Friday, February 13, 2015

Serangan licik dan halus

Sedari dahulu lagi sebaik nabi Adam dikeluarkan dari syurga disebabkan tipu helah syaitan, sejak itulah juga syaitan tidak pernah jemu dan berhenti untuk berterus-terusan menggoda anak-cucu-cicit nabi Adam termasuklah kita. Pertelingkahan antara anak-anak nabi Adam hanya kerana Qabil tidak bersetuju untuk dinikahkan dengan Lubuda kembar Habil, mengakibatkan Habil dibunuh oleh Qabil. Habil yang akur menikah dengan Iqlima pada pandangan Qabil sebab Iqlima lebih cantik dari Lubuda. Lihatlah bagaimana wanita menjadi punca pertelingkahan. Kematian Habil itulah merupakan sejarah pertama pembunuhan manusia di muka bumi ini. Hidupnya Qabil jugalah yang menjadikan kita semua ini dari keturunannya. Permusuhan, hasad dengki dan pergaduhan tidak dapat dielakkan. Sentiasa mencari jalan memusnahkan golongan yang menegakkan agama Allah. 

Jika dilihat secara teliti penganut agama Islam kian bertambah di negara-negara yang majoriti penduduknya bukan Islam. Manakala negara yang majoritinya Islam pula kian longgar dalam mengamalkan syariat Islam. Tanpa disedari ada yang sentiasa mencari agenda untuk memusnahkan Islam secara paling halus. Berbagai ideologi diserapkan secara licik untuk tidak kelihatan di mata kita. Slogan seperti Islam fanatik, Islam pengganas, Islam orthodox, Islam fobia dan sebagainya dilaung-laungkan bagi meracun pemikiran dunia globalisasi tanpa sedar sehingga ada umat Islam sendiri turut angguk bersetuju. Liberalism, kebebasah hak semua ini menjadi unsur budaya biasa. Lebih sadis lagi yang membunuhnya adalah Islam dan yang dibunuh juga Islam. Selidik dan kaji dengan terperinci. Lihat dengan mata hati siapa sebenarnya dalang punca semua ini?

Penerapan sukan di peringkat dunia melibatkan negara Islam dan bukan Islam. Pakaian yang jelas dan terang lebih kepada unsur bukan Islamik sehingga ada ahli sukan tersingkir hanya kerana mahu menegakkan haknya sebagai umat Islam. Sayangnya beliau dan pihak negaranya tidak mendapat sokongan negara Islam yang lain. Negara Islam pula bagaikan taksub bila hanya disebabkan sukan boleh mengakibatkan berpuluh-puluh umat terkorban begitu saja. Begitu juga dengan perindustrian rokok/arak/judi yang meluas. Umat Islam bagaikan didendangkan di depan mata dengan 'nyanyian' hal seumpama ini. Duduk semeja dengan mereka yang menghisap rokok atau minum arak sudah menjadi perkara biasa.

Apa lagi dengan sistem teknologi yang berkaitan skrin seperti televisyen, telefon, panggung-wayang, komputer yang lebih banyak digunakan menjurus kepada yang kontra dalam agama. Paparan iklan di televisyen saja hampir 100%  tidak bercirikan Islamik. Hiburan yang rata-rata jelas terkeluar landasan mendapat liputan meluas. Majukah itu? Apa lagi seks - boleh dikatakan saban waktu dipaparkan di media kita hal-hal pelacuran, bersekedudukan, anak luar nikah bagaikan tanpa batasan. Unsur-unsur ini kian menjadi 'dendangan' biasa dalam dunia umat Islam secara halus. Halusi dan perinci andai unsur yang ada adalah untuk penambah-baikkan kehidupan sebenarnya ianya suatu yang menguntungkan sebaliknya jika diterima bulat-bulat akibatnya akan tergolek-goleklah kita. Usah kata di akhirat yang pasti ada balasan, bahkan di dunia lagi kita pasti akan dengan mudahnya disepak-terajang, djadikan 'boneka' oleh 'dalang-dalang hebat' dengan sewenang-wenangnya.

