Aku memang sengaja membiar halaman Titisan Nurani tanpa bintang dan bulan. Mudah bagi mata aku yang sedia rabun ini terus menjelajah ke dalamnya. Namun dalam kekosongan ruang yang sebegini ada juga yang berminat memberi award dan tag aku. Blogger dari Citarasa Rinduan nampaknya mahu aku turut serta juga. Ingin tahu lanjut apa ada di Citarasa Rinduan persilakan jejari itu menari dan mengetik ini http://rahayurazali.blogspot.com/ Aku pasti anda juga akan terpikat.
Sebagai memenuhi syarat lihatlah: -Pertama: Salin gambar di atas dan tepeklah di entri yang dibuat.
(Lihat gambar di atas telah tertera dengan gahnya)
Kedua: Dari mana dapat tag dan award ini.
(Mohon aku selitkan sedikit apa yang aku tahu tentang blogger yang tag aku - Maaf Ayu sekiranya ada yang terlebih/terkurang)
Wanita ini bukan sahaja seorang blogger. Kurniaan Allah didudukkan beliau hidup bersama seorang kaum Adam bernama En. Razali sebagi suri di hatinya. Mencanai kebahagiaan hidup dikongsi bersama seorang puteri yang dipanggil Umai. Tugasan mengurus sebuah hakmilik persendirian membolehkan dirinya dipanggil usahawan juga. Citarasa Rinduan bukan saja tempat mencurah idea, tetapi juga adalah tempat disandarkan hidup lebih selesa disamping dapat memberi peluang kepada mereka yang memerlukan untuk mencari nafkah. Sabar dalam mengharungi hidup bersama mereka yang ada disampingnya samada yang tua mahupun yang muda. Itu yang membuat pasangannya turut berbangga memiliki insan bernama Rahayu.
Ketiga: Senaraikan lima blog yang menjadi kegemaran anda dan sebab-sebabnya: -
(Wah.... banyak blog yang aku suka sebenarnya. Terutama yang berkaitan agama, cerita anak-anak, perjalanan, masakan, jenaka dan tugasan harian)
1. Seorang wanita gigih, seorang ibu dan juga seorang guru yang berdedikasi. Tuisyen dia tidak gemar. ckLah nama digemarinya. Mendidik anak murid dikalangan perempuan begitu cekal sekali kerana tubuh badan sendiri sebenarnya diuji Allah dengan suntikan yang terpaksa dilalui saban hari. Ingin melabuhkan jejari melihat siapa suri itu silalah klik ke http://xiiinam751.blogspot.com/ .
2. Seorang wira yang telah banyak berjasa kepada negara, bangsa, agama dan keluarga khasnya. Bererti memang dia lebih banyaklah makan garam. Sekilas iar di laut dia sudah tahu jantan dan betinanya. Kini berbahagia melayari hidup bersama permaisuri yang sering disebut sebagai Mak Ngah. Wira ini bernama Tn Hj. Hamzah bin Abd. Hamid empunya blog http://al-lavendari.blogspot.com/. Membawa halaman yang diberi nama komensen ada waktunya aku bagai dibuai leka membaca apa yang tertera di dalam halamannya.
3. Wanita ini gigih mentarbiah dan memberi tazkirah sesiapa jua yang sudi menginjak halaman yang diberi nama Nota Untuk Diri. Werdah nama tertera. Aku selalu menumpang menikmati dan mentarbiah diri dari apa yang beliau titipkan. Menikmati kehidupan sebagi pesara memang membanggakan kerana beliau tidak sahaja duduk goyang kaki sebaliknya menyebar ilmu untuk tatapan bersama. Sesekali relakanlah jejari anda menari atas huruf-huruf ini http://harmoniinn.blogspot.com/
4. Ini dia teman blog yang sebangsa dan seagama dengan aku. Boleh berbicara hanya melalui blog. Aku memanggilnya Aby. Mungkin itu panggilan putera-puterinya. Apa yang aku tahu beliau mempunyai hobby satu keluarga yang sama. Menjengah halamannya pasti akan disogok dengan pandangan mencerlang mata-mata kucing kesayangan keluarga beliau. Ada yang bernama Damia, manja, romeo dan paling aku ingat ada Shah Rukh Khan. Macam bintang filem hindu. Ingin menikmati halaman Hidup Bagaikan Satu Perlumbaan larikanlah sesekali membawa mata anda ke http://satuperlumbaan.blogspot.com/
5. Puteri ini solo lagi. Buah hatinya bimbang menonjol diri atau mungkin masih mencari itu aku kurang pasti. Menjengah halaman http://kilauancintasangratu.blogspot.com/ pasti mengundang rindu untuk kembali lagi. Stori Mori Terkonang Juo itu dia kepunyaan empunya diri dipanggil sebagai Adinda Amy Sensei. Aku menggemari muka comel baby di halamannya. Terbaru baby ini diletkkan dalam satu kiub dan bergolek-golek, sangat cantik.
