Thursday, February 24, 2011

Berpusing-pusing dapat Rempeyek

Meniti kekalutan hari semalam akibat kehilangan dompet mambuatkan aku hampir seharian berpusing-pusing. Pusing stereng kereta tanpa henti. Kepala aku sememangnya sudah pusing kerana itulah aku diberikan cuti sakit. Pusing bank untuk batalkan kad kredit, kad ATM, pusing lagi ke petrol stesen kerana tanpa disedari minyak kereta sudah menunjukkan signal tank sudah hampir kosong. Kotak fikiran sudah membayangkan selepas ke Balai Polis aku kena pusing pula ke pejabat pendaftaran untuk membuat mykad baru dan seterusnya ke Jabatan Pengangkutan Jalan membuat lesen baru. Kad-kad memberships lain aku sudah tidak hirau.

Segalanya berpunca kerana walaupun aku dalam cuti sakit (pening kepala) aku mengambil peluang untuk menghantar makanan buat anak dara aku di sekolah. Memandangakan dia mempunyai dua orang sahabat karib dan selalu bertandang ke rumah jadi aku pun siapkan tiga bekas makanan berserta tiga botol air minuman. Keluar pagar aku letakkan dompet di atas bumper dan masukkan makanan di tempat duduk sebelah. Sebaik memasukkan makanan tersebut terus start kereta berlalu tanpa menoleh lagi yang dompet aku di atas bumper. Apabila hampir tiba di sekolah kerana niat di hati hendak menambah petrol yang kian tipis baru tersedar dompet aku hilang.

Ujian apa kiranya yang Allah berikan pada aku hari ini. Dalam kekalutan itu juga aku selesaikan dulu niat untuk memberi makanan buat anak dara aku dan dua temannya itu. Kemudian aku tunaikan dulu solat zuhor dan mohon Allah bukakan pintu hati sesiapa juga yang menemui dompet aku dikembalikan segala dokumen walau tanpa duit. Selesai solat hajat hubby sudah terjengul di pintu bilik dan bermulalah ceritera pusing itu.

Betapa Allah maha pengasih dan maha mendengar, keluar dari petrol stesen telefon bimbit aku mengalun lagu Maher Zain. Seorang wanita tionghua bertanya namaku dan berkata dompet aku berada ditangannya. Ketika itu aku sudah hampir di pintu pagar Balai Polis. Ya Allah doa solat hajat aku telah termakbul jua kiranya. Stereng kereta terus saja berpusing menuju alamat yang diberikan. Syukur biarpun aku mahu memberi sedikit ganjaran tetapi wanita dan keluarganya tidak membenarkan. Aku cuba menghulur jumlah yang lebih kecil RM50 buat di anak yang dalam kendongan juga tidak diterima. Kembalilah aku ke rumah walau dalam keadaan kepala yang masih pusing tetapi kelegaan yang aku hadapi hanya Allah jua yang tahu.

Tiba di rumah aku terus menuju bilik air untuk membersihkan diri, berwuduk dan aku sujud syukur kerana tidak secalit pun berlaku kerosakan pada dompet aku. Segala dokumen kembali seperti asal tanpa cacat cela. Kesyukuran ini juga terpancar dengan penerimaan tag dari nurkass pemunya blog http://ilahihediya.blogspot.com/ kerana GA rempeyek yang diberikan pada aku. Terima kasih nurkass. Kakak hendak menikmatinya puas-puas sebab kepala pun sudah tidak pusing lagi.

Bagi mensyukuri GA yang diberikan juga aku ingin berkongsi sama dengan 3 orang blogger yang disyaratkan untuk sama menerima GA rempeyek ini. Aku rasa ada baiknya bagi blogger lelaki kerana mereka tidak pandai untuk membuat sendiri (agaknya- jangan pulak mereka lebih expert dari yang perempuan). Kalau pilihan rempeyek aku mestilah yang banyak ikan bilisnya. Rempeyek ikan bilis boleh ke tuan tanah? Apa-apa pun relakan aku tag lelaki Malaysia yang gagah perkasa tersebut: -

4. sahromnasrudin - http://www.sahromnasrudin.com/


Keterangan lanjut demi kesempurnaan GA ini kenalah kunjungi blog http://i-made-my-cuppies.blogspot.com/. Sebelum rempeyek istimewa ini habis baik segera bertindak kerana tarikh tamat tempoh pada 01-03-2011.



