Friday, February 25, 2011

Mari Berpantun

Sewaktu di alam persekolahan dulu kegiatan berbalas pantun sering menjadi salah satu agenda persatuan. Apabila menyambut sambutan Hari Guru satu daripada aturcara majlis ialah berbalas pantun antara guru dengan murid-murid. Seronok juga bila mengenang itu semua. Kini ada seorang teman blogger menggelar diri sebagai My Little Diary menjual pantun untuk kita sama-sama menjawabnya. Atas permintaannya juga jawapan mestilah dijawab dalam blog masing-masing. Mahu turut serta silalah ke halamannya http://cikidis.blogspot.com/ .

Kalau tuan ke pekan sari
belikan saya sebungkus kari
kalau tuan bijak bestari
siapakah dia my little diary?

Menyulam sendu tertinggal bahtera
didakap sesal semalam-malaman
pangilan RIMA selalu tertera
klik http://cikidis.blogspot.com/ jumpalah halaman


Kain songket bunga bersilang
jarum disimpul seurat benang
kalau tuan tak bilang sayang
tidaklah saya terkenang-kenang

Jiwa-raga gelisah tak tenang
relakanlah bahtera menjauh pergi
baru luahan sayang sudah terkenang
belum kupeluk dan kucium lagi


Pergi ke hulu berjalan kaki
singgah sebentar mencari mayang
kalau tuan sudi diuji
apakah beza cinta dan sayang

Gelisah mengenang jiwa lara
bahtera menjauh nun di lautan
cinta dan sayang sentiasa membara
usah dipisah ianya berpautan

Sekadar memenuhi raung-ruang persahabatan yang jauh. Teman-teman blogger sekelian, apalah kiranya kalau kita sama-sama mengasah bakat membalas pantun My Little Diary ini. Bukan balasan yang kita mahukan tetapi ikatan dan jalinan sesama insan.

68 comments:

ckLah @xiiinam said...

Zaman dulu, suka dengar rancangan berbalas pantun di radio yang dikendalikan oleh Chuari Selamat, lebih2 lagi selepas aruah Pak Uda saya yg masa tu jadi guru Di Sek Men Dato' Bentara Luar Batu Pahat berbalas pantun dgn juruhebah RTM Johor, disirkan. Teruja habis satu keluarga...semua ngadap radio.

My Little Diary said...

wah kak.... hebat sungguh pantun tu... terharu..
saya masukkan dlm list dgn yg lain tu.. :)

Anonymous said...

Menarik pantun Kakzakie ni... :) Nanti kakcik masuk ke sana untuk melihat sendiri... :)

kella said...

haha.. kak zakie dah join jugak, kita dah join dah jugak.. best kan berpantun!

salam sayang untuk kak zakie ku! :)

Kakzakie Purvit said...

ckLah,

RTM dulu ada siaran berbalas pantun ye cikgu. Bila yang berpantun pulak kita kenal bertambah teruja. Lagi dulu tv siaran kalau di Johor ini lebih tengok S'pore sebab kita baru ada RTM1, RTM2 dan TV3 je kan.

Kakzakie Purvit said...

My Little Diary,

Seruan telah terlaksana. Hehehe....

Kakzakie Purvit said...

kakciknurseroja,

Jum kakcik kita berpantun-pantun. Kakak kalau bab-bab macam ini suka memang. Kakcik buat pertandiangan sajak/syair pulak.. :)

Kakzakie Purvit said...

kella,

Best berpantun ni. Dapat juga Rima menelek-nelek pantun kit Kella.

