Thursday, February 12, 2015

Anugerah terindah buat keluarga

Sudah dua hari sebenarnya anak buah aku berada di tanah suci sekarang. Siapa sangka anak yang dulunya di dalam kandungan rahim wanita lain akhirnya dengan kebesaran Allah dia menjadi milik keluarga kami. Kenduri besar kami ketika hari pertama menerima kehadirannya dalam keluarga kami. Kami akan mendidik, menjaga dan memberikan kasih sayang sebaik-baiknya selagi ada izin Allah. Menumpang kasih darinya buat pasangan kakak dan abang yang dahagakan kasih seorang anak. Nur Qistina nama diberi oleh ibu-bapa asalnya tetapi keluarga kami memanggilnya Aisyah.


Sudah mahu bertolak ke airport - Doa Mama Zakie semoga semuanya diberi kesihatan terbaik bagi mempermudahkan Aisyah untuk menjalankan ibadah umrah bersama ibu dan abah.
Latihan - Ini sewaktu balik kampung minggu lepas hubby ajar Abah Dol cara memakai ihram dan bertawaf. Sampai berairmata kami semua gelihati melihat latihan yang hubby buat untuk mereka.
Siapa sangka dari hari ke sehari kini Aisyah sudah petah bercakap. November tahun ini genap berusia 6 tahun. Sudah pandai mendirikan solat. Sudah pandai bercerita walau ada sedikit pemalu kepada mereka yang belum dikenali. Kehadiran Aisyah benar-benar menceriakan kakak dan abang ipar kami. Buah hati pengarang jantung kakak dan abang ini harapnya menjadi anak solehah yang mampu mendoakan mak-ayah kandung dan ibu-abahnya juga walau kedua mereka sekadar ibu-bapa angkat saja. Mak-ayah kandungnya pun terharu apabila mendapat tahu anaknya mahu ke tanah suci.

~~ Ibarat kain putih anak pasti akan tercorak sebagaimana cara kita mendidiknya.~~

49 comments:

Bbwana adienia said...

Alhamdulillah.. Moga aisyah menjadi anak yang solehah dan mengembirakan ibu bapa..

idzwa kamaruddin said...

alhamdulillah aisyah..aunty tumpang bangga dan gembira untuk kamu.. :)

Ummi Iman said...

Alhamdulillah. Sama muka mcm ank saudara saya. Semoga menjadi ank yg solehah.

TukangKebun said...

Semoga segala urusan dipermudahkan

lieyalatif said...

alhamdulillah kak...sekecil usia dah dpt peluang jejakkan kaki ke tanah suci.... moga Allah merahmati anak kecil ini....bertuah parents kandung dan juga yg menjaganya...comel jek lieya tgk ehehehehehe

moga meraka yg ketanah suci dipermudahkan segala urusan umrah dan sihat2 selalu di sana utk beribadat...

paridah said...

comelnya si kecil...anak2 kecil ini sentiasa membuat kita ceria, gembira n brbhgia...semoga urusan keluarga ini di tanah suci dipermudhkn dgn sempurna...

Yana Shaiful said...

Alhamdulillah.. semoga aisyah menjadi anak solehah.. ^_^

Acik Erna said...

Alhamdulillah rezeki ..
semoga Aisya dan mak abah selamat pergi menunaikan ibadah umrah dan selamat kembali

AMIIZAA said...

alhamdullillah, kak sebaknya saya baca coretan akak...semoga mereka mendapat umrah yg mamrur...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Alhamdulillah .. sudah menjadi tetamu Allah mengerjakan umrah si kecil ini.. semoga urusan mereka sekeluarga disana dipermudahkan oleh Allah..

rostina76 said...

syukur alhamdulilah….

Cho Zila said...

alahai sedih membacanyer.. rezeki Aisyahkan.. sayapun belum sampail lagi...

babYpose said...

Alhamdulilah rezeki Aisyah. aunty sendiri teringin nak pi. moga Aisyah dan ibubapa selamat pergi dan kembali.

iryanty ahamad said...

syukur alhamdulilah..beruntung aisyah...semoga jadi anak solehah..amin

Rinna said...

Alhamdullillah moga Aisyah akan menjadi anak yang solehah.. Aaammiinn..

kakyon said...

Alhamdhulillah..rezeki Aiyshah muda lagi dah dapat keMekah. Muga menjadi anak yg solehah..

nOe suhaimi said...

untung aisyah mendapat kasih sayang sepenuhnya dari keluarga kakzakie...semoga perjalanan kakak kakzakie sekeluarga dipermudahkan...

Mar Mansor said...

benar2 anugerah terindah..aisyah..memang sedap nama aisyah..hehe

elly nadyra said...

alhamdulillah dpt ibu bapa yang menjaganya dengan baik skali
macam ni, tak la risau mak kandungnya
malahan berbangga anaknya dijaga dengan baik
semoga dipermudahkan urusan umrah mereka sekeluarga
selamat pergi dan selamat kembali
amin!