48 comments:

JunAina said...

syukur alhamduliilah...sesungguhnya hati yang ikhlas dan hati yang bersih Allah akan sentiasa membantu yang terjadi itu hanya ujian yang sementara dan bila kita segera mengingatiNya maka Dia juga akan segera mengasihani kita....

eelobor said...

alamak, saya cuma tau makan jer..... hihihihi

nurkass said...

salam kak zakie..
alhamdulillah..ada hikmah dari kejadian tu..syukur pdnya..

p/s: ur most welcome..insyaAllah kalau ade rezeki leh nikmati rempeyek tu sepuasnya..hehe..

Unknown said...

selamat tegahari kakakku..

tak apa kak, pelbagai dugaan itulah dikatakan hikmah menjadi seorang khalifah..

Tapi, betul2 eik..kak dah jumpa semula dompet tu??

PS: tak sabar nak tunggu eelobor ambil GA tu..hahahahhaha

Kakcik Seroja said...

Syukur Alhamdulillah. Allah telah mengembalikan hakNya kepada Kakzakie kerana keikhlasan Kakzakie mengadu kepadaNya. :)

Unknown said...

alhamdulillah...

nasib baik jumpa kan kak...klu tidak mmg byk perkara yg perlu disettlekan t'utamanya nak buat IC n lesen memandu yg baru...

sungguh baik hati auntie yg jumpa dompet akak tu...

terokai seni said...

alhamdulillah.. bukan takat makbul bahkan diberi ganjaran atas kesabaran

rasanya tag yang ketiga tu lain nama lain alamat tu (individu berbeza)

LiFe KaMi said...

alhamdulillah ditemukan juga dompet kesayangan tu..
sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan maha mengasihani..
selepas ni kita akan lebih berhati2 supaya tidak berlaku kecuaian yg sama..

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

memang sungguh terasa keagungan tuhan bila doa termakbul segera....sujud syukur memang selayaknya dilakukan...Allah Maha Mendengar...Syukur Alhamdulillah.

GA rempeyek? Nak bagi kat sayake??? Syukran, syukran

ahmad humairi said...

salam sekali lagi,

...Nak tanya miecyber ngan probitas et fides - adakah orang yang sama....konpius.

Kakzakie Purvit said...

JunAina,

Syukur dari Allah kakak menerima segalanya dan kembali juga ia kepada kakak. Itu doa yg kakak pohon (doa mohon barang hilang)selepas solat hajat.

Kakzakie Purvit said...

eelobor,

Kakak tahu dah sebab itu kakak tas. Pak payah buat kot nanti lucky dapatlah sebalang rempeyek:)

Kakzakie Purvit said...

Cintarasa Rinduan,

Betul Ayu, its miracle, the moment kakak sampai Balai Polis Senai selepas isi minyak kereta Amoi tu telefon. Kakak tak jadi report Polis terus ke rumah dia. Cari-cari jumpa juga sebab dia dah bagi alamat. Syukur betul Ayu....

Kakzakie Purvit said...

Kakcik,

Hati kakak benar-benar tersentuh kakcik. Sewaktu solat hajat kakak tak mengalir airmata, tetapi selepas sujud syukur airmata berjuraian tanpa henti sampai hubby kakak kata ingatan Allah mungkin ada sebahagian dari dalam dompet itu ada hak orang lain. Insya-Allah kakak tak lupa pesanan itu.

Kakzakie Purvit said...

Mamamya,

Yang jumpa itu bukan auntie tapi ibu muda yang baru anak satu. Usia dalam lingkungan 22-23 saja. Sebab itu kakak nak bagi sedikit hadiah tapi nenek dan atoknya tak bagi ambil. Nak bagi sicomelnya pun ditolak juga.