Kalau diikutkan oleh naluri aku ramai lagi blogger yang mahu saja aku bagi award dan tag kerana semuanya amat aku suka. Tapi syarat diberi oleh tuan asal http://adzriel.bolgspot.com/ membenarkan 5 sahaja maka itulah yang mampu aku berikan. Sahabat sekelian, mohon ambillah award dan tag ini sebagai ikatan ukhuwah antara blogger. Aku percaya ramai teman blogger yang telah mendapatnya.
59 comments:
Berkawan secara tulus di maya ini, memberikan kita kepuasan yang tak terucapkan oleh kata2... :)
nasib baik kawan tak kena, sebab tak tertunai nak buat entri pasal tag nie. apapun, terima kasih kerana selalu berkunjung & komen kat entri saya
Assalamualaikum kakcik,
Walau jauh tak nampak muka tapi terbayang wajah dari yg tertera di blog. Rasa kasih akan ada... :)
Assalamualaikum eelobor,
Eh... cuba lihat di cintarasa rinduan. nama dah naik tak kan nak kena tag 2 kali. tak aci. pergi lihat kat sinun tu... Ayu siap melanggar syarat lagi - 10 blogger dia tag. Hehehe...
rajinnya akak buat tag....slmt berhujung mggu
Assallamualaikum kakzakie,
Kakzakie pandai buat n3, macam-macam idea ada..itu yang mama rajin ziarah walau terkadang tiada jejak .
Mama pula tak tahu tag mengetag ni...ada apa nak tampilkan mama type saja..terkadang seronok melihat blog2 yang kreatif dan cantik..
assalamualaikum kakak..
alahai...terim kasih kakak kerana sudi menyenaraikan blog saya menjadi salah satu blog kegemaran kakak....barulah saya tahu masih ada yang menggemari blog saya...saya ingatkan takde yang suka..maklumlah entri di blog saya banyak yang ikut suka saja...nak kata ilmiah, taklah mana pun..sekadar hentam ..main tulis saja...hehe
terima kasih kakak atas tag tu... hehe
salam singgah semula..kdg2 yg simple itu lebih menarik...dah follow...tq
saya teringin nak jumpe tuan aby tue....tapi sehingga kini lum ada berkempatan..insyaAllah jika ada rezeki nnti...
as salam kak zakie,
semua di atas ati belum kenal lg
kecuali ayu...nanti bila senang akan
kesana pula...TQ kak
Jom baca: Khas Untuk Semua KAUM WANITA.. mesti baca!!
salam...
singgah sini memabaca entri kak...:)
salam kak,
'tag'... mende yg paling saye malas nak buat ha3
tag memang syok nak jawab tu yang tak larat
tahniah le
Redza,
Kawan punya pasal kena juga buat redza. Rasa seronok juga.
Waalaikumsalam nadz,
Mama tag lagilah mudah. Ikut je apa yg dia suruh. Siap saja published.
Waalaikumsalam Adinda Amy Sensei,
Tak perasan ke Adinda Amy akak boleh katakan selalu jejak apa yg Adinda tulis. Kalau malam sorry tak boleh anak-anak dok menjengah sama.
Ila....
Gembira bertemu teman-teman baru.
Sahromnasrudin,
Kakak mengenali aby sejak tahun lepas lagi. Insya-Allah pertemuan boleh dibuat dgnnya. Kan ke dekat je sahrom dgn dia....
Waalaikumsalam Ati Masrif,
Kakak gembira kalau Ati boleh menjadi teman pada mereka juga.
Bahagia buat Sekamar Rindu,
Terima kasih sudi membaca....
REPUBLIK N9,
Kalau boleh kakak nak tag Hasrul tapi tahu awak tak suka....Kamu kan budak nakal yg kakak hormati....Nasib tak ada anak dara kalau tak kakak jadikan calon menantu...
Cemomoi,
Memula cemomoi dalam kepala sebab kakak suka bujang-bujang cemomoi tu..... Tapi takut nanti dikata balas tag pulak sebab dulu kakak kena tag cemomoi...
waalaikumsalam...(jwb singgah tadi)
nanti boleh terjah sana sama...tambah sahabat alam maya.
assalamualaikum,
...saya dapat kain pelekat...TAGnya gajah dari kakcik hehe..pernah kena tag tapi maaf saya xdapat jawab tugasannya...
salam k zakie,
terkejut juga aby tengok blog satu perlumbaan dalam senarai k zakie,
utk info, lps ni blog satu perlumbaan tk crita kucing lg. sebalik nya aby dah buat blog baru khas utk bicara kucing. baru buat first posting.
http://dorobeescattery.blogspot.com/
lg menarik,
view kucing pedigree aby, shah rukh khan gambo penuh, Letto yg k zakie suka masa kitten, koleksi penuh rossette n tropi ..
apapun tahniah atas terima award ..
utk sahrom ..
insyallah, ada rezeki boleh jumpa ...
Tahniah dapat award yer kak... :)
Tahniah kak. Saya suka cara akak menyenaraikan blog kegemaran tu. Membuatkan saya teringin berkunjung ke sana. Insyaallah akan dicari ruang dan peluang untuk melawat setiap satunya.
setiap perbuatan baik pasti ada balasannya...mesti ramai sayang ni...
selagi kita hidup selagi itu kita akan di tag..