Zee Suhaini said...

terharu plak zee baca kak..
alhamdulillah murah rezeki aisyah..
comel plak tu..

Nur Inani said...

alhamdulillah. moga aisyah menjadi anak yang solehah ^^

Zaitun said...

Alhamdulillah kecik2 sudah menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Semoga Aisyah menjadi anak yang solehah.

Selamat pergi dan selamat kembali juga dipermudahkan segalanya.

Aziela said...

Subhanallah, cantiknya dia, kakak. Tenang saja air mukanya.... Semoga dia akan menjadi muslimah yang cemerlang.

Nurulhuda Abdul Latip said...

Ni yang duduk batu pahat tu ke kak zakie? Untungnya kecil lagi dah dapat ke Mekah, bertuah badan. Moga jadi anak yang solehah yea dik.

NEKCIK said...

Alhamdulilah semuga Aisyah menjadi wanita yang solehah serta dapat berjasa kepada kedua dua ibu dan bapa ..amiin

Falsya said...

alhamdulillah..semoga Aisyah menjadi anak yg solehah..sebak pulak falsya baca..tetibe jer..

Mummydearie said...

Alhamdulillah! Beruntungnya si kecil ni dapat menjejakkan kaki ke sana. Dah tertulis rezekinya. Semoga adik Aisyah dapat beramal dengan baik di sana disamping ibu dan abah.

Nafira usof said...

Salam Kakak..
lamanye x baca celoteh kakak.

Alhamdulillah.. tumpang gembira dengan rezeki anak syurga ini. mudah2an menjadik anak yang solehah.
Doakan Acik pon dapat menjadik tetamu Allah juga yer Aisyah.

aizamia3 said...

Moga Aisyah dan keluarga sihat sepanjang di sana.. ;)

Nooriah Abdullah said...

Alhamdulillah semoga ALLAH PERMUDAHKAN perjalanan aisyah dan family disana, bestnya jeles kat aisyah kecik2 dpt gi umrah time ni

aby said...

salam kz ..
untung adik aisyah,
kecil2 lg dah dapat jejakan kaki di tanah suci, moga besar nanti menjadi anak yg solehah ..
guna pakej Andalusia yer ..

norhidana miswan said...

alhamdulillah... syukur kecik2 lg dpt ke sana...

mcmne anak kecik tu blh jd anak angkat family akak? moga jd anak yg solehah

Daddy Ziyyad said...

Bertuah Aisyah dapat keluarga angkat yang baik...dan dah jejak kaki ke Makkah & Madinah...:)

PeRdU cINta said...

syukur..syukur Alhamdulillah..

Fiza Rahman said...

Bertuahnya Aisyah. Dah dapat menjadi tetamuNYA....Alhamdulillah...

hainom OKje said...

Comel budaknya kanda......untung dia dpt ibu ayah angkat yg menyayanginya sepenuh hati. Dapat pegi Mekah lagi.... Dia kenal ayah kandung dia kanda?
Hihi... mmg bagi praktikal sungguh cik abe kat abg ipar ke biras tu..

Diana Rashid said...

Untung nya..kecil2 dah dapat pi mekah..:)

nohas said...

semoga semuanya selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair..

Qaseh Vee said...

alhamdulillah ... semoga ibadah itu memberi pengalaman baru pada si kecil aisyah ...

Nor Azimah said...

bertuahnya direzekikan seorang anak secomel Aisyah, semoga peribadinya terbentuk mulia mengambil berkat nama saidatina Aisyah, amin..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

alhamdulillah. semoga menjadi anak yang solehah.

Puan Kutu said...

alhamdulillah.bertuah dpt memiliki aisyah yg comel dan solehah.

Dhiera nadhirah said...

alhamdulillah. Aisyah anak yang sangat bertuah. Diusia muda sudah dijemput menjadi tetamu Allah. Walaupun menumpang kasih tapi kasih yang diberi melebihi dari segalanya. inshaAllah

Julia Johari said...

Nur Qistina....Aisyah
Besarnya jasa mereka kakak dan abg ipar kak zakie membesarkan anak ini...subhanAllah...6 tahun dah dia...cerdik pandai mendirikan solat...julia kagum cara didikan sebegini...semoga umrah mereka dipermudahkan...amin

εïзmummyHazaεïз said...

Semoga menjadi anak solehah.. Insan terpilih..

Siti Rohaida Yusof said...

moga Aissyah menjadi anak yang solehah...teringatkan anak sy kak...moga dia juga seperti aisyah...

Miz Eija said...

Alhamdulillah... semoga aisyah menjadi anak yang solehah..

Ibu Lala said...

Alor nape x leh tgk gambar ni...

IbuNoey said...

alhamdulillah,dengan usia sekecil itu dah dapat rezeki jejak ke Mekah.moga dia menjadi anak yang soleh.

sedih sebab tak dapat tengok gambarnya..;(