"Assalamu'alaikum mama."
"Wa'alaikumussalam.... Nurin sihat? Tak pernah telefon mama waktu macam ini."
"Cikgu dah bagi suroh pilihan untuk musabaqoh. Mama tolong pilih yang mana satu sesuai buat Nurin ye. Pertama Al-Baqoroh dari ayat 189, Kedua suroh Al-Imran dari ayat 1, Ketiga suroh An-Nisa' dari ayat 58 dan terakhir suroh At-Taubah dari ayat 73. Agak-agak mama yang mana satu sesuai untuk Nurin?"
Terdengar sayup suara manja anak pertama aku. Aku mencatat pantas.
"Bila musabaqoh tu? Mama tak ada wudhu' sekarang ini nanti lepas solat Asar call mama balik."
"Ok tak apalah mama. Doakan Nurin ya mama. Kirim salam papa dan adik semua."
"Wa'alaikumussalam..... Insya-Allah."
Selepas solat Asar. Jam 5:15 petang sekali lagi telefon menjerit kring....kring..... Aku pasti mesti dia telefon lagi. Aku terlupa membuka Al-Quran selepas usai solat Asar tadi. Terpaksa memberitahu yang aku belum lagi mencari ayat itu. Sedih kedengaran di hujung sana. Aku turut kesal. Berjanji selepas solat Maghrib nanti. Selepas maghrib ditunggu telefon tidak berdering. Hati ku mula diserang rasa gelisah. Lebih kurang 8:45 malam sekali lagi telefon berdering. Aku sudah bersedia dengan jawapan yang harus diberikan pada buah hati aku yang pertama itu.
"Suroh Al-Baqoroh ayat 189 bermula dari Yasalunaka.... mama rasa ramai yang memilih ayat ini. Kedua Al-Imran dari Alif Laaam, miiiim.... pun sama mesti ramai yang pilih, Ketiga suroh An-Nisa' agak susah nak melagukannya di bahagian hujung ayat sebab pada ayat 58 berakhir dengan basiro..., ayat 59 berakhir dengan ta'wila, ayat 60 berakhir dengan ba'iida, ayat 61 berakhir dengan sududaa dan ayat 62 berakhir dengan wataufiqo. Jadi mama pilihkan suroh At-Taubah dari ayat 73 hingga 79. Ikut Ql-Quran resam Uthmani muka surat 199 dari mula sampai akhir. Bermula dari Ya aiyuhalladzi.... dan berakhir dengan 'adzabun aliim.... Kalau hendak bawa lagu bayati, hijaz dan ras pun boleh digabungkan. Biasa kan kena 3 lagu kalau untuk tempoh 8 minit yang diberi."
Panjang aku memberi kata nasihat. Selebihnya aku tidak dapat lakukan seperti dahulu sewaktu masih tinggal bersama. Adik-adiknya masih berpeluang lagi mendapat tunjuk-ajar aku terus-terusan sehingga hari tilawah. Tetapi kini dia tinggal di asrama kenalah mengasah dari apa yang pernah dipelajari dahulu sewaktu masih tinggal bersama.
Sebenarnya apabila bulan Rabiu'-Awwal bermula bererti perujian musabaqoh Al-Quran di kebanyakkan sekolah juga bermula. Sebagai ibu-bapa kita pun kenalah bersama-sama mengalun ayat-ayat suci dan bertilawah juga walau hanya di rumah. Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda " Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka ia akan memperolehi pahala satu amal kebajikan, dan satu pahala amal kebajikan dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif-Lam-Miim itu satu huruf, tetapi Alif adalah satu huruf, Lam adalah satu huruf dan Miim juga satu huruf" - Hadith riwayat At-Tarmidzi dan Ad-Darimi, menurut At-Tarmidzi hadith ini sohih.
- hanya sementara di sekolah saja memasuki perujian tilawah al-quran. sekurang-kurangnya dapat juga mendidik anak-anak generasi akan datang. Faham dan tahu ayat Al-Quran bukan untuk dipertandingkan -
76 comments:
Salam Kak...
Wah..akak ada ilmu tilawah ..bagus tu..
Saya baca biasa aja..hehehe...
Cuba2 aja ikut style bacaan Syeikh Saad al Ghamidi kegemaran saya tu...
Saya & isteri ada niat nak hantar anak kami menjadi tahfiz, Insya Allah..ada apa apa nasihat kak?
salam maulidurasul,
hebat kakzakie ni....sentiasa membimbing anak walau melalui kring...kringgg... tahniah. Kakzakie memang handal!
