Thursday, January 12, 2017

Berurut, berbekam dan akupuntur

Tuan empunya kedai mempunyai dua lot kedai yang berhampiran adalah strategi mereka yang pandai kerana memudahkan pelanggan. Satu kedai perkhidmatan untuk kaum lelaki dan satu lagi untuk perempuan. Tetapi untuk perkhidmatan mata hanya di lot kedai yang diusahakan oleh si lelaki. Aku berurut di kedai yang perempuan ditemani Kak Meen manakala papa ke kedai untuk lelaki bertemankan Kak Reen sebab di sini boleh membuat therapy mata. Sementara menanti mama dan papa berurut kak Reen membuat perkhidmatan mata. 

Kak Reen - Sedang dipasang alat bagaikan google (bukan google internet ye😁). Ini google cerminmata. 
Pejamkan mata -  Sedang dalam rawatan. Power mata sudah mencecah 500 memang agak susah tapi hendak buat macam mana, terpaksa juga memakai cermin mata. Bukan boleh buat selalu di sini. 
Macam-macam - Banyak jenis perkhidmatan diberikan terpulang kepada pelanggan  mahu memilih yang mana satu. Sebenarnya aku pergi ke Bandar Baru Uda pada asalnya tetapi kerana sudah terlalu ramai dia minta datang keesokan  hari. Memandangkan tidak ada masa di hari lain itulah akhirnya kami ke sini. Harga lebih kurang saja. 
Cendol - Balik dari berurut makan cendol. Sedap juga sebab sejak ramadhan, baru ini kami semua menikmati kembali makan cendol.  Boleh pilih mahu tambahan apa. Aku pilih pulut dan jagung. Ada juga kacang dan lain-lain.
Mungkin aku akan mencuba perkhidmatan berbekamnya. Belum pernah berbekam seumur hidup walaupun berbekam sangat baik. Aku takut melihat darah tetapi mungkin sudah sampai masanya untuk aku mencuba. Mana tahu itu salah satu perubatan yang boleh mengubat belikat kanan aku dan ibu jari kanan yang tidak selesa. Akupuntur aku masih takut lagi bila melihat banyak jarum tercucuk sana-sini😅. Berubat sekadar usaha sebab penyembuhan tetap atas redha Allah juga.

~~  Berbekamlah. Jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah, maka ia akan membunuhmu - Hadith riwayat Bukhari dan Muslim. ~~


38 comments:

Khairul Bariah said...

tingginya power cermin mata Kak Reen, seriau saya baca!

Cubalah bekam kak. Mak saya pernah berbekam di pelipat lutut sebab asyik mengadu sakit lutut. Lepas bekam, naik tangga pun laju ajer, tak sedar dah sampai atas, katanya. Kalau tak, sebelum tu, sampai pertengahan tangga kena duduk dulu, berehat!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Saya pada mulanya memang takut untuk berbekam..
Macam akak cakaplah..
Takut dengan darah..
Tapi pada tahun 2014 saya mengalami sakit yang teruk..
Jadi ustaz di Darul Syifa itu minta saya bekam dan dibaca rukhyah..
Jadi saya memberanikan diri untuk berbekam..
Pertama kali berbekam tu rasa takut juga tapi adik yg membekam tu kata tiada apa yang sakit kak..
Dipasangkan ayat2 alquran..
Saya berbekam seluruh badan..
cuma takut utk berbekam di kepala...
satu cup yg kecil tu rm5 jadi keseluruhan saya RM100 sebanyak 20 cup..
selepas tu memang terasa ringan badan kak..
sakit belikat saya berkurangan..
Pada hujung tahun sudah saya berbekam buat kali kedua dengan ustazah..
beranikan diri utk bekam dikepala..
sebab selalu sakit kepala..
Alhamdulillah mmg hilang sakit kepala tu..
Cubalah kak.. beranikan diri :)

Acik Erna said...

Acik sejak tak sihat memang mencuba berubat dgn cara lain..dan pilihan acik akupuntur.tak sakit pun kakzakie. Jarum je banyak...rasanya dah lebih 10 kali acik buat.bak kata kakzakie...berubat itu usaha dan penyembuhan atas redha Allah..moga dengan usaha2 itu dan doa semua acik akan sembuh saperti biasa..mudah2an..in shaa Allah

PeRdU cINta said...

Betul kak...berubat itu satu usaha..niatkan sebagai usaha..sandaran utama pasti kepada Allah..ada sesetengahnya terus menolak tradisional dan fokus pada moden(hospital/doktor)..walhal hospital/doktor juga adalah usaha..semua penyembuhan dengan izin Allah..

Sheila Adziz said...

berbekam sunnah rasulullah... saya pun lum pernah lagi berbekam... power reen lebih kurang saya... saya pun dh hampir 500 powernya... bila dah ngadap latop rasa mcm cepat je naik power... semoga cepat sihat reen...

Nieyla Nadia said...

Insya'Allah kak...
setiap penyakit itu pasti ada penawarnya...
yang penting kita berusaha..
Untuk mata kak reen tu meh try carotomax dgn nieyl :)
untuk akk pulak,try ambil vivix untuk kesihatan seluruh badan :)

HeNRieTTa JoSe said...

Rietta pown takut berbekam....moga akk cepat sembuh...

PS: Terima kasih akk doakan Baby Qyra...achiknye ni tahu nanges je,dah xtahu nak buat apa...

suka suka said...