Sayang selalu dari kakak :)

s a r said...

rasa sayang terbit di hati
jadi pengikat pasangan sejoli
sangat indah pantun di diari
assalamualaikum kak zakie! :)

hehe. ok ke tak? hehe. lama tak asah bakat.
kalau bab2 merosakkan pantun, tau ler. huu

hmm. tringat zaman kecik2 dulu. selalu la jugak dengar pantun2 ni. sekarang je rasa macam jarang nak dengar.

agak2 la kan, masa nak meminang guna lagi ke tak? hee :)

nurkass said...

salam..
wahhh...bestlah ayt2 tu..hehe

Anonymous said...

tak reti nk berpantun panjang2.. pantun dua kerat bole tak? hehe

aby said...

anak lembu tk larat di tarik,
akhir nya carik la jaga ..
tengok jodol nampak menarik
berpantun??? boleh layan juga ...

ikan yu tok lebai ..
thank you bye bye ..

he..he..

he..he..

Anonymous said...

waa cayalah kak...bakat terendam ke tu hehe

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kakzakie..

berbakat besar kakzakie rupanya dalam berpantun nie ya..bagus..menarik semua pantun nie

NzA said...

lama dh xbrpantun...last masa kena ngajar BM bbrapa thn lepas....hi

Unknown said...

tak pandai pantunlah

zue said...

mmg seronok bila blogger2 mula brpantun..zue tumpang baca aje.

Ati Masrif said...

as salam kak zakie,

ati ni mmg tak pandai berpantun

pandai baca saje...huhuhu

Jom baca: WATERLILY DARI GB

eelobor said...

selalu gak singgah ke blog dia. hehehe, suka baca pantun namun tak reti nak berpantun

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

tengok tv cerita katun,
jom berpantun.

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Saya takder bakat...:)

nba-Nur said...

Salam.. Pandai Kak Zakie berpantun.. Nur takde bakat langsung..

p/s: Anniversary Nur dengan suami bulan depan la kak.. Hadiah tu dapat in advance.. hehe

Rinna said...

Salam ziarah.. Pandai laa Kak Zie berbalas pantun.. menarik sgt..susun katanya..tuh.. :)

Kakzakie Purvit said...

sar,

meononton filem lone ranger
kenapalah pilih filem barat
berpantun kita sesama blogger
moga ikatan bertambah erat

Kakzakie Purvit said...

nurkass,

terima kasih jomlah sama....

Cikgu Nurin said...

Bulan April kenduri Kak Tun,
Saya fail dalam bab pantun...
hi hi hi....

Kakzakie Purvit said...

seksi banni,

Penjual bagi 4 kerat
pembeli jawablah 4 kerat

Kakzakie Purvit said...

Aby,

jangan ditarik lembu berat tu
jawablah pantun 4 kerat tu...

Kakzakie Purvit said...

redza,

bakat terendam menggigil lama
jomlah redza join sama

Kakzakie Purvit said...

sahromnasrudin,

janganlah puji macam tu sekali
terduduk sakit nanti kakzakie

Kakzakie Purvit said...

NzA,

Itulah My Little Diary mangajak kita berpantun agar kembali pulih segala yg tersimpan lama.

Kakzakie Purvit said...

Ila,

Usah merendah diri
nanti termakan diri

Hihihi....

Kakzakie Purvit said...

zue,

membaca pun ok juga
tapi lebih meriah join sama

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Ati masrif,

Baca pantun kyusuk sangat
kenapa merendah diri bangat :)

Kakzakie Purvit said...

eelobor,

Kakak tahu malu-malu tu
sekali keluar terus meluru

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam ahamd humairi,

kalau begitu apa lagi ditunggu
alahai kakak malulah cikgu

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Abd Razak,

kebolehan sebagai anak soleh
kami tahu ustaz boleh

Kakzakie Purvit said...

nba-Nur,

Janji ada pembayang dua baris
ada maksud dua baris
pantun mesti laris

p/s: sorry salah date ye. Kalau gitu in advance wishes la jadinya.

Kakzakie Purvit said...

Cikgu Nurin,

Fail berpantun betul ke tu?
belum cuba belum tahu cikgu

Kakzakie Purvit said...

Rinna,

Kunjungan rinna amat berharga
jom rinna berpantun kita :)

ibuintan said...

wah, hebat pantun kak..

boleh cuba jugak ni

Kakzakie Purvit said...

ibuintan,

jatuh hukuman penjara dan sebat
kakak tahu ibuintan lagi hebat

Adinda Amy Sensei said...

as salam kakzakie...

waahhh....pandainye berpantun...hehe
teruskan berpantun kak...martabatkan budaya bangsa...hehe

Unknown said...

