pilihan itu yg kena tonton juga.

Kakzakie Purvit said...

@ Afida Anuar: Masa kami dlm panggung gazet utk trensformer memang ada ditunjuk. Anak kakak dah merengek kata nak tengok. Tapi kakak tak janjikan apa-apa pada mereka. Kalau dia pandai pergi dgn sepupu dia tak apa...


@ Temuk: Kakak pun sebenarnya selalu belikan anak-anak DVD macam cikgu juga. Tapi dah terjanji dan rasa nak bagithu situasi yg dinamakan panggung wayang itulah kakak bawa mereka cikgu. Kakak sebener re wes males lungo nang panggung cikgu.

Kakzakie Purvit said...

@ Miecyber: Anak seronok. Kakak bingit duduk dlm sebab kuat benar bunyinya...


@ bersama Kak Es: Kakak pergi ramai memang kak es. Straight satu lane kerusi kakak sekeluarga dan depan kami dua untuk abang ipar dan anak saudara hubby:)

Kakzakie Purvit said...

@ Citarasa Rinduan: Kakak rasa ramai yg dah malas nak kepanggung Ayu. lagi pula biasanya filem Melayu nie tak lama masuk tv. Or else boleh dapatkan DVD mudah.


@ DDrfauziah: Kalau macam Kak G kakak rasa dah senang kerana anak Kak G dan boleh berdikari. Kalau pergi bertiga sesekali mesti best. Cuma kita dah malas kan Kak G. TV pun malas nak tonton inikan pula wayang:)

Kakzakie Purvit said...

@ Zaitun: Oh... bagusnya Kak Zai. Masih suka dan boleh dijadikan terapi minda Kak Zai kalau suka.


@ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam Cik Ina. Pergilah bawa Firdaus Cik Ina mesti dia suka. Kakak lihat ada adegan ibu tua yg terpaksa jual kerepek anak-anak kakak pun sedih. Ada juga pengajaran di situ.

Kakzakie Purvit said...

@ Penjejak Mimpi: Eh...PM cuba pergi tonton yg ini. Ada unsur sindiran yg tajam tau. Hakikatnya ada terjadi dlm negara kita. Kalau kita yg dah berakal nie nampak motif disebalik paparan....

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

akak saya pun x pernah bawa mykid g tengok wayang. Selalu nyer tengok kat astro jerrr..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kak..

syok kan tgk depa berlawan dalam kl gangster...

noor said...

nor kalau bwk aiman dia berckp2 dlm wayang tuh sampaikan org lain pandang2 heheheh

ORLANDO AHMAD said...

comel anak2 akak secomel hubby nyer hahhaa

husnalalink said...

wahh bestnyee tgk wayang bersama2..best laa..heheh..mst enjoiice..terus hilang penat bekerje ye tak kak

Hanis MY said...

syoknya tengok wayang sekeluarga, mesti mereka seronok dan pasti akan diajak lagi... alahai lawanya adik denga rumah rapunzelnya, rambut pun dah persis rapunzel

azi said...

Salam akak..
Saya terlepas ketapi ni kak..he..he..
Akak..sesekali bawa anak tengok wayang..seronokkan...yg ptg diorang seronokkan...saya pun dah 16 tahun tak tengok wayang..baru2 ni aje bawa anak2 tengok Narnia..Along teringin sangat..he..he..

gadisBunga™ said...

saya yg belum kawin ni pun dah 6 bulan tak tgk movie. jeles nih!

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

jenjalan ziarah menjalin silaturrahim.
moga sentiasa dlm redha & rahmat Allah

Fendi BL036 said...

wah...best kan setelah sekian lama tak tgk wayang dan akhirnya tgk gak....

berjalan2 bersama keluarga..mmmm..best nya....

Solihin Zubir said...

haha.. sempat lagi mngurut tu.. hehe..

err.. tak takut anak akak jd gangster ke tgok KL gangster tu? hhehehe.. gurau je..

Kakzakie Purvit said...

@ Be simple Beb: Tak payahlah BSB. DVD pun banyak. Tak payah tunggu lama pasti boleh dapat tonton punya.