"Oleh kerana itu Kami tetapkan bagi Bani Israil, bahawa: Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-Rasul Kami dengan keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak di antara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerosakan di muka bumi." (QS Al-Mai'dah: 32)

~~ Buka mata hati kita seluas-luasnya untuk menjaga keluarga dan mereka yang dibawah tanggungan kita. DSAI sudah jatuh hukum, TGNA pula pulang ke rahmatullah. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-fatihah.~~


44 comments:

Acik Erna said...

AlFatihah

Aziela said...

Sangat menarik kupasan kakak hari ni. Satu perjuangan yang berani seadanya kekuatan dan keupayaan yang ada, hatta sekadar melalui tulisan. Saya nak beritahu, saya sealiran. Perjuangan saya mungkin sedikit berbeza, namun kalau ada antara kita yang menidakkan di dalam hati kepada kepincangan yang ada ini...itu juga akan dikira markahnya di hari pembalasan. In sya Allah...

ANIM said...

betul kak..takut mengenang fitnah akhir zaman. itulah perlunya manusia diingatkan dengan agama. masjid dan surau dihidupkan setiap malam dengan tazkirah dan peringatan. bukan disekat dengan berbagai syarat.

1- berhati2 dengan doa orang yang dizalimi.
2- pemergian tokoh yg byk berjasa buat ummah..TGNA, damailah di sana. Allah rehatkan dia utk selama2nya setelah berpenat lelah dalam oerjuangan

p/s sorry kak zakie, pjg bebenor. lama tak drop sini. baru nak panas enjin semula. ambil semangat baru

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Membuka mata hati dengan entri kakzakie pagi Jumaat ni.. hidup kita yg berada dalam zaman fitnah ini memerlukan kekuatan rohani utk menghadapinya.. betul tu kakzakie.. kita perlu memimpin diri kita terlebih dahulu dan tanggungan kita ...

Al fatihah utk Tuan Guru.. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi hendaknya. Aamiin

insan marhaen said...

dinegara majoriti islam, islamnya mengecil tetapi di negara minoriti islam, islamnya bekembang.

saya terkadang rasa malu melihatkan sahabat saya di kalangan revert lebih kehadapan berbanding saya dalam mengamalkan islam dan berdakwah kepada masyarakat...

Julia Johari said...

Al-fatihah- Menitis air mata Julia...
Semoga Allah merahmatinya...aminnn

Kak Zakie...cerita ttg Qabil tu buat kita semua sedar...perasaan hasad dengki itu perlu kita tangani baik2...sbb itulah punca perpecahan sesuatu keluarga...Allah...

Falsya said...

Falsya sebak betul hari nie..Al-Fatihah buat Allahyarham TGNA..;(

Segar mata falsya baca entry kakak..

paridah said...

HARUS DIFIKIRKAN DAN JADIKAN RENUNGAN BERSAMA...MUNGKIN XBERDAYA BERBUAT APA2 UTK MNGUBAHNYA NAMUN NIAT YG BAIK PASTI DILORONGKN ALLAH...

nohas said...

Al-fatihah..salam takziah kpd keluarga Allahyarham TGNA..

perjuangan dlm berdakwah semakin mencabar..

NM03 said...

hari yang meruntum jiwa

eMMe said...

Salam Jumaat Kak Zakie, mendalam sungguh entry ini buat kita semua yg faham, dari siapa untuk siapa ditujukan, sedarilah... manusia... apakah pilihan yang kita ada pada hari ini... dan apakah akan terjadi di suatu hari nanti... skrg pun kite dah nampak tanda-tanda akhir zaman...insaflah...

εïзmummyHazaεïз said...

Al~fatihah buat arwah2 yg tlh meninggalkan alam ini.. Salam takziah buat keluarga

AMIIZAA said...

salams kak, tiada kata2...

Nur Inani said...

alhamdulillah dapat santapan rohani pagi ni. al fatihah untuk arwah. moga tok guru damai di sana T.T

Nur Inani said...

alhamdulillah dapat santapan rohani pagi ni. al fatihah untuk arwah. moga tok guru damai di sana T.T

kehidupan sihat said...

al fatihah.

pemergian arwah Tok Guru Nik Aziz amat dirasai

Fazleyatul Aini said...

alfatihah TGNA ....

Mia Kassim said...

Al Fatihah ....

Zaitun said...

Sedih pemergiannya. Salam takziah buat keluarga arwah.

Alfatihah.

