Saturday, January 1, 2011

Sebelum 2010 berakhir

Detik 2010 telah berlalu. Aku ingin paparkan beberapa paparan yang aku lalui sebelum menjelang 2011.

Cerita pertama: -

Perjalanan untuk ke tempat kerja tersekat dengan teruk sekali. Kalau selalunya setengah jam boleh sampai ini lebih satu jam belum tiba lagi.

Kegelisahan aku direnggut bila tiba di tempat kejadian yang menyebabkan aku tersangkut lama di jalan. Sedih dan sayu tiba-tiba menyelubungi jiwa bila terpandang sekujur tubuh kaku dengan keadaan amat memilukan. Sebuah motosikal, dua buah kereta dan sebuah lori terlibat dalam satu kemalangan. Pastinya yang menjadi mangsa adalah mosikal dan pemandunya sekali. Kotak fikiran aku melayang mengenang keluarga yang kehilangan ahlinya dalam sekelip mata. Izrael tidak menangguh walau sesaat untuk mencabut nyawa.


Cerita ke dua: -

Aku membawa anak-anak membeli keperluan sekolah. Tiba di sebuah kedai menjual beg dan kasut sekolah kami dipertemukan dengan seorang gadis yang cantik dan manis. Tutur katanya lembut memikat pelanggan yang keluar-masuk.
Berapa umur adik?" Lembut dia bertanya. " Saya 11 dan adik saya 7 tahun". Pantas anak aku menjawab. "Kakak 15 tahun, besar sama macam adik". Dia membalas sambil melihat anak aku yang baru 11 tahun tetapi sama besar dengannya. "PMR macam mana?" Celupar pula mulut aku bertanya sebaik mendengar usianya 15 tahun. "Tak ambil keputusan antie dah tak mahu sekolah lagi". Aku terpempan. " Susahlah sekolah, nanti habis sekolah pun kerja kedai juga macam kakak saya. Baik berhenti sekarang". Aku kehilangan kata-kata.

Cerita ke tiga: -
Menghadiri majlis pernikahan sepupu a.k.a jiran kampung lagi. Dulu seolah-olah telah putus asa kerana jodoh pertemuan dengan lelaki terlalu lama. Hati hampir tertutup, namun Alhamdulillah kita merancang, Allah menentukan saat adik bongsu telah pun mempunyai 5 orang anak dia dipertemukan jodohnya.

Aku percaya terlalu ramai gadis yang berjiwa kental melayari hidup seorang diri. Ingin menonjolkan diri terkongkong oleh tradisi dan budaya bangsa. Akhibatnya jiwa sendiri yang tahu. Aku amat prihatin kerana ramai yang berkerjaya, berilmu dan punya hati nurani yang mulia tetapi terlalu jauh perjalanan untuk dipertemukan teman hidup.

Cerita ke empat: -
Tiba di Air Hitam MPV kami berhenti seketika kerana anak aku mengidam hendak makan burger. Mata menyorot terus ke barangan tembikar bermacam-macam bentuk dan warna. Kalau tembikar yang menyerupai binatang bermacam binatang memang terdapat di sini. Rasanya boleh buat zoo replika.
Teringat kata-kata bapak aku " siapa yang bagi nyawa pada patong-patong binatang itu?" Aku tidak membeli binatang tersebut tetapi sejambak bunga matahari kini telah berada megah di sudut rumah. Cantik kalau mengikut pandangan mataku. Walau ia juga buatan manusia ia dibenarkan sebagai hiasan tidak seperti binatang yang bapak aku katakan itu.





Selamat menyambut tahun baru 2011. Kami di Johor tidak bercuti sebab Negeri Johor menyambut awal tahun pada 01- Muharram 1432 lepas. Semoga kebaikan diberikan buat kita semua.


40 comments:

ckLah @xiiinam said...

Penutup tirai 2010 kakak penuh warna warni...semuanya menarik....

Sedih untuk cerita satu...
Tahniah untuk cerita tiga...
Ria untuk cerita yang lain...

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..selamat perjalanan akak kan...selamat tahun baru

hentian said...

hu.. hari ini kita lihat orang lain tergolek, entah esok entah lusa... kita!

Kakzakie Purvit said...

Salam ckLah@xiiinam,

Lumrah kehidupan cikgu. Selagi kita hidup bermacam cerita dunia akan kita lihat.

Kakzakie Purvit said...

Salam sahrom,

Perjalanan kakak masih panjang lagi. Selamat Tahun Baru juga buat Sahrom.

Kakzakie Purvit said...

Salam IM,

Selalu berdoa moga kalau dijemput menemui Allah biarlah dipermudahkan perjalanan itu. Yang pasti kita akan pergi juga akhirnya.

ummu said...

assalamualaikum kak zakie
acapkali saya menemui situasi dua
hati tersentuh jua melihat ketabahan mereka
mereka tetap menjaga adab dan kespanan sebagai gadis timur yang diapit sendi agama yang teguh.
Pernah melalui fasa seumpama itu
dan mengerti betapa peritnya jiwa.

Kakzakie Purvit said...

Waalaikumussalam ummu,

Allah memilih mereka yg tahan untuk diuji dan mereka inilah insan-insan tabah.

Anonymous said...

salam,...

ikan di laut asam di darat..

di dalam kuali bergurau senda..

jodoh adalah rahsia tuhan..kita tak tahu dengan siapa jodoh kita..dan berapa kali tuhan bagi jodoh kat kita..sekali ke..dua kali ke..


**follow blog kakzakie...**43

atie said...

Salam Kak..

Semoga segalanya berjalan dengan lancar untuk tahun 2011 semoga akak sekeluarga beroleh rahmat...