@ sahromnasrudin: Huh... kakak peninglah shah. Anak kakak boleh kata best kan mama. Haha....

Kakzakie Purvit said...

@ noor: aiman belum dapat menikmati lagi nor. Dia curious setiap apa yg dipaparkan. Kalau gitu baik tonton tv di rumah kan...


@ JARI YG TERBARAI: Hahaha.... nakal JYT ye. Anak kakak lebih rapat pada papanya dari mamanya yg ada sikit garang Hehe....

Kakzakie Purvit said...

@ lalink7: Duduk dalam panggung tak buat apa adalah relax sikit Husz. Tapi kakak tak tahan bingit tu. Huh....


@ Hanis MY: Anak-anak biasalah Hanis. Kelak bila Hanis ada anak tahulah macam mana kalau dah janji mesti akan disebut selagi tak tunai. Kalau dah main lupa segalanya...

Kakzakie Purvit said...

@ azi: Pecah rekod jug ye azi:) Kerana anak jugalah kiranya ye... Tapi yg penting kita terapkan pada diri mereka yg baik mana yg tak baik kita jelaskan...


@ gadisBunga: Alaaa.... baru 6 bulan sayang. Esok senang ajak kawan kerja boleh pergi sesama.

Kakzakie Purvit said...

@ aku HIV positif: Terima kasih AHP sudi berkunjung. Moga silaturrahim di maya mendapat redha Allah.


@ nukilanaffiza: Kakak bukan teringin Fen. Tapi anak-anak yg nak sangat melihat macam mana yg dikatakan panggung wayang. Itu yg pergi tu...

Kakzakie Purvit said...

@ Solihin Zubir: Kalau tak ada mesin urut anak-anak di rumah dah selalu jadi tukang urut pun.

Insya-Allah anak kakak tak pandai bergusti SZ rasanya taklah kot. Hehehe...

nabilah_2908 said...

tkpe la kak..next time kalau anak2 nk pergi..tunggu diorg dah besar or org lain bawa kan je la... ;)

sy tk bape minat cite KL Gangster tu...tk tergerak lak nk tgk...walaupun ada blogger yg mengatakan cite tu best.. ;)

Izan Ishak said...

kakzakie kampung di BP ye? dekat dah kalau ngan umah izan dok skrg ni...

izan pun setakat ni blm pernah lagi bawak anak2 masuk panggung wayang, tak berani pun ada takut dorg mengamuk je...lagi2 si kembar.

Kakzakie Purvit said...

@ nabila_2908: Dah dapat melihat dgn mata sendiri biar mereka puas dan tahu tak ada beza menonton di tv dan wayang


@ Izan Ishak: Hubby kakak org BP Izan. Jadi boleh katakan setiap bulan mesti kaak balik sana.

Tunggu mereka dah boleh behave well boleh lah bawa izan:)

insan marhaen said...

IM pun dah lama tak tengok wayang. Apatah lagi dengan anak-anak. Cuma rajin pi tengok konsert nasyid jer...

IMANSHAH said...

hurm, agaknya bila dah ada anak esok inilah aktiviti saya ye..tapi masalah nye saya memang bukan penggemar cerita atau filem

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
cara atasi masalah aircond bateri dan enjin kereta

sesekali seronok lahhh kak.... mummy daddy yg sporting habis

wahida said...

anak2 saya kalau tgk wayang mmg suka kak...sekali dah bawak, terus dorang gian...hehe....

Kakzakie Purvit said...

@ Insan Marhaen: Kakak rasa lepas ini entah bilalah pergi lagi IM. Kakak sebenarnya tak minat menonton.


@ IMANSHAH: Kelak kena pergi juga cikgu kalau dah anak asyik kata tak pernah pergi-tak pernah pergi last kesian juga

Kakzakie Purvit said...

@ Afzainizam: Ini bukan sebab sporting Az... tapi kerna dah janji. Heee....


@ wahida: Anak kakak dah kata kalau balik kg lagi dia nak pergi dgn sepupu dia. Biarlah kakak dah malas la wahida...