Monday, February 9, 2015

Pukau warga emas

Perbualan di surau kampungku kini berlegar isu berkaitan masalah pukau. Siapa sangka bapak menjadi salah seorang mangsanya. Duduk di bangku panjang di hadapan kedai runcit sambil menunggu anak yang akan pulang tiba-tiba tanpa disedari semua duit di dalam dompet bapak diambil, tinggal RM5/- saja ditinggalkan. Itu pun bapak tersedar apabila mahu membeli roti tiba-tiba dilihat di dalam dompetnya hanya tinggal RM5/-. Masih belum sedar disangkanya dia hanya membawa duit sebanyak itu, tetapi apabila di dalam perjalanan balik ke rumah baru sedar bapak telah terkena pukau.

Menurut bapak sewaktu dia duduk di bangku itu, tidak ada pelanggan lain selain bapak sendiri. Tuan punya kedai ada di dalam kedai bersama isterinya. Tiba-tiba ada sebuah kereta kancil putih berhenti di depan kedai dan melambai bapak. Orang kampung biasalah, disangkanya orang mahu bertanya rumah seseorang memandangkan penampilan pula adalah wanita Melayu sudah berusia dan bertudung pula. Dalam pada itu bapak masih boleh ingat wanita itu bukan mahram apabila diminta masuk dalam kereta bapak masih mampu membaca doa tetapi entah 'syaitan' apa tiba-tiba bapak boleh tidak menolak duduk di dalam keretanya. Apabila mahu dihantar balik bapak masih boleh ingat berkata "Pakcik tengah tunggu anak pakcik tak apalah nanti pakcik balik dengan anak pakcik". Cuba bayangkan kalaulah bapak terus ikut kata makcik itu, aku rasa licin semua duit bapak di rumah sebab rumah kami tidak sampai 10 minit jarak dari kedai runcit tersebut.

Kami sangat bimbang dengan keadaan di kampung sekarang. Kebanyakan penghuni kampung aku yang tinggal adalah warga tua. Sesekali adalah anak-anak balik. Macam bapak seminggu sekali baru ada anak-anak balik. Dua minggu sekali bapak mendapat bayaran hasil jualan dari kebunnya, tetapi biasanya sebulan sekali baru dimasukkan bank. Semalam semua duit bapak sudah berada di tangan kami untuk dimasukkan bank sebab buku akaun bapak ada di rumahku. Tinggalkan bapak RM 200/- saja untuk keperluan seminggu. Sekiranya tidak cukup bila-bila masa saja aku boleh balik. Sayur-ikan dan lain-lain semua sudah ada hanya untuk makan-makan bila bapak hendak membeli di warung saja. 

~~ Biarpun bapak selalu mengajar anak-cucu-cicit doa supaya terhindar dari dipukau, siapa sangka bapak sendiri telah menjadi mangsa. ~~


54 comments:

dhiera zainudin said...

innalillahwainnailahirojiun. manusia sekarang.

nasib bapak akak tak jadi apa-apa. alhamdulillah

kakrose said...

Nasib baik tak jadi apa2. Diarang pun pandai pilih orang dan tahu warga emas bnyk duit. Kita brpesan2lah pada emak bapa kita supaya berhati2..

paridah said...

HMM...SGT MERISAUKAN KEJADIAN2 PUKAU BEGINI...WALAU KDG KITA BERINGAT KALAU HNDAK BERLAKU TETAP JUGA BERLAKU...SASARAN MRK ORANG2 BERUSIA YG AGAK LEMAH N MUDAH DIPERDAYA...SYUKUR AYYAH KAKZAKIE CPT DISEDARKN ALLAH N TIADA APA2 YG MEMUDARATKAN DIRINYA BERLAKU..

Mia Kassim said...

Alhamdulillah nasib baik bapa akak tidak diapa2kan. Kena lebih berhati2 dengan keadaan zaman sekarang ni. Bahaya ada dimana2, tak kenal usia dan jantina ..

AMIIZAA@Mieja said...

allahuakbar, syukur bapak akak cepat sedar semula.....mereka ni memang target org tua-tua kan...mcm arwah nenek dulu pon pernah kena jugak mcm ni.....moga bapak akak sentiada dalam lindungannya amin.