Akak pernah buat bekam sunah... memang ada rasa perbezaan .. bertambah sihat.. alhamdulillah

Amy Hilmirda Daud said...

Sedap nampak cendol tu.
Bagus betul ada 2 kedai urut berdekatan macam tu, husband ke sana wife ke sini.
Amy pun tak pernah berbekam lagi... takut :)

Cik Itah said...

sy teringin sangat nak berbekam tapi x tau la area kk ni dimana ada perkhidmatan ni..

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui pn rasa nak try berbekam nnti.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Akak, sy nak berbekam tapi takut.. tak sakit, kan??

paridah said...

Rawatan akupunture kak pernah jalani tapi berbekam xpernah lagi...nampak sakit je kena turis n luka tu yg xberani

Umialya said...

Saya juga tak pernah berbekam..insya allah nak cuba juga suatu hari nanti

Reenri89 said...

Kak zakie... Ternampak pula cendol. Mau jp g reen pekena cendol juga ni.. Lamo dh teringin. Hehhee

Normala Saad said...

Dari dulu teringin nak berbekam tapi tak jadi2 lagi...banyak angin sangat dalam badan ni...

Inani Hazwani said...

Nani pun seram tengok orang berbekam sebab tkut tengok darah. Hahah. Sedapnya cendol :)

Zaitun said...

Kakzakie... Akupuntur tak sakit nampak byk jarum mcm kena gigit semut aje masa dia pasang. Kak Zai dah buat byk kali.

Izwa Kamaruddin said...

Saya pun bercadang nak bawak ed berbekam sebab sakit kaki dia tu datang balik tapi ntah saya pun geli dgn darah...sobs~

Wak Lat said...

wak pon mcm nak try bekam., huhu2

Falsya said...

tingginye power kak reen..cecah 500 dh...

falsya pun teringin nak buat bekam utk cuci darah...tp bile seram tgk bekas lepas bekam, tuh yg smp skang masih berpikir2 nak buat ke xnk..hehehe

Unknown said...

saya pun tak pernah berbekam. Bagus sebenarnya kan. Untuk cuci darah. Dengan anak tiga ni kena gilir2 dengan encik suami kalau nak pi mana2.

diary_ciknaa said...

saya pernah berbekam kak. alhamdulillah sakit kepala dulu dah kurang. tapi sy serik (mgkin tempat sy pegi tu jarum dia besar & sakit sangat) sampai skrg mcm fobia.. huhu.

norhidana said...

kak reen blh geng ngn aiyan sbb power mata dia 600

dana pun tak penah berbekam kak...
tkt tgk darah banyak2 tuh...

Kamsiah yusoff said...

mula2 nak berbekam dulu pun saya takut2 jugak..tp dah sekali cuba..rasa nak buat lagi..darah tu kita tak perlu tgk kalau takut..dia tak tunjukkan pun .

OKje said...

Terliur pulak tengok cendol tu kanda. Terus teringat cendol kat Seri Iskandar tu huhu....
Dinda pun tak pernah berbekam .... mcm seram pulak nak cuba walaupun bagus katanya

Uncle said...

Saya pon tak pi berbekam lagi. Rasa sereyau pon ada. Nanti saya try pi tengok...teringin jugak nak buat! Kepala kot...

aiezza.sue said...

kn org berbekam ikut mn tmp yg sakit...cuba akak try, klau kt tangan kurang sket nevesnya...rasanya lah kot, hihi...saya pun takut sebenarnya. Ramai dok tunggu review +ve dari akak nih.

Fazleyatul Aini said...

tak pernah lagi cuba berbekam ni
cendol sedap panas2 ni kan kak

Nor Azimah Ali said...

Singgah mlm kak, baru siap berkemas rumah.
Suami saya pernah berbekam sekali, pastu tk pernah ulang lagi, tk taula kenapa, seriau tgk darah kot.
Ada duit boleh buat rawatan lasik kak. Kawan saya dh buat, dah tk payah pakai cermin mata.

Nor Azimah Ali said...

Singgah mlm kak, baru siap berkemas rumah.
Suami saya pernah berbekam sekali, pastu tk pernah ulang lagi, tk taula kenapa, seriau tgk darah kot.
Ada duit boleh buat rawatan lasik kak. Kawan saya dh buat, dah tk payah pakai cermin mata.

nohas said...

sy selalu berbekam, dah jd salah satu rawatan alternatif
tempat yg dulu guna razor blade, toreh2..sampai sekrg ada parut..
tempat bekam sekrang, cucuk guna yg mcm pen, ok sikit..
mmg mujarab..badan rasa lega & ringan..

Rozita Ceritaita said...

saya pun seram tengok orang berbekam kak.. cendol tu nampak sedap pulak pepagi ni..

TukangKebun said...

Lama tak pergi berurut sejak TUkang urut biasa pergi dah tak berapa sihat.

nhhas said...

Sis. Buat bekam kat mana?

nhhas said...

Semoga diberi kesembuhan kak.
Insya Allah

nhhas said...

Hari tu pergi BBU.
LOST dibuatnya kak.
Hihi.

Jaybee membangun dahsyat sangat.

Ngeri saya

Huda Rahim said...

Dah lama x berbekam. Rasa segar je lps berbekam.masa blk kg di Kedah,akak tu siap urut lg sblm berbekam tu.