Wa'alaikumsalam Daddy Ziyyad,
Ilmu sekadar untuk anak-anak. Kalau ikut lagu tak begitu penting yg penting tajwid. Biasa pemarkahan tajwid 40%.
Kakak tak ada komen tapi sekurang2nya bila kita mati ada anak-anak yg boleh mendoakan dgn ayat-ayat suci. Anak kakak memang sekolah Maahad.
Selamat menyambut Mulidurrasul Ahamd Humairi,
Usah terlalu tinggi memuji cikgu. Kakak didik anak sendiri. Berbanding cikgu dgn ribuan anak-anak yg hendak dididik. Siapa lagi hebat!!
selamat tengahari kakzakie
ayu kan, bau pulang dr hospital...singgah sebentar jenguk blog kawan2...
masa zaman sekolah dahulu ayu tak masuk tilawah al quran, tapi ayu selalu masuk hafazan atau syarahan....
suka dapat kenal kakzakie yang setiakawan..berkongsi pengalaman dan cdgn...
semoga kak diberkati...amin
alhamdulillah.. buat sempadan di dunia, dan bekalan untuk akhirat.. :D
Assalamualaikum...
Tahniah kak. Saya teringin sangat nak belajar mendalami ilmu tajwid, tapi masih belum berkesempatan. Risau juga, tapi tawakal je la. Semoga bacaan saya diterima oleh Nya.
Seronoknya kakcik membaca catatan ini. Semoga Nurin memperoleh kejayaan dunia dan akhirat. :)
Assalamualaikum...
Membaca al-quran dengan taddabur
kakzakie
sya tak berapa mahir dan masih lagi ingin belajar
sbb kadang bila baca bersama anak anak dara berdua tu
sya pun di tegur bacaan oleh si ayong
Citarasa Rinduan,
Ayu makan sayur nangka ke tengahari ini? Atau pucuk paku tu?
Segala kenangan masa sekolah sentiasa dalam ingatan.
Seksi Bani..... Insya-Allah segalanya kita sekadar berusaha selainnya kita serah pada Allah
Wa'alaikumsalam Kak Sam,
Belajar selagi kita masih mampu. Kakak pun sama juga....
Kakcik....
Terima kasih doa itu. Amin....
Wa'alaikumsalam Abd Razak,
Insya-Allah itulah hendaknya.....
sayangsayangibu,
Belajar tidak semesti dari mereka yg tua. Tak kisah kalau anak kita lebih tahu dia ada tanggung-jawab di situ. Sama-sama kita belajar utk kebaikan bersama...
salam k zakie,
albaqarah, ali imran, an nissak, ayat nya agak mudah, masuk al maidah dah mula payah sikit ..
apatah lg klu kt kahfi atau mariam, lg payah ...
mana2 antara 3 surah tu tk apa ..
cume bila baca taubah tu jgn pula bermula dgn bismillah ...
he..he..
Subhanallah.. Alhamduilllah.. sejuknya hati ini... :)
secara tak lansung memberi dorongan untuk kita terus membaca al-quran..
kak zakie ini hebat! Alhamdulilah.. :)
Salam...
Semoga Nurin dapat menyampaikan bacaan dgn sempurna pada hari tilawah nt..
assalamualaikum kakzakie..
syabas!! ilmu tarannum kakzakie memang tinggi...dan apabila ia diperturunkan kepada anak sendiri maka berkembang lagi ilmunya...
syabas sekali lagi dari saya
Wa'alaikumsalam aby,
Memang pun setiap kali nak baca apa ayat pun bermula dengan Basmallah....
Memulakan sesuatu dgn basmallah juga.
kella,
Ayat Allah sentiasa dalam jiwa setiap kita...
Wa'alaikumsalam Shinju,
Terima kasih doa itu. Amin...
Wa'alaikumsalam sahromnasrudin,
Oo..oi... takutnya kakak sahrom. Usah kata begitu. Kakak hanya didik anak kakak je.... maaf kakak tidak hebat....
as-salam,
dulu masa anak sy naik ting 1 sy ada suruh masuk sek maahad..x mahu dia...bila naik form 4 dpt sek asrama pun x mahu.
tu lah sy brcadang nak masuk anak lelaki sy pulak..tapi kena tunggu 3 thn..tringin sy klu anak2 sy dpt mcm anak kakzakie.
di rumah ni belajar ngaji pun ikut cara org dulu2.
Cikgu Tie teringin sangat nak hantar anak ke tahfiz.
Nak juga anak pandai mengaji macam Nurin.
bila huraian yang panjang diberi mengenai ayat2 al-quran sebegini terasa kecil sahaja diri ini. terasa masih terlalu banyak rahsia al-quran yang masih belum di teroka...
semoga Allah membuka pintu hati anak-anak aina untuk menjadi seperti anak2 kakzakie...