Kamsiah yusoff said...

Ya ALLAH...wanita bertudung punya angkara...

Puan Kutu said...

ya Allah smp hati pulak tu jadikan org tua sebagai mangsa.agaknya target warga emas yg paling senang utk depa operasi..zaman dah maju pun ada lagi benda pukau ni semua.risau juga ye bapak kak zakie sorang dikampung.harapnya bapak dipelihara Allah n semoga kejadian tak berulang

adyna AB said...

Macam2 cara skrg org berani buat utk duit kan , mtk bapak kak zakie berhati2 selalu ye

Acik Erna said...

Ya Allah kakzakie..Alhamdulillah tiada yang lebih buruk berlaku.
memang macam tu kakzakie..acik masa kerja kat airport pernah kena..masa tu pakai gelang emas..
bila nak solat zohor..nak ambil wudhuk..baru teringat..terus rasa nak balik rumah cari kat rumah..tapi semua kawan2 memang nampak acik pakai..sah lah bukan rezeki acik kan.tak sedar bila masa buka tu..cuma teringat masa tu dikaunter ada orang dekat2 ngan acik je.

iryantyismail said...

mujur bapak akak tak bawa balik umah...
tak berhati perut orang jnis macam nie...

BinMuhammad said...

Teringat mak saya pernah kena dulu. Kat kampung juga lah... Habis dibagi semua barang kemas yg dipakai...
Sukar nak kenali, biasanya berperwatan baik, hanya singgah nak tanya rumah orang...tau2 dah terpukau.
Warga emas dikampung memang menjadi sasaran mereka. Semoga Allah melindungi mereka...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Allahuakhbar kak.. mengingatkan saya pada arwah abah saya, arwah abah juga pernah kena pukau sewaktu mengambil wang pencen nya di bank, habis semua wang abah di bank diambilnya, mengikut cerita arwah abah, sewaktu dia keluar bank tu, ada lelaki berjubah dan siap berjubah menegurnya, lepas bersalam dengannya abah masuk dalam kereta, lepas tu lelaki berjubah tu pun masuk dalam kereta abah juga, lepas tu abah boleh keluar balik pada keretanya dan pergi bank keluarkan semua duit dalam banknya. Masa abah memandu kereta dalam kena pukau tu.. Alhamdulillah samapi ke rumah... lepas tu mak tegur , baru abah tersedar, tengok ditangannya memegang kayu kecil.. mak tanya kenapa, pastu abah seluk poketnya dan tengok buku banknya dan duit tinggal RM50.00 ajer baki dan duit tunai didompetnya hanya ada RM50.00. Ya Allah, den kena pukau ni, mak tengok buku bank abah, memang ada dua kali pengeluaran, biasa abah akan keluarkan RM500 sahaja utk belanja mereka berdua.. jadi baki RM 2 ribu lebih dalam akaun pencennya itu habis dikeluarkan. Semenjak hari itu kami membuat kad bank MEPS utk abah dan adik aje yg ambil utk abah. Rupanya memang banyak yg dah terjadi pada orang2 tua.. target oleh pemukau adalah pada orang tua.. Memang kena hati-hati sekarang ni kan..

norhidana said...

Allah kak, risaunya dana yg membaca nih, terus teringat mak abah atuk n nyai kt kampung tuh... sbb tu klu kt umah mak mmg sentiasa kunci pintu luar, sbb mak sellau kt dapur, itu pun mmg selalu berttp, bahaya kan klu org2 mcm tu... kadang pandai je depa nk menipu... moga di hindarkan n sentiasa dilindungi olehNya org2 tersyg kita

Malinda said...

salam singgah...takutnye sebab mak saya pon tinggal sendirian nampak sangat diorng ni mensasarkan golonggan tua...moga Allah lindung ibu bapa kite semua

Normala Saad said...

...nyatalah pencuri sekarang amat advanced. Pelbagai cara dan kaedah mereka lakukan untuk dapatkan duit. Berjubah dan dahi hitam pun tak boleh percaya juga....