SELAMAT MALAM KAKAKKU..
balik dr kampung..ingat kamu

wah!!!!!
pantun dgn MLD eik..
ayu dah pernah balas pantun yang dijualnya...ingat2 bulan lepas..


ehem..menjiwai sungguh pantunmu itu..
ayu suka lah..

hentian said...

kutunam kakinya,
kudapat kakinya..

tu pantun tekateki masa kecik dulu. ha.. jawap!

Acik Erna said...

kakzakie..akak tak pandai nak pantun2 ni..tapi diulu2 memang suka mendengar rancangan berbalas pantun diradio..

Anonymous said...

malam
blue suka pantun inio
salam hangat dari blue

Cik Ina Do Do Cheng said...

maaflah zakie makcik ni bab pantun lemah sikit.kak chik mesti pandai, sebab dia kalau menulis penuh puitis. Sama ngan zakie gak, makcik tulisannya beseni.

Mak Su said...

Mari berpantun bersama kakzakie
pantun dikarang di pagi hening
tidaklah dapat saya nak join xtvt
baru berfikir sudah fenin
;p

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Adinda Amy Sensei,

Tak puas-puas hendak bergaya
baru duduk dah nak berdiri
bukan saja memertabatkan budaya
tapi menyahut ajakan rima MLD

Kakzakie Purvit said...

Citarasa Rinduan,

Eh.. Ayu dah pun pagi
Meh jawab pantun MLD
Balik kampung kata bercuti
tak tahan ye mengintai lagi

Kakzakie Purvit said...

Insan Marhaen,

Mana ada kutu berkaki empat
kurniaan Allah begitulah jadinya
Kalau enam kaki kuda melompat
habislah tak guna kereta kita gamaknya

Kakzakie Purvit said...

Kak Erna,

Alahai kak Erna ini bukanlah apa
sekadar sahutan di alam maya

Kakzakie Purvit said...

bluethunderheart,

amboi nama pun dah hebat
insya-allah kakak akan ingat

Kakzakie Purvit said...

Cik Ina Minat DDC,

makan nasi ulam raja
cecah dengan sambal belacan
alahai Cik Ina suka-suka saja
manalah tahu ada can

Kakzakie Purvit said...

Mak Su,

usah merendah diri mak su
belum cuba belum tahu

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

kakpun tak pandai mengarang pantun..

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Werdah,

Puas berpantun mula bermadah
turun pentas terus berlari
kakak malulah dengan Kak Werdah
pengalaman banyak ilmu tak terperi

Hairun Azmi said...

Orang mabuk pakai bekini
Anak Cipan jatuh bukit
Sungguh menarik entri ini
I like it


Kadar celik huruf wanita Malaysia terbaik di dunia

Kakzakie Purvit said...

Miecyber,

Pakai bikini sungguh mengaibkan
pakailah kurung pakaian kebangsaan
kalau menarik jomlah ajukan
menjawab pantun kita meriahkan

suri solehah said...

salam kak..lama suri bercuti..rupanya akak kat sini..dalam agenda berpantun..menariklah kak..

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam suri solehah,

Seronoknya berpantun sesama kita
suri tak nak join ke?

Puteri said...

wah pantun.. nice
he.he..
saya setakat 1-2 rangkap oke la kot..
he.he

Kakzakie Purvit said...

puteri,

dont just say nice only
come joint berpantun puteri

Pemerhati Dunia said...

Wah, bagusnya bait-bait pantun akak.

lalink7 said...

hebatlah akak..akak mesti pemantun terbaik masa sekolah2 dulu kan? hehehe..

azieazah said...

Salam Kak.
Lama sungguh saya tertinggal segmen yg best-best....

nba-Nur said...

Terima kasih Kak Zakie atas ucapan in advance tu.. :)