Salam.. terima kasih kerana sudi singgah blog saya.. Teringat pula zaman saya menyertai tilawah.. :)
Salam kak
ALhamdulillah kebolehan mengaji diwarisi dari arwah ayah dulu saya gunakan sekarang..membantu mengajar anak2 murid saya belajar taranum
salam, terima kasih kak sebab sudi singgah blog saya..syukur ada ilmu tilawah ni kan kak.saya syukur sangat reti bab tilawah ni wpun tak banyak.hee
Salam Maulidur Rasulll..
Bahana Valentine Day
assalamu 'alaikum kak,
tq sudi singgah blog sy... bertuahny ada ilmu tarannnum ni... sy ni wlu seorang guru agama, tp sy takde ilmu tu, hanya ilmu tajwid shj... moga ada kejayaan utk anak tu yer, amiin...
baguslah akak..pandai bab2 mcm2 ni..ila pun nak cari peluang untuk belajar..leh tunjuk ajar kat anak2
salam maulid...
baru nak start ngajar shahmin abata...
Selamat menyambut maulidurrasul...
moga anak akak dipermudahkan bacaan pada hari tilawah itu nanti....
salam kak zakie..seronok baca cerita akak..untung akak ada ilmu taranum boleh ajar anak2..sy ni setakat dengar org baca lah..moga anak akak dapat melakukan dgn baik..
Sejuknya perut ibu mengandung anak yang soleh...
salam ziarah,
sejuk hati jika dapat anak2 yang mempunyai kecenderungan ke arah musabaqah ini.. ye dak?
Assalamualaikum kak zakie..
Alhamdulillah beruntung akak, semoga Nurin menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat. InsyaAllah...
بسم الله الرØمن الرØيم
Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙˆَÙ…َÙ„َائِÙƒَتَÙ‡ُ ÙŠُصَÙ„ُّونَ عَÙ„َÙ‰ النَّبِÙŠِّ ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا صَÙ„ُّوا عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ُوا تَسْÙ„ِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]
1
Selamat menyambut Maulidur Rasul kakak....
Assalamualaikum Kak Zakie.Hehe, sama nama la. :D
Anak akak pandai tarannum? Wah.Saya tarannum tak tahu.Baca biasa2 bolehlah.Hehe.Ada tajwid yg saya sndiri pn xtau sgt kdg2 hukumnya.Sdg perbaiki bahagian yg tu.
Teringat iklan di TV9 kalau tak silap.Ramai yg membaca Al-Quran, tp ramai yg tidak tahu Al-Quran sendiri melaknatnya.Masyallah.Semoga kita sama2 memperbaiki bacaan kita.
assalamualaikum kak zakie
alhamdulillah,tahniah kak,gembira saya membaca kisah akak ini.al Quran itu memang mukjizat agung tinggalan Nabi Muhammad SAW kan kak..
selamat maulidur rasul ya kak
Alhamdulillah kak zakie.. sejuk hati membacca ni..
Jemput ke:ALL IN ONE
sesejuk mana air gunung, sejuk lagi hati kecil ibu ini..
Wa'alaikumsalam zue,
Moga niat baik zue akan terlaksana. Insya-Allah.
Cikgu Tie,
Kakak rasa cikgu mesti boleh mendidik lebih baik sebagai pendidik mempunyai skill yg tersendiri.
JunAina,
Sebagai ibu-bapa memang semua mahu yg terbaik buat anak-anak dunia dan akhirat.
wa khairul onggon,
Pengalaman lepas dan kebolehan yg Allah beri harus dikongsikan kepada mereka yg memerlukan.
IMANSHAH,
Melalui blog cikgu kakak dapat rasa cikgu mempunyai banyak ilmu untuk dikongsi dengan murid-murid cikgu. Tahniah....
hani apandi,
Terima kaish juga dari kakak.Tujuan belajar al-quran untuk tilawah saja tika kita belajar tetapi ilmu al-quran yg banyak utk sama-sama kita pelajari.
Miecyber,
Selawat dan salam buat junjungan kita Muhammad rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda.
Arief ibn Naim,
Malunya kakak bila ustaz kata begitu. Biasanya yg pandai memang tak mau menunjuk. Apa pun tajwid wajib dipelajari dalam ilmu al-quran...
Ila,
Bukanlah pandai Ila, sekadar mengajar apa yg boleh kakak berikan pada anak-anak. Yg termampu itu sahaja.