Kayu Manis said...

alahai..sng betul penyamun buat kerja ye...
mmg kerap benda mcm ni jadi kak..
target diorg warga emaslah...

berhati2lah lps ni...jgn berjln sorang2lah sebolehnya berteman..
klu nak jadi..tak boleh bt apalahkan...

JunAina said...

Pandai mereka cari target orang tua yang bersaorangan lepas tu memburukkan imej Islam dengan penampilan muslimah. Moga Allah memberi petunjuk kepada orang2 yang mengamalkan pukau tersebut.

Ujie Othman said...

ya Allah kak Zakie..risau pulak! kampung kita dekat je tu. Tapi kat Rimba Terjun blm dgr cerita lagi. Nanti nak kena bagitau mak ni.

Apapun Alhamdulillah bapak akak tak apa2. dan tak sampai ke rumah penyamun tu.

Inani Hazwani said...

allahuakbar. tak sangka ada jugak orang yang buat kerja kerja tak elok ni pada orang tua.

Fiza Rahman said...

Scary skang kak. Alhamdulillah bapak akk tak apa². Mak saya pon pernah kena. Orang tu datang rumah, lelaki. Saya lupa pasal apa. Habis gelang ngan rantai dikebasnya. Lpas org tu balik baru dia sedar. Smoga si pencuri tu mendapat balasan yg setimpal sebab menganiaya org tua. Sedih bila ingat² balik kak.

Smoga parents kita sentiasa dibawah lindunganNYA.

Izwa Kamaruddin said...

allahhu..bahaya nyer dengan keadaan ksrg nie..sian bapak..

Mimie_Zatun said...

Macam-macam manusia sekarang. Semoga dijauhkan musibah buat akak dan keluarga..

Mar Mansor said...

tergamak sungguh orang yang melakukan jenayah ni..

sudipVSsenduk said...

Syukurlah bapak tak di apa-apakan. Senangnya manusia sekarang mencari duit hasil dari usaha orang lain. Moga dia mendapat hidayah satu hari nanti.

Kniedaz said...

tiba-tiba teringat mak kat kampung...bahaya juga ya..semoga kita terhindar daripada bahaya

Shahrul Yusof said...

Pukau ni kadang berlaku tanpa dijangka. Lagipun, kalau kita tinggal di kampung, kita mudah untuk bersangka baik dengan orang. So, bila ada orang berniat buruk tu, kita susah nak jangka.

insan marhaen said...

selalu dengar orang kena pukau tapi tak pernah alami sendiri. tak mahu pun...

Falsya said...

Allahuakbar!..bahayanye org skang nie kan kakak.mujur la bapak xikut org tuh nak antar balik umah..mak falsya pun penah kene pukau kt pasar borong..abis duit ngan rantai..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

siapa nak sangka Kakzakie.. mujur tidak berlaku perkara yang lebih teruk.. semoga bapak sentiasa dilindungi.. aduhai... sabar ajelah dengan si pemukau.. pakaian bukan cermin peribadi malah dijadikan aset untuk mngaburi mata mangsanya.

Dr K said...

Ujian Allah tu buat ayah kaka zakie, dan kak zakie semua ahli keluarga....tak mengapalah, sekurang kurangnya bapak selamat....Boleh tak kakzakie share doa yg bapak ajarkan tu utk elak di pukau?

saniahibrahim said...

masa arwah mak dan ayah sya ada kat kg lagi pekara cam ni dah berlaku kak zakie...ada tu siap mengaku anak sedara yg tak pernah jumpa ,dh tu kata nk pinjam duit sebab kereta rosak .mereka2 ni sasarkan pada warga tua yg duk kg psl mereka tau ank2 tentunya xde.

ellynadyra said...

astaghfirullah
kesiannya
jahat betul la mereka2 ni

Ave Ry said...

Saya dapat satu ilmu bahasa baru, pukau itu berarti pencuri, perampok atau maling dalam Bahasa Indonesia.

Kalau dikampung, perihal yang dipukau ini mungkin tidak begitu banyak/besar, bandingkan dengan pukau dikota, habis sudah harta negara ^^

Fazleyatul Aini said...

ya Allah dah berusia pon berperangai begitu. nasib baik bapak akak tak apa2

Aziela said...