Kakzakie Purvit said...

Cemomoi,

Itulah kalau dah pusing mata dan otak terpusing-pusing sama. Hahaha... dalam kepala ramai yg nak di tag itulah jadinya.

Terima kasih keprihatinan itu.

Kakzakie Purvit said...

LiFe KaMi,

Terima kasih nasihat itu. Kakak dah tua kata anak kakak yang 8 tahun. Sebab itu lupa.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam ahmad humairi,

Cikgu cubalah mana tahu ada can makan rempeyek free. Miecyber & sahrom memang org yg berbeza. Kakak dan pusinglah cikgu. Ramai yg ada dalam kepala itulah jadinya.

Tak bagi anak makan kepala ikan, mamanya yg makan itulah jadinya....

Pia said...

Alhamdulillah...
Baik sungguh hati perempuan cina tu.Syukurlah jumpa pada orang yg macam gitu..dan yang penting bila kaki melangkah keluar rumah jer,asal ada di hati niat yang baik..kita tentu sentiasa dalam lindunganNya.

Unknown said...

jom join GA ni,letak nanakimie sebagai referal k:)

http://jemariasmara.blogspot.com/2011/02/jemari-asmara-2nd-giveaway.html

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kakzakie..terima kasih banyak2..terharunya..saya pun suke rempeyek..maklumla, orang jawa klang kan..mak saya buat tentu la yang paling sedap sampai time nak raya, org orde dgn dia...tp tak larat..tunggu dia pencen baru buat fulltime kot hehehehee

Kakzakie Purvit said...

Piasara,

Nak tahu sebelum sampai sekolah kakak dah patah balik rumah cari dari depan gate terus menyusur balik jalan sama ke sekolah. Lepas bagi makanan dan hantar sekolah agama patah balik lagi. Lepas tu baru call hubby.
Syukur dah hak kakak agaknya...

Kakzakie Purvit said...

nanakimie,

Banyaknya GA kan nana. Nanti kakak tengok ye....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam sahrom,

Terbayang makan rempeyek pulak dah. Kakak rasa kalau dicommercialkan memang untung. Cikgu (ustaz) anak kakak berhenti kerja business rempeyek. Mula jual di Pasar Tani lepas tu ke S'pore, Brunei dan Indonesia. Dah mewah dah...

Hairun Azmi said...

Allah itu Mendengar dan Maha Mengasihani...Alhamdullilah dapat jumpa dompet.Dompet itu di jumpai oleh orang yang tepat.

Ye ye ye dapat rempeyek....Makasih...

Vaksin HIV berjaya di India

al-lavendari said...

memang dunia tetiba jadi gelap kalau kehilangan beg duit yang ada macam2 di dalamnya. saya cukup bimbang kerana pernah mengalaminya sekali pada tahun 1975. sekarang ini kalau henfon hilang, perasaannya pun begitu juga .. rasa dunia berhenti berputar seketika.

saya tidak pasti adakah dompet itu akan dipulangkan kalau yang berjumpanya orang kita .. berdasarkan peristiwa duit dan beras yang bertaburan dari lori baru2 ini dan hari ini siapa yang berebut2 mengutipnya.

ong ong kedek kedek said...

kalau dapat kat orang Melayu, agaknyer dipulangkan tak?

Acik Erna said...

assalam kak zakie..syukur alhamdulillah..tuha memperkenankan doa..
alamka..belum buat la..rempeyek tu..ada dapat tag jugak tu..kena segera ye..

Penjejak Mimpi said...

as-salam kak zakie..

alhamdulillah.. Allah mendengar setiap keluh kesah hambaNye, insya Allah.

erk! sedapnye kalo dapat makan.. kene lak yang taruk kacang tanah.. :)

Jenguk jap: shopping buku-buku

Cik Ina Do Do Cheng said...

Allah SWT maha mendengar lagi maha mengetahui setiap permohonan hambanya yang dalam kesusahan.Kepadanya kita panjatkan kesyukuran dan padanya kita minta pertolongan.Alhamdulillah ketemu semula ngan beg tu.

