Thursday, February 5, 2015

Aku-janji bersama demi meraih kejayaan

Seperti tahun-tahun sebelumnya kali ini adik pula membawa surat dari pihak sekolah untuk kami para ibu-bapa melihat secara langsung dan lebih memahami program yang telah disusun oleh pihak sekolah untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperikasaan UPSR tahun ini. Adik pastinya tidak mahu mama-papa tertinggal sama. Walaupun ketika berada di sekolah langsung kami tidak berpeluang bertemunya. Program adik bersama kawan-kawan sudah disusun rapi pihak sekolah. Aku puji sistem pentadbiran sekolah adik. Hanya Allah jua yang membalas jasa-jasa semua warga sekolah yang tidak pernah kenal erti penat demi anak-anak kami semua.
 
Pagar sekolah - Tepat jam 10:00 pagi pagar sekolah dibuka pengawal. Para penjaga yang menanti di luar sedia masuk.
Adik & rakan - Semua pengawas tahun 6 naik ke pentas sebagai wakil murid. Lain-lain murid berdiri di bawah turut sama bediri membuat ikrar aku-janji memikul tanggungjawab untuk meraih kejayaan yang diimpikan.
 
Selesai anak-anak membuat aku-janji, pihak ibu-bapa pula mengambil tempat dan akhir sekali warga pendidik sekolah. Bila diri kian dipagut usia tua, mudah benar airmata mahu mengalir dari pelupuk mata kala terpahat ikrar aku-janji yang dilafazkan. Terasa ada tanggungjawab yang perlu digalas dengan sempurna sepertimana yang diikrarkan. Terharu dengan kesungguhan para guru. Tinggi harapan mereka. Tahun Kak Reen dulu merupakan tahun terbaik tercatat dan sehingga kini belum terpecah lagi rekod tersebut. Harapan pihak sekolah tahun adik ini mampu memecahkan pencapaian rekod tahun Kak Reen dulu.

~~ Tahun 2015 merupakan tahun terakhir UPSR kerana tahun hadapan anak-anak sudah dengan sistem KSSR.~~


43 comments:

Kakcik Seroja said...

Semoga anak2 terus memacu jaya dengan usaha mereka, bimbingan para guru dan doa ibubapa...

Sweet red cherry said...

semoga anak akak mendapat keputusan yang cemerlang upsr nanti..

Yaya Azura said...

adanya program macam ni anak-anak lebih bersemangat! lebih bersungguh-sungguh! selamat maju jaya.

asyifamustaffa said...

MOga berjaya semua...insyallah..

Unknown said...

kenangan masa sekolah dulu kak time buat aku-janji ngan ibubapa ni mesti menangis..huhuuu sedih sangat..

buat adik, selamat belajar dan moga beroleh keputusan yang cemerlang..kejap jer masa skarang..tik tok tik tok dah nak exam..

paridah said...

kak kalau dpt hadir mjlis anak2 sekolah gini sama juga dgn kakzakie cpt tersentuh hati n menangis...terasa bangga dgn ktrampilan anak2 yg jujur ikhlas apalagi di mjlis akujanji...

εïзmmyHazaεïз said...

Semoga anak2 berjaya dengan cemerlang.. Amin.. Guru2 kat sekolah pon IBU kite ke 2.. InshaAllah atas keikhlasan bimbingan mereka, anak2 kite akan berjaya.. Dunia akhirat kan Kak..

mama eija said...

kesungguhan ibubapa dan guru akan membuahkan hasil yg cemerlang insyaAllah.. selamat maju jaya adik2 :)

aby said...

Salam kz,
Sama2 kita bntu cikgu demi kecemerlangan anak kita dlm pelajaran, mogo anak kz berjaya dlm upsrnya nnti ..
Anak ku wes orak enek seng skolah rendah.
Kabeh wes gedi2

Acik Erna said...

kakzakie..acik memang dari muda..dari anak pertama mula bersekolah tadika lagi..kalau ada program disekolah..memang air mata ni mudah je keluar nya..sampai semua kawan2 dah tau dah..acik pun pelik jugak..tengok anak bersukan ..ambik hadiah ke apa saja program..memang murah bebeno air matanya kakzakie.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Semoga adik akan mendapat keputusan yg cemerlang dalam UPSR nanti...

Ye kakzakie masa Najeeha bermula KSSR tu.. pada hari sabtu hadapan ibubapa dijemput untuk penerangan dan akujanji.

nur anis said...

semoga anak-anak tersebut terus berjaya hingga dewasa dan boleh berbakti pada ibu bapa..

Inani Hazwani said...

semoga adik berjaya dunia dan akhirat. belajar rajin rajin tau adik ^^

Bunda_nora said...

Assalam...
Semoga adik berjaya dalam apa jua bidang dan aktiviti yang diceburinya...

Aamiin...

Zaitun said...

Syabas...semoga tahun ini beroleh kejayaan yang lebih cemerlang.