Adakah kerana warga emas ni peramah dan mesra? Kalau kita yang muda2 ni, kena tegur macam tu, terus geleng2 kepala, jalan menonong saja kan.

babYpose said...

nauubillahiminzalik, perempian pula buat kerja macam ni, Alhamdulillah bapak kak zakie selamat. Doa keselamatan semua.

Bunda_nora said...

Alhamdulillah tak apa2...bapak n arwah mak KN pernah kena tipu/pukau...
Datang nak mengurut mak ngan bapak..(diorang suami isteri} tau2 barang kemas mak ntah kemana...duit bapak hilang ntah kem,ana diorang bawa lari...

eMMe said...

Salam Kak Zakie, mujur bapak tak apa2.. Ya Allah!mcm2 kan terjadi skrg... tgk tu..pukau tak kira sapa pun mangsa... skali yg kene bapak kita sendiri... ade je yg mengambil kesempatan... Alhamdulillah bapak kak zakie tidak diapa2 kan... moga lebih berhati2 lepas ini...

kehidupan sihat said...

:)

OKje said...

Kesiannya bapak.....
Macamana boleh terpukau kan kanda....ngeri jugak tu. Apalah ilmu diaorang tu agaknya.
Banyak ke bapak bawak duit ke kedai tu kanda?

Ann Ishak said...

takut jugak sekarang ni, mereka memang sering meletakkan target pada orang2 yang dah berumur. semoga selepas ni orang kampung akak lebih berhati2 dan sentiasa dilindungi.

Unknown said...

ish..jahat nya..dah la perempuan pulak tu..mudah je nak cari duit sampai tak peduli halal haram..

Nor Azimah Ali said...

Masya Allah, manusia sekarang, sanggup buat apa saja utk duit.
Apapun Alhamdulillah, bapak kzakie selamat kan.

Zaitun said...

Alhamdulillah ayah kakzakie tak jadi apa2. Semoga mereka2 yang melakukan kerja yang sedemikian rupa mendapat balasan dari Allah.

nohas said...

takutnya terjadi mcm tu, tapi Alhamdulillah, bapak akak selamat..

manusia berhati jahat ni sentiasa mengintai mangsa2nya..

Unknown said...

assalamualaikum kakzakie, terkejut saya baca ni, orang bertudung boleh buat angkara macam tu..

aizamia3 said...

Syukur bapak takde apa2..

Kak Vit said...

syukur bapak akak tidak diapa-apakan..

jie susanos said...

ishh,kes pukau plak..riso jgk klu org tidak dikenali mari tnye rumah..

Qaseh Vee said...

bab pkau ni selalunya kita tak sempat buat apa2 lah kak zakie sbb x sangka pun akan jadi kan . bahaya betullah kan. klu duit tu utk byr htg , kan dah melopong tetiba hilang . klu dah tau kancil putih , boleh la org kg buat sesuatu bila kancil putih tu ada kat kg ... benda dah nak jadi kan , redha je lah .

Aisy Nasiha said...

Tumpang simpati dengan kejadian menimpa bapak ni.. sian betul ni. Jahatnya hati diorang, sanggup nak curi duit orang tua..tak patut betul..

TukangKebun said...

Duit haram yang dimakan ya kalau orang buat kerja tak baik sebegini aniaya orang.

Lydia Miza said...

Nasib baik bapak tak diapa2 kan. Harap kejadian ni tak menimpa lagi keluarga kak zakie dan kita semua

Mummydearie said...

Ya Allah! Takutnya mendengar. Orang macam bapak Kakzakie pun boleh kena. Ya, memang betul! Orang-orang tua kat kampung memang peramah. Kalau ada yang bertanya arah, haruslah nak tunjuk agar jangan sampai sesat. Niat baik tapi dibalas dengan hasad pulak.

Mujur bapak Kakzakie tak apa-apa, setakat hilang duit aje. Itulah yang saya bimbang bila mak saya bertegas nak tinggal sendirian di rumah kampung dulu. Mujurlah takda apa-apa yang berlaku. Mak saya lagilah over peramah, kak! Asal orang jalan kaki lalu depan rumah je dipanggil nak bagi air, kesian katanya!