Anonymous said...

Aslmkm.
Alhamdulillah.
Hidup itu sudah sinonim dengan dugaan ... begitu ketentuanNYA bagi menguji tahap iman kita.
Ganjaran bagi yang lulus cemerlang amat lumayan. Ya kan?

Kakzakie Purvit said...

Miecyber,

Airmata kehilangan tidak sama dengan airmata bila dompet dapat ditemui. Maha pengasihnya Allah.

Kakzakie Purvit said...

al-lavendari,

Betul tu tuan Hamzah. Kakak rasa betul-betul terpempan. Kesal kerana bukan saja mykad, credit card dan lesen aje yg kakak fikir, tapi kesal kenapalah semuanya kakak masuk dlm satu dompet. Sampai paracetamol pun ada dlm tu.

Pengajaran sekarang. Semua memberships kakak keluarkan dari dompet.

Kakzakie Purvit said...

REPUBLIK N9,

Hasrul tahu dompet kakak tu dijumpainya didepan kuil tempat dia sembahyang. Hairan kan boleh dompet tu duduk diam atas bumper hingga selekoh kuil baru jatuh. Yg jumpa tu pun jenis org sembahyang juga.... Syukur alhamdulillah....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam kak Erna,

Alhamdulillah Allah sesungguhnya maha mendengar (samak).

Cepat buat GA rempeyek dah tamat tempoh tu. Hehehe....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Penjejak Mimpi,

Benar tu PM. Kenalah kakak beringat akan pemberian Allah berikan pada kakak itu.

Makan rempeyek kena minum air banyak ye....

Kakzakie Purvit said...

Cik Ina MDDC,

Sesungguhnya ini satu ujian tetapi juga pengajaran buat kakak CIk Ina. Semoga tidak lalai dan cuai dlm membuat sesuatu kerja.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumslaam DDrfauziah,

Betul apa yang Kak G katakan. Bila dapat bertemu kakak dah tak fikir duit lagi. Kakak mahu berikan semua wang itu pada ibu muda itu tapi dia tak mahu. Dlm hati yg kakak mahukan hanya dokumen itu aje. Masya-Allah.....

Ati Masrif said...

Alhamdulillah..dapat balik dompet
akak tu...

memang payah nak jumpa balik kalau hilang

baik betul budi keluarga cina tu
susah nak jumpa orang mcm tu sekarang ni

Cik SHiNJU said...

As salam...

Alhamdulillah semuanya kembali seperti sediakala..
Kalau mat rempit yg jumpa xtau la ape jadi..

Anonymous said...

Assalamualaikum Kakzakie,

Alhamdulillah semua dah dijumpai. Allah maha berkuasa atas segalanya.

Kak Amy said...

alhamdulillah.. bukan takat makbul bahkan diberi ganjaran atas kesabaran..name saya tak ada jadi terlepas dari menjawab tag hehe..

Kakzakie Purvit said...

Ati Masrif,

Betul memang teramat baik dan jasanya kakak kenang samapai bila-bila.

Kakzakie Purvit said...

Cik Shinju,

Segalanya Allah juga yg tahu. Rasanya kalau cik mat rempit yg baik hati pun kalau rezeki kakak ada kalau tidak entahlah....

Kakzakie Purvit said...

Kunang-kunang,

Hanya Dia tempat kit mengadu segala-galanya.

Kakzakie Purvit said...

Amy Syaquena,

Ialah tu kan dapat ganjaran tapi belum tentu dapat. Tengok je. Kalau ada rezeki dapatlah.

Kakak tag lelaki kerana sangka mereka tak boleh menggoreng rempeyek, tapi En. Sahrom kita mamanya pula pakar rempeyek. Heeee.....

azi said...

Salam
Akak...syukur ....dompet akak dijumpai semula...Sesungguhnya DIA maha mendengar dan mengasihi....

Leenoh said...

Salam Kakzakie.

Demikianlah kebaikannya kalau kita jadikan solat hajat itu sebagai budaya di dalam kehidupan.
senang mendapat pertolongan Allah.