Ab@h_Izz,
Terjahlah 5 bloggers yang kakak listkan itu. Bersahabatlah dgn mereka kerana mereka adalah sahabat maya kakak juga....
Waalaikumsalam ahamd humairi,
Kain pelekat itu bila tersarung je mesti ingat kakcik kan... Untung kakcik bila cikgu guna buat solat dia pun dapat saham sama...
Waalaikumsalam aby,
Lepas ini kakak harap akan lebih ramai yg mengunjungi blog aby. Kucing aby pun akan lebih famous jadi macam ct nurhaliza. Hehehe....
Cik Shinju,
Terima kasih cik shinju. Tak lama mesti ada yg tag cik shinju....
Kak Sam,
Begitulah hendaklah jalinan maya. Pusing lama-lama akan tiba giliran kita kena tag. Jemputlah berkunjung 5 blog yg kakak list itu...
Sham,
Semoga sesama kita menjaga ukhuwah itu. Terima kasih sham....
Inshan Marhaen,
Benar sekali apa kata IM. Tidak sekarang akan datang. Ianya berlegar antara satu sama lain....
Oooooops! Den terkena...
Terima kasihlah kakak....tapi minta maaf awal-awal kalau ckLah lambat 'mengambil tindakan'...Maklumlah, selalu hilang keupayaan....Hehehe
terima kasih kerana beri award itu kepada saya. maaf sebab lambat berkunjung ke sini. semalam mengantuk dan juga sibuk menghadiri dua kenduri kawin dan juga menguruskan servis kereta dll hal peribadi.
nanti saya ambil dan tepek dalam entri terbaru saya esok lusa.
terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kerana kesudian kakzakie menuliskan kata-kata yang enak didengar berkenaan saya.
Assalamu'alaikum kakzakie
Tahniah kepada kakzakie kerana dapat award ni.. Terima kasih memberikan award kepada kak .. blog kak tak seberapapun.. insyaAllah kak ambil dan publishkan tapi nak jawab dan nak tag tu belum pasti beoleh ke tak... insyaAllah ya.. semoga ikatan ukhwah berkekalan..amiin
ckLah@xiiinam,
Kakak mengerti apa yg cikgu maksudkan. Tapi kakak bangga cikgu kuat dan punya stamina sebab tu masih boleh merentas desa dgn murid-murid. Tahniah cikgu...
al-lavendari,
Kakak sudah nyatakan Tuan Hamzah ini punya banyak kriteria yg membanggakan. Tak kisah janji hajat kakak nak tag sudah tercapai. Moga ada teman blogger baru akan datang berkunjung ke blog tuan.
Wa'alaikumsalam Werdah,
Sangat maklum Kak Werdah. Apa yang penting kakak mahu teman blogger yg berkunjung ke blog kakak dapat sama menikmati dan mentarbiah diri mereka melalui blog Kak Werdah. Mahu mereka kongsi sama.
zakie awak pandai menulis ye.Bila baca tulisan awak, rasa tenang je. Semoga blog awak terus success.
assalamualaikum kakak...
singgah di hari ahad..nak bertanya khabar..
sihat?
moga bahagia tetap ada..
Assalamualaikum. Salam ziarah kakzakie.
Semoga sentiasa ceria.
TQ
selamat malam kak zakie..
subhanallah..
ayu tak singgah sini semalam..malumya pada kakzakie..
kak, terima kasih ambil award ini....sesungguhnya ayu bersyukur punya kawan sebaik kakakzakie..
thanks sekali lagi
salam hujung minggu kak =) ~
As salam kak zakie...
selama berblog baru 2-3 kali sampai kesini...
harap lps ni nak dtg sini selalu..
Cik Ina MDDC,
Terkedu kakak kena puji setinggi itu. Usahlah begitu malu pulak rasanya....Terima kasih atas doa itu.
Assalamualaikum Adinda Amy Sensei,
Kunjung la dik... kakak tapi kalau hari Ahad kurang menatap blog. Masa lebih kepada kerja rumah.
Wa'alaikumsalam Adin P@P,
Terima kasih ziarah...
Citarasa Rindua,
Ayu pagi ini baru kakak buka. Tak kisahlah tu. Kakak bangga melihat perkembangan Ayu....
Manje,
Selamat Hari Isnin manje, sebab kakak pagi ni baru buka pc.
Wa'alaikumsalam Piasara,
You are always welcome. Moga kita saling berkunjung dan dapat membaca N3 dipaparkan.
assalamualaikum..kesemua mereka emmang hebat kan
ni kawan baru sudah mari
hehe
Wa'alaikumsalam sahrom,
Termasuklah juga sahrom yg kakak kenal.
IMANSHAH,
Terima kasih cikgu sudi mari :-)
wah bagusnya akak rajin jawab tag ye.. mereka semua memang hebat , tabik springgggg!!!:)
Post a Comment