Kakzakie Purvit said...

W/salam sekamar rindu,

Ikan dan asam bergurau dalam kuali kita yg seronok menikmati.

Segala yg telah ditentukan Allah di loh mahfuz kita tidak punya kuasa mengetahuinya.

Terima kasih sudi menjadi sahabat Titisan Nurani.

Kakzakie Purvit said...

W/salam atie,

Salam sejahtera dan moga 2011 menjanjikan segala yang baik belaka buat atie dan keluarga juga.

ong ong kedek kedek said...

Macam2 warna perjalanan hidup kite, itu yg menjadikan nye menarik dan tak jemu2 utk ditempuhi :)

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam za ( kak nab nak panggil za lah mulai tahun 2011 ni...boleh ke? ),

wah, jalan2 sana sini...hari ni dah kena keje kann...:))

Kak Amy said...

As'salammualaikum..

Selamat Tahun Baru kak....

Kakzakie Purvit said...

Salam REPUBLIK N9,

Apa yang menjemukan apabila tidak ada perubahan dari yg buruk kepada yg lebih cantik....

Kakzakie Purvit said...

W/salam Kak Hjh Nab,

Kakak tak kisah nak panggil za pun boleh. Macam makcik kakak di S'pore panggil kakak za.

Hari ini dah kerja. Buka diary baru.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Amy,

Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun lepas.

mama ju said...

Aslkm

Wah terharu jugak bAca N3 kali ni.
TTG budak2 tak mau sekolah susah jugak nak cakap...Dah jumpa mak mama.

kella said...

selamat menghadari tahun 2011 juga untuk kak zakie.. terima kasih kak tetap berkungjung ke rumah kita, tak sempat nak jamu teh.. :)

kita pun ada cerita sebelum 2011...
takda masa nak update..

tengkiu.. :)

sekadar satu coretan said...

salam kak zakie...
semoga 2011 lebih menceriakan buat akak sekeluarga...

nadz said...

Assallamualaikum Kak zakie,

Tanganku mendepa seluas padang stadium bola
senyumku menguntum bagai mawar ditepi tangga
Apakah perkataan mama nak berkata-kata
terima kasih, thank you very much atas semua....

si para para said...

semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya..

Kakzakie Purvit said...

W/salam mama ju,

Kita sebenarnya kena motivate budak-budak macam ini termasuk ibu-bapa yg belum celik lagi.

Insya-Allah mama, dah sekolah ni pergerakan agak terhad. Kalau ada masa pasti berjumpa emak...

Kakzakie Purvit said...

Salam kella,

Selamat Tahun Baru 2011 juga buat kella. Bersama mencari yang lebih baik dari yg lepas-lepas.

Kakzakie Purvit said...

Salam ainnoraini,

Begitulah pengharapan setiap umat. Moga itu juga utk ain dan keluarga.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam nadz,

Alhamdulillah itulah daya yg ada. Semoga mama nadz dapat dimanfaatkan yg tak seberapa itu.

Kakzakie Purvit said...

Salam si para para,

Terima kasih sudi berkunjung. Harapan kakak moga kebaikan diperoleh juga buat si para para.

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Itulah asam garam kehidupan, ada duka ada gembira.. semoga baik semuanya untuk kita pada masa hadapan. Amiin

Kak Amy said...

As'salammualaikum kak.

amy datang ziarah akak , lihat juga email tapi x de pun sent dari akak i got something nak kasi , itu pun kalau akak x keberatan la...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Werdah,

Benar kak Werdah. Kita mengharap yang terbaik diberikan Allah buat kita semua.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Amy,

Kakak got a shock as shown form kakak's e-mail message had been sent. Infact kakak's sent it on the day you went back to your home town 24-12-10.
Kakak will use office e-mail. Sure ok. Sorry for the inconvenient caused.

Anonymous said...

Aslmkm.
Dalam menjalani kehidupan ini kita pasti akan berjumpa pelbagai peristiwa - warna & corak: yang menggembirakan; menyedihkan; yang menarik & dsbnya. Reaksi perasaan kita tentu juga berbeza.

Kakzakie Purvit said...

W/salam DDrfauziah,

Itulah gambaran dunia Kak G. Namun kita kena harungi jua dgn harapan dapat membuka mata dan hati kita selalu.

Penjejak Mimpi said...

Salam ziarah,

kakzakie, to tell the truth, sy sedang dalam cerite ke-3. Terlalu terus terang? Its fact so telan la jugak.
At the moment, ok... Tapi dalam ati sape yang tau kan?

Pe pon, salam kenal dari Cik PM.. :)

Mak Su said...

tq k.zakie, berkongsi cerita2 dgn kami, sekurang2nya membuatkan fikiran kami terdetik dan terfikir tentang hal-ehwal dunia yang penuh pancaroba ini. bagus juga akak beli sunflower, menyerikan ruang :)

kella said...

kak zakie.. baru perasan kat profile akak..
profesion kita seakan sama lah.. hehehe

Kakzakie Purvit said...

W/salam Penjejak Mimpi,

Mendasari seorg insan kesepian rasa sayu. Jejari mengetuk huruf ok, di sudut hati Allah jua yg tahu. Kakak amat prihatin dan simpati PM. Doa mengiringi moga dipenghujungnya ada cahaya...

Kakzakie Purvit said...

Salam Mak Su,

Sunflower yang tak layu-layu walau tak disiram air.

Kakzakie Purvit said...

Salam kella,

Sama tapi tak serupa
sama tapi lokasi berbeza
sama tapi jauh di mata
sama tapi betul ke?.....
jom kita ketawa sama-sama. Ha...ha....ha....