Rai OurKizuna said...

setuju kak.. umat islam di negara bukan islam sangat kuat.. bahkan islam makin berkembang.. yang di negara yang agama rasminya islam ni.. hanya ibarat buih buih di lautan..

TGNA telah kembali ke sisi penciptanya.. entah bila giliran saya pula..

Hana Syed said...

salam kak.. sangat benar dan tepat kupasan ini. Semoga kita sentiasa dalam lindunganNya. dalam tempoh 2 hari menerima perkhabaran yang sangat menduka citakan.

TukangKebun said...

AL-Fatihah.

Mummydearie said...

Al-fatihah buat TGNA.

Baru semalam mendengar Abang membaca kisah Qabil dan Habil ni. Banyak yang jadi pertanyaannya, kenalah menjawab bersungguh. Secara tak langsung, Mommy pun kena 'mengulangkaji' cerita yang sama.

Sebenarnya memang kita umat Islam tak bersungguh menegakkan agama kita. Kita sendiri yang berbalah, berpecah belah. Memang mudahlah mereka menuding jari, mencari kesalahan umat kita sendiri.

norhidana miswan said...

alfatihah, moga rohnya dicucuri rahmat

kite skrg sering terkhilaf, dunia semakin moden, semakin mengikut kebaratan

cikceriacorner said...

al fatihah

Nafira usof said...

mendalam sangat n3 kakak hari ini. baca dengan mata hati agar sampai ape cuba di sampaikan. mudah2an berguna untuk diri sendiri.

Suasana hari ini sgt suram kan kakak.

nadia rashid said...

Al Fatihah...semoga ilmu yang ditinggalkan sama-sama kita pegang dan praktikkan.

Malinda said...

kehilangan yg besar bila pergi nya arwah tuan guru....alfatihah

Zee Suhaini said...

al-fatihah..speechless kak..terkejut tengok berita tadi..semalam tak bukak tv tu yang lambat tahu..

iryanty ahamad said...

al fatihah...

dunia semakin tua :'-C

ujie othman said...

perginya jua mengingatkan kita, bahawa perjuangan menegakkan Islam perlu terus berjalan. Bermula dgn diri sendiri..mudah saya sebut, tapi berat pada hakikat.

moga Allah merahmati roh beliau. :(

Puan Kutu said...

sejarah qabil dan habil menarik sebagai pembuka entry kak zakie.terselit begitu banyak pengajaran..:)

dunia kini terlalu disogokkan dengan hiburan, Islam hanya pada nama

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Allahu rabbi, coretan yang sangat bermanfaat bagi sesiapa yang mahu berfikir dan mahu mengambil pengajaran.
Tentunya di akhir zaman ini saya sangat bimbangkan terjadinya kecelaruan pemikiran. Yang baik dilihat tidak baik, yang tidak baik terlihat sangat baik. Maka akan rosak serta hancur akhlaq dan peradaban manusia jika tidak diberi perhatian sewajarnya.

#Mood: Masih bersedih...

Nooriah Abdullah said...

semoga roh TGNA tenang dan bahagia bersama penciptaNYA

aby said...

salam kz ..
utk kita ..
quu anfusakum wa ahlikum naaro
‘Wahai orang-orang yang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka..’.

moga Allah memelihara umat islam dan dapat mengenali musuh sebenar mereka dari berbalah dan berbunuh sesama sendiri

Nurul Aula said...

Salam KakZ, syukur alhamdulilah dapat baca perkongsian ini. memang terasa sangat. Semoga kita terus kuat Amin

ros_reeza said...

Al fatihah... Rasa sedih sangat tatkala mendapat tahu tentang berita ni

mummY daniSha said...

al-fatihah..sayu rase hati sy kak=(

Ann Ishak said...

Al Fatihah ke atas roh TGNA

PeRdU cINta said...

Al Fatihah..

Sham said...

Dunia kita ni dh betul2 nk sampai di penghujungnya dh ni kak kan...

Bunda a.k.a KN said...

Salam takziah buat keluarga arwah...
innalillah..

Miz Eija said...

Alfatihah buat TGNA... buat DSAI bersabarlah pasti ada kemanisan di hujungnya... fitnah berleluasa kita umat akhir zaman... yg tak bersalah disalahkan.. nnti perhitungan di mahkamah Allah S.W.T

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...mmg sedihkan...Al-Fatihah..:(