Keputusan SPM tahun Mimi adalah yang terbaik sepanjang sekolahnya dibuka dan yang membanggakan ramai anak2 melayu yang mendapat straight 'A'.

Nieyla Nadia said...

Salam...

Semoga adik berusaha sungguh2 yea...usaha tangga kejayaan..:)

Kamsiah yusoff said...

semoga berkat kesungguhan para guru dan ibubapa....insya ALLAH anak2 akan beroleh kejayaan..

dhiera zainudin said...

inshaAllah, mereka semua anak-anak cemerlang.

baru tahu kak upsr tahun akhir tahun ni~

Ujie Othman said...

semoga Adik dan rakan2nya mampu pecah rekod thn ni. Insya Allah!

Cik Lily Putih said...

all the best..

Kayu Manis said...

yelah kak thun iman KSSR 4A sajer bkn 5A mcm biasa tu...penulisan dh tak ada...tukar sampai pening...

kehidupan sihat said...

Semoga semua berjaya.amin.. :)

Dr K said...

Moga Adik peroleh keputusan yg cemerlang, Insya Allah

Cik Ecah said...

amin...doa seorang ibu makbul InsyaAllah.. :)

Eray Majid said...

tiada memori aku janji time UPSR dulu, atau mungkin takde. apa pun moga aku janji ni dapatlah memacu semangat adik2 untuk berjaya dalam UPSR...terkadang terfikir budak sekarang lebih tertekan berbanding budak dulu...betul kah?

Shahrul Yusof said...

Kagum dengan dedikasi guru-guru yang sangat komited terhadap pendidikan anak-anak walaupun sistem pendidikan Malaysia sering dikritik akibat campur tangan orang-orang yang berkepentingan dalam politik. Kadang, menteri-menteri pun sama sibuk campur tangan sampai sistem pendidikan kita jadi tak konsisten.

Hanis Azla said...

As-salam kak zakie..

saya sangat sokong program aku janji ni.. jadinya semua yang terlibat (pelajar, guru dan ibu bapa) akan lebih komited dan bertanggungjawab untuk memastikan kejayaan bersama.. anak saya yang di tingkatan 4 pun dah buat aku janji untuk kejayaan spm tahun hadapan.. langkah awal sekolah yang harus dipuji..

AMIIZAA@Mieja said...

salam kak zakie


auntie mieja doakan adik pasti beroleh kejayaan, amin.

nurbijen said...

owh, kira normal lah kan that kind of feeling?
Saya pun kadang2 jenuh duk menahan cecair jernih dari jatuh ke pipi bila bercakap dgn cikgu pasal pencapaian anak2... mcm2 perasaan bercampur baur...
Untung adik sempat adik UPSR... Irfan balik nanti darjah 4, sempat lagi kot nak catch up sistem sekolah kat M'sia :)

OKje said...

Oh.....macam taklimat UPSR jugaklah ni yeh kanda...Sama jer kita kanda, mudah betul air mata ni jatuh, bukan kerana sedih kekadang, entah apa yg difikirkan pun tak tahu.... sampai jatuh air mata huhu

jie susanos said...

emm,thun ni last upsr rupanya..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga anak akak berjaya dalam peperiksaan nanti.

nohas said...

semoga adik dan kawan2 berjaya dlm UPSR tahun ni...berusaha..ibubapa sentiasa beri perangsang dan semangat utk berjaya..

nOe suhaimi said...

jasa guru2 dalam mengajar anak2 kita mmg amat besar..terima kasih kepada mereka semua keerana tanpa jemu mengajar anak bangsa...

moga adik menempuh kejayaan..

Puan Kutu said...

Selamat berusaha keras buat adik. Semoga dapat pecahkan rekod kak reen

iryantyismail said...

baru tahu tahun ni tahun akhir upsr..harap harap kssr tak kelam kabut macam pt3.....

adik yan pun tahun ni upsr...semoga mereka berjaya dengan cemerlang...amin

kakrose said...

moga adik cemerlang dlm pepereksaan UPSR nanti..

Mummydearie said...

Pening kalau mendengar tentang sistem peperiksaan di Malaysia ni. Kena sentiasa mengikuti perkembangan, kalau tidak tak tahu apa-apa pun. Semoga tahun terakhir UPSR ni akan berjaya mencatat rekod terbaik sekolah mengatasi tahun Kak Reen dulu. Insya Allah, Adik akan jadi salah seorang daripada pelajar cemerlang tersebut.

Unknown said...

semoga berjaya dunia akhirat dan jadi anak yang berguna...insyaAllah...

TukangKebun said...

Saya sekarang beli buka latihan anak-anak pening kepala sebab asyik bertukar system.

Umialya said...

Aamiin, moga kejayaan sentiasa bersama anakanda.

babYpose said...

semoga adik berjaya dunia akhirat, Amin.

Normala Saad said...

Benarkah.aku cinta benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur airmata ku mengenangkan mu....inilah lirik yang paling indah dan menyentuh perasaan saya....mendalam betul maknanya..