Sham,
Bagus sham, kakak ajar anak kakak dengan Iqra' dari mula dia boleh bercakap (usia 2 tahun lebih kurang) jadi umur 5/6 tahun dia dah boleh habis Iqrak 6. Jadi bila sekolah tahun 1 masalah membaca sudah tidak ada. Tinggal ajar tarranum dan mendalami tajwid. Percayalah sham insya-Allah boleh....
Wa'alaikumsalam ainnoraini,
Berselawat dan salam buat rasulullah junjungan besar kita. Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat baginda. Terima kasih atas doa itu juga...
Suri solehah,
Kakak pun dulu belajar dari ustaz/ustazah yg mengajar kakak. Anak kakak pun sama bukan belajar dari kakak saja, tapi juga dari ustaz-ustazah dia juga. Terima kasih suri....
nidus2,
Insya-Allah itulah harapan semua ibu-bapa... Terima kasih.
Wa'alaikumsalam maszubir,
Sebenarnya ia dah terbiasa dari umurnya 9 tahun bila terpilih jadi wakil sekolah dan secara tidak langsung terus hingga ke sekolah menengah. Tambah dia suka dapat melawat sekolah lain....
Afida Anuar,
Terima kasih Afida. Semoga Allah berikan yg terbaik buat kita semua.
ckLah@xiiinam,
Terima kasih cikgu. Bersamalah kita berselawat ke atas jujungan kita Muhammad rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda. Semoga mendapat syafaat di akhirat kelak....
Muhamad Zaki Zafir,
Nama sama tapi jantina tak sama. Hehehe....
Itulah yg paling dibimbangi. Sebab itu pembelajaran harus berpanjangan selagi hayat ada dikandung badan. Pandai macam mana pun kita ada org lain yg masih boleh memberi kita tunjuk ajar.
Wa'alaikumsalam ummu,
Menitip sedikit cerita kakak dgn anak sulung. Niat hati kakak sekadar mahu memberitahu sempena musim menyambut Maulidur rasul banyak musabaqoh/tilawah di sekolah-sekolah.
Nur,
Sejuk lagi kalau kita sama-sama membaca Al-Quran kan nur. Terima kasih...
Insan Marhaen,
Harapan semua ibu begitulah IM. Namun sebagai ibu kemampuan kita hanya memohon doa dari Allah jua...
salam ziarah..
hebat la kak zakie nie. tabik! tabik!
sy ngaji takde berlagu pon. bese-bese ajek. untuk halwa telinge sendiri le katekan..
anak akk sekolah maahad? alhamdulillah.. sy tak merase blaja di sekolah macam tu tapi penah le design untuk satu maahad tahfiz di Kuala Kubu, Selangor... :)
Projek naiktaraf. Ustaz Zamri 'mantop' tu 'produk' dari maahad tahfiz tersebut.. :)
as salam kakzakie..
maaf lama tak singgah....akak sihat?
moga sihat dan ceria selalu..
akak..
saya wat blog baru ni sebab blog lama akaunnya tak bole nak akses..so terpakse bikin blog baru..kalo akak free nanti..dtglaa melawat yee...
http://kilauancintasangratu2011.blogspot.com
terima kasih...
Penjejak Mimpi,
Oh... PM boleh buat design kat sekolah. PM lagilah hebat. Guna utk ramai org. Kakak hanya utk anak sendiri je....
Ustaz Zamri tu anak-anak kakak suka...
Wa'alaikumslam Adinda Amy Sensei,
Alhamdulillah kakak sihat. Moga Adinda AMy pun begitu.
Kenapa pulak jadi macam tu? Habis N3 lama2 hilang ke? Sayangnya....
Kejap lagi kakak berjalan ok. Adinda Amy sabar ye...
As'salammualaikum kak..
im back baru la sempat nak singgah sini, windu bangat nak baca entri akak...suka baca entri nie semoga Nurin memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.amin :)
Alhamdulillah.... seronoknya boleh ajar anak2 mengaji Qur'an kan. Siap ngan tarannum lagi tuh. Bertuah betul ler.....
Wa'alaikumsalam Amy Syaquena,
Terima kasih. Moga come back dgn N3 baru dan cerita segar...
eelobor,
Sekadar yang akak termampu je....
salam kakzakie
alhamdulillah
teruskan jadikan amalan dan rutin harian seumpama makan dan mimum dgn membaca Al-Quran ni
insyallah,
sehari tak baca rasa mcm kekurangan sesuatu
salam untuk akak:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/02/promote-visitor-5.html
Wa'alaikumsalam rezeki,
Insya-Allah bersama kita mengamalkan kitab Allah ini sebagai bekalan akhirat jua.
Wa'alaikumsalam nur,
Terima kasih nur